Sunday, August 03, 2008

Susahkah Menyusukan Anak dengan Susu Ibu?


Bismillah,
Hari ini saya membawa Uwaiys ke klinik berdekatan untuk mendapatkan nasihat Doktor tentang kesihatan Uwaiys. Sepanjang perjalanan, Uwaiys happy je. Saya mula terfikir untuk tidak menghantar Uwaiys ke taska lagi. Kata cikgu2 nya, Uwaiys selalu menangis. Dia seolahnya suka duduk dengan kami dan opahnya saja.

Opening tak menepati tajuk ek? Oklah, alkisahnya on the way back tu, saya singgah kedai majalah kerana teringatkan seorang sahabat saya, juga emak kepada 4 orang anak dan yang lebih special lagi semua anak2nya adalah mujahid (lelaki) fillah, insya ALLAH. Dia pernah menelefon saya seminggu dua yang lalu dan minta saya membeli Pa&Ma bulan Ogos ni.

Mula2 saya kata 'Ana takde duit la Ida' (sekadar berlucu) sebab memang dahlama sangat dah tak beli majalah. Tujuan saya supaya Ida cerita jugak apa yang menarik sangat apa yang ada dalam tu. Rupanya ada senior kitorang yang boleh menjadi 'ikon' kepada ibu2 yang mahu menyusu anak secara eksklusif.

Senior kami tu adalah k. Nor'Ain. Dia adalah seorang doktor tapi maaflah saya pun tak pasti kat spital mana. Boleh tengok di ms 30 dengan head yang bertajuk 'Kumpul 260 botol susu dalam 2 bulan'. Bukan botol susu tau tapi susu di dalam botol2 tu yang penting.

Bila disebut tentang perkara ni, kalau orang yang pernah menyusukan anak mesti kagum compare to golongan bapa. Kenapa? Sebab seorang bapa hanya melihat isterinya menyusu. Macam saya, konon2 nak menyusukan Arwa, sedar2 terlena mimpi agaknya sampai kot ke London ha ha...

Tapi kalau nak tanya apa rasanya ketika menyusu. Kadang2 tu kita tgh kalut buat kerja, terpaksa pulak tinggalkan kerja sedangkan mood bekerja kita dok dalam 90%. Ini kadang2 menyebabkan perasaan nak menyusu terbantut. Memang tengah menyusu tapi dalam masa yang sama hati dok kat lain.

Kemudian kalau menyusu sampai terlena2 tu, lenguh2 badan tu kira perkara biasa. Ramai juga yang kata menyusukan anak sangat meletihkan. (But for me tak sebab saya memang selalu amik kesempatan berehat waktu menyusukan Arwa). Orang ingat saya kurus ni sebab menyusu tapi bagi saya pulak tak sebab dulu masa tak menyusu secara eksklusif pun saya masih susah nak naikkan berat badan.

Mmm...berdasarkan petua k.Ain ni, dia kata sebagai seorang Muslim, takde lagi dah jalan terbaik untuk seorang ibu melainkan berdoa semoga niat murni tu dimudahkan ALLAH dan alhamdulillah, doa dia berhasil. Tahniah k.Ain!!! Selain tu dia mengamalkan minum air masak dalam kuantiti yang banyak sebelum menyusukan dan ini adalah satu teknik yang popular.

Macam k.Ain, mungkin dia belajar di bidang perubatan maka dia tau banyak teori2 penghasilan susu ni. Setiap kali menyusu, adalah digalakkan kita menyusu sampai payu dara kosong. Selepas itu, akan terjadilah ransangan untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kalau baby dah kenyang, sambung dengan pam susu sampai habis. Kalau sentuh bab makan, orang yang menyusu mestilah makan dengan kuantiti yang sedikit tapi kerap.

Menyentuh tentang kelebihan menyusukan badan pulak..macam yang selalu diperkatakan hubungan ibu dan anak akan lebih rapat. Ini sangat saya akui di mana Arwa sampai arini saya masih belum rasa 'tergamak' nak hantar nurseri atau orang lain jaga. Tidak bermakna anak lain tu saya 'gamak' hantar diorang tetapi beban perasaan untuk melepaskan dia tu sangat berat.

Justeru kami buat keputusan untuk membesarkan Arwa dengan tangan kami sendiri sambil membetulkan kesilapan kami yang lalu dengan menghantar anak yang masih kecil ke taska atau nurseri. Selain itu, menyusukan anak juga menyebabkan anak lebih kebal dari penyakit. Memang ALLAH jualah yang memberi manfaat dan mudharat namun tidak salah jika kita berusaha untuk menjauhkan anak dari penyakit.

Kaedah menjarakkan anak dengan menyusukan badan juga adalah baik. Macam ada satu selitan dalam majalah Pa&Ma ni yang menyatakan sepanjang enam bulan pertama penyusuan eksklusif, dianggarkan 90% wanita tidak subur. Daripada kita menggunakan pil2 perancang sehingga kesan langsungnya akhirnya menakutkan kita (akibat penyalahgunaan), lebih baiklah merancang dengan kaedah semulajadi ini.

Mmm...doakanlah saya dan ibu2 menyusu lainnya untuk terus menyusukan anak2 kami. Moga generasi seterusnya yang membesar dengan air susu kami ini menjadi genius aulad. :) Amin...

17 comments:

  1. Anonymous5:18 PM

    rasa insaf baca kisah u. saya ada dua anak, kedua-duanya hanya menyusu setakat 3-4 bulan. lepas tu berenti sebab air susu dah kering. even semasa pantang pun susu saya tak banyak...kalau perah nak dapat 1 auns pun seksa. makan minum saya tak berpantang sangat...air saya minum dengan banyak...macam2 petua dah cuba..pernah juga beli milkmaid tea yang dikatakan dapat membantu mengeluarkan susu yg banyak. insyaAllah kalau ada rezeki anak lagi saya akan berusaha lagi.

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:30 PM

    assalammualaikum....... saya amat berminat dgn tajuk ini tapi sebagai seorang ibu perbagai tekanan yang saya hadapi semata-mata untuk menyusukan kan anak saya dari mula ia di lahirkan sampailah kehari ini........walaubagaimanapun alhamdulillah saya berjaya juga menyusukan anak saya sampai sekarang walaupun di masih lagi seumur 4 bulan.....tekanan yang kuat saya hadapi ialah daripada mak mertua saya......di atas desakkan suami saya kene menghantar anak saya kepada mak mertua untuk di jaga kerana saya bekerja....mmg berat hati saya ini tetapi terpaksa kerana saya bertanggungjawab untuk mencari nafkah untuk keluarga....boleh di katakan keseluruhan keperluan keluarga terpaksa saya sediakan memandangkan gaji saya lebih dari suami dan suami mengambil kesempatan di atas keadaan tersebut......dah la macam tu, segala kerja-kerja di rumah terpaksa saya pikul sendirian umpama buruh kasar......mana nak jaga anak bila pulang kerumah, mana nak masak, basuh kain, kemas rumah dan macam-macam lagi......tapi walaubagaimanapun memerah susu adalah perkara wajib setiap hari bagi saya untuk keperluan anak tercinta untuk bekalan semasa saya berkerja..... memandangkan cuaca sekarang tak menentu, pelbagai penyakit datang menyerang......batuk la, demam la, selsema la.....bila anak saya batuk, selsema di sebabkan persekitaran di bawah penjagaannya, mak mertu mesti salahkan saya, kononnya susu badan saya tak bagus......padahal dia yang batuk tak tutup mulut depan anak saya....bila anak saya membuang air besar lebih dari 2 kali, di kata susu saya yang menyebabkan anak cirit birit..padahal, mmg bayi selalu membuang air besar 2,3 kali dalam sehari.......bila saya demam, di marah saya menyusukan anak macam saya ni pembawa virus HIV yang akan membahayakan anak saya sendiri...padahal semua perkara saya sudah rujuk kepada doktor.....pelbagai tekanan yang saya hadapi kerana kedegilan saya untuk menyusukan anak saya secara eksklusif..suamipun tak memberi sokongan moral untuk menjagakan saya menyusukan anak........saya betul2 tertekan untuk menghadapi keadaan ini......hanya ibu saya yang memahami kenapa saya mau terus menyusukan anak saya kerana tanggungjawab saya sebagai ibu untuk memberi segala yang terbaik untuk anak saya....dokan kan lah agar saya berjaya menyusukan anak saya paling kurangpun bila usia dia sudah mencecah 1 tahun.........apa yang perlu saya lakukan untuk keluar dari tekanan mak mertua yang tak suka saya menyusukan anak saya sendiri kerna anak2 dipun di tak nyusukan kerna dia yakin kononnya susu mahal yang di berikan pada anak2nya dulu lagi bagus dari susu ibu........

    ReplyDelete
  3. Anonymous8:31 PM

    Salam..
    Kisah yang menarik..
    Pada saya.. tak susah pun menyusukan anak.. cuma kita sebagai ibu dalam pada menyusukan anak tu.. kena tengok jugak apa yang kita makan.. kalau silap makan.. kita dapat sedap.. anak yang dapat sakit..
    Macam saya lah.. hari ni terpaksa ambil emergency leave.. sebab sofea yang baru berusia 2 bulan ni kena batuk-batuk. . well.. salah ibu dia la.. makan rambutan tak ingat-ingat. . ibu dia dapat sedap tekak.. anak dapat sakit tekak..
    So.. kita kena jaga kesihatan kita dengan mengambil pemakanan yang sesuai.. demi menjaga kesihatan anak kita.. ini khusus bagi ibu-ibu yang menyusukan baby.. kesihatan kita.. kepentingan anak-anak kita..
    :)
    regards,
    feeza

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:13 AM

    Syabas dan tahniah kepada mereka yang berjaya menyusukan anak untuk tempoh yang lama, saya tabik. Cuma pendapat saya, kita tidak sepatutnya rasa bersalah jika menghantar anak ke nurseri. Memang diikutkan impian semua orang ingin menjaga anak sendiri, tetapi dalam zaman yang serba mencabar ini, bukan semua org mampu berbuat demikian..Bukan menjadi satu kesalahan menghantar anak ke nurseri kerana niat ibubapa adalah mencari rezeki, sesuap nasi utk anak mereka juga. Mungkin yang lebih mampu, boleh mengupah orang gaji untuk menjaga anak di rumah. Pada zaman ini, kita tidak boleh menjadi terlalu idealistik terhadap sesuatu perkara. saya perhatikan zaman sekarang, anak yang ke nurseri atau tadika pada usia muda lebih matang dari kanak2 yang hanya tinggal di rumah dan tiada rangsangan dari persekitaran..

    ReplyDelete
  5. Anonymous5:03 PM

    Askm,

    saya amat bersetuju dengan semua penyataan siti sifir dlm ruangan ini. Saya pun menyusukan anak pertama saya sampai 3 thn. hanya pas dpt tahu saya pregnant anak ke 2 baru automatik anak saya berhenti menyusu sbb saya cakap kat anak saya ada baby dlm perut umi. So dia terus berhenti menyusu krn kesihan kat adik dia dalam perut. masa umur anak pertama saya 2 thn saya cadang nak berhentikan dia menyusu badan. Sebabnya ade kwn2 kata x baik menyusu anak lebih drp 2 thn, nanti menyebabkan otak anak jadi tak cergas. So saya x puas hatilah. Lagi pula kakak saya menyusukan anak dia sampai 3 thn lebih ttp anak dia bijak je. So saya pun berjumpalah dgn doctor di klinik kesihatan. So doctor kata..x jadi masalah. lagi lama lagi bagus..lagi byk antibodi buat baby kecuali dah pregnant lagi. so kenalah diberhentikan. So sayapun teruskan je lah. Selama saya menyususkan anak saya gak saya tak mkn sbrg pil perancang. So saya mengandung lagi stlh umur dia 3 thn. alangkah
    baguskan kesan kita menyusukan anak ni dgnc ara yg betul.

    Bab2 memerah susu badan ni bagi saya x de problem. lagipula tempat keja saya 50 meter je drp rumah saya. So bila rasa berat je, saya pun balik dan memerah susu dan masukkn dlm peti ais bahagian atas sekali 2. sbb kalu letak di situ leh thn 3 bulan. tp kalu letak bahagian bawah tu leh thn 7 hari. kalu letak di luar leh tahan 4 jam kalu saya x silaplah. Keesokannya susu yg saya simpan dlm botol susu tu saya serahkan kpd baby sitter anak saya. So kalu susu itu dah abis sgt dh genting sgt sbb saya lambat ambik baby sya barulah babay sitter saya bagi susu tin. Itupun jarang2 sgt.

    Memang kalu kita menyusukan anak kita dgn susu sendiri ni anak agak sensitif dgn kita. maksud sensitif di sini ni. Dia lebih peka kepada ibu bapa dia. Mcm anak saya, kalu saya menangis dia akan menangis sekali dan memujuk saya utk tidak menangis. Dia sgt mempunyai sifat kasih sayang yg bergitu mendalam yg adakalanya bergitu menyentuh hati saya. Bagaimana budak sekecik 3 thn tapi bergitu matang dr segi tindakan, perbuatan dan percakapan. So bagi pandangan saya inilah kelebihan susu ibu. Sbb itu dalam islam digalakan sgt kita menyusukan anak kita. Lagipula susu yg dikurniakan allah secara semulajadi itu adalah hak utk anak kita. So jgnlah kita menidakan hak dia itu. Banyak atau sikitnya jumlah susu yg kita ada juga adalah kuasa dia. maka kalu Allah perbanyakan susu kita maka maknanya Allah mahu kita terus menyusukan anak kita dgn susu yg asli itu. So bagi semua ibu2 di malaysia, berikan susu anda kpd anak2 anda. Jgn rasakan ianya bergitu susah utk
    dilakukan. Think Positive ok.

    ReplyDelete
  6. Anonymous7:21 PM

    TERIMA KASIH KERANA MENGFORWARDKAN MSG/ ARTIKEL KEPADA SAYA. RASA BERSYUKUR KERANA ANAK MASIH MAHU MENYUSU WALAUPN IBUNYA DH MULA RELUCTANT

    ReplyDelete
  7. Salam ukhuwah...

    topic yg sgt best..sbb saya pun seorg ibu yg menyusukan baby secara xlusive..mmg ramai org masih belum peka dgn kelebihan susu ibu ni kan..apa2 pun sama2 la kita sokong menyokong utk mempertahankan pendirian kita..

    ReplyDelete
  8. Anonymous7:19 PM

    Aรกh lah nadia..ida ni pun panas baran..

    semalam lah first time dia cubit adik dia..maybe dia tgk I terlampau manjakan adik dia..

    dia nak hisap susu ( breast ) ida tak kasi..that why lah kot.sekarang kul 3pagi dah pandai panjat katil..nak tidur ngan ida ..

    si adik di tengah2 tersepit ..agaknya lepas nih king size ni kena tukar xxxxxxl king ...

    adik tuh pulak..suka jer..abang cubit pun suka...abang hempap pun suka..lasaknya ya allah ngalahkan abang..so abang ingat adik dah besar kot...

    heheheh..telatah anak2 kan kadang2 menghiburkan. .kadang2 memeningkan. ..

    tu belum lagi bedak , perfume di lempar ke dinding macam bantal..lipstik hilang separuh..

    ada sekali tuh..luq terpekik, kata tangan berdarah..rupanya lipstick..saya pulak action panic giler..after that terus tak main lipstick..hahahaha

    kelakar pun ada..

    alahai..bahagianya kitakan.....

    Thanks & regards,
    Ida Naurah Hussain.

    ReplyDelete
  9. Anonymous7:20 PM

    Salam untuk sahabat2 di ibugroup,

    Nak tergelak baca kisah2 sahabat menguruskan anak yang mulai membesar ni, mcm2 kerenahkan?. Saya ada 4 orang cahaya mata 1 lelaki 3 perempuan yang berumur 12,11,7 & 3thn. Masing2 dengan kerenah masing2. Yg sulung lelaki tak banyak hal dah boleh diharap mintak tolong buat kerja rumah dan menjaga adik2 cuma berangin sikit kena selalu nasihat.

    No.2 perempuan, selalu buat saya berangin dgn dia. Terlalu banyak kerenah, susah nak bekerja sama dgn dia kerana kuat menjawap dan tak mau dgr pendapat org lain. Kadang disuruh buat lain dia buat yang lain dulu, adakala saya ingat dia kurang pendegaran bila time mintak tolong le selalunya tapi bila kata suh makan ke atau ajak gi jln dengar pulak tu. Adoiiiiii... .. sabo je le.

    No3 pula kalau bangun tidur nk gi skolah lambat je mula nagis tak mau gi sekolah, ni yang buat pagi2 jadi tarzan ni. satu lagi kalau kat sekolah dia ada buat hal je siap le, banyak alasan dia tak mau gi sekolah sakit perut le, pening le, kaki acik sakit le, yang selalu perasan hal ni ayahnya.

    No.4 pulak saya salu penin dengan dia bila lepas mandi dia nak pakai apa baju yang dia nak aja. Bagi le 10 helai baju kalau dia kata tak mau jgn le suruh dia pakai, merajuk dan sangup telanjang tak berbaju. Tiap2 hari nak berseluar jins panjang saja, sampai tak sempat kering le kena pergi tanya kat rumah orang jaga seluar jinsnya.

    Ini baru 4, macam mana le agaknya yang anak ramai menguruskan anak2 mereka ye?. Mak saya selalu cakap " mak ada 5 anak suma senang nak urus tak mcm anak korang ni" Hadoi ni yang nak cakap "Zaman dah berubah dunia dah maju". Apa2 pun semakin meningkat usia dan bertambah bilangan anak ni saya mula belajar bersabar dengan kerenah mereka, tak boleh nak berangin selalu nanti kena sakit darah tinggi pula.

    Wassallam

    ReplyDelete
  10. Anonymous7:21 PM

    Bila baca kisah ni...teringat jugak perangai saya yg semenjak dua tiga menjak ni suka sgt nak tukar jd Hulk!...saya anak baru sorang...perempuan, 1thn 8 bln...tp lasak!....suka menyepah...memanjat ...mcm2 la..dia suka sgt la mencabar kesabaran saya...mmg kdg2...hati saya panas meluap2....suara saya full volume menjerit bila dia buat perangai bukan2....tp bila dia buat muka kesian...terkelip2 mata tgk mama dia yg naik hantu tu...hmmmm.. .kesian la pulak...heeee. ..

    Tp tu lah...saya seboleh2nya x nak marah dia...tp x leh arrr...satu hari x kena x sah ...saya x nak la biasakan diri marah2 anak ni...buruk benor kalau org dengar kan..

    ReplyDelete
  11. Anonymous7:22 PM

    hehehe.. saya ingatkan saya seorang saja punya anak2 yg boleh transform mama dia
    jadi hulk or tarzan... rupa2nya ramai lagi yg luar tu.. hehehe..
    karenah budak2 nak membesar ni... betul2 mencabar.. saya anak 4 orang.. kecit2 lagi..
    7, 5, 3, & 4bln.. 3 pompuan 1 lelaki

    azam masa bersalin sulung, taknak marah anak2.. nak pakai psychology.. tapi kita yg
    kena psycho balik dgn anak2..

    no. 1 pompuan, lasak dan tak reti duk diam.. kat umah tu..
    suka melompat dari satu tmpt ke satu tmpt.. (dari satu sofa, ke sofa yg lain, lepas tu
    ke kabinet tv).. yg ni memang mama dia selalu berangin sesangat.. pandai menjawab,
    nak suruh dengar kata dia je.. marah sudah, lembut sudah.. try lembut pun tapi mama
    terus tak tahan (agaknya kalau telinga boleh keluar asap mcm citer katun tu.. dah
    berkepul2 telinga mama)
    suka melukis.. sampai buku latihan sekolah dia menipis dikoyaknya..

    no. 2 lelaki, suka bebel sorang2, minat nak tolong mama kat dapur.. nak jadi chef mcm papa dia kot..
    jerit2 pun suka.. nyaring lak tu sore.. hobi skang ni.. nyepah & melukis.. kalau nak bawak jalan2, dia ni
    boleh behave.. selalu bergaduh dgn si kakak

    no. 3 pompuan, nampak la sikit keperempuanannya. . suka main dolls, suka melawa, tak macam kakak dia..
    lately ni, sejak ada adik, suka menduga mama dia.. dulu jrg kena marah, skrg ni suka buat hal,
    dan kena la cubit dgn mama dia.. ish.. memang suka mendugalah.. sibuk nak pi sekolah.. selalu kacau
    abang dia.. lepas tu nangis la.. tak padan kenit nak kacau abang dia.. tapi.. i noticed, kalau apa2 yg menarik, dia
    akan panggil abang dia dulu.. suka bertanya, dan abang dia pun suka melayan..

    no. 4 pompuan, belum nampak lagi peel nye.. tungguuuuuu. ....

    abah i selalu ckp, ni la anak2 kalau mamanya bekerja.. diorang nak perhatian.. dan kita ni bukannya tak sayang anak2..
    cuma kadang2 dah balik letih.. nak layan tu boleh, tapi bila bab diorang buat peel tu, yg kita kadang2 melompat
    jadi hulk...
    tapi walaupun mama dia jadi hulk ke, tarzan ke.. mama jugaklah yg dicari... yg buruk tu mama diaoang, yg comey pun
    mama diorang... huhuhuhu....

    ReplyDelete
  12. Anonymous7:22 PM

    Sungguh, anak-anak itu berbeza karaker dan kelebihannya.
    Sungguh, anak-anak itu sama tujuannya kehidupan mereka.

    Maka ibubapa membentuk dan mendidik mereka mengikut karakter dan kelebihan mereka agar mereka sampai kepada tujuan hidup mereka.

    Sesunguhnya dunia disedia untuk manusia, bukan manusia dicipta untuk dunia.

    ReplyDelete
  13. Anonymous7:23 PM

    Hahaha klakarnya ida. Anak ida lelaki ke pompuan? kekadang penin tengok habis barang mekap di kerjakan gan anak2 kan? tapi bila satu masa lain kelakar tengok kerenah diorang ni

    ReplyDelete
  14. Anonymous7:23 PM

    Anak ida lelaki..dua2 lelaki..agaknya dia tengok ida comel kok pakai lipstick - (perasan lah tuh )

    ..that why dia nak cuba..budak2 dunia penuh exploration kan..

    best kan ada anak ..bila derang tidor r..ya allah lega...tengok muka tidur..comel jer..tapi tadi rasa nak makan dua2 nih..

    Anak ida dua2 ni pandai..asal suh tidor jer..time tulah dia nak bergurau sakan dua orang..sekarang ida tidurkan adik dalam bilik..abang kat luar..bila dah betul2 nyeyak baru angkat...

    Kadang2 kena membodek si abang...

    Alah comelnya baby mama, tidor dah hah..muka cam baby iddin..terus tidur tapi ikut moodlah.

    Baru ni pergi beli teeter kat adik..abang nak jugak..dua2 ida beli taknak bagi gaduh..yang lucunya..

    Adik sibuk gatal gigi..abang pun sibuk jugak..dua2 gigit teeter..

    Adik dapat bear..nak jugak..mainan bersepah..ayahnya pulak..tak garang..huhuhuhuhu

    So yang jahatnya ..akulah....

    Luq panggil ida - hantu..hantu ( tak ke naya tuh....)

    Kuat jeles dah anak2 mama....

    Thanks & regards,
    Ida Naurah Hussain.

    ReplyDelete
  15. Anonymous7:24 PM

    Assalamualaikum. ..

    Saya amat tertarik dengan topik yang dibincangkan ini. Saya juga mempunyai 2 orang anak yang agak rapat. sorang 5 tahun dan sorang lagi 4 tahun. dek kerana jarak yang dekat ni..mereka selalu dikatakan kembar. Kekadang adik dikatakan abang kerana ketinggian yang tak jauh bezanya.

    Melalui pengalaman saya...anak akan mengikut setiap tingkahlaku kita walhal dalam bercakap sekalipun. Kalau sebelum ni..kita pukul dia atau tangankan dia atau adiknya...jika mereka melakukan kesilapan, salah seorang akan melakukan perkara yang sama jika ada diantara mereka yang buat silap.

    " Kak Long dan Adam tak sayang mama. tak nak ikut apa yang mama cakap. Kalau macam ni..lebih baik mama pengsan aje" itulah ayat yang selalu ucapkan dikala umur mereka 2,3 tahun. Ayat pematah apa2 aktiviti yang memeningkan kepala saya.

    " Mama janganlah macam tu..nanti saper nak jaga Kak Long dan Adam" itu jawapan 1 tahun lepas.

    "Takpelah mama! Pengsa boleh hidup balik. Kalau mati jer yang tak boleh hidup balik! " terkedu saya apabila mendengar jawapan si Sulong sekarang. Banyak cakap. Adiknya pula, tak banayk cakap..pendiam. .tapi..tak reti duduk diam.

    Mereka memang berbeza dari segi rupa ataupun tingkahlaku.

    ReplyDelete
  16. Anonymous7:24 PM

    emmm...sonok gak bc keletah msg2 melyn anak. Sayapun mula2 tu ingat saya je yg grg dgn anak...tp bila bc msg2 melyn anak rupanya mmg kite sbg ibu ni kena thn sabarnyakan. Kdg2 tgk gak jiran2 yg jenis tak pernah marah anak...mungkin guna cara berlembut... tapi anak tak juga dgr kata. Tak taulah apa cara yg sesuai utk tangani kerenah anak2kan. Tapi bak kata ibu2 semua, segarang-garang kite nie....bila ada apa2 hal kite juga yg dicarikan... itulah hikmah jadi seorg ibukan...

    Kdg2 mmg kesian bila lps marah....mcm saya ada 3 org anak....umur 7,6,1 thn 7 bln....2 pompuan dan 1 lelaki....yg kakak tu susah nak ramal perangainya. ...tapi blh minta tlg...kalu time rajin tak pyh ckp apa...habis dikemasnya rumah... tp saya selalu bermasalh dgn no 2 tu....mcm tak sebulu saya dgn dia...bkn saya membezakan dia...tp bak org kata anak kedua nie peel lain skit...nak perhatian lebih....w/pun manja dgn my hubby...tp kalu nak apa2 kite jugak yg dicari.....cara dia nak perhatian membuatkan saya selalu nak marah....tak taulah kenapa....tp saya selalu berdoa supaya saya tidak membezakan anak2 saya.....

    Saya sygkan anak2 saya...mungkin cara saya syg ...saya tak tunjukkan... .mungkin juga sebab saya anak bongsu....org yg selalu tunjuk syg kat saya....saya jenis tak reti nak tunjukkan... ..sekrg saya tgh pregnant anak keempat..... harap2 saya dpt didik anak saya dgn krgkan marah saya.....aminnn. ..

    ReplyDelete
  17. Salam ukhuwwah :)

    Saya sangat tersentuh dengan cerita Puan Anon yg kedua (saya amat berminat dgn tajuk ini tapi sebagai seorang ibu perbagai tekanan yang saya hadapi semata-mata untuk menyusukan kan anak saya dari mula ia di lahirkan sampailah kehari ini...)

    Ramai kaum ibu yang bermasalah seperti ini. Sedih sekali bila keluarga sendiri yang menghalang penyusuan yang berjaya. Sedangkan, bantuan dan sokongan daripada merekalah yang paling kita perlukan...

    Saya memohon kebenaran tuan punya rumah utk mengambil cerita Puan Anon itu dan dijadikan sebagai salah satu contoh 'scenario' utk teaching saya. Itupun kalau Pn. Siti benarkan :) Sebenarnya kalau boleh, nak mintak permission Pn. Anon sendiri, tapi takde cara nak contact beliau. Maka kepada tuan rumahlah saya memohon keizinan. Ribuan terima kasih didahulukan..

    Wasalam.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!