Saturday, August 25, 2018

Menjadi Wanita Syurga

Allahuakbar...
Menjadi wanita di zaman ini tidak mudah.
Kalut mengejar masa pagi dan petang mempersiapkan anak-anak dan suami, sudahnya tidak membaca alMathurat.
Tergesa-gesa solat wajib sehingga tidak sempat sunat Rawatib.
Nak ke majlis ilmu, terfikir siapa nak jaga anak. Kalau ditinggalkan bersepah pula rumah.
Sibuk mengajar anak mengaji, marah-marah mereka tidak lancar sehingga kita nak membaca satu halaman sehari pun tidak sempat.
Mahu bangun malam tapi aduh beratnya mahu bangkit sebab serasanya tidur tak cukup sungguh.
Bunyi khabar jiran, sahabat sakit tapi tiada kesempatan pula nak ziarah.
Eh tapi, jika difikir semula...
Sempat juga kita baca berita di internet, sempat bergossip dan membawang
Grup WhatsApp pula, ada berpuluh pun tetap kita tau apa kisah yang ada di kalangan setiap grup.
Majlis makan-makan, jimba-jimba, suka-suki boleh pula kita hadir.
Sungguh, kita ini sudah menderhaka kepada waktu kerana menyia-nyiakan waktu itu bermakna kita telah memutuskan hubungan kita dengan ALLAH dan AKHIRAT. Lebih baik sahaja kita mati kerana MATI itu hanya memutuskan hubungan kita dan KELUARGA dan DUNIA kita. Sungguh... mati itu lebih baik buat kita 😣
Justeru, bagaimanakah usaha kita mahu menuju ke syurga? Mahukah kita menjadi WANITA SYURGA?
Perlukan buku di bawah ini untuk bacaan?
WhatsApp saya dengan klik link ini : http//www.wasap.my/60199515058
Tuhan, Tempahkan Untukku Mahligai di Syurga RM 10
Wanita Lebih Mudah Masuk Syurga RM 18
Wanita Cantik Masuk Syurga RM 21

Bukti Cinta Kepada ALLAH adalah Mengikuti Rasul

Bismillah,
Membuktikan cinta kepada Rasul tidak melelahkan... Kerana dengan menurutinya kita beroleh ketenangan hati dan pahala buat bekalan ke syurga.
Namun, jika mahu membenci, marah, memerangi seperti Rasul, adakah kita seperti Nabi yang mendapat wahyu terus dari Ilahi?
Usahlah semudah itu membenci, memulau, meminggirkan.... Sesungguhnya Rasulullah itu tak semudah itu berbuat begitu.
5

Berterus-terang Elak Pergaduhan

Bismillah,

Gais,
Dalam kehidupan ini, kita tak nampak semua apa yang orang disekeliling kita buat.
Juga, tidak mungkin jika kita terus setuju dengan orang yang disekeliling kita.
Tapi, dikebanyakan masa kita akan diam sebab kita malas nak argue.
End up, bergaduh pula.
Maka, jangan la amal sangat macam dalam drama. Suka tak nak berterus terang. Akak rasa konflik dalam drama tu banyak sangat puncanya adalah tidak berterus terang, tidak bercakap, tidak berkomunikasi dengan baik.
Agaknya, kalau akak yang buat drama, tak habis la drama tu gamaknya kan?

Sakit Perut dan Batuk Selsema Berpanjangan



Bismillahirrahmanirrahim,
Pagi tadi, kami stock up beras. Sebab tu yang berebut nasi sebab semalam lagi dah masak beras paling akhir ada dalam rumah hehe...
Macam biasa kami pergi kedai #PakcikKasutPink. Di dalam gedung beliau, terserempak dengan anaknya. Kebetulan dah lama tak jumpa ayahnya sebab katanya dia sakit perut sejak seminggu lepas, maka kami tanya khabar ayah Haji.
Anak dia kata, dia beres dah. OK alhamdulillah..
Di luar, terserempak ayah Haji sedang melulu jalan nak masuk ke dalam. Suami sempat bersalam sekejap tapi dia terus bagitau, "Nok berok.. nok berok"🤣🤣🤣. Sepatoh tok dey nak kecek hihi..
Balik rumah, suami saya terus tanya essential oil yang saya guna untuk sapu perut kitorang time perut meragam. Dia blend dengan carrier oil (kami guna minyak zaitun aje) dan nak hantar ke ayah haji. Kesian dia sakit dah lama, mana tahu EO ni membantu. Provided dia guna lah kan...
"Abang nanti pesan kat dia sapu kat perut, kat belakang sikit dengan labu betis. Tapak kaki pun.. (applied on skin). Lepas tu tangan dia tu biar dia pekup kat hidung dan hidu aje bau minyak kat tapak tangan dia tu (inhaled)."
Saya pun pesan supaya suami saya buat minyak untuk Mok Haji juga. Mok Haji lagi lah. Batuk tak berhenti sekian lama. Jumpa dia masa Raya Haji baru ni, dia kata baru ni dah berhenti sekejap tapi sekejap je lah. Sekarang dah batuk balik.
Satu amalan dia yang saya runsing tengok adalah, nak ludah kahak dia ludah atas tisu. Biasa di rumah dia, plastik yang isi tisu dia ludah tu mesti ada berdekatan dia. Bimbang sangat habuk tisu tu tak membantu dia cepat sembuh. Itu aje..
Ya, Digize dan RC adalah dua minyak (essential oil) yang paling banyak kami guna dalam rumah ni. Digize lah paling kerap. Kembunglah, memulas lah.... macam-macam. RC pula, kalau perasan ada anak nak mula selsema terus buat sapuan dengan mix atas tapak tangan aje. Kemudian diffuse lah sikit sebelum melarat berjangkit anak-beranak.
Tindakan dua minyak ni adalah direct ke kawasan yang perlu dipulihkan. So far, alhamdulillah sangat berkesan untuk keluarga kami.
Saya cadangkan kalian juga simpan dua minyak ni di rumah. Ya, dulu saya sceptical juga kalau essential oil kena ada diffuser baru boleh guna. Dan.. kalau nak beli tu terkehel dulu baru boleh beli huhu. Tapi, bila dah ada ni, takde la sampai setiap hari diffuse. Banyak guna untuk sapuan lagi rasanya. Kalau diffuse tu cam la, mungkin bebudak liat nak tidur so diffuse kasi depa dengar seruan untuk tidur tu hehe...
Nak cuba? Saya in syaa ALLAH boleh bantu anda. Yang penting cuba faham dulu penggunaannya ya...
#NotaEOPija