Thursday, August 11, 2011

Kekal Bertenaga Di Bulan Puasa : Petua Untuk Orang Hamil

Bismillah,

Masa muda-muda aritu, mengandung atau tidak mengandung dan berpuasa tidak ada bezanya. Semuanya kekal bersemangat atau sekiranya letih pun, tidaklah letih seperti mengandung di usia 'matang'. Saya akui, beberapa tahun kebelakangan ini, saya masih tidak dapat menggantikan puasa saya yang saya tinggalkan kerana sakit ketika mengandung dan kerana menyusukan.

Ketika berpuasa semasa menyusukan, saya jadi kekurangan air. Bukan sahaja air susu menjadi tidak cukup, saya pula mengalami UTI (urinary tract infection). Sakitnya masya ALLAH, sehingga panas tapak kaki saya. Barangkali atas alasan itulah ibu mengandung dan menyusu diberi rukhsah oleh ALLAH. Nanti saya akan kongsi berkenaan rukhsah ini, insya ALLAH (sbb sekarang sedang meneliti tentangnya lagi).

Satu syarat mandatori untuk kekal bertenaga di dalam bulan puasa adalah berbuka apabila tiba masanya dan melewatkan bersahur. Kemudian pastikan pula apa yang kita makan itu menepati piramid makanan. Itu adalah syarat utama yang mana jika anda tinggalkan ini, maka maaflah, kaedah lain tidak membantu. Selain syarat utama ini, minum air dengan jumlah yang banyak di waktu malam juga adalah sangat penting.

Okeh, setelah syarat di atas telah anda lakukan, amalkan pula tips ini :

  • Senaraikan betul2 pekerjaan apa yang anda akan lakukan hari itu dan laksanakannya secara berdikit-dikit - saya bagi contoh, jika saya ada lambakan baju yang tidak hanya untuk disidai, tetapi diangkat dan dilipat dan sebagainya, saya mungkin tidak mampu untuk menyidainya semua sekali. Saya akan sidai sedikit demi sedikit. Sela masa di antaranya, saya duduk dan menghiburkan diri sama ada dengan menonton drama, dengar nasyid atau zikir selawat atau lebih afdhal duduk dan mengaji... 
  • Minta bantuan - waktu bulan puasa, mengandung pula, jangan tak minta bantuan especially anak-anak yang tak puasa lagi. Minta mereka jangan sepahkan rumah, kalau sepah minta mereka kemaskan semula. Juga jangan segan2 minta khidmat suami sebab tenaga dia sah2lah selalunya lebih banyak dari kita kan?
  • Jangan serabutkan kepala - kebanyakan rasa letih tak bermaya datang dari rasa serabut ~serabut rumah sepah, serabut kerja tak siap, serabut itu serabut ini sedangkan jika kita cuba untuk cool insya ALLAH kita akan lebih lega. Saya mengaku, hari pertama berpuasa, saya tak peduli dengan keadaan rumah saya :P Saya hanya menumpukan untuk dapat berpuasa dan bertenaga sehingga berbuka nanti :))
  • Jangan paksa diri - jika letih berehatlah. Kalau anda paksakan juga memang akan mendera diri sendiri namanya






3 comments:

  1. tak sabar nak hamil kembali :) UTI pernah kena dulu sekali, sakitnya Allah jer tahu. dah me jenis susah minum air kosong.huhuhu

    ReplyDelete
  2. sabar ye kak...pregnant, pastu housewife dan menyusukan..saya dapat bygkan keletihan tu..lagi penat dari org yg bekerja...semoga sentiasa sihat :)

    btw, tahniah 1st place peraduan dunia susu ibu 2011, kan :) heheheh

    ReplyDelete
  3. aitt, k.pija pegnan lg ke?
    wowwww..

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!