Thursday, December 25, 2008

Perginya Generasi Pertama

Bismillah,

Pagi ini seawal 530 am, suami saya telah menelefon dan memberitahu, "Tokku dah tak ada," begitu tenang dan mudah difahami. Saya bertanya, "Innalillah.. bila lagi?", baru lagi katanya. Saya terduduk termanggu2 dan terus memikirkan cara adakah hari ini saya mungkin dapat balik ke Kota Bharu dan melihat arwah tokku buat kali terakhir.

Mereka tidak akan melewat2kan menyimpan mayat, itu saya sangat yakini. Jadi sama ada saya cepat bersiap ketika itu atau lambat sekalipun, saya senang membuat kesimpulan bahawa saya tidak sempat untuk melihat tokku buat kali yang terakhir. Nyatalah, kali terakhir saya bertemu dengan dia adalah di rumah abang kepada suami saya semasa hari raya korban yang lalu.

Semasa kali terakhir melihat arwah, dia sedang berjalan terhoyong hayang untuk mengimbangi badan dan mertua saya (anak dia) berlari dengan cepat utk memaut lengan tokku untuk memudahkan dia berjalan. Saya pula akan balik ke Parit Buntar di hari itu dan tidak boleh berlama2 di situ. Namun saya sempat bersalaman dengan tokku.

Tokku ini, walaupun saya hanya cucu menantu, tapi saya rasa macam tok saya sendiri. Ntah mengapa ya, hari ini saya boleh mengimbas kembali peristiwa2 kami bersama terutamanya apabila tokku naik marah bila saya takmau terima apabila dia membayar susu yang dia kirim.

Semasa tinggal di sana, kami selalu membelikan tokku susu ni. Tapi dia tak pernah mahu kami belanja dia susu ni. Saya suka apabila tokku ada bersama, apabila kami makan bersama, pasti ada aroma air kopi tongkat ali CNI yang bercampur sedikit susu tadi. Dia pun suka bila anak2 saya berebut2 nak minum kopinya dan dia akan menyuap mereka satu persatu dengan sudu kecil.

Tokku selalu cerita yang dia selalu ternampak2 mata Uwaiys selepas kami pindah ke Parit Buntar. Dia selalu mengeluh katanya payah dah nak jalan ke mana2 bila suami saya pindah ke Parit Buntar. Memandangkan kami kerap berulang Kota Bharu Jertih dan selalu singgah ke rumahnya, maka memang selalu dia naik kereta buruk kami.

Satu hari saya buat cekodok dan goreng pisang juga, ntah mcm mana tokku kata goreng pisang saya tak berminyak. Saya rasa mcm kene perli ha ha..sbb saya rasa mana ada goreng pisang yang tak berminyak. Tapi mertua saya menyokong, mm..pun saya tidak rasa apa yang mereka kata itu betul. Mungkin sebab saya lapikkan goreng pisang dan cekodok tu dengan tisu lalu minyak2 nya tersejat.

Tokku selalu minta utk datang ke Parit Buntar, kali terakhir pada hari raya korban tapi memandangkan keadaan kesihatannya semakin membimbangkan, maka hasrat tu terpaksa ditangguhkan. Mmm...sunyi pulak Parit Buntar hari ni bagai tahu rasa hati saya yang sedang tidak keruan ini.

Dulu, semasa mahu makan, tokku selalu paksa saya makan dan dia akan ayun anak saya dalam buai. Lagu yang dia nyanyikan pun masih terngiang2. Nyata sekali ALLAH lebih tepat janjiNya. Pemergian tokku ini tiada gantinya lagi. Tokku yang penuh petua, tokku yang menghafal jalan, tokku yang suka bercerita dan ketawa.

Dari jauh, cucu mu ini mendoakan semoga segalanya berjalan lancar. Moga dosa2 terampun dan semoga amalan terangkat tanpa halangan. Anak2, Cucu2 dan cicit2 yang saya rasa jumlahnya sah2 melebihi 100 orang (tak masuk anak dan cucu tiri pulak..) pasti mendoakan yang terbaik utk tokku.

Maka kini tiadalah lagi generasi pertama dalam perhimpunan keluarga yang seterusnya. Yang tinggal kini hanya, anak2, cucu2, cicit2 mereka menyambung perjuangan. Walaupun saya dari keluarga yang terasing namun apabila masuk dalam keluarga besar ini, saya terasa begitu senang sekali.

Salam takzim dari ku buat semua yang sedang berada di Pulau Melaka, Kota Bharu. Mungkin sebentar lagi mayatnya akan disimpan. Semoga dimudahkan segalanya. Ya ALLAH, Kau tenangkanlah juga hatiku...

Monday, December 22, 2008

Perhubungan Jarak Jauh


Bismillah,

Saya tergesa2 juga menyediakan tajuk ini kerana tadi kedapatan satu emel teguran yang mengatakan jika mereka membaca posting saya http://sitisifir10.blogspot.com/2008/12/jangan-jadi-gadisisteri-yang-murah.html sekali lalu, apa yg mereka faham adalah saya telah diceraikan. Tapi itu hanya satu respon dari yang membaca dan respon yang lain alhamdulillah semuanya menyambut baik dan faham seadanya.

Jadi utk counter back hal ini, saya ingin memaklumkan bahawa kami sedang dalam percubaan untuk mencari rezeki yang lebih bukan untuk berlebih2an tetapi untuk menampung kekurangan yang telah terjadi sebulan dua lepas. Kami telah sama2 fahami akan risiko perniagaan dan alhamdulillah, sekalipun ada sedikit terhenyak, kami masih lagi diberi peluang merasa cukup.

Bagi menjadikan nukilan saya di hari ini tidak sebagai kisah peribadi saya sahaja, maka saya ingin sekali berkongsi tips bagaimana hendak memulakan perhubungan jarak jauh ini. Semoga ada bahagian yang telah kami lalui ini akan juga memberi panduan dan seterusnya manfaat buat yang lain.

1. Berbincang sedalamnya baik & buruk tinggal berjauhan.

Mungkinlah saya sekali ini tidak mengambil pen dan memulakan menulis satu garisan di atas kertas dan menyenaraikan kebaikan dan keburukan di petak yang berlainan. Tetapi, bagi anda sekelian, saya kira ini adalah satu bentuk brainstorming yang sangat jelas bagi anda untuk menilai adakah perhubungan jarak jauh ini baik buat semua. Sekiranya hasil perbincangan anda menunjukkan kebaikan melebihi keburukan, maka semoga perjalanan hidup anda seterusnya dimudahkan oleh ALLAH SWT.

Bagi note di atas, tujuan kami adalah untuk menjana ekonomi. Bukan di sini tidak boleh. Seperti yang dicadangkan oleh kedua ibubapa saya, ada baiknya jika suami saya mengajar. Tidak mahu terlalu jauh mengambil contoh, beberapa rakan saya juga tidak mudah untuk mendapatkan jawatan ini.

Saya lebih senang melihat suami saya berasa selesa dan gembira dengan persekitaran sekeliling. Pastinya di Parit Buntar ini dia merasakan tempat ini terlalu sempit dan budayanya jauh berbeza dari suasana tmpat asalnya di sekitar Jerteh ke P.Putih. Walaupun begitu, kami bukan tersalah pilih Parit Buntar sebagai lokasi perniagaan kerana tujuan kami ke sini adalah untuk lebih rapat lagi dengan keluarga saya. Itu tujuan suami saya memilih Parit Buntar.

Saya senang sekali apabila suami saya memutuskan P.Buntar sebagai lokasi kerana di sini kami anak beranak boleh menemani emak dan abah saya. Setelah sekian lama saya tinggal di asrama dan seterusnya kawin saya kira dari tahun 1992 sehingga 2007 adalah satu jangka masa yang panjang dan mungkin ini masanya kami memberi tumpuan kepada mereka pula.

2. Solat istikharah.
Bagi mendapatkan petunjuk yang lebih tepat, jangan lupa untuk menunaikan solat sunat ini.

3. Fikirkan bagaimana anda hendak mengatur kehidupan anak-anak anda.

Anda perlu mengaturkan di mana anak2 anda akan bersekolah. Jika anak2 mengikut ibu maka bagaimana pula ibu itu akan mengaturkan anak yang dibawah jagaannya. Begitulah sebaliknya andai ayah mereka yang menjaga mereka. Seeloknya sama2 mengambil tanggungjawab. Seandainya salah seorang tidak mampu, sebagai contohnya si ayah bimbang jadual kerjanya tidak menentu, elok juga diambil seseorang utk diupah bagi menemani isterinya.

Dalam hal ini, Asmaa' & Arwa akan di handle oleh saya. Usamah & Uwaiys pula akan di handle oleh abah diorang. Walaupun Usamah rapat dengan Asmaa' tetapi tugas abahnya nanti mungkin perlu ke sana ke sini dan pada pandangan kami tak manis anak dara kami diusung ke sana ke sini. Lagipula, Usamah dgn Uwaiys dah sah2 menunjukkan ciri2 'anak bapak' dan saya kalah dalam hal ini.

Lagipula Asmaa' akan masuk umur 5 tahun. Dah besar anak umi. Kami yakin di sini ada byk tadika terbaik utk dia. Usamah masih ada byk masa utk play time. Lagipun dia boleh ambil kursus kejantanan bila berada bersama dengan abah dia. Lain2 Usamah akan boleh belajar berbaik2 dengan Uwaiys sbb dua bro ni suka buli membuli each other.

4. Fikirkan bagaimana anda akan memberitahu orang yang terdekat atau yang akan terlibat dengan perubahan dalam keluarga anda ini.
Susah sebenarnya untuk memberitahu mereka yang terdekat dengan anda tentang hal ini. Ada yang akan memberikan sokongan dan ada pula respon yang tidak memberangsangkan. Walaubagaimanapun, jika anda berdua telah nekad dalam hal ini, maka anda perlulah ada persediaan mental bagi menghadapinya.

Bagi kehidupan saya, ibubapa saya pastilah menghalang kerana bimbang akan pelbagai perkara. Saya faham hasrat mereka namun saya berharap mereka akan memahami keadaan ini kelak. Kalau bukan hari ini mungkin di lain kali. Saya tidak bermaksud mahu menyusahkan sesiapa jadi saya berazam agar segalanya akan saya uruskan sendiri sedaya yang boleh.

Kalaulah boleh saya katakan pada kedua ibu bapa saya, janganlah bimbangkan saya kerana saya dengan rela hati terbuka dengan keputusan ini. Tapi rupanya saya hanya ada kekuatan untuk menulis yang mana saya tak pasti tulisan ini sampai atau tidak kepada mereka. Saya ingin sekali tinggal sendirian dengan Arwa tetapi saya faham suami saya pasti tidak tenang hati bila kami tinggal hanya berdua di situ.

Sekarang saya dan Arwa dan nantinya Asmaa' akan menumpang di rumah mereka. Saya akan cuba sedaya upaya utk menjadi anak yang taat melainkan hal itu berlawanan dengan suami saya. Justeru itu saya memohon doa kalian sekali lagi semoga keadaan kami akan bertambah baik dan bersatu semula sebagai satu keluarga yang terpisah oleh jarak. Tapi percayalah, hati kami tetap satu.

Jika sebelum ini saya selalu bercerita tentang kisah sedih saya menapai dan mcm2 la kan, tidak adil rasanya jika saya tidak menyampaikan satu khabar gembira. Alhamdulillah, jualan seminggu dua ni memberangsangkan (bg saya lah). Mungkin doa kalian maqbul dan semoga kalian mendapat keberkatan dalam kehidupan atas doa kalian. Saya senang sekali melunaskan beberapa hutang tertunggak dan ini berjalan perlahan2 seiring dgn duit masuk. Alhamdulillah keadaan saya sudah semakin memuaskan. Tinggal lagi saya mahu menyesuaikan diri untuk perpisahan sementara keluarga kami. Semoga ALLAH mudahkan saya dan anda juga!!

Sunday, December 21, 2008

Jangan Jadi Gadis/Isteri Yang Murah


Bismillah,

Wah garang tak tajuk saya ni? Memang rasanya nak menggarang pun. Tapi percayalah, balik2 orang yang sama yang akan membaca hal ini kerana kumpulan sasaran bg artikel mcm ni selalunya yang sudi baca adalah orang yang sedar diri. Atau kalau ada yang membaca maka mungkin dia akan berdebar2 dan panas telinga juga.

Nukilan ini pertamanya adalah untuk diri saya sendiri. Sekarang saya perlu lebih menjaga diri. Suami saya kini ingin mencuba nasib di kampung halamannya. Jadi buat sementara kami terpaksa tinggal berasingan. Saya akan menjaga diri dan anak2 dara saya Asmaa' dan Arwa. Suami saya akan menjaga anak2 teruna kami Usamah dan Uwaiys. Hal ini akan saya ceritakan kemudian kerana isu keluarga kami ini masih panas dan air mata saya akan mudah mengalir kerana mengenangkan hal ini. (Uwaa...takleh ke cari makan kat sini je abg??)

Kenapa tajuk ini yang saya pilih. Saya pernah berbicara dengan seorang dua adik lelaki (kenalan di alam maya. Attn : Suami saya maklum hal ini). Bagi saya mereka adalah orang2 yang baik. Mereka baik dan mereka ingin membawa orang2 yang mereka kasihi itu kepada kebaikan. Namun di sebalik itu, mereka gusar kerana walaupun mereka mengajak kepada kebaikan, mereka masih tewas dengan godaan orang yang mereka kasihi itu.

Pertamanya, saya ingin sekali mengatakan kepada lelaki2 ini, anda boleh membawa mereka kepada kebaikan tetapi awaslah dengan responnya. Mungkin sebaliknya apa yang berlaku adalah mereka yang mengajak anda ke lembah kehinaan. Penyakit ini bagaikan virus yang merebak dan merosakkan dan ia tak perlu masa yang lama untuk merosakkan.

Tidaklah saya ingin menghalang anda daripada berdakwah atau mengislahkan sesiapa. Tetapi apa kata anda jadikan itu sebagai begini. (Pss..izinkan saya guna bahasa yang tidak formal, susahla nak formal sbb ayat yang rock lg senang faham). Anda ada awek tapi anda tau awek anda tu hampeh. Kene ejas sana sini. Maka tak boleh ke anda suruh sape2 yang anda harapkan utk tolong2 anda betulkan awek anda tu.

Bagi saya, memang betullah kita patut sama2 membetulkan diri. Tapi kalau dalam masa yang sama anda larut dalam cinta2 yang hanya melekakan ini, maka masa anda kepada diri sendiri juga akan turut lebur begitu sahaja. Anda ingin berubah tetapi jarum tusukan awek anda tu sebenarnya lebih halus dan tajam maka dia lebih mudah menikam anda.

Jadi, berbalik kepada tajuk saya di atas. Walaupun saya berkata begini, ini tidak bermaksud saya ingin mengatakan saya isteri yang mahal. Tetapi saya berasa terlalu sedih hati apabila ada adik2 saya atau mereka yang dekat dengan saya, mereka yang mengenali saya begitu mudah menggadaikan maruah diri. Kita biarkan diri kita disentuh2 sedangkan yang memegang kita itu adalah mahram kita.

Ransangan kepada sentuhan itu sebenarnya datang dari cara pemakaian kita, cara kita berbicara, cara kita berjalan, semuanya!! Indah sebenarnya ALLAH ciptakan kita. Sangat indah hingga mereka yang lelaki2 ini begitu ingin memegang kita. Owww tapi ingat mereka tentunya tidak akan terus memegang. Mereka akan menggunakan kaedah yang pelbagai.

Mereka akan mulakan dengan bersembang2, mesej2, gayut2, emel2, chatting2 dan mcm2 lagi. Maklumla, dia nak sukat dulu mahal atau murah kita ni. Once kita pun dah mabuk dengan cinta yang mereka janjikan, maka terjadilah episod pegang2 ni dan bg isteri orang pula, di sini anda dah mula rasa suami anda tak penting bagi anda.

Sekadar melayan mesej2 dan emel2 atau chatting2 yang melekakan, akan membuahkan satu penyakit dalam hati. Mcm2 keinginan yang timbul hanya dari situ sahaja. (Saya yakin anda faham apa KEINGINAN yang saya maksudkan). Dari situ anda akan tahu benda yang menjurus kepada perbuatan zina ni SEDAP dan nikmatnya bercinta itu akan membuatkan anda ketagih utk selalu bersembang rembang.

Apatah pula kalau anda betul2 masuk dalam keadaan zina (hina bukan bunyinya). Kalau setakat mesej2 dan sembang2 pun anda ketagih, nikan pula kalau dah bercampur gaul tanpa seurat benang. Bukan setelah anda buka baju anda itu nilai anda telah menjadi murah, tetapi saat anda mula2 melayan lelaki2 yang nak cuba nasib tadi tu lagi nilai anda telah turun.

Bunyi apa yang saya katakan ni memang kesat. Tapi berlinanglah air mata saya apabila mengenangkang bagaimana kelak saya mahu menjaga Asmaa' dan Arwa. Saya pohon agar ALLAH peliharalah kami semua dari godaan dunia yang menipu ini. Saya tidak akan tergamak menjadi ibu yang sporting bila anak saya senang2 berkawan dengan lelaki yang bukan mahram. Saya juga tidak mahu anak2 teruna saya Usamah dan Uwaiys nantinya cuba2 nak test power diorang mengorat.

Kita akan sentiasa diuji adik2, mesej, telefon akan bertalu2 mendatang tapi ingatlah, jika dalam kepala kita ada rasa rugi sbb tak layan, kenangkanlah pula betapa besarnya pula pahala kita kerana berjuang melawan godaan. Suami atau bakal suami kita pun nnt akan menyayangi kita dan menghargai kita kerana menjaga diri.

Kalau kita senang2 bersentuhan dengan sesiapa lalu apa pula specialnya kita? Kalau pula kita sampai terbuat kerja tak senonoh dan mengandung bukankah ada masalah lain pula nantinya? Kenapa kita nak merosakkan lagi dunia yang telah rosak. Tidak saya ingin menyalahkan perempuan sahaja, yang lelaki pun andai iman anda masih meraja, maka anda juga tidak akan tergamak mula menggoda.

Dunia ni hanya tempat persinggahan sementara aje. Semoga kita dapat melalui liku2 ini dgn penuh ketabahan dan ketenangan. Membuat dosa ini sangat menyerabutkan. Cubalah utk mengelakkan dosa, nescaya ALLAH akan menggantikan segalanya dengan yang lebih baik.

Pengakhirannya, maafkan saya atas salah silap kasar bahasa. Jika ada selepas ini yang mengadu masalah anda tentang percintaan sedangkan anda masih belum berkahwin, jawapan saya adalah jangan pedulikan pasangan anda. Jika anda lelaki, wanita itu masih bukan milik anda yang boleh anda paksa mengikut modul anda dan jika anda perempuan, jika dia masih sekadar mahu berkawan dan melambat2kan perkahwinan maka yang terbaiknya adalah tunggulah pasangan yg lebih baik.

Kepada ibu bapa kepada anak2 yg bercinta, daripada anda melihat anak2 anda bercinta cintun, kemudian keluar sana sini, gayut siang malam, nikahkanlah. Walaupun tak grand (sbb ramai yg bg alasan tak cukup duit nk buat kenduri kawin) adalah lebih mulia jika anda mengurangkan perilaku maksiat mereka.

Jangan biar anak2 kita merasa biasa dengan maksiat. Kelak rosaklah keturunan anda. Bila ini terjadi, jiwa kita tidak akan tenang. Bila jiwa tak tenang, kita akan menderita tersiksa. Pilihlah utk hidup dengan tenang...Maafkan saya sekali lagi..

Saturday, December 20, 2008

Pahala Dlm Rumahtangga Buat Si Ibu


Bismillah,
Sudah lama saya asyik menulis tentang diri saya dalam blog kesayangan saya ni. Hakikatnya saya sudah kurang membaca. Setelah kurang membaca, saya tidak mahu tergesa2 berkongsikan hal yang bukan2 dengan anda. Hari ini, saya mengorek semula fail saya. Terjumpalah isu yang saya nyatakan di atas.

Kegelisahan dalam melayari bahtera rumahtangga bagi seorang isteri sentiasa bermain dalam jiwanya. Apabila dia merasakan kerja di rumah, hanya dialah yang buat. Dia sering merasakan, kerja keluar sama2 tetapi bila balik rumah, serasanya dia terpaksa membuat semua pekerjaan.

Hari ini, saya tidak mahu mengeluarkan saranan buat si suami. Jika suami ini boleh berfikir, masalah seperti ini tidak timbul. Jika suami itu mengambil sikap untuk menghayati kepenatan isteri, dia pasti akan bersama2 meringankannya. Kemanisan itu sangatlah manis jika dikongsi bersama. Anda tidak akan tenang jika anda berehat dalam keadaan isteri anda potpet sorang2 sambil buat kerja ;).

Hari ini, saya ingin sekali mengajak diri saya dan sahabat yang membaca utk lebih ikhlas dalam membuat lebih banyak pahala dalam rumahtangga. Ini adalah kerana, tanpa kita sedari, pahala yang dapat kita perolehi dalam rumahtangga tidak hanya di atas sajadah, tidak hanya dengan memegang alQuran dan ia sangat mudah tambahan pula sekiranya kita ikhlas atau tidak kita masih perlu melakukannya.

- Apabila kita pasrah dengan tanggungjawab sebagai isteri yang taat dan ibu kepada anak2 iaitu amanah dari ALLAH, maka di situ telah besar pahalanya. Lihat sahaja zaman sekarang, bukan sedikit isteri orang yang tidak menjaga kehormatannya dan jika anda merasakan anda isteri yang taat, maka telah tinggi nilainya disitu. Tidaklah saya mengajak anda untuk memandang diri kita lebih hebat, sekadar untuk membuat kita rasa beruntung kerana tidak terjebak dalam lembah yang hina itu.

- Apabila kita merelakan suami kita ke masjid untuk solat berjemaah, anda masih boleh menumpang untung kerana suami anda tidak terjebak ke tempat maksiat yang lebih ditakuti dek dalam jurangnya. Pasti ada nilainya galakkan anda kepada suami atas kerelaan anda ini.

- Apabila kita menyediakan makanan untuk dijamah. Mmm..air tangan ibu penuh dengan kasih sayang. Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan untuk memenuhi hal ini.

- Apabila kita bersabar dengan kerenah anak-anak, maka kita akan mendapat pahala yang tiada tolok bandingnya. Bayangkan mereka yang tak sabar, sanggup membunuh anak atau sekurang2nya lebam anak itu di sana sini. Adakah itu mengikut cara Rasulullah kita dalam memberi tunjuk ajar kepada anak2. Jika mereka membesar dalam keadaan tertekan, adakah mereka akan membesar sebagai orang yang berjasa nantinya?

- Apabila kita kurang mengaji tetapi masih mengikuti bacaan suami atau sekurang2nya CD2 zikir dan bacaan alQuran sambil membuat kerja rumah masih mendatangkan pahala namun yang terlebih baik adalah menjiwainya dengan membacanya sendiri.

- Apabila kita lewat untuk menunaikan solat Isyak kerana menguruskan anak2, itu juga satu ibadat yang unggul walaubagaimanapun, saya kira adalah lebih baik kita mengajak anak2 sama mengerjakan solat beramai2. Jadi, bentanglah sejadah dan telekung agar mereka juga menyertai anda.

- Apabila kita mengawasi anak2 dari bahaya itu juga akan diberikan pahala.

- Apabila kita menutup aurat apabila keluar dari rumah dan apabila tetamu datang ke rumah juga adalah pahala.

Saya kira apa yang disebutkan di atas adalah mudah, kecuali jika kita rasa terpaksa. Walaupun kita rasa terpaksa melakukannya, kita masih perlu melakukannya atau tidak, tidak ada orang lain yang akan melakukannya untuk anda. Oleh itu, adalah lebih manis rasanya kalau kita dapat menyerahkan segala keluh kesah kita hanya kepada ALLAH. Selepas itu, kita tidak akan mengeluh lagi kepada manusia.

Suka saya kongsikan sesuatu dari seorang sahabat saya. Dia telah mendengar tazkirah di masjid di mana rumahtangga Muslim itu sentiasa akan diuji. Itu adalah kerana ALLAH ingin mengingatkan kita agar berdoa kepadaNya. Jika kita terlalu larut dalam kasih sayang suami kita, maka kita tidak nampak Pencipta kepada suami kita itu. Tetapi jika kita terus meminta dari ALLAH, maka nikmatnya berkasih sayang sesama manusia tidak akan dapat diungkapkan dengan kata2.

Tuesday, December 16, 2008

Tapai Masam Bertukar Manis


Bismillah,
Rentetan kisah duka (eceh...) saya yang lalu. Sukacitalah saya ingin berkongsi berita dengan semua sahabat yang mendoakan dan tak kurang juga memberi nasihat yang sangat berguna buat saya. Mcm mana nak cerita ya sebab arini alhamdulillah kesugulan saya berlalu macam tu sahaja.

Byk respon mengatakan tapai ni ada byk pantang larang ketika membuatnya. Tak boleh pot pet pot pet, tak boleh masam2, tak boleh time period, tak boleh letak tgh panas. Saya bukan tidak percaya hal ini. Setiap benda akan ada alasan logiknya. Kata mertua saya, tapai berdarah bukan kerana pembuat tapai tu period tapi katanya mungkin daun yang digunakan tidak bersih.

Tidak menjadi bukan disebabkan kita masam atau manis masa tu tetapi mungkin adunan yang kita lakukan tidak tepat. Sepatutnya ragi yang saya gunakan perlu digaul dalam 4kg pulut tetapi saya gaulkan mereka dalam 2 kg pulut sahaja. Owh, tidakkah itu sudah melebih2? Juga mungkin secara teknikal saya telah tanak beras itu dengan air yang lebih.

Tak kisahlah tu. Pagi ini, aroma manis tapai naik bila saya lalu di dapur. Pun tidak saya sudi untuk memandang apatah lagi merasa tapai itu. Sehingga suami saya memberitahu tapai kami dah manis, pun saya tak sudi lagi menjamahnya. Bagi saya, yang sudah tu sudahlah.

Sehinggalah tadi sahabat saya datang ke rumah dan kebetulan laksa yang abah saya beli dari Alor Star ada banyak, maka saya jemputlah dia makan bersama. Sahabat saya tu cubalah rasa tapai saya n dia kata manis je Pijah cuma ada la sikit2 masam tapi boleh makan lah.

Utk pengetahuan, masa suami saya memberitahu tapai saya masam beberapa hari lalu, dia kata mulutnya rasa bisa2 dalam tempoh lama. Tu sbb saya pun tak makan. Tapi hari ni tapai yang sama mula menjadi manis dan saya boleh makan tapai tu tanpa ragu2. He he...alhamdulillah. Ntah macam mana ye perasaan saya.

Ada ubat rupanya kecewa saya. Saya tak berminat lagi nk jual tapai trip ni. Mungkin di lain kali, saya akan pastikan ke'jitu'an dalam menentukan sukatan tapai saya. Telah saya soal mertua saya tentang apa yang telah terjadi tapi dia pun tak pasti mcm mana keadaan tu boleh berlaku.

Serikkah saya? Dalam kekecewaan semalam, saya masih menanam tekad agar satu hari walaupun ketika saya telah senang, saya ingin ajar Asmaa' (sekurang2nya) dan anak2 lain untuk berniaga kecil2an begini. Ia sangat mendatangkan satu kepuasan dan banyak benda yang boleh saya belajar daripadanya.

Selain boleh membuat sesuatu yang boleh dimakan, rupanya ada nilai2 murni lain yang meresapi sama dalam jiwa saya. Alhamdulillah, ALLAH memberikan saya kemanisan ini dan saya rasa bersyukur kerana ditunjuk jalan dalam keadaan begini. Ada satu komen yang saya suka telah saya terima rentetan dari cerita tapai saya.

Let's think thousand more ways of doing things than just looking at one way that did not make it happen.


Saya harap, kesabaran saya masih ada untuk hal2 yang begini. Walaupun malu utk saya akui, saya hampir kalah dengan tangisan yang tak tentu hala tempoh hari tapi alhamdulillah, ujian ini ada manisnya. Ibarat nasyid yang saya coretkan dalam entry lepas. Doakan saya, moga sama2 kita mendapat berkatnya...

Buat suami tercinta, terima kasih atas sokongan dan doa abang..

Sunday, December 14, 2008

Tapaiku Masam


Bismillah,

Tajuk di atas bunyinya macam lawak. Hakikatnya, ia telah menyebabkan saya sedih semalaman. Bak kata org dolu2 tidur tak lena. Alkisahnya memang lah lena jugak tapi ada mimpi tapai. Dalam mimpi tu, saya cuba satu2 tapai yang saya buat utk cari yang manis kerana saya yakin ada jugak dalam banyak2 tu yang menjadi.

Bunyi macam benda kecik tapi hakikatnya tapai ini saya telah buat sebanyak 6 kg dengan 6 kali tanak dan 3 kali gaul. Kesemua 6 kg ini telah saya masukkan ke dalam 350++ cup (100++ by my dear hubby) utk dijual dengan harga lima kupang. Jika saya berjaya menjual kesemuanya maka hasil jualan adalah sekitar RM 175++ sahaja dan jika tak laku saya masih tak kisah sebab my child suka makan tapai ni especially kalau disejukkan. They called the tapai 'nasi sejuk'.

Inspirasi untuk membuat tapai ini datang apabila ada tempahan dari seorang kawan abah saya yang nak tapai dari Pantai Timur sebanyak 20. Tapi disebabkan cucu2 tokku yang mencecah 30 tu balik kesemuanya maka tak adalah baki (even once). So, we (anak menantu cek) decided to make sedulang lagi. Half of that nak bg pada pengirim dan lebihnya untuk makan anak beranak.

Kebetulan arini 14 Dec ada Sambutan Sedekad Dewan Muslimat di Nibong Tebal. Makanya saya dan suami mengambil kesempatan ini untuk menapai bagi menampung dana2 perbelanjaan kami yang makin kurang sejak akhir2 ini. Maka sayalah yang memilih berasnya, sayalah yang memilih raginya dan saya jugalah yang membeli cup2 yang setambun mambun utk didagangkan.

Masih terasa lagi sengal dan keletihan kerana duduk membongkok lama utk memenuhkan cup2 itu. Hari Khamis lalu juga saya tidur jam 2.15 pagi utk menghabiskan kerja2 menapai. Tapi semalam, suami saya telah memberikan khabar buruk itu dan saya dengan tiba2 rasa kecewa sangat. Saya yakin jika tapai itu tidak laku saya masih tidak sekecewa ini.

Saya tidak BERHAK merasa kecewa sebenarnya. Ibarat sepupu saya kata dalam mesejnya smlm dengan memberi serangkap lagu (dia kata lagu inteam saya rasa mcm lagu raihan jek)..
Jangan difikir derita akan berpanjangan,
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan,
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan,
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali,

Ujian adalah Tarbiyyah dari ALLAH,
Apakah kita kan sabar,
Ataupun sebaliknya,
Kesenangan yang datang selepas kesusahan,
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan..

Mmm, seiring dengan lagu ni ditulis, saya turut mengalirkan air mata sekali lagi. Mungkin kerana maksudnya sampai ke lubuk jiwa saya. Semalam juga seorang sahabat saya K.Intan ada kata baguslah kalau kita diuji. Mmm, thanx Dilah dan Syiqah juga yang bagi peringatan mcm ni.

Mmm...akibat dari terlampau sedih semalam, sengaja saya tepon Safia (selepas Syu tak angkat saya call dua kali) sekadar utk dengar dia buat lawak. Saya mahu ketawa malam tu sebab saya ada tetamu (sahabat lama suami saya). Takkanlah nak bermuram durja depan diorang.

Dan alhamdulillah kami sempat bawak diorang makan kat tepi sungai utk melihat sempadan 3 negeri di situ. Selepas itu kami pergi tengok opera Cina (kitorang selamba je masuk dalam pagar tokong diorg) sbb anak2 sahabat suami saya tak pernah tengok kelompok orang Cina begitu ramai di Pasir Putih.

Selepas tu juga kami berjalan ke Omaq Char Kuey Tiow dan family diorg sekali lagi order 3 pinggan Char Kuey Tiow. Sepulangnya mereka pagi tadi, tak tunggu lama rasa sedih saya datang lagi apatah pula tapai2 tu masih memenuhi dapur saya.

Secara teknikal nya kesilapan yang mungkin saya lakukan adalah :
- Tidak basuh beras pulut sehingga airnya benar2 jernih
- Terlebih air sampai ada beberapa jerangan yang agak lembik
- Terlebih letak ragi (ragi ini tidak serupa dengan ragi murah yang dibeli di Kelantan maka saya tidak tahu sukatannya bagaimana)
- Tak pasti sama ada pulut saya benar2 telah sejuk sebelum saya ayak ragi ke atasnya


Ya, itu secara teknikalnya, tetapi hikmahnya mungkin pula begini :
- Untuk saya menghayati rasanya mereka yang mencari makan dengan menjual kuih muih, mungkin mereka lebih dasat berpagian compare to me yang baru mlm tu tido 2.15pg
- Terlampau gopoh (actually saya kejar jugak buat sebab nak tapai ni telah menjadi tapai sepenuhnya ari Ahad)
- Tak habis belajar
- ALLAH mahu menunjukkan sesuatu


Saya insafi saya telah terlibat banyak dalam sistem pinjaman yang bertopengkan pinjaman secara Islam tapi sebenarnya dah nak nampak mcm riba. PTPTN, Loan kereta (CIMB & BIMB), Loan RHB (dah tinggal sikit alhamdulillah) dan MARA. Semua ini sangat menyendatkan sehingga datang idea untuk membuat tapai ini.

Walaupun begitu, saya tidak mahu terus kecewa. Saya rasa saya sudah mengusahakan satu lagi keinginan saya sehingga menjadi kenyataan walaupun kenyataan itu menyakitkan daripada saya asyik menyebut saya nak buat tapai tapi langsung tak berusaha kearahnya. Untuk yang ini, saya rasa bangga dengan diri saya kerana saya telah berjaya memecahkan satu tembok di mana seorang tokey kedai spek buat tapai untuk cari duit lebih.

Kenapa saya berkongsi cerita ini? Saya tidak mahukan simpati. Walapun dalam kesempitan ini, saya masih ada makanan untuk dimakan. Saya masih ada bumbung untuk berteduh dan saya masih ada suami dan anak2 yang masih menyokong. Pagi tadi suami saya telah membisikkan kata2 yang tidak boleh saya lekehkan. Juga Uwaiys datang menepuk2 belakang saya bila lihat uminya menangis begitu sekali. Terima kasih buat suamiku tercinta dan anak2 tersayang.

Saya berkongsi kisah ini kerana saya kira ada di antara yang membaca boleh menjadikannya sebagai satu iktibar hidup. Lopak mana yang telah saya lalui telah saya beritahu kepada anda. Tinggal anda yang membaca untuk mengelak dari terkena lopak itu. Walaupun kenangan ini saya rasakan pahit hari ini, doakanlah agar di masa lain saya boleh ketawa mengenangkannya.

Doakanlah saya kawan kawan...

*selesainya nukilan ini ditulis, saya mahu melupakan kesakitan saya hari ini, doakan saya boleh??

Sunday, December 07, 2008

Sunday, November 23, 2008

Menidurkan Anak Di Malam Hari


Bismillah,

Seiring dengan senangnya saya tidur lena malam (he he..) ada yang bertanya anak2 tak bangun malam ke nak main2? Wah, bangun mintak susu tu adelah tapi alhamdulillah abah diorg yang bangun bancuhkan. Saya hanya susukan Arwa dan kekerapan Arwa terjaga malam adalah sekitar 5-6 kali. Tapi mereka akan terus terlena selepas menyusu.

Jadi apakah tipsnya ya utk menidurkan anak di malam hari. Yelah, kalau diorg sorang2 jadi combat ke, Ultraman ke, Superman ke tak kisah la. Yang kita takut kalau diorg tersasul jatuh katil ke, atau kemalangan2 lain kan...Lagipulak dipaksakan kita jadi rasaksa pulak lagi lah letih.

Ini ada beberapa tips yang saya ambil dari email Dr Rita Aisyah. Saya rasa tips yang dia bagini sangat membantu dan kebetulan apa yg Dr Rita amalkan saya pun amalkan juga. So, tak susah tidurkan 4 anak saya di malam hari.

- Di siang hari jangan paksa baby tido kalau dia tak ngantuk. Karang malam dia pulak paksa kita bangun layan dia he he...Let them play around dan bila dia nampak dah letih dan ngantuk, time tu mudah nak tidokan. Kalau ikut pengalaman saya kalau tidokan diorg time diorg masih belum ngantuk, halamatnya umi dia lah yang lena dulu.

- Sekalipun dia tidur siang, jangan gelapkan tempat dia tidur. So, biar dia tidur dalam cerah dan ada cahaya matahari masuk. Tidak perlu juga sunyi2. Jadi diorg akan lali dengan bunyi dan cahaya cerah sekalipun akhirnya.

- Bila dah sedia nak tidur malam, pastikan sll diorg ada bed time. Misal kata tidur kul 10, maka kalau yang biasa mandikan baby atau salin diapers baru n baju yg baru (supaya selesa), susukan dia dan tepuk2 sehingga lena. Lama2 dia akan memahami bahawa itu adalah tandanya mereka disuruh tidur.

- Jangan bergurau senda yang melampau2 dengan anak2 waktu malam. Sebab diorg mudah excited sampai hilang mengantuk.

- Tempat tidur anak di malam hari hendaklah diusahakan gelap dan sunyi.

- Dr Rita kata jangan salin diapers memalam. Sbb ini mungkin akan menyebabkan diorg terjaga. Tapi kalau saya perlu melakukan ini, (selalunya sblm tidur saya salin yg baru dan biasanya tahan ke pagi), saya akan bancuhkan sedikit susu so that dia masih dalam keadaan lalok. Time gini saya guna baby wipes pun tak jaga.

- Kalau diorg tergolek2 kerimasan, selalunya abah diorg akan tepuk2 dan mereka akan lega semula. Mungkin diorg panas maka kipas akan dilajukan sedikit. Kalau diorg dah selesa dan malam semakin sejuk, kipas akan diperlahankan semula.

Yah, semoga maklumat ini membantu. OK??

Saturday, November 22, 2008

Aku Dengan Huruf H Di Belakang


Bismillah,
Sajo jo den menulih hari ni. Sebab den maleh nak kojo...pasai tu den menulih. Tapi tu tak bermakno, time den menulih den memang maleh kojo. He he... Sebabnya sedang bermenung2 ni teringat lak 'borak'kan den dengan kanda den yang jauh di mata. Rindu? Mustila rindu, pasai tu lah tepon den yang dah celcom bagi warning berkali2, "Kalau ekau tak bayar jugak, aku sekat tepon ekau," tetap den langgar.

Kato suami den, dia jalan2 dengan kawan dio. Bincang2 pasal sorang kawan yang lain yang dah mungkin terpaksa menceraikan isteri kedua dek kerana tak sanggup terus ditinggalkan isteri yang pertama. Yang tu kitolah kata...yang sebetui memang duo tu takdok jodoh panjang..huhu...

Kawan dia ni bgtau ada dio tyakan sorang tok bomoh secara berlawak, "Takdok ko ubat nak tolong kawan diorang. Nayo lah bini no dua tu kalau kene cerai," Cepat je tok bomoh tu jawab, "Ih, orang yang nama belakang ada huruf H memang susah. Memang jenis keras hati," Muahahahaha...

Den tak cayo bondo ni walaupun den suko bona apo yang dikato sbb belakang namo den pun huruf H jugak. Sitisifirsepuluh tidak H kat belakang?? Ngehhehehe... Apa yang dikata tok bomoh ini tidak penting. Mungkin orang yang selain dari golongan nama belakang huruf H lebih hebat keras nya.

Nih dari pagi lagi dok borak hal ni. Tapi sampai petang den dok teringat2. Agak2 musti abang den pun tak berani nak try. Hihii...acah aje. Jgn uji den dengan benda yg den takleh tanggung yo abg. He he...den warning ni :P

Sunday, November 16, 2008

Kekenduran Rahim


Bismillah,

Serasa malunya untuk menaip tentang hal ini apatah pula blog ini kadang kala dilintasi dek mereka yang bernama lelaki. Jadi kepada yang tak ada rahim, tak payahlah baca ataupun kalau anda nak baca, pastikan anda ada isteri untuk dinasihati ek. Mungkin keadaan ini berlaku tanpa anda sedari atau buat2 tak sedar.

Kalau anda penah dengar perkataan prolapse, maka itulah namanya keadaan rahim yang telah terjatuh ke bawah dan kadangkala terkeluar pula dari saluran faraj. Ini mungkin disebabkan otot atau ligamen yang memegang rahim dah jadi kendur. Saya sukar memahami ini memandangkan saya bermain dengan mata sahaja.

Tetapi di mata pula, pada umur linkungan 40an, anda mungkin akan mengalami kekaburan penglihatan dekat. Jika ini berlaku, anda terpaksa memegang objek yang ingin dibaca menjauhi mata anda untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas. Keadaan ini akan bertukar menjadi beban bila anda terasa rupanya tangan anda tak cukup panjang untuk mendapatkan penglihatan yang jelas itu.

Yang jelasnya, bukanlah salah tangan anda menjadi pendek. Hakikatnya, ligamen yang memegang kanta mata anda kini tidak lagi anjal untuk membantu proses pemfokusan penglihatan dekat. Jadi, secara relatifnya, mungkin hal yang sama telah berlaku pada rahim. Mungkin disebabkan proses kelahiran dan mengandung itu, ia kini tidak lagi anjal.

Atau saya bawakan ayat yang mudah sekali untuk difahami. Ibaratkan ada makhluk yang memegang rahim anda. Tapi masa proses kehamilan dan kelahiran, dia pulun tarik lepas rahim tu sampailah tahap dia tak larat nak pegang dah. Dan itulah tikanya dimana anda akan mengalami kekenduran rahim. (Attn : Makhluk itu adalah ligamen tadi).

Pada peringkat awal, mungkin rahim ni jatuh sikit je, kalau lagi teruk dia akan jatuh sampai ke permukaan faraj. Peringkat yang paling dasat adalah apabila rahim sampai terkeluar dari permukaan faraj.

Kesan dari kekenduran rahim :
- Gangguan saluran kencing
Kerap kencing atau tak boleh kawal kencing terutamanya time batuk dan bersin. Ataupun dari XTVT bangun duduk macam yang kita lakukan masa solat. Jadi mereka dengan masalah ini kenalah berwaspada kerana jika walaupun sedikit air kencing terkeluar maka wudhu kita batal dan terpaksa solat semula nantinya.

- Gangguan hubungan kelamin
Sila maklum hal ini

- Sakit pinggang

Antara langkah pengawalan hal ini :

- Dapatkan pemeriksaan lanjutan (ini yang terbaik dari duduk rumah memendam perasaan)

- Jaga kesihatan

- Jaga berat badan

- Amalkan latihan mengemut
Ini boleh dilakukan macam seolah-olah sedang tahan kencing dan lepas. Lakukan sekerap mungkin bagi mendapatkan kesan yang lebih baik. Latihan ini akan menguatkan otot di sekitar faraj

- Pastikan faraj selalu dalam keadaan bersih
Sorry to say, ada yang kencing tak basuh tu kenalah jaga2 ek. Jangkitan akan menyebabkan perkara yang lebih teruk kepada anda.

The Prophet’s Love For His People


Something to think about…

How would you feel if you found out that someone was thinking about you more than 1400 years ago?

A few days before he left this world, the Prophet Muhammad was heard saying…

“I wish that I had met my brothers….”

His companions, who were around him said “We are your brothers!”

He replied : “You are my companions.
But my brothers are ….

“those who come after me, and believe in me without seeing me!”

This shows a glimpse of our Prophet’s love for us

And of course, we claim to love him as well.

But when love becomes limited to words,

it becomes meaningless.

And when the loved one’s advice is not taken seriously, it invalidates this love.

Don’t you think?

Isn’t it about time we follow our messenger? صلى الله عليه Ùˆ سلم

Isn’t it about time we reconsider our lives?

Please pass this around, perhaps you would be a reason to awaken the love of the Prophet in someone’s heart. صلى الله عليه Ùˆ سلم

Mengisi Waktu Lapang


Bismillah,

Sudah lama tak buka fail tempat saya menyimpan pelbagai artikel yang saya copy, yang saya download, yang saya simpan sendiri. Hari ini disebabkan saya mempunyai masa lapang (adalah disebabkan mahu melapangkan otak yang dah lama asyik fikir nak cari duit tak sudah2). Isi fail ini juga sangat menarik minat saya kerana dengan kerehatan ini, saya juga ingin sekali menyediakan sesuatu yang bermanfaat buat anak2 saya. Yeaahh..moga ada kekuatan untuk membuat XTVT di bawah nanti.

Kalau diperati2 anak orang Cina, Sikh di sekitar Parit Buntar ni, kanak2 biasanya dikawal oleh parents diorang. Anak2 orang India juga. Sehingga susah untuk berjumpa anak orang bangsa ini di jalan2 atau bersiar2 sendiri tanpa ibubapa kalau nak dibandingkan dengan anak orang Melayu.

Ini mungkin memberi satu tanda aras bahawa orang Melayu ni terlampau banyak masa lapang sampai akhirnya kita lalai dan cepat terlibat dengan masalah akhlak. Bukanlah dikatakan bangsa lain tidak bebas tapi kebersamaan ibubapa dengan anak2 menyebabkan masa mereka menjadi lebih berkualiti.

Sekalipun mereka mahu pergi berpersatuan atau sukan, mereka tetap dihantar dan diambil dengan kenderaan sendiri. Ini menyebabkan mereka ni tak ada masa utk buat benda yang tak berfaedah. Mungkin banyak faktor juga perlu diambil kira di mana orang Cina ni sebagai contoh mereka tak makan gaji.

Jadi bila dia tak makan gaji, maka dia ada masa untuk ulit anak dia dari bangun tidur sampai tidur balik. Namun, sampai bila kita harus mencari alasan untuk berkata tidak bukan? Alasan tu akan sentiasa menemani kita walau apa pun yang kita lakukan jadi janganlah menolak sebelum mencuba.

Dibawah ini saya sertakan senarai XTVT yang boleh kita sama2 gunakan untuk mengisi masa lapang anak. Semoga ia berfaedah untuk anda semua juga ya...!!

Aktiviti Mengisi Masa Lapang Anak-Anak

Mengasah Bakat / Kreativiti / Hobi
• Melukis
• Fotografi
• Robotik
• Mengarang
• Belajar khat
• Bernasyid
• Menanam bunga
• Berkebun sayur
• Menghias rumah
• Melancong

Memiliki Kemahiran
• Komputer
• Melayari internet yang berfaedah
• Kelas tuisyen
• Kumpulan belajar
• Bermain kompang
• Bermain key-board
• Memotong & mengumpul keratan akhbar
• Memiliki lesen memandu

Bersosial yang Sihat
• Melawat nenek di kampung
• Beramah mesra dengan jiran
• Menziarahi keluarga
• Mengikuti rombongan sambil belajar
• Menziarahi pesakit di hospital
• Menziarahi kelahiran, sakit dan kematian
• Melibatkan diri dengan aktiviti kelab, persatuan, NGO atau kerja-kerja sukarela

Bersukan
• Bola sepak
• Badminton
• Sepak takraw
• Berenang
• Ping-pong
• Bola jaring
• Jogging
• Strolling
• Judo
• Silat

Mendalami Pendidikan Agama
• Belajar & Menghafal Iqra / Al-Quran
• Belajar tajwid / tahsinul Quran
• Belajar tarannum
• Belajar fardhu 'Ain
• Mendengar ceramah agama
• Berjemaah di masjid / surau
• Mengikut kumpulan usrah
• Menziarahi makam orang-orang soleh

Aktiviti Luar / Lasak
• Berkhemah
• Jungle Trekking
• Aktiviti Pacuan 4 Roda
• Memancing
• Berbasikal
• Memanjat bukit / gunung
• Unggun api
• Bermain wau

Wallahu'alam. Semoga ada manfaat buat anda yang membaca

Saturday, November 15, 2008

Kisah Anakanda Beta





Bismillah,

Ramai juga yang tya nape asyik cerita hal Uwaiys je. Nama kedai pun nama Uwaiys. Tu tak bermakna, kami sayang Uwaiys lebih. Oh ya, arini nak top up cerita Uwaiys dalam posting sebelum ni. Arini Uwaiys telah berenang buat kali kedua atas lantai dapur..Warrgghh...udah la kebetulan pakai baju hijau arini memang terasa betul nak jadi Hulk Hogan.

Abah diorang letak baldi 3 bijik depan bilik air utk tawarkan klorin sblm masuk dalam kolam ikan. Nak jadi cerita abah diorg turun bawah utk potong spek. Saya pula sedang menyusukan Arwa dalam bilik. Tiba2 Usamah datang bgtau Uwaiys main air kat dapur. Main air tu perkara biasa, tapi arini dah lebih.

Adoko dia cebok air dari dalam baldi tu dan curah atas lantai dapur. Tak cukup curah, dia pun berenang2 atas lantai sambil mencuci lantai yang dekat dua minggu lebih tak di mop. Tapi mujur Usamah ada nak tolong repot. He he...masa dia repot tu rasa panas telinga bila tgk Uwaiys dah basahkan dapur.

Usamah sekarang dah cukup pandai nak kawal diri bila datang part menyanyi dalam TV. Kalau dah keluar lagu2, dia akan bgtau, "Umi, dia nyanyi," dan itu tandanya saya perlu tukar ke channel lain. Rasanya saya yang selalu ralit biarkan diorg dengar lagu yang bukan2 dalam TV sampai diorg kene ingatkan saya utk tukar channel.

Masa pergi jemput diorg dari taska smlm, saya terdatang awal. Sampai2 aje cikgu diorang bgtau diorg tgh solat. Saya intai2 anak2 saya dan diorg jadi makmum. Mmm...teringin pulak rasa nak tgk Usamah jadi imamnya. Yang saya tak syioknya bila tgk Usamah pakai seluar pendek (masih lepas lutut). Patutlah dia sll minta saya belikan seluar panjang. Insya ALLAH Usamah, umi ada duit lebih sikit umi belikan ye untuk Usamah baju dgn seluar panjang.

Sekarang, saya mulakan semula membacakan diorg buku cerita dan orang yang paling excited dengar adalah Asmaa'. Asmaa' semenjak dibelikan tudung baru ni, asyik pakai tudung je. Gambar ni pun adalah gambar dengan tudung baru. Sampai ada seorang Cina tanya, mcm mana ajar dia pakai tudung sebab anak dia nak pakai topi pun seksa.

Susah juga ye nak jawab sbb secara asasnya Asmaa' memang sll diingatkan utk pakai tudung kalau nak keluar rumah. Jadi dia akan terbiasa dengan sendirinya. Even terlena dalam kereta saya perati dia lena dengan tudung2 dia tu lah. Semoga asas itu akan dibiasakan sehingga bila2.

Arwa sekarang pula dah sibuk2 berdiri. Jadi kitorg semua kene berjaga2 tak kira masa dan di mana atas tabiat baru Arwa. Dah banyak kali sebenarnya dia terbalik ke belakang sbb bila dia ralit pegang barang, dia tak perasan dia berdiri dengan kaki sendiri. Cuma gigi je tak tumbuh lagi. He he...

Ada yang bertanya, tak serabut ke k.Siti ramai2? Tolonglah jangan terlalu bersangka baik dengan saya. Telah banyak posting yang sebelum ini menunjukkan cubaan saya untuk menjadi Hulk Hogan. Anak2 saya juga sedang belajar dan pastilah banyak kesilapan berlaku sehingga mereka tahu yang mana yang betul dan yang mana pula tidak.

Hakikatnya, mereka tidak lari dari dicubit dan dipukul (pukul tu tak la sampai patah riuk tapi takde perkataan yang lebih manis untuk digunakan untuk ini). Mengambil kira bahawa memukul itu adalah untuk mengubati dari perbuatan yang tidak manis menjadi melarat.

Menjadi ibu bapa ini bukanlah sedikit cabarannya. Kami juga tidak lari dari cubaan2 itu. Namun, diharapkan, ada antara doa2 kami yang dimaqbulkan sehingga anak2 kami ini membesar menjadi anak2 soleh yang menjadi penyejuk mata. Doakan lah kami menjadi ibubapa mithali.

Thursday, November 13, 2008

HAPPY BIRTHDAY MY SON


Bismillah,

Maaflah dah lama juga saya tak menulis apa2 buat tatapan mereka yang menjenguk ke sini. Hari ini saya rasa dah bosan sangat mengadap benda yang saya rasa tak medatangkan ketenangan kepada saya. Ada baik juga saya menulis dan tumpang gembira jika ada yang gembira membaca tulisan saya.

Anak saya dah besar!! Uwaiys sekarang dah cukup dua tahun pada 11 Nov baru ni. Hepi besday juga buat Azim Fahmi (anak kepada Azee Azwani & Fadamin) juga buat Macik Ida Sofina yang sama2 lahir pada tarikh ini. Maka dengan ini, maka mereka2 ini telah membesar dengan jayanya maka bersyukurlah dengan panjangnya usia ini.

UWAIYS..menjelang harijadinya dia telah menjolokkan sesuatu ke dalam lubang hidungnya yang comel. Ini menyebabkan kami bergegas ke dua klinik untuk tahu adakah benda tu masih dalam lubang hidung Uwaiys atau tidak. Di klinik pertama, bila melangkah masuk je ke dalam bilik Doktor di Poliklinik Kumari di Parit Buntar, Uwaiys mula mengamak.

Yang saya tak minat adalah muka doktor yang tak tunjuk walau sedikit minat pun untuk cek anak saya, sedang saya sedang dilanda GUBRA yang tak berkesudahan. Sapo lah yang tak risau kalau ada benda masuk idung anak weih... Dah lah tu guna torch light dan suluh tanpa cuba untuk pegang Uwaiys. Sampai tahun depan pun apa yg kau boleh nampak hanyalah bulu hidung Uwaiys je lah.

Dengan ini, saya akan memboikot klinik ini pulak selepas boikot kedai gambar Cina bulan lepas. Maka berani2lah buat muka tak puas hati pada saya yang sedang memberi sokongan kepada klinik ngkau. Ha ha... Jadi, kami pergilah juga ke klinik Pakar Kanak2 Ho yang memang sll kami pergi selepas mendapati klinik Bersatu dah tutup.

Seperti biasa Dr Ho sentiasa menghargai kedatangan kami, dan staff2 dia juga dah maklum nama Uwaiys. Bukan tu yg saya mahukan tp sekurang2nya diorg tak buat muka mcm sy tak mampu bayar servis diorg. Walaupun 3 org digunakan utk memegang kepala Uwaiys utk memberi laluan kepada Dr Ho memeriksa Uwaiys, dan kelihatan agak ganas tp sy puas hati bila dia betul2 mencari kemungkinan ada benda yg masuk idung Uwaiys.

Anyway, saya teringin ucapkan terima kasih kepada Dr Ho dan staff2nya kerana meyakinkan kami tak ada apa2 yg melepasi hidung anakanda beta.Bila dikenang2, serasa mahu ketawa aje. Uwaiys adalah seorang anak yang lucu, lucu la sbb pandai buat lawak.

Masa Hasanah & Fahmi datang aritu pun dia tunjuk stunt ntah macam mana sampai separuh badan dah termasuk dalam kolam ikan abah. Muahahaha...separuh sbb separuh lg kaki dan tangan dia paut pada kolam tu...kalau tak, luncun lah dia...ha ha. Uwaiys juga berani.

Berani kerana walaupun lampu ditutup habis seluruh rumah, dia berani berjalan sensorang ke dapur. Memang takde hal punya kalau ke dapur dalam gelap. Macam malam tadi, Asmaa' dan Usamah dah lena. Rumah dah gelap. Kami intai Uwaiys dari bilik yg lain dan dia relax je pegi ke tangga utk tgk sama ada kami ada ke tak di situ.

Bila dia tgk tak ada, dia masuk dalam bilik dan duduk je senyap. Takde pun nk nangis2. Kalaulah Asmaa' dgn Usamah..woh boleh pecah rumah kalau nangis secara beramai2...ha ha.. Mmm, dah besar pun masing2 dan umi risau umi tak menjadi best teacher to anak2 umi. Ya ALLAH berikan daku kekuatan itu...

Tuesday, November 04, 2008

Baik Ada Makna


Bismillah,
Merujuk kepada rancangan febret saya satu masa lalu, Apa-Apa Aje..serasa dah lama tak menulis sesuai dengan tajuk mingguan dia. Semalam saya sempat la nengok kejap, kalau nengok lelama jawab nye tak order cermin lah den. Takpelah, at least tengok kejap pun ada jugak la dapat tangkap sikit gaduh2 Sheila dengan Acoy...

Baik Ada Makna, bagi saya memang kita baik tu pasai ada makna. Sonang yo, kalau kita baik dengan orang, nanti orang akan baiklah dengan kita. Ini akan membawa maksud, kalau org baik dengan kita, maka itu tandanya kita baik dengan orang..ye ke? Keadaan ni tidak tepat pada semua masa.

Ada sesetengah orang mungkin dia buat baik macam mana pun, dia tetap tidak dilayan sewajarnya. Apapun, bagi saya ia ibarat hukum keseimbangan. What U give, U get back. Cumanya masih ada sedikit kekurangan bila ada sesetengah orang tidak membalasi kebaikan dengan kebaikan juga.

Teringat dulu2 kala, masa sekolah rendah dulu, kalau kami nak keluar beramai2 dengan kengkawan, ada sorang kawan nih dia kene sapu sampah, kemas rumah dulu baru lah boleh keluar. So, kadang tu jadual kitorang tertunda sikitlah sbb hal ni. Tapi takde hallah sbb keliling umah dia ada pokok buah he he...

Tidakkah itu akan mendatangkan keuntungan? Bilamana kita berbuat baik, adalah menjadi kelaziman kita juga akan dilayan dengan baik. Maka, berbaik2ah sesama manusia, insya Allah selain mendapat ganjaran dari Allah, kita juga akan mendapat mereka yang baik2 di keliling kita.

Betul tidak semua orang akan membalas dengan kebaikan tetapi percayalah berfikiran positif selalunya menenangkan hati kita. Sekian aja utk sekali ini...

Penyusuan Susu Ibu


Bismillah,

Gembira melihat seorang kawan lama yang telah berjaya mendirikan satu center utk ibu yang menyusu terutamanya, maka lahirlah posting ini. Kebetulan semalam juga saya telah terjumpa satu produk baru utk ibu menyusu, iaitu nursing kaftan. Wah, lepas ni kepada penggemar baju kaftan tetapi menyusu, tak payahlah lagi koyak kasik besar ketiak kaftan korang..hu hu...

Tak mudah juga ye nak menyusu susu badan ni yang mana Arwa saya yang dah umur 9 bulan sekarang dah merasa juga susu formula. Saya hanya mengekalkan ke'eksklusif'an nya sepanjang 6 bulan pertama. Skang ni terpaksa jugak paksa Arwa menyusu badan terutamanya di malam hari.

Tidak hairan juga banyak pusat2 yang menggalakkan susu badan ni mengadakan kursus untuk pengendalian penyusuan eksklusif ini. Satu darinya adalah yang terdapat di tempat kawan saya ni ah. Nampak gaya dia sedang mengadakan satu ruangan yang khusus untuk mereka yang menyusukan badan dengan konsultasi nya sekali.

Utk itu, kepada mereka yang nak mendapatkan konsultasi serta produk2 yang berkaitan boleh lah menghubungi makcik Farah :P di no 012-6448091 atau staff dia namanya Lia 013-2756020. Jika diorg ni ada no tepon baru utk shoplot diorg, akan saya update sekali lagi di sini. Anyway, GRACIAS Pa'an!!

Mmm...kepada yang nakkan produk nursing kaftan pulak bulehlah bukak laman web http://mypermatahati.com/ utk melihat produknya tapi kalau tak salah pada tarikh smlm saya bukak hanya ada satu je yang tinggal tapi Fezah akan tambahkan lagi kemudiannya...

Saturday, November 01, 2008

Persahabatan Yang Tidak Bersambut


Bismillah,

Sedang menaip report sebenarnya tapi saya rasa terganggu dengan perasaan tak sedap hati. Lantaran saya terasa huluran persahabatan saya tidak bersahut oleh seseorang. Mungkin kerana masih dalam fasa masih tidak dapat dilupakan, maka blog ini sekali lagi menjadi rasa kecewa saya.

Saya mungkin melampau bila menggunakan perkataan kecewa ini. Mungkin keadaannya tidak sebegini teruk. Mungkin juga ini hanya anggapan saya. Namun rasa tidak enak ini begitu mendominasi hati jiwa saya ini. Sehinggakan mata saya rasa seakan2 basah kerana sedang mengingatinya.

Perasaan ini pernah berlaku dua kali, dengan dua orang. Saya tidak mahu membuka cerita lama. Semua yang telah berlalu saya anggap telah habis namun bisa sakitnya masih saya terasa. Bilamana saya menganggap seseorang itu benar2 sahabat saya, saya pula dianggap sebagai pengkhianat kepada persahabatan ini.

Saya terkadang rasa menyesal juga bila tali persahabatan yang dulu membara2 telah saya abaikan sehingga sesuatu yang karib menjadi dua perkara yang terpisah. Setelah melalui perpisahan ini, saya rasa sedikit menyesal bila keadaan yang macam ni terjadi. Saya jadi runsing bila saya rasa sahabat saya ini rasa rimas dengan saya.

Saya sedang tercari2 juga punca yang membawa kepada rasa tidak enak ini tapi saya harap semuanya kembali pulih semula. Buat sahabat itu, dik, K.Pija mungkin banyak salah pada hang dulu..tapi k.pija sedang mahu membaikinya. Sekarang terpulang kepada hang sama ada menerima k.Pija hanya sebagai pelanggan atau sebagai seorang kawan. Tapi bagi k.Pija hang bukan sekadar pembekal, tetapi juga seperti sahabat buat k.Pija...

Wah, mungkin hang muntah bila baca apa yg k.Pija tulis ni tapi sekali ini percayalah, ini bukan benda main2 buat k.Pija. Ya ALLAH mudahkanlah adik ku itu...

Tuesday, October 28, 2008

Suami Kaki Pukul



Bismillah,

Setelah melihat satu aduan di SIM, saya pun dengan rajinnya mengumpulkan semua respon yang saya kira membina (bukan memunahkan lagi) rumahtangga seseorang yang mengadu selalu menjadi punching bag suaminya. Seperti yang selalu saya buat adalah meletakkan diri di tempat isteri kepada suami kepada kaki pukul. Mmm...nampaknya kat sini saya fail sikit kot sbb takleh la pulak nak imagine. Saya cuba bayangkan kalau kawan baik saya yang ditempat puan ni...

Mmm..kesian sungguh lah kalau selalu jadi sasaran suami. Tapi bagi membantu mereka ini, saya rasa satu cara yang paling penting adalah mencari apakah punca kepada terjadinya pemukulan tu. Boleh jadi kita isteri yang 'pandai menjawab' sampai suami hilang sabar. Mana tak nye, kalau dia marah, kita jawab. Dia tengking, kita naik lagi jugak suara.

Ha dah, dia pun cari kekuatan yang kita takleh nak balas dan caranya adelah memukul. Geram sangat aku dah ko jawab sangat kan ha amik ni aku bagi sebijik. Tapi saya rasa suami yang senang2 bantai bini dia ni memang level kesabaran dia memang pendek betul. Meter panas dia kejap2 merah, kejap2 merah...hadeih kalau kete sebab kurang air kan dia jadik panas, kalau org guano ek??

Saya ingin menyarankan kepada isteri2 yang dalam kelompok ni agar no satu nya JANGAN MELAWAN. Walaupun kita ni sejak azali memang suka melawan, cubalah selepas baca posting ni atau mungkin esok, atau mungkin lusa..utk tidak melawan. Cubalah sekali ini untuk lebih menjadi pendengar kerana serasa saya cara inilah yang paling aman untuk membenteras perkara yang lebih mudharat yang mungkin terjadi kepada kita golongan isteri.

Tapi andai telah ditakdirkan anda menjadi seorang dari banyak2 lelaki yang memang dalam golongan kaki bantai ni, ada baiknya pergi ke hospital dan minta laporan perubatan. Kemudian bawa laporan perubatan tu untuk buat report polis dan seterusnya adukan ke Pejabat Agama berhampiran bagi mendapatkan sesi kaunseling, pembelaan dan sebagainya.

Jangan jadi seperti seorang yang buta undang2 sehingga anda terus2an menjadi punching bag kepada seseorang. Kalau betul seorang lelaki yang anda terima dia untuk dinikahi itu seorang manusia, maka dia patut melayan anda seperti manusia juga. Jangan sampai anak2 anda kemudiannya menganggap anda juga seperti sampah yang tak layak dihormati gara2 kelakuan bapa yang tidak bertanggungjawab nanti.

Soalan di bawah juga mungkin dapat membantu kita menambah baik apa saja kekurangan yang mungkin menjadi punca sehingga kita kelihatan sebagai punching bag. Saya doakan semoga yang membaca ini lelaki atau perempuan, pasangan baru atau lama, mendapat sesuatu darinya. Kepada penulis soalan ini terima kasih kerana ini mungkin muhasabah terbaik buat diri kita...

1. cukup layanan seksual pada suami?
2. pakaian ... kain batik dengan t shirt pagoda ke?
3. mandi tak ketika suami balik kerja / ketika nak tidur?
4. perut suami terbiar kosong ke?
5. solat? pastinya kan.....
6. merungut / mengadu / membebel tak... terutamanya ketika suami balik kerja?
7. ada hidangan untuk suami waktu dia balik kerja?
8. tinggikan suara pada suami?
9. senyum ketika dia kelihatan penat / gusar?
10. belaian ida pada suami cukup?
11. layan anak lebih dari suami ke?

Akhir kata, moga apa sahaja yang melanda kita temukan jalan penyelesaiannya...

Sunday, October 26, 2008

Cinak Kedai Gambar


Kompem memang tak puas hati dengan gambar ni!! Hancur RM 30 saye...dan yang paling naya sekali rasa adelah AKU TAKDE KEKUATAN UTK MENGAMUK!!!

Bismillah,

Uwaa....nak cerita sesuatu tentang apa yg saya temui tentang Parit Buntar hari ini. Cerita yang sangat saya tensi warrrrgghh... Nak marah tapi saya sabarkan aje. Sbb tanak rosakkan mood saya dengan mood suami. Tapi pelik jugak ek abg, nape tak abg yang sound tadik ek? He he... takpolah, bak kata Izue, sabar tu lebih mulia kan? Uwaaa....

Alkisah pagi tadi saya test power tolong guntingkan rambut abah diorang. Bukanlah nak kata saya pandai gunting rambut, tapi dah sebab abah diorg memang cute kan, potonglah kot mana pun memang cute...he he...lepas je dapat bojeng baru, saya berhajat nak lipat2 kain. Sementelah lauk pauk utk buat sarapan karang dah ade, tinggal nk perangat jek.

Jadi, bila nak kumpul baju yang dilipat, ternampak lah segerombolan baju ungu. he he...tu lah baju raya kitorang. Kebetulan dengan tu, terasa nak tangkap gambar. Jadi tanpa melipat kain saya gosoklah baju2 tu. Hati ni berbunga2 nak gi tangkap gambar lah ni. Maklumlah, sebelum ni Arwa takde lagi. Dah ada ahli baru ni nak la ada gambar.

Sampai kat kedai gambar, punyalah takde sambutan. Saya jadi hairan kenapa kedai tu yang saya pilih. Masa tanya saya nak apa kat situ, saya cakap nak tangkap gambar pun diorang mcm tak minat nak ada customer. Wahhh....saya rasa saya dah salah pilih kedai masa tu jugak. Tapi nih sbb tamau rosak mood lah kunun makanya saya diam jek...

Sampai kat dalam punya nampak cara dia nak tarik lampu flash yang besar tu pun mcm ye lah macam tanak customer. Sampailah dia nak tangkap gambar. Nak cerita masa tahun lalu, nak tangkap gambar raya, dah la adik2 yang tangkap gambar tu ceria2. takde nak tunjuk muka tak suka ke tak puas hati ke...dan diorg shoot lebih dari 30 keping saya rasa.


Acu tgk tangan Usamah dan kaki Uwaiys. Takde susah payah nak lurus mcm nyanyi lagu Negaraku pun gambar ni bg saya cantik.


Kaki Usamah ni kalau kat kedai Cina tadi rasa kene jentik dah. Muka Uwaiys pun mesti dia nak suruh senyum. Muka dia langsung tak mesra alam nak suruh orang senyum. Hampeh!!

Dari 30 keping tu saya rasa nak pilih macam2 gambar tapi disebabkan budget yang limit saya abaikan je lah. Dan gambar2 tu pun sangat santai. Saya dan suami masih boleh tersenyum. Anak2 punya muka pun ok. Ini tak, kat kedai ni kalau boleh nak diluruskan tangan. Hii...ko ingat senang nak suruh budak2 ni dengar pelat Cina ngko??

Saya dah biasa dengan anak2 saya dan saya rasa tak selesa sebab tengok diorang mcm jengkel tgk anak2 saya. Pelik jugak ye, biasa orang Cina ni kalau dengan customer dia buat macam raja. Tapi yang ni lain. Memang lain sangat2. Dahla malas nak tangkap gambar. Zaman pakai filem gulung tu lainlah kan...ni kan dah zaman digital.

Cina ni telah menyebabkan saya dan suami berazam nak buka kedai gambar. Kedai gambar yang mesra mereka yang beranak ramai. Hah...tak ke gila Cina ni sampai buat kitorang nak jadi pesaing dia...ha ha... Wah, ckp tu mcm senang je kan dapat duit tapi doakanlah kalian yang membaca. Semoga adala rezeki kitorang. Manalah tau dalam banyak2 cabang perniagaan kami, yang ini boleh maju.

Gambar tu akan siap pada Rabu nanti. Saya masih berharap dia akan edit secantik yang mungkin pada gambar tu. Kalau talak cantik aa....macam mana aa wa nak buat. Tadi ada sembang dgn Izue, rasa nak sebut kat dia nanti, miss this is my 1st n last time here. Kalau saya masih jadi customer kepada kedai gambar, biarlah kedai gambar lain aje, bukan kedai gambar yang satu nih..

Huhu...sekian sajalah sumpah seranah ku hari ini...Ops..gambar team ungu nanti akan saya letakkan kemudia untuk mengetahui bagaimanakah cantik jelitanya anakanda2 beta nanti.

OK disini saya selitkan gambar anakanda Asmaa' dan Usamah di kedai yang sama. Kedai orang Melayu kat bandar Jerteh. Memang strongly recommended aa kedai nihs... Nak amik 3 gambar di bawah pun punyalah makan masa. Panjat kerusi lah, angkat tangan lah, tengok ke lainlah tapi hasilnya, sampai la ni kenyang tengok...



Thursday, October 23, 2008

Bersangka Baiklah


Bismillah,

Alam rumahtangga memang bukan sentiasa je yang manis2. Kadang2 ada masa pasangan kita akan merasa syak wasangka dengan kita. Pada masa lain kita pulak syak yang bukan2 pada dia. Syak wasangka atau buruk sangka ni ada baiknya diperjelaskan lagi dengan berterus terang dan telus dalam perbincangan.

Saya ingin membawa semua yang membaca ke suatu cerita yang membawa kisah buruk sangka yang kecil. Anda sendiri nanti yang akan membayangkan bagaimana pula jika buruk sangka yang besar dan tidak diperjelaskan dengan baik ya?

Suatu pagi Tipah bangun pagi seawal 5 pagi. Ahaks..nampak je bangun awal sebenarnya semalam dia tak solat Isya sblm tertidur. Katanya dia ingat nak bangun semula sebab nak tolong suaminya picitkan badan dengan minyak sakit urat yang suami dia beli kat pasar pagi tadi. Kalau tak ditidurkan anak2 dulu, takut nanti anak2 tu mengacau pulak.

Nak jadi cerita, pada hari tu pulak dia buatkan penyata akaun lah, penyata untung rugi lah, kunci kira2 lah utk suami tercinta mendapatkan modal untuk memulakan perniagaan. Memang kerja ni biasa tapi ye lah kalau bukan akauntan yang buat, memang tepu kepala hotaknya. Jadi dah dapat lena maka terlebih lenalah pula..alhamdulillah juga jam dikunci jam lima. Maka Tipah solatlah Isya di hujung2 waktu.

Selepas berdoa, Tipah nampak kain selonggok di tempat dia solat dan dia mula mengemas2 kain yang melonggok tu. Bila dah terdengar azan dia pun bangun dan kejutkan suaminya. "Abg, bangun lers, ni ha ada orang nak beli nasi lemak." Tipah cuba nak buat lawak kekunun nak bg suaminya terjaga dan hilang mengantuknya. Ye lah, smlm bila segala akaun makaun tu siap dan dibawa ke PUNB, kata mereka ish kat tpt ni dah banyak kedai plastik. Kang kami bagi modal, bisnes takleh jalan lak kang.

Tipah cuba jugalah bersabar dengan apa kata PUNB. Manakan tak, dia dah sampai beku otak buat kertas kerja tu alih2 lagu tu pulak. Tapi PUNB mencadangkan agar bukak kedai lain dan kedai makan juga mempunyai prospek yang bagus memandangkan orang ni tiap2 ari keje nye melantak aje. Nampaknya Tipah pun tak kisah asal sahaja suaminya dapat menjalankan perniagaan yang diminatinya, Tipah akan tetap memberi sokongan.

Selepas solat Subuh, Tipah pun cuba2 ajak2 berbincang. Kalau nak buka kedai makan, kita kena beli periuk la ek kan? Wahh...ada can lah nak gi Bukit Kayu Itam. Tapi nampak macam mata suaminya separuh buka, separuh pejam. Tipah rasa laki dia letih maka dia pun kensel amik pen dgn kertas yang tadi dia nak gunakan utk lakar kertas kerja baru.

Tiba2 anak no 6 diorg bangun dan mula2 OK. Tetiba pulok, dah dalam 10 minit jaga, dia nangis guling2 atas ayahnya. Tipah rasa elok jugak kot kalau anak dia guling2 macam tu biar ayah dia terjaga. Sekali ayah dia sound pulak, "Buat la susu, asyik nak kene suruh je," Hadoih, dok tgh menjahit ketiak baju yang koyak ni memang Tipah maleh bebeno nak bangun.

Sebab kalau dia bangun, percayalah yang dia takkan duduk semula untuk menjahit ketiak baju tu. Tapi dek suara keras suami mengarah, dia bangunlah jugak. Lepas bancuh susu, dia nampak anak no 4 terjaga tapi anak no 4 ni cool aje. "Andak, tolong bagi susu ni pada Acik," Sementelah Tipah dah nampak pinggan mangkuk yang dibasuh semalam masih dok kat tempat pengering belum diletak ke rak pinggan.

Maka bermulalah bunyi pinggan berlaga. Hakikatnya Tipah buat kerja macam biasa. Dia menyusun pinggan tetapi agaknya suaminya rasa terganggu Tipah sekali lagi disound. Aiyyah...Kebetulan masa kene sound tu satu cawan dalam rak tu terjatuh ke bawah. Wah..ini dah bunyi macam melawan. Tipah jamin aritu mesti jadi hari untuk bergaduh mereka.

Disebabkan Tipah dah kene sound, mood Tipah menjunam dan makanya hari tu punya saham akan merudum serta merta. Tapi Tipah malas nak amik port. Dia kejutkan semua anaknya. Kalau boleh dia tak mau rumah dia senyap sunyi tido sedangkan dia susah buat kerja senyap2. Jadi, dia kejutkan semuanya bagi bangun. He he...biarlah ayah diorang tido, kurang2 anak2 tak terganggu tidurnya sebab Tipah dah bangunkan siap2.

Tipah pun mula masak nasi, mula panaskan lauk smlm yang masih berbaki. Kemudian dia ajak anak2 nya duduk tengok dia lenyek pisang. Saje takmo kasi anak2 dia bising kat area ayah diorg tido. Dah habis tu, dia mandikan anak2 yang tak pandai mandi sendiri. Yang nak ke sekolah dia suruh ke sekolah dan yang nak ke nurseri, dia akan hantarkan masa nak gi keje jap gi.

Well, cerita tu saje saya tulis begitu dan hendaknya ada yang menghayati ha ha...cuma saya nak petik sedikit. Andai saja Tipah tidak bertanya kenapa suami dia lembik je aritu, mungkin dia akan anggap pemalas betul laki aku tanak bangun pun tolong aku. Balik2 aku jugak nak kene siapkan semua kerja.

Sebenarnya kerja Tipah bukan banyak tapi dia rasa banyak sebab dia serabut. Dia serabut tengok suami dia tidur pagi. Kalau dia tidur sama2 mungkin lah dia tak serabut tapi kang akhirnya mesti serabut jugak bila perut takde benda nak di isi. Di sebalik ni mungkin Tipah terlupa, suami dia minta diurut mungkin sebab dia lenguh sangat.

Yang suami pun sebab tak beritahu badannya kurang sihat, telah menyebabkan cik Tipah kita sedikit hot. Kalau diberitahu, mungkinlah Tipah ada kaedah lain untuk mengatur kerja dihari itu. Sekarang yang penting adalah beritahu.

Mungkin anda terfikir semula. Takkan benda sekecil itu pun nak kene cakap. Sebagai contoh anak yang nak susu tadi. Kalau Tipah fikir anak dia lapar, dia mungkin akan bangun bancuh susu, tapi dia pegi fikir anak dia nak suruh ayah dia bangun sebab nak main. Dia berfikir, tapi fikirannya lain pada fikiran suami.

Anda boleh marah pasangan anda namun anda sangat digalakkan untuk bersangka baik. Ini hanya sekecil2 hal di dalam rumah. Bagaimana dengan hal yang melibatkan rakan sekerjalah...yang melibatkan klien lah. Macam2 benda yang menjadikan rumahtangga sedikit bergegar.

Jika tiada kekuatan untuk berterus terang dengan mulut, sampaikanlah dengan mesej. Buatlah apa2 cara pun asal selesai masalahnya. Kerana halyang kecil sllnya menjadi ungkitan yang melampau jika api pergaduhan menjadi marak. Semoga adalah sedikit yang dapat anda fikirkan di sini.

Sunday, October 19, 2008

Experiment In Making Tea


Bismillah,

Kanak2 nih memang banyak benda yang diorang nak belajar. Pagi ini saya terlintaskan satu perkara. Itu pun sbb kakak minta nak minum teh. Kalau tak diajar, dia tak belajar...So, mungkin ini satu cara untuk mengajar anak kenapakah teh berwarna teh dan sebagainya :D. Hanya dengan membancuh teh banyak rupanya yang Asmaa' boleh belajar.

"Umi, kakak nak air teh boleh?" Mestilah boleh yang...umi kene panaskan air dulu. Selepas air dah mendidih, saya ajak Asmaa' tengok kaler air yang sudah mendidih. Yang ni bahaya lah sikit sbb nak kasi dia nampak kaler air tu, saya terpaksa letak teko atas lantai. OK skang Asmaa' nampak dan dia kata kaler putih.

"OK skang kita nak bancuh air teh. Kakak amik uncang ni pegang naik turun dalam teko. Bila daun teh tu mengembang, maka air tu skang dah bertukar ke kaler koko (huhu ye ke namanya kaler koko...sort of la kan? he he...) Asmaa' punyala kagum sampai ketawa2...

OK kemudian saya tiup sikit dalam sudu dan bagi dia rasa. Tawar!! Ye lah sbb belum bubuh gula. Dan selepas dah taruk gula saya bagi dia rasa sekali lagi dan skang Asmaa' dah boleh bezakan kaler dan boleh bezakan rasa jugak. Dan yang paling best Asmaa' dah nampak macam mana warna teh terjadi.

Well, kalau nak buat magic lagi umi boleh buat teh susu tapi mood arini nak minum teh O...jadi arini kakak minum 2 cawan teh hasil dari eksperimen yang dia tengok sendiri. Mmm...lepas ni kakak boleh lah ye bancuh teh utk umi pulak...He he...tengoklah mudah dan memberangsangkan!!!

Saturday, October 18, 2008

Kembali Membilang Anak


Bismillah,

Alhamdulillah selepas tinggalkan kakak selepas raya hari tu, abah dia pulak bawa Uwaiys Jumaat lepas, arini Sabtu dah jumpa semula semua anak2 umi. Taktau la nak gambarkan gimana rasanya sungguh gembira walaupun ciri2 Hulk Hogan umi sudah terserlah semula pagi tadi...wakakaka...

Lebih kurang 530 pagi diorang sampai rumah. Nampak macam abah berada pada level sangat letih so arini kita kasi can dia rehat dan tadi Wa pun datang amik Asmaa' dan Usamah untuk dibuat kawan. Wa dah lama pun tak jumpa dengan kakak. Aritu gian nak bg mandi anak2 secara berjemaah dan tadi umi dengan rela hati mandikan ke empat2 anak umi. He he...

Tu pun nak kecoh kan? Memang pun...sbb hati yang gumbira ini sesungguhnya tak ada tolok tandingnya. Bagai terbang pergi apa yang melanda umi kebelakangan ini. Jika tidak kerana mereka yang ku kasihi ini ntah ada atau tidak semangat umi ni. Yang paling syok tadi selepas solat Subuh, disebabkan semua yang lain masih diulit mimpi, umi pun menaip sikit...

Sedang menaip, tiba2 kakak datang sambil jerit "Umi!!!" pastu terus peluk umi...Haiyyahh..macam dah bertahun ooo tak jumpa..dia pun bercerita itu ini, sini sana...mak ai bukan main ek byk cerita. Sebenarnya umi tak faham la kakak tapi umi dengar je lah..lepas kakak bangun je, Uwaiys pun datang menggesel kat umi.

Usamah time bangun pun mcm teruja bila tgk kakak dengan Uwaiys ada sama. Wahh..hari ni keluarga besar umi sudah ada di sisi umi...bestnya....Ih...mcm mana nak ckp...nih tgh best nih...he he...

Thursday, October 16, 2008

Mengeluh Hanya Lebih Memenatkan Lagi


Bismillah,

Dek masalah yang saya rasakan bertimpa-timpalah lahirnya posting kali ini. Saya tidak merasakan semangat saya semakin lemah, saya perlu bangun dengan apa cara yang saya ada. Kita hanya akan tahu bahawa kita betul2 kreatif setelah semua masalah selesai nanti.

Jenisnya saya ni, bila ada masalah saya malas nak bebankan sangat otak, seorang yang sayangkan saya (dialah kata) runsing saya tidak dapat lena. Sementelah saya pun tidak beraya mana maka dia bimbang saya memejam mata namun tidak lena. Bak kata suami saya, hal itu tak perlu bimbang, belum sentuh lagi kepala dengan bantal, saya sudah pun bermimpi.

Pernahtak kita perasan, kalau jiwa kita susah, maka akan semakin banyak benda yang lebih menyusahkan tiba. Maka timbullah istilah 'masalah yang bertimpa-timpa'. Bagaimanakah itu terjadi? Saya ingin memberi contoh yang sangat mudah untuk dihayati.. Kita ada masalah dengan perniagaan kita atau di pejabat dan masalah ini sangat rumit sekali...

Makanya jiwa kita begitu sesak sekali. Mula dari itu, tiba2 saja ada anjing berak depan kedai sedang elok depan pintu kedai kita. Anjing berak adalah perkara biasa namun ia sangat menyusahkan bila berlaku di kala kita dilanda kesusahan. Balik ke rumah pula, kita perlu memasak. Sambil kita memasak, anak2 melalak2 nangis nakkan susu. Abah dia pulak selamba je tido tak tolong.

Memang hot betul sedangkan hakikatnya suami kita terlena itu perkara biasa dan anak menangis juga adalah satu masalah biasa juga. Tiba2 seorang anak lagi juga mandi dan air terpercik2 keluar bilik air, ia juga keadaan biasa namun sebak kepala kita semak, benda tu nampak macam anak kita buat satu salah besar pulak.

Bila kepala kita serabut, maka macam2lah sebenarnya benda yang menjadikan kita lebih susah lagi. Syukurlah juga saya mempunyai suami yang memahami. Sekurang2nya dia boleh membantu saya meluruskan segala yang kusut dalam otak ni. Memang senang cakap, "Ah, tak payah fikirlah..."

Hakikatnya bahu yang memikul memang lebih sakit dari mata yang melihat. Saya juga bukan insan yang kuat tapi jika kita tunduk pula pada apa masalah yang datang, maka itu menunjukkan pula yang kita bukan jenis yang kuat. Orang dengan senang boleh berkata, "Awak bukan usahawan sebenar," tapi jika dengan ayat ini sahaja kita telah rasa lemah, maka apa yang dikata mungkin benar.

Orang boleh berkata semahunya. Mereka akan kata, "Owh, pompuan ni dia susah nak bawak berunding. Suami dia kongkong dia lah.." Sedangkan perempuan itu sangat taat kepada suaminya dan sewajarnya dia dihormati kerana ketaatan itu malang sekali tidak. Dia seolah-olah dihina kerana mengikut telunjuk suami.

Mulut orang takkan pernah berhenti. Jika kita senang pun akan dikata, jika kita susah juga lebih dikata. Saya selalu sebut 'maleh nak fikir' dan memang saya betul2 malas nak fikir. Jika saya amik port dengan apa yang dikata orang, itu hanyalah kerana saya menyahut cabaran yang dia bagi.

Di dalam kesusahan mengharungi perkara itu, anda akan menemui manakah orang yang boleh menjadi shoulder to cry on atau sebaliknya. Bersyukurlah kerana mempunyai sahabat yang sejati dan bersabarlah dengan mereka yang menikam diri. Apa yang perlu kita ingat, ALLAH itu Maha Melihat. Namun itu bukan alasan untuk mendoakan yang buruk2 kepada orang lain. Mana tahu dengan mendoakan kebaikan, maka di satu hari, orang itu akan benar2 baik kepada kita.

Mmm...di bawah ini adalah satu artikel yang saya hantar kepada seorang sahabat. Artikel yang formal namun ia benar2 lahir dari buah fikiran saya. Semoga adalah manfaat yang terselit di celah2 artikel yang pendek ni. Doakan saya...

Mengeluh Hanya Memenatkan

Lazimnya kita sering mengeluh apabila kita kepenatan, kesedihan, kelelahan, kemiskinan dan pelbagai rasa malang lagi. Lalu mengeluh menjadi satu cara yang kita anggap akan mengurangkan rasa malang seperti ini. Hakikatnya, apabila kita mengeluh kita tidak melakukan sesuatu yang lain melainkan kita hanya memenatkan lagi diri kita.

Pelbagai cara yang tidak kita sedari adalah satu dari bentuk keluhan. Berdengus, menangis, berleter, menghentak barang, menengking-nengking semua itu menggambarkan sifat tidak sabar kita. Dengan melakukan semua itu, kita hanya mengheret jiwa kita untuk berasa lebih malang lagi.

Ketika mengeluh, kita membawa jiwa kita untuk mengimbau kesusahan dulu. Sebagai contoh, setelah dikhianati oleh seseorang, anda akan terkenang-kenang bantuan anda kepadanya dahulu. Ketika isi rumah anda tidak membantu kerja rumah anda, anda mula berleter-leter dan menghempas barang sambil mengungkit hanya anda seorang yang mahu melakukan semua itu.

Tatkala mengeluh, itu hanya menggambarkan bahawa kita ini bukanlah seorang yang penyabar. Orang yang penyabar, sekalipun mahu mengadu hanya kepada ALLAH SWT jualah tempat untuk mengadu. Di masa lainnya, orang yang penyabar adalah orang yang tenang dan menenangkan.

Memang sukar untuk sampai ke tahap ini. Kadangkala kita perlu berjuang berhabis-habisan untuk meredakan perasaan marah dan tidak puas hati. Tidak ada salahnya andai anda cuba untuk meluahkan perasaan tetapi biarlah dalam bentuk yang berhemah dan bertimbang rasa.

Apa yang perlu kita ingat adalah kita dan manusia di sekitar kita hanyalah manusia yang penuh dengan kelemahan. Kita tidak akan sentiasa berpuas hati dengan orang lain sebagaimana orang tidak selalu berpuas hati dengan kita. Oleh itu jangan cuba menimbulkan atau memanjangkan masalah agar diri kita akan lebih dihormati.

Tuesday, October 14, 2008

Usamah Umi


Bismillah,

Dah beberapa hari abah tinggalkan umi, Arwa dgn Usamah. Hari ni dah selasa dan abah pegi ari tu hari Jumaat..huhu..lamanya. Umi sebenarnya tak berapa minat lah kene tinggal ni tapi takpela..sbb umi rasa ada hikmahnya juga. Umi rasa makin rapat jugalah dengan Usamah ni.

Bila pujuk2 abah balik sini dengan cepat, dia kata nak bagi umi can nak berehat. Mmm...bab berehat memang lah. Skang ni menumpang duduk umah opah satu halnya umi tak masak. Opah hanya suap Usamah dan umi makan siap2 kat kedai sebelum balik rumah. Malam2 dah rasa malas nak makan sebab bila letih kat kedai, balik umah opah tinggal tersadai je la.

Kejauhan ni jugak boleh menimbulkan banyak hikmah lain. Satu yang tak ternilai adalah banyak masa untuk Usamah. Usamah adalah anak umi yang protektif. Nampaknya dia marahkan abah sebab tinggalkan umi seorang. Sampaikan tokki ajak pegi Ipoh pun Usamah tanak ikut (sedangkan selalunya org tak ajak pun nak ikut). Dia kata nak jaga umi.

Perkataan nak jaga umi tu sangat menyentuh hati umi. Bila time ajak gi sekolah sebenarnya umi risaulah juga sebab takut Usamah tanak turun sebab sepanjang jalan nak ke sekolah Usamah dah bagitau tanak pegi sekolah. Tapi alhamdulillah, tak sia2 juga umi tukar nurseri.

Sampai je depan sekolah ni, Usamah kata, "Abe takmau sekolah yang satu lagi, sekolah yang ni tak pe kan Umi," Leganya umi dengar. Sebenarnya umi dah sedia juga kot2 Usamah nangis ala2 Kuch Kuch Hota Hai pagi tu. Pagi semalam punya story lagi best. Malamnya kami tertidur awal dari biasa.

Umi bila dah lena sorilah nak terjaga selagi tak subuh. Sedar2 Usamah terkencing dalam seluar. Satu yang umi suka part Usamah adalah dia dah tak perlu pakai diapers tapi kene kencing siap2 sebelum tido. Sedangkan kakak belum lulus bab yang satu ni. Tapi kakak dah nampak malu dah bila tengok dia je kene pakai diapers malam nak tido.

Disebabkan umi jemur bantal yang terkena air kencing kat atas pagar maka time Ayah Ngah buka pagar tu jatuhlah bantalnya. Kata ayah ngah arini air longkang penuh walaupun malam tak hujan. Umi rasa sebab bantal tu la...huhu...Tapi opah, sori la umi tak angkat bantal tu bukan sebab tanak angkat tapi dah kunci pintu baru perasankan bantal tu dalam longkang. So takde penyodok nak angkat bantal tu naik atas. Mmm...nanti kita kene gantila bantal kekabu opah semula Usamah wei..

Usamah cuba nak bermanja2 juga. Duduk atas riba lah..buat2 lena lah..kalau nak sebut memang banyak. Memang dalam diri ni ada rasa nak reject tapi umi terfikir, kalau orang luar pulak yang manjakan anak2 umi kang umi jeles pulak. Lagipun kalau umi tak manjakan karang Usamah makin jauh.

Usamah suka test umi. Dia mcm nak tgk sama ada umi marah ke tak kalau dia buat benda sama macam adik2 dia buat. Jenuh umi bgtau umi tak marah Uwaiys sama Arwa sebab diorg kecik tapi abe dah besar kene faham benda macam ni tak boleh buat. Umi faham Usamah tak berapa nak faham lagi, tak boleh compare dengan kakak pun.

Kalau nak kemana2 selagi umi tak dukung Arwa dan bawa Arwa sama, Usamah mesti buat aksi Kuch Kuch Hota Hai dalam kete. Dialah yang paling runsing umi tinggalkan Arwa sorang dalam rumah. Takkan la pulak umi nak tinggal Arwa umi tu...he he...Mmm..Hai abah, cuba gak balik cepat..Usamah ni kalau dibilang berapa kali tanya pasal abah dengan Uwaiys rasanya kompem lebih 100 kali dah.

Waaaaa...........Balik la abah. Part ni satu lagi, umi bgtau abah "Sehari tak tgk abah, mcm tak tengok matahari," Pastu abah balas, "Padanlah tido lena ek," Huhu...spoil betul aaa....Bila umi ckp ayat jiwang sikit, dah abah kata "Wanita Malaysia skang ni tgh dilamun 'Ayat-Ayat Cinta'" Ha ye la tu...Berlagak takpe la...Takmo kawan karang baru tau...