Bismillah,
Tidur ni macam acara harian jugak la kan. Bagi saya tidur ni macam satu kenikmatan. Tu pasai kadang2 sampai tak terjaga bila anak nangis mintak susu di tengah malam he he..Terpaksalah abah diorang jugak la yang menjadi bapa mithali bangun dan bancuh susu anak2. Untuk ini, tenkiu ek... :)
Sekadar nak berkongsi je tajuk ni. Almaklum, saya pun dah lama tinggalkan bab-bab menjaga kesihatan. Jadi diharap tatacara berikut bolehlah membantu kalian untuk meningkatkan lagi kualiti tidur. Bila dapat tidur yang berkualiti, dapatlah hendaknya hari keesokan segala kerja akan sentiasa berada dalam pencapaian optimum.
TIDUR DAN BANGUN PADA WAKTU YANG SAMA
Ada setengah orang mengambil kesempatan time hari cuti (tak kira la cuti Isnin ke, Rabu ke) untuk bangun lewat. Inilah yang dikatakan jam biologi akan terganggu. Badan sendiri pun pening masa mana masa tido dan masa mana pulak masa bekerja.
SEDIAKAN PERSEKITARAN TIDUR YANG SELESA
Bilik untuk tidur hendaknya nyaman (tak perlu aircond, kipas pun memadai), gelap (tutuplah lampu), senyap (kalau dah nak tido takyah bersembang lagi, kang terexcited panjang lah pulak sembangan tu). Pernah dengar juga kalau bilik tidur tu jangan dicat dengan kaler yang ber enegi umpamanya merah dan oren. Warna ini adalah untuk mengujakan semangat. Jadi bila dah teruja masa mana pulak nak lena kan?
ELAKKAN MINUM KAFEIN, KOLA, COKLAT
Yang ni maklum akan membuatkan mata kita kembali tersekang. So, beware
MASUK BILA BETUL2 MENGANTUK
Kadang tu kita saja2 je masuk tidur awal padahal mata tak ngantuk pun. Buang masa je terkebil sorang2 atas katil. Baik buat keje sampai letih, cepatlah sikit lena. Umpamanya bersenam. Tapi cop ek, slps 3 jam bersenam barula tidur.
JANGAN ASYIK PERATIKAN JAM
Ha..ni satu fakta lagi. Kerap tgk jam akan mengakibatkan imsomnia. Kang lagi naya takleh nak lena langsung.
Satu lagi yang saya kira tak kurang penting, bagi mengelakkan terlajak tidur sampai tak subuh gajah atau subuh dinasor ka..NIATKAN UNTUK BANGUN AWAL. Malah lebih manis lagi jika kita pohon pada ALLAH semoga digerakkan hati kita supaya bangun solat di penghujung malam. (Nasihat tulus buat diri yang selalu lupa)
OK, satu lagi nak tambah, takleh tidur juga adalah satu masalah sehinggakan ada wujudnya Persatuan Masalah Tidur Malaysia. Memang boleh jadi masalah yang besarlah kalau takleh tidur ni. So, jika masalah tak selesai dengan tatacara di atas, rujuklah kepada yang pakar. To me, alhamdulillah, bak kata suami saya kepala tak dan sampai kat bantal dah lena..he he