Tuesday, August 05, 2008

Jangan Disamakan Setiap Anak


Bismillah,

Nampaknya kemaruk menulis kembali melanda saya. Minta maaflah kepada mereka yang kurang berminat :D. Tetapi kelapangan masa membuatkan saya nak juga berkongsi sesuatu untuk dijadikan 'punca atau pencetus' kepada satu bentuk pemikiran. Selepas membaca, sekurang2nya fikirlah tentang apa yang saya katakan ini.

Saya mempunyai 4 orang anak. Yang sulung perempuan 4 tahun, kedua lelaki 3 tahun, ketiga lelaki 2 tahun dan yang bongsu 6 bulan perempuan. Pengalaman menjaga anak yang lahir rapat-rapat ni jangan tanyalah. Kadang-kadang saya jadi hulk hogan, kadang2 saya jadi ultrawoman, di lain masa saya jadi superwoman..ha ha...tapi yang penting sayalah 'umi' diorang biar apa pun saya :).

Berkenaan tajuk di atas, sebenarnya tadi sepupu saya telah bertanyakan khabar anak kedua saya. Memang dia rapat dengan Usamah. Sejujurnya saya beritahu, Usamah sedang melalui satu fasa yang dulunya Asmaa' pun lalui. Waktu ini kami terlalu banyak menggunakan perkataan jangan.

Usamah masih banyak lagi yang dia perlu belajar. Dia sedang belajar untuk tahu sesuatu itu boleh atau tidak boleh. Ketika inilah saya banyak marahkan Usamah. Usamah akan merajuk di belakang pintu kalau kena marah. Kalau tengok muka dia punyalah kesian...memang kalau nak marah budak2 ni saya takleh tengok muka. Kalau tengok muka memang cancel lah marah2 tadi.

Apa yang kami lakukan, selepas saya marah, abahnya akan bgtau apa salah dia dan begitu jugalah yang sebaliknya. Memang dia akan melalui zaman ini dengan rasa "uh asyik tak boleh aje" tapi saya harap dia faham kenapa agaknya keadaan mcm ni berlaku.

Mungkin kadangkala stress yang kita alami di tempat kerja ataupun kadangkala stress dengan pasangan menyebabkan anak-anak menjadi mangsa kita. Namun, apa yang saya cuba praktikkan adalah 'menenangkan diri'. Caranya, walaupun ada benda yang kita betul2 nak marah, dan marah itu akan mendatangkan tekanan yang lain, maka saya akan pilih untuk tidak marah2. Abaikan aje sambil berharap apa yang saya marahkan tu akan jadi pengajaran jugak nantinya.

Proses ini memang susah tetapi ingatlah, 'berkeluarga' adalah satu 'perjalanan yang panjang'. Kenderaan ini akan berhadapan dengan banyak kali kerosakan. Jika kita mahu perjalanan ini bertahan lama, baikilah keadaan ini segera. Jika tidak, maka kenderaan yang rosak ini akan tersadai tanpa memberi manfaat kepada kita.

Mmm...oklah ek...doakan lah saya ek supaya saya tak memilih menjadi 'Hulk Hogan' setiap masa. Saya teringin sekali jadi Snow White buat anak-anak saya.

*Pss..Snow White tu ada anak ke ek? He he

11 comments:

  1. Anonymous3:06 PM

    Saya ada 2 and nak masuk 3 ABDUL.. Yang dua tu berusia 5 and 3 tahun. Yang ketiga bakal meng'join' abg abgnya bulan Syawal ni. Yang no 2 mmg kuat merajuk n sangatlah manja.. Kalau protes lepas kene marah, diorang bisik bisik sesama sendiri saya macam raksasa (pasal diorang mengaku jadik ultraman).. Kalau nak tidur, saya tetap angel tempat berkepit.. Apa pun mmg seronok.. Datang yang ketiga ni insyaallah will be a very handfull..

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:07 PM

    emm...kdg2 pun saye nak juge jd 'snow white' kan hehe.... tp bile my doter
    2 1/2 thn buat pe'el emmm.... terus je tuko kaler hijo jd hulk hogan kan.
    dlm hati pun selalu doa jd mama yg baik utk iman qistina & izz jazeman ni
    amin. susah ye rupenye nak didik anak ni, kdg2 dlm hati selalu fikir jahat
    ke saye ni bile marah2 kat anak kdg2 tgn naik juge,emmmm.. ...

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:08 PM

    Touching lak pepagi nih..

    Teringat semalam pukul luq...

    Pasal dia cubit adiknya yang kecik sampai berdarah..

    Sambil terkebil2 mata luq tengok dengan seribu persoalan agaknya..kenapa
    kena pukul..aku bergurau jer ngan adik..

    Kasarkah aku..kenapa mama marah, kenapa mama pukul???

    Keciannya..after that I hold him..rasa bersalah sangat...

    Walhal dah janji pada diri sendiri taknak pengalaman lalu menjadi
    ikutan..hmmm

    Start preggy lagi Ida dah promised ...takkan pukul anak2..tapi tangan
    nih ..

    Lemahnya aku sebagai manusia yang selalu mungkir pada janji...

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:09 PM

    ida...tu normal laaa...rasa bersalah bila pukul anak...my doter 1 thn 3 bulan...kalau saya ckp no....dia buat dono...kalau saya cakap...epppp. ...sambil tunjuk jari...dia paham pulak....pastu kdg2 dia ajuk...dia sebut amboiii (pelat) sambil tunjuk jari kalau gurau2 ngan ayah dia...
    aduhaii...tp kalau salah saya tetap pukul tangan dia...tak mo laa manjakan sgt...nanti melampau...
    bukan senang nak mendidik anak nih....nak2 saya nih panas baran sket...sabar jekklaaa

    ReplyDelete
  5. Anonymous6:52 PM

    setiap anak punye keistimewaan dan pembawakan tersendiri. parents ibarat doktor. motivator, lecturer,financer etc memberi treatment mengikut kadar keperluan anak2. apa itu membezakan anak? kasih sayang adalah sama antara anak2, peruntukan diberi sama kepada anak2, khidmat runding, bimbingan dan tunjuk ajar adalah sama, tetapi anak2 tu sendiri memberi maklumbalas samada negetif atau positif kepada ibu bapa dan tindakan yg diambil oleh ibubapa bagi setiap anak mungkin tidak sama kerana setiap anak2 itu memerukan treatment yang berbeza. tapi ibubapa diperkayakan oleh allah dengan akal yang waras, kasih yang melimpah ruah, ilmu, kewangan sbgnya maka semua ini menjadi keperluan asas untuk ibubapa melaksakan tanggunjawab.

    ReplyDelete
  6. Anonymous6:58 PM

    caya la...kerenah anak-anak memeng mencabar.smga jadi umi yang terbaik..banyak lagi dugaan dan cabaran yang harus di tempuhi...bahagialah bersama keluarga tersayang..

    ReplyDelete
  7. Anonymous7:00 PM

    Assalamualaikum. ..Saya Amsah bt Che Daud dari JB

    Hmm...saya pun ada pengalaman yang nak dikongsi kat sini . Kadang2 hilang sabonye yer . Anak baru satu,pompuan baru 1 tahun 10 bulan tapi dia punye nakal,na'uzubillah. .Samalah kite,pusing2 dok kemas tempat yang sama.Dia ni suke sgt bukak ice box.Aduh,pening dibuatnye..Tempat letak ikannye kat bawah,siap bukak,kuarkan ikan2 tu sekali suruh kite masak.Kalo dia senyap je ade la tu kejenye..

    Betullah,macamana org beranak ramai2 tuh ek?Br satu dh terjerit2 mcm tarzan..Kadang2 penat,balik keje terkejar2 nak masak,nak basuh baju,kemas rumah (dia dh kemas daa) . Dia pulak nk bermanja,nk berdukung sebab dah seharian kat taska kan..

    Anak awak lelaki ke pompuan?Tapi same je,budak2 tgh umur cam ni,mmg tgh nakal...Kdg2 nakkan perhatian dr kite..Mcm saya ni hubby jarang ada kt rumah,jd si kecik
    ni rapat dengan saya pas tu bila abah dia ada kat rumah tak nak dah dengan saya.Kite tengok dia pun dia marah la konon..Nanti siap cakap."Abah. .tengok.. ".Manjanye. .

    Anak saya ni mulut petah bercakap..Tu yang tak tahannye.Dapat handphone kat dia,punyelah dia berbual.Ntah sape2 yang dia call.Kdg2 tak jadi nak marah ek!Begitulah ceritanya,jaga anak perlukan kesabaran yang amat tinggi sebab kita yang mencorakkan dia,ikut acuan kite ...

    Wassalam...

    ReplyDelete
  8. Anonymous7:26 PM

    Salam buat Sitisifir

    saya jg ada 5 org anak dan yg sulung , kedua dan ketiga rapat.

    Alhamdulillah. ..kini mereka dah dewasa...yg sulung 20, 19,17, 13, 7
    Setiap anak ada rezekinya dan setiap seorng mempunyai cara sendiri dan layanan pun lain namun jgn kite sbg ibubapa membezakan ksh syg .....walau siapa pun kite nak jd apabile dlm keadaan marah atau suke...anak2 adalah aset dunia akhirat.

    Luv all of you ...anak2 ibu. I'm always proud of you

    ReplyDelete
  9. Anonymous7:33 PM

    Hi puan,

    Barangkali semua anak kedua memang mempunyai perangai yang agak pelik kot? Sebabnya saya juga melalui apa yang cik siti lalui…

    Penat melayan karenah yang tak pernah surut dek peel si kecik…ada aje yang buat kita marah,meradang,tension…kadang2 sampai nak menangis gara2 si dia wat perangai…bayangkan lah kalau pergi kekedai mainan…segala mainan di tunjuk…semua dia mahu…macam tokey kedai tu ada share dengan kita plak… yang jadi ‘angin’ tu bila tak diberi…melalak2 tak nak nak balik…pening kepala betul…berbeza dengan si sulung yang cool,mengalah je…sejuk perut tengok… memang kontra betul lah perbezaan sikap si adik dengan si abang….yang jadi heran nya…si adik ni pompuan…perangai ngalahkan lelaki beb….gaduh dengan abangnya memang perkara biasa…pasti dia yang menang lah sebab fizikal pun dah memang dia yang lebih besar…apalah…tapi harap2 akan berubah perangai dia tu…

    Mak mertua saya ada gak cadangkan…tapi tak tahu lah cadangan nie berkesan atau tidak…sbb tak pernah test lagi…di kata….DAPATKAN ADIK LAGI SATU PASTI OKEY….maknanya mak mertua saya suruh saya mengandung lagi lah….ha..ha…ha..hua…hua….hua….hua…..

    ReplyDelete
  10. Anonymous7:36 PM

    Assalamualaikum....

    Seronok baca your article.

    Anak saya yang sulung perempuan. Dia ni malas sikit nak sembahyang, mengaji dan megulangkaji pelajaran tapi saya lihat dia seorang yang geniuslah jugak. Macam bapaknya. OTI baru ni saya biarkan saja tapi dia dapat 90% semua pelajaran. So macam mana saya nak atasi kemalasannya supaya dia rajin solat, rajin megulangkaji pelajaran dan cepat khatam Al-Quran. Saya pun selalu jadi tarzan dengan anak-anak ni.

    Harap dapat maklum balas.

    ReplyDelete
  11. Anonymous7:37 PM

    assalamualaikum warahmatullah

    err tah saya dengan isteri pun tak tau macam mana jaga 10 orang anak kami. tapi yang pasti rumah adalah child friendly.: tak ada barang kaca, tak ada lemari kaca, tak ada kerusi cantik cantik..semua barang barang tajam, bahaya tersimpan dengan kemas. tak ada lampu hias hias. anak pula tak pernah dihalang buat ape ape kecuali yang bahaya atau mengusik orang lain. nak naik tangga, nak panjat grill, nak main computer semua dibenarkan dalam usia semuda boleh merangkak. yang cuma dijaga adalah keselamatan. nak main kat padang juga tidak dihalang cuma diajar bagaimana menyeberang jalan dan bermain secara selamat. nak panjat pokok saya ajar, nak main dalam longkang juga saya ajar....

    ps: suara ayah yang lantang mungkin banyak membantu.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!