Wednesday, August 03, 2011

Bijirin Penuh : Supaya Kenyang Lebih Lama

Bismillah,


Berada di dalam bulan Ramadhan, semua orang mencari cara bagaimana untuk memanjangkan masa berasa kenyang terutamanya di waktu pagi. Waktu petang bukan kita tidak mengharapkan tenaga lagi tetapi insya ALLAH acceptance sebelah petang akan menyebabkan kita tidak tercari-cari lagi makanan sehinggalah kita akan rasa sedikit exhausted menjelang waktu berbuka puasa semula. 

Insya ALLAH bijirin penuh jika diamalkan semasa sahur akan menjadi satu makanan yang sihat buat kita. Selain sihat, kita akan dapat rasa kenyang lebih lama lagi insya ALLAH. Saya bukanlah orang yang arif sangat tentang pemakanan ini tetapi sefaham saya, bijirin penuh ni adalah bijirin yang tidak dikupas buang kulit luarnya.  Di sini saya sertakan sedikit nota saya berkenaan bijirin penuh.
  • Elok untuk mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan kanser
  • Apa itu bijirin? Oat, jagung manis, barli, nasi, gandum dan lain-lain
  • 2 bentuk bijirin
    • Bijirin penuh yang masih berselaput
    • Bijirin yang telah diproses
  • 3 bahagian bijirin
    • Sekam
    • Germ
      • Sekam dan germ ini adalah bhgn yg paling berkhasiat
    • Endosperm (isi)
  • Elok ambil bijirin penuh kerana disitulah terletaknya lebih banyak zat yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Untuk mengenali bijirin itu penuh atau tidak, selalunya ada tertulis pada pembalut makanan. Tetapi saya mencadangkan kalian mencari biji gandum (barli), jagung yang dimasak sendiri sahaja
Apa itu bijirin penuh (Whole Grain / Wholemeal)


Contoh bijirin penuh



Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!