Bismillah,
Serasa malunya untuk menaip tentang hal ini apatah pula blog ini kadang kala dilintasi dek mereka yang bernama lelaki. Jadi kepada yang tak ada rahim, tak payahlah baca ataupun kalau anda nak baca, pastikan anda ada isteri untuk dinasihati ek. Mungkin keadaan ini berlaku tanpa anda sedari atau buat2 tak sedar.
Kalau anda penah dengar perkataan prolapse, maka itulah namanya keadaan rahim yang telah terjatuh ke bawah dan kadangkala terkeluar pula dari saluran faraj. Ini mungkin disebabkan otot atau ligamen yang memegang rahim dah jadi kendur. Saya sukar memahami ini memandangkan saya bermain dengan mata sahaja.
Tetapi di mata pula, pada umur linkungan 40an, anda mungkin akan mengalami kekaburan penglihatan dekat. Jika ini berlaku, anda terpaksa memegang objek yang ingin dibaca menjauhi mata anda untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas. Keadaan ini akan bertukar menjadi beban bila anda terasa rupanya tangan anda tak cukup panjang untuk mendapatkan penglihatan yang jelas itu.
Yang jelasnya, bukanlah salah tangan anda menjadi pendek. Hakikatnya, ligamen yang memegang kanta mata anda kini tidak lagi anjal untuk membantu proses pemfokusan penglihatan dekat. Jadi, secara relatifnya, mungkin hal yang sama telah berlaku pada rahim. Mungkin disebabkan proses kelahiran dan mengandung itu, ia kini tidak lagi anjal.
Atau saya bawakan ayat yang mudah sekali untuk difahami. Ibaratkan ada makhluk yang memegang rahim anda. Tapi masa proses kehamilan dan kelahiran, dia pulun tarik lepas rahim tu sampailah tahap dia tak larat nak pegang dah. Dan itulah tikanya dimana anda akan mengalami kekenduran rahim. (Attn : Makhluk itu adalah ligamen tadi).
Pada peringkat awal, mungkin rahim ni jatuh sikit je, kalau lagi teruk dia akan jatuh sampai ke permukaan faraj. Peringkat yang paling dasat adalah apabila rahim sampai terkeluar dari permukaan faraj.
Kesan dari kekenduran rahim :
- Gangguan saluran kencing
Kerap kencing atau tak boleh kawal kencing terutamanya time batuk dan bersin. Ataupun dari XTVT bangun duduk macam yang kita lakukan masa solat. Jadi mereka dengan masalah ini kenalah berwaspada kerana jika walaupun sedikit air kencing terkeluar maka wudhu kita batal dan terpaksa solat semula nantinya.
- Gangguan hubungan kelamin
Sila maklum hal ini
- Sakit pinggang
Antara langkah pengawalan hal ini :
- Dapatkan pemeriksaan lanjutan (ini yang terbaik dari duduk rumah memendam perasaan)
- Jaga kesihatan
- Jaga berat badan
- Amalkan latihan mengemut
Ini boleh dilakukan macam seolah-olah sedang tahan kencing dan lepas. Lakukan sekerap mungkin bagi mendapatkan kesan yang lebih baik. Latihan ini akan menguatkan otot di sekitar faraj
- Pastikan faraj selalu dalam keadaan bersih
Sorry to say, ada yang kencing tak basuh tu kenalah jaga2 ek. Jangkitan akan menyebabkan perkara yang lebih teruk kepada anda.