Tuesday, February 08, 2011

Kelopak Mata Bergerak-Gerak : Punca & Cara Mengatasi

Bismillah,

 
When your eyelid is twitching, you may feel that everyone else can see it! But usually the spasm is so subtle that it goes unnoticed by others.

(If you can't see the image, you may need Flash Player.)

Read more: http://www.allaboutvision.com/conditions/eye-twitching.htm#ixzz1DHPBcmpR


Baru2 ni ada entry yang keluar dalam mailing list berkenaan kelopak mata bergerak2 ni. Saya bimbang sbb saya takut orang berpendapat bahawa ini seolah2 macam ramalan nasib baik atau buruk pula. Saya tak berani nak kata lebih2 sebab ALLAH beri petunjuk tu dalam keadaan pelbagai tapi kalau dalam hal kelopak mata bergerak2 ni macam ni lah lebih kurang logiknya :

Orang kata kalau kelopak mata kiri bergerak2 maka tak lama lepas tu, adalah sesuatu yang buruk akan melanda. Cubalah bayangkan hal ni terjadi kepada seorang yang panik. Barangkali dia yang asal2 boleh drive, jadi tanak drive untuk mengelak kecelakaan. Atau barangkali dia selalu memasak tiba2 jadi tanak masak sbb takut terbakar rumah. Jadi bagi saya adalah tidak wajar sama sekali untuk buat kata2 sebegini.

OK, saya cuba untuk menjadikan ini sebagai suatu fakta ye. Tapi fakta ni pun kita kena tapis baik2 kebarangkaliannya.

  • Stress - Bila kita stress, tubuh badan kita akan bereaksi dengan bermacam-macam cara. Barangkali mata kita sedang stress seperti kemungkinan ia sakit sebab banyak habuk masuk, atau rabun tidak nampak atau kita guna contact lens lebih had waktu dan ia jadi kekurangan oksigen. 
  • Keletihan - barangkali terkurang tidur, atau terlebih mengadap komputer dan sebagainya. 
  • Eyestrain - mata kita barangkali dah lama dah ada masalah, seperti kemungkinan kurang duit atau kurang masa utk tukar lens yang dah bercalar atau power yang dah bertukar. Jadi, mata terpaksa buat kerja lebih utk cover power yang tidak cukup dan akibatnya adalah eyestrain
  • Kafein dan alkohol - alkohol rasanya pembaca blog saya ni tak minumlah kot kan? Jadi mungkin terlebih dos kopi kot??
  • Mata kering - antara punca mata kering adalah terlalu lama mengadap komputer, penuaan, pengambilan ubat2an (spt antihistamin dan anti depressant), pakai contact lens atau pengambilan kafein. Juga disebabkan stress dan letih
  • Ketidakseimbangan nutrisi - kurang zat atau terlebih zat boleh menjadi salah satu puncanya
  • Alergik - barangkali ada alergik kepada sesuatu yang membawa kepada kegatalan mata 
Cara Mengatasi
  • Rawat punca yang mungkin berlaku seperti yang disebutkan di atas
  • Minum banyak air masak untuk lebih pengaliran darah
  • Banyakkan berehat
  • Kalau dalam kes yang tak boleh dirawat, mungkin kena suntikan botox tapi rasanya selalunya orang yang kelopak mata dia bergerak2 ni tak lama pun kan sampai nak kene cucuk botox??



Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)

3 comments:

  1. thanks kak for da info..
    saya tgh alami nya ni..dh 2-3minggu..huhu!

    ReplyDelete
  2. org dulu2 pandai bermain kata2 kan..huhu

    ReplyDelete
  3. Nak tnye.. sy pn tgh alami ni msk wk ke 3.. nk tnye Nad ... cmne skrg? Da ilang x?

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!