Saturday, August 20, 2011

Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Bismillah,

Saya masih tidak jemu lagi menulis tentang penyusuan susu ibu. Mungkin di kalangan blogger ramai yang dah hadam tajuk ini tapi semoga entry ini dapat dijadikan panduan asas kepada newbie terutamanya mereka yang akan mendapat anak sulung.

Bagaimana untuk memulakan penyusuan susu ibu
Pertama kali kita memegang anak kita di dalam delivery room adalah momen yang paling tepat untuk memulakan penyusuan susu ibu. Permulaannya, tubuh kita akan menghasilkan amaun kecil susu yang istimewa iaitu kolostrum. Kolostrum inilah yang akan melindungi bayi dari sebarang jangkitan penyakit.

Tidak perlulah kita bimbang kerana perut bayi adalah sangat kecil. Jadi dia tidak memerlukan bergelen-gelen susu untuk mengenyangkannya. Dengan kuasa ALLAH, semakin besar baby kita itu, semakin banyak pula susu akan dihasilkan oleh tubuh badan kita.

Saiz perut bayi :

Apa yang perlu kita lakukan adalah mengalihkan tubuh baby kita menghadap kita, dada ke dada. Suakan puting kita pada bibir atasnya dan bila dia membuka mulutnya dengan luas, masukkan puting ke dalam mulut baby. Sebagai permulaan, ampulah payudara kita sedikit. Pastikan kebanyakan kawasan yang gelap (areola) masuk ke bahagian dalam mulutnya.


Apa yang penting adalah jangan panik apabila melihat baby kita itu kelihatan susah untuk melekap pada puting. Penyusuan susu ibu adalah sangat memerlukan kesabaran dan latihan. Jangan malu2 untuk mendapatkan bantuan daripada orang yang lebih tua, keluarga dan sahabat handai. Barangkali dengan menyertai grup di dalam Facebook seperti Kumpulan Ibu Menyusu akan sangat membantu.

Tips Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu
  • Perhatikan konsultan laktasi membantu ibu baru menyusukan baby mereka ~ jika ditakdirkan kita mendapat bayi pramatang, barangkali kita terpaksa mengepam terlebih dahulu susu dan mereka disusukan melalui tiub atau botol sehingga dia cukup kuat untuk menyusu. 
  • Ingat, penyusuan susu ibu sepatutnya tidak menyakitkan ~ pastikan seluruh kawasan areola memasuki bahagian mulut baby. Kalau bahagian ini tidak masuk dengan betul, kita akan rasa sakit. Bukan dah lama menyusu baru sakit, memang kalau kita salah posisi kita akan rasa tak selesa. Jadi bila rasa tidak selesa, cepat2lah keluarkan puting dari mulut bayi dengan memasukkan jari kelinking ke dalam mulut bayi. Kemudian cuba sekali lagi. Apabila lekapan telah betul, penyusuan akan lebih lancar. 
  • Kekerapan menyusu ~ sangat kerap. Lebih banyak kita menyusu, lebih banyak susu akan dihasilkan. Itulah hikmah ALLAH telah memberi 'cuti' selepas melahirkan. Menyusu 8-12 kali dalam tempoh 24 jam adalah sangat bagus. Seeloknya jangan dijadualkan penyusuan itu tetapi susukan sahaja bilamana baby kita menunjukkan tanda2 sedang lapar seperti memusing2kan kepala ke arah dada kita apabila didukung, membuka mulut apabila kita letakkan tangan di pipinya atau di bibirnya. Jangan tunggu sehingga baby menangis, itu tandanya kita dah lewat menyusukan baby kita.
  • Kejutkan bayi di awal kelahirannya untuk menyusu ~ memang baby kuat tidur di awal kelahirannya. Kadang2 setelah dikejutkan pun dia akan tidur semula. Goyang2kan sedikit tubuhnya supaya dia akan terjaga semula. Untuk memastikan dia menyusu dengan cukup jangan biarkan dia tidur lebih lama dari 4 jam. 
  • Selesakan diri ~ kadang2 satu sesi penyusuan boleh berlangsung begitu lama iaitu sehingga 40 minit. Oleh itu, pilih tempat yang selesa untuk menyusu. Selain tempat, pastikan posisi juga selesa supaya tidak lenguh tangan dan belakang tubuh kita. Sebab tu ada di kalangan kita yang jual nursing pillow tapi untuk orang yang bajet macam saya, bantal biasa yanbg lembut pun OK. Sama ada berbaring atau duduk, pastikan kita dan baby selesa. 
  • Apa yang patut kita makan ~ pemakanan seimbang pastinya. Walaupun kita dapat membekalkan susu yang cukup walaupun ntah apa2 yang kita makan tetapi dengan mengamalkan pemakanan seimbang akan menjadikan susu kita menjadi susu yang berkualiti. Jika lapar, makanlah. Usahlah terlalu bimbang dengan jumlah kalori yang diambil dan pastikan air juga mencukupi supaya kita tidak kekeringan. 
  • Lapar? Makanlah ~ ramai dikalangan ibu yang menyusui berasa lapar. Logiklah kerana tubuh kita bekerja untuk menghasilkan susu buat bayi kita. Makan makanan ringan yang sihat di antara waktu makan adalah lebih baik dari makan banyak secara mendadak. Itu akan membuatkan tubuh kita tidak kelaparan dan tenaga untuk kita adalah mencukupi. Perlulah diingatkan, dengan menyusukan anak kita, 200-500 kalori akan dibakar.
  • Tinggalkan kafein apatah lagi arak (alkohol) ~ Utk kafein, andai rasa nak juga minum, janganlah melebihi 12 oz sehari, jika tidak ia akan memasuki tubuh bayi melalui susu dan mengganggu sistem tubuh baby kita. Arak apatah lagi...bagi ibu2 yang non Muslim, arak banyak sekali mudharatnya jadi tinggalkanlah. 
  • Makanan pedas bolehkah? ~ Kebanyakan bayi boleh menerima kepelbagaian rasa susu ibunya. Tapi jika anda perasan bayi anda kembung atau sakit perut, tinggalkan makanan tertentu yang disyaki telah menyebabkan ketidakselesaan kepada anak. Sebab itu, orang Melayu mengamalkan pantang mereka. 
Masalah yang mungkin dialami ibu yang menyusu
  • Engorgement ~ payudara yang penuh
  • Luka pada puting
  • Mastitis ~ jangkitan pada payudara
Apabila mengalami masalah ini, berjumpalah dengan konsultan laktasi atau doktor segera. Insya ALLAH mereka ini akan membantu kita dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Selebihnya pohonlah kepada ALLAH semoga diberi kemudahan dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai ibu.


1 comment:

  1. masa menyusukan danish, akak kena ketiga-tiga masalah tu... tp yg paling sakit mastitis tu la... demam lebih dari seminggu... bila berubat dengan bidan kampung baru ok :)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!