Tuesday, February 22, 2011

Jadual Pembelajaran Anak

Bismillah,

Saya ada dapat mesej dari UmmiAdam tentang jadual anak. Sebenarnya menjadualkan kehidupan anak2 ni perlu dari awal. Kalau tak, maka susahlah sikit nak disiplinkan mereka. Saya sendiri sukakan jadual atas alasan ini. Jadual pula kita boleh buat macam2 cara. Ada satu buku panduan untuk membantu kita menyusun jadual seharian anak dan saya telah tulis tentangnya dalam entry ini. Klik pada buku untuk membeli.




Ada macam-macam cara nak buat jadual. Satu caranya kita sediakan pukul sekian mereka perlu lakukan sekian benda. Satu lagi caranya adalah kita sediakan satu checklist, kemudian tampal di dinding. Beritahu anak2 yang dia perlu tanda perkara yang telah dia lakukan setiap hari. Tetapi adalah lebih afdhal jika anda berikan mereka timeframe. Cara ini lebih halus dan tidak mendesak.

Dulu saya pernah buat jadual sekali. Lihat link ini untuk melihat padatnya jadual saya. Ketika itu, saya masih mengurus kedai spek saya. Sekarang, saya tidak lagi menggunakan jadual itu memandangkan Asmaa' dah masuk darjah 1 dan Usamah&Uwaiys pula sudah bersekolah Cina. Agak susah untuk menyeimbangkan jadual mereka seperti yang saya lakukan sebelum ini jadi saya gunakan checklist untuk setiap seorang dan ia adalah tidak sama.

Minat saya pada pembelajaran di rumah juga masih tinggi. Ada masa saya akan suruh mereka ulangkaji sendiri dan ada masanya juga saya akan ajar mereka terkehadapan berbanding apa yang mereka pelajari di sekolah. Tapi semua itu adalah atas kemampuan saya dan anak saya juga. Adakalanya memang saya agak memaksa kerana mereka terlalu dominan untuk melakukan sesuatu dan meninggalkan yang lain.

Insya ALLAH selepas saya lihat keberkesanan buat checklist ni, saya akan kongsikannya pula. Buat masa ni saya masih tidak bersedia lagi. :)

The real homeschool :p


Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)

2 comments:

  1. assalamualaikum fizah. menarik sekali dan kakchik sangat setuju dengan penggunaan jadual ni. bukan saja untuk menguruskan hidup anak-anak tapi untuk kita yang dewasa ini pun masih relevan. kakchik pun masih guna jadual agar tidak banyak membuang masa.

    ReplyDelete
  2. saya tak pernah ada jadual masa belajar kecuali jadual waktu kelas jer... hahahahah

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!