Monday, August 22, 2011

Cencalok Meletup!

Bismillah,
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.

Bulan-bulan puasa begini cerita pasal cencalok pulak. Kalau orang selain Melaka, mesti tidak terliur kan? Saya walaupun bukan orang Melaka tapi sesekali datang juga hangin nak makan cencalok ni. Satu hari tu, walaupun takdela teringin sangat nak makan, tiba2 ternampak botol cencalok ni di kedai runcit. Bila tengok diusahakan dek orang Melayu (mudah2an) saya pun beli.

Bersama dengan cencalok tu saya beli petis udang juga. Ini suami saya tengok dia geleng2 kepala sebab dia tau tak lama lepas tu berdesinglah dia dengar bunyi bersin macam bunyi pertunjukan jet di Gong Kedak :P

Memang pada botol ni dah warning cara membuka botol ni. Caranya ialah penutup tin tu ditebuk sedikit supaya angin dari dalam dapat keluar. OK, saya buat sebagaimana diarahkan. Sikit betul lubang cencalok tu saya buka tapi air cencalok mencurah keluar dari dalam sampai habis bumbung rumah kami jadi mangsa. Tu belum kira container rempah saya dengan tempat letak sudu yang berdekatan.

Malah hari tu, 4-5 kali saya salin baju dan mandi pun bau cencalok melekat. Menyembur sampai atas kepala tau... Alhamdulillah juga saya sentiasa memakai spek, kira ia menjadi protection jugalah. Kalau tidak kelabu pulaklah mata umi kan.

Cara makan cencalok :

  • cencaluk dicampurkan dengan sedikit lada basah dan sehiris dua halia, kemudian digoreng dengan telur.



Petis itu, bila saya tanya kawan2 di fesbuk, ramai yang kata makan dengan laksa...erk, saya bubuh rasa macam tak best je sbb dia jadi manis sedangkan saya suka laksa yang masam betul. 

Utk sos cili tu, saya beli kot2 nak goreng cucur. Abah diorang tak berapa minat kalau dibuat masakan. 

Mega-3 pula saja nak enter the frame :P

3 comments:

  1. akak pun suka gak sekali sekala kena cencalok

    ReplyDelete
  2. saya pernah beli sebotol dulu cencalok waktu baloik dari Melaka,malangnya bila tak pandai macam mana cara terbaik nak makan cencalok akibat kurang pengetahuan,akhirnya terbuang begitu sahaja...

    ReplyDelete
  3. K.Su...sekali sekala boleh la...masin bebeno kan rasanya... sedap budu lagi kehkeh

    Ummiarissa, goreng dgn telur pun sedap :))

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!