Monday, August 15, 2011

This Is How Back Biting Look Alike!!

Bismillah,
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.



Begitulah gambarannya andai kita mengumpat :| Allahuakbar....

Cuba googlekan dosa mengumpat
sekadar melihat di situ, tidak membuka entry lagi telah terasa kengeriannya
- dosa tidak terampun selagi orang yang diumpat tidak memaafkan...
Begitu besar sekali beban yang kita terpaksa tanggung...andai saja setiap kali mahu mengumpat tiba-tiba alarm berbunyi, pastilah ramai yang tidak mengumpat.
Tetapi ALLAH telah menjadikan manusia lain sebagai cubaan buat kita. Kita harus menghadapi mereka itu dengan kesabaran dan tidak melepaskannya dengan hanya mengumpat.

Ya ALLAH, di bulan Mu yang mulia ini, semoga hamba Mu ini berupaya memulakan hidup baru tanpa mengumpat lagi di masa ke hadapan.
Kerana di masa lalu, hamba Mu ini tidak dapat membayangkan sebanyak manakah dosa yang telah ku lakukan terhadap manusia yang lain.
Ya ALLAH, tunjukilah aku mereka yang telah aku sakiti agar aku segera dapat memohon kemaafan dari mereka sehingga redha Mu kepada ku akan lebih ku rasakan ya ALLAH.....

2 comments:

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!