Thursday, November 15, 2007

Buat Warga Parit Buntar


Bismillah,
Setelah nak masuk setahun benda ni diusahakan, dah nak jadi realiti dalam masa terdekat insya ALLAH. Tak sabar dah nak manage kedai sendiri, nak duduk dekat dengan anak-anak....Untuk yang berada dekat dengan Parit Buntar, nantikanlah kehadiran kedai optometrist melayu Islam di bandar ini.

Thursday, November 08, 2007

Mendidik Anak Meninggalkan Larangan ALLAH SWT

Bismillah,
Selain dari mengajar ketaatan kepada anak2, kita juga mesti mengajar untuk meninggalkan larangan ALLAH SWT dan RasulNya. Ini bagi menjamin mereka itu sentiasa berada dalam keadaan tidak berdosa terutamanya dosa-dosa besar. Ini juga penting supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan kerana kejahatan akan membawa ke api neraka.

Firman Allah SWT dalam Surah At-Tahnim ayat 6:

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka yang mana bahan apinya terdiri daripada manusia dan batu-batu”.

Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya : “Taatlah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah. Kerana hal ini akan memelihara mereka dan kamu dan api neraka”.

Terkenang hero saya Usamah yang suka ajak abah dia main masa sepatutnya tunaikan solat. “Bo solat!! Tadi solat dah!” Sabau je la…terpaksa la abah bgtau tadi solat ape, skang ni solat lain pulak. Biasanya akan jadi OK dia akan faham. Hal2 lain mcm kene ajar jgn tengking2 org tua.

Maklum saja bila letak kat nurseri, mcm2 pengaruh ada. Semua nk kene hadap bebaik. Tu yang tak sesabo nk jaga anak sendiri. Sekarang ni, konon2 senang2 kita letak kesalahan tu atas nurseri padahal kita sebagai mak abah ada hak utk tentukan nurseri terbaik buat mereka kan?

Malam tadi, kakak ipar saya sampai dgn 6 anak dia. Sampai2 je dia kene naik bas ke Langkawi utk menghadiri kursus. Pagi tadi abah diorg pulak dah pergi bawak sorang je anak dara sulung diorang. Usai je solat Subuh, diorg mesyuarat. Suka sangat dengar dari jauh.

Abah diorang senaraikan arahan2 yang patut anak2 dia patuhi sepanjang dia meninggalkan 5 anak dia kat umah mertua saya tu. Antara yang kelakar adalah “Jangan kejar ayam.” Ahaha..mana taknya, ayam pun takut dengan cucu2 mertua saya.

Bila part solat lagi suka dengar. “Semua kene solat…berjemaah,”. Saya tak jumpa suami saya kat mana time tu tapi saya harap satu hari kami pun mengamalkan mesyuarat mcm ni. Ada juga part rotan yang mana abah dia cakap, “ Abah izinkan Tokku (mertua saya) dgn Che Ti (adik ipar saya) rotan sape2 yang tak dengar cakap.

Actually byk lagi benda yg touching yang sll family ni tunjukkan depan mata saya. Ada sekali tu yg besar gaduh dgn yg kecik. Lepas tu, umi diorg suruh bersalam2an bermaaf2an dengan ayat yang sgt skema. Bukan saya je yg nk nangis, ada sorang biras saya yang ada sama pun bergenang gak. Ahaks!

Tu lah yang dapat saya perhatikan bila ahli keluarga dibesarkan dengan mencintai ALLAH. Anak2 saya masih keil dan masih byk saya perlu belajar dengan model keluarga tertentu bagi merealisasikan matlamat hidup saya. Utk masa sekarang, saya mahu menjadikan keluarga kecil kami ini keluarga yang membahagiakan setiap ahlinya. Doakan ya!!!

Panduan Elak Diri dari Sihir


Bismillah,
Artikel ini saya amik dari laman web Us. Zaharuddin. Arini mcm ada mood pulak nk cerita kisah lama mcm mana saya jumpa dengan benda2 pelik ni. Yg first, nk cerita pasal anak saya Uwaiys (tapi rasanya ni bukan sihir2 la). Masa tu rasa mcm dalam pantang lagi saya kene hadir kursus kat Pulau Pangkor.

Disebabkan kursus itu perlu jugak, so saya decide belanja lebih sikit untuk dapatkan satu bilik utk saya, Uwaiys dan abah dia. Kami pergi bertiga. Dalam perjalanan ntah mcm mana kete kitorang terbelok dan masuk longkang. Time tu kat lebuhraya Timur Barat dan dah tak jauh dari Grik dah time tu.

Uwaiys actually dari kecik takla menangis kuat tapi kalau time lapar tak disua susu mak ai dia punya speaker, memang agak high level. Dalam tiga org anak, Uwaiys la yg power sekali suara dia masa baby. Dia jugak ada line biru melintang atas batang idung yg org tua2 kata ada sawan tangis tapi alhamdulillah, dia takla tunjuk symptom pelik2. biasanya nangis dia boleh dipujuk.

Satu malam di Pangkor, dia nangis pelik dan saya lak tgh belajar buat akaun tapi nil ah org kata power of the ‘Mak’. Sekebal2 pintu bilik kursus tu saya boleh dengar Uwaiys nangis. So, saya bagi susu badan, yang peliknya bila dia bawah tudung saya dia senyap, dan bila dikeluarkan dia nangis. Nampak mcm ada sesuatu kan?

Selepas tu, saya decide bawak je Uwaiys dalam bilik ceramah tu. Belasah je sbb dua2 ni penting. Uwaiys penting dan ceramah tu pun penting. Lagipun dia senyap je bawah tudung saya. So, sblh tangan menaip dan sblh lagi dukung Uwaiys. Mintak2 pandai la besar nanti he he kecik2 lagi dah belajar akaun yang umi dia belajar masa umur 26.

Rupanya tangisan Uwaiys melarat sampai tgh mlm. Suami saya bawak Uwaiys keluar dari chalet kitorg dan tgk2 org lain dah duduk kat luar tu seolah2 pelikkan Uwaiys yang tak berenti2 menangis. Uwaiys pun didukung dek sorg peserta dan membacakan sesuatu. Tiba2 dia yg mendukung tu mcm nk terjatuh dan dia sempat pas Uwaiys pada kawan baik dia.

Akak yg tadinya jatuh didukung bawak masuk bilik dia dgn bantuan sorang budak laki. Saya tatau la ni kes darurat ke hape tapi kita yg tak pasti bila dia nk sedar ni takkan la biar je dia terbaring kat situ. lepas pada tu, suami saya azan berkali2 dan lepas tu kami bacakan yasin sampai Uwaiys tido.

Esok tu semua orang start program lambat gara2 semua tido lewat smlm. Saya tak sabar2 tgu akak tu bangun nk tya what happened actually on that nite. Bila jumpa je dia kata, “Besar Fizah…Berbulu2.” Erk, tak ke jadi cerita. Saya pun tak tya byk sbb kalau cerita2 mcm ni sekalipun terlalu dekat dgn saya, saya tak minat nk tya.

Alkisah, akak berdua tu yang pegang anak saya memang sering diganggu dan menurut ceritanya, yg pengsan tu pernah jadi mcm superman gitu terawang2 kat udara. Dia kata sihir yang dihantar tu seolah2 nak suruh dia pegi dalam air dan benamkan diri. Diorg cerita mcm2 dan saya banyak jugakla sempat dengar cerita. Bayangkan kedai diorg yang dah lama beroperasi orang tak nampak sampai satu hari orang yang keje betul2 atas kedai diorg yang diorg nampak orang tu parking tiap2 hari kat depan kedai boleh masuk kedai n tya bila diorang mula beroperasi.

Permulaannya dia kata diorg taktau diorg ni disihir, sampai la diorg rasa takut buat pertama kali. Start je rasa takut, mcm2 jadi sampai jadi sakit2 la apa la padahal sblm tu bukan takde gangguan tapi diorg tak tau benda tu sihir, so, takde la rasa mcm takut. Bila dah takut je, jadilah begitu. So, diorg nasihatkan saya. Takut biarlah hanya pada ALLAH SWT kerana Dialah yang mendatangkan kemudharatan atau kemanfaatan.

Dalam kes2 mcm ni, kita mesti berhati2 kalau nk jumpa bomoh. Orang kalau dah percaya bomoh masya ALLAH, anak kecacingan pun jumpa bomoh cacing. Time kene campak jumpa bomoh campak. Mcm2 ada.. Tapi sblm berubat tu, ceklah dulu kaedah perubatan dia kalau pakai perantara mcm jin setan semua tu bebaik la. Takut nnt kang jatuh syirik pulak tak?

Ini kerana Nabi SAW pernah mengingatkan : "Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW " ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya'la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)

Perkara yang terbaik utk kita lakukan bagi mengelakkan sihir adalah sentiasa menjaga kualiti solat lima waktu kita. Baca al-Quran dan zikir secara berterusan dan komited. Seperti dalam firman ALLAH ertinya :
" Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali (kamu punyai kuasa) ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat" ( Al-Hijr: 42)

Juga satu lagi firman Allah SWT ertinya : "Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya" ( An-Nahl : 99) M

emanglah sebenarnya bila kita melakukan amalan wajib kita mcm solat tu dengan sempurna, sebahagian kehidupan kita tak akan terjejas dengan gangguan yang tidak kita ingini. Dindingkan pula diri dengan bacaan ayat suci al-Quran kerana dengan membaca kitab mulia ini ditambah dengan berzikir mengingati ALLAH SWT akan menjadikan kita seorang yang tenang.

Bukan apa, mahu atau tidak kita terpaksa menerima hakikat bawah sihir ni memang wujud. Seperti yang dinyatakan oleh Ustaz Zaharuddin :
1) Kewujudan sihir telah diiktiraf oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan boleh datang dalam pelbagai bentuk.

2) Sihir boleh termasuk dalam perkara yang membawa sesuatu manfaat atau kejahatan . Ia berdasar firman Allah : " ... Mereka mengamalkan apa yang diajarkan oleh syaitan pada masa kerajaan Sulayman. Padahal Sulayman itu bukanlah dari golongan orang yang ingkar. Mereka mengajarkan manusia ilmu sihir, yang diturunkan kepada kedua malaikat di negeri Babel, iaitu Harut dan Marut. Sedang keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang pun sebelum mengatakan
"sesungguhnya kami hanya cubaan dan janganlah kamu kufur dan menyalah gunakan ". Tetapi manusia mempelajari dari keduanya dan digunakan (mengikut ajaran syaitan) untuk mencerai beraikan suami isteri.... Bahkan mereka yang ingkar akan merasakan yang amalannya itu semata mata menyakitkan dan tidak memanfaatkan mereka pun" ( Al-Baqarah : 102)

3) Sihir tidak boleh berfungsi dan memberi sebarang kesan kecuali dengan izin Allah SWT , ia dari firman Allah SWT : "..Sesungguhnya mereka tidak dapat membinasakan sesiapa pun tanpa keizinan Allah. " ( Al-Baqarah : 102 )

4) Amaran Allah dan RasulNya bagi pengamal ilmu sihir :-
Erti firman Allah : " Oleh itu mereka akan ketahui dengan sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir, tidak akan mendapatkan bahagian yang baik di hari Akhirat kelak. ( Al-BAqarah : 102)

Sabda Nabi SAW tentang dosa besar sihir :
Ia berdasarkan hadith nabi SAW : Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

Yang ni diamalkan oleh mertua saya setiap hari. Dia pun selalu nasihatkan anak2 dia agar selalu diamalkan 3 qul ni. Tiap pagi seusai solat Subuh sebelum membaca surah lazim yang dia baca dalam al-Quran, dia akan baca surah2 ni 3 kali setiap satu surah.

3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)
Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)

4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul Alim".
Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya) ) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam
Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al- Bukhari & Muslim)

6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ala kulli syai'in Qodir " ( sepuluh kali )
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

7) Membaca : " A'uzubillah bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"
Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )

Kepada Na, saye dah jawab sikit dari persoalan yang Na tya saya tempohari dalam artikel ni. Kredit utk artikel asal oleh Us. Zaharuddin. Adik ipar saya ada juga kirimkan beberapa ayat yang dia dapat dari pensyarahnya di Jordan. Tapi saya tak dapat nk sertakan di sini sbb byk sgt. Tapi semua ayat alQuran tu ada perkataan “Hafiz” yang bermaksud pelihara—huhu kalau salah mintak yg lain tolong betulkan.

Okla, semoga ada manfaatnya di sini. Salam buat semua.

Wednesday, November 07, 2007

Natijah Dari Kemarahan

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar,berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.


Pernah baca cerita di atas kan? Cerita ni mungkin pernah melintas ke setiap inbox kita. Maaf lah ek sbb saya tak copy sekali nama pengirim atau penulis asal. Namun, kepada pengirim tu, saya sedang cuba untuk menimbulkan semula apa yang telah anda bawakan, sebagai peringatan buat kita yang sering lupa.

Tajuk yang dipilih secara rawak dari koleksi artikel dalam pendrive saya ni tak ada kena mengena dengan kehidupan saya hari ini. Namun, kemarahan tak juga jauh dari dihadapi setiap hari. Ada masa, customer datang kedai dengan marah-marah dan saya terpaksa menjadi air yang sejuk untuk menghilangkan api kepanasannya. Terkadang yang lain, ibubapa saya yang masih prihatin dengan keputusan2 saya walaupun saya kini isteri orang juga marah2 jika mereka memandang saya tidak membuat keputusan dengan bijak pada pandangan mereka.

Dalam kes parents, saya hadapkan aje kemarahan diorang kerana marah diorang tak sebesar mana dibandingkan dengan kasih sayang diorang. Mcm tu jugak kalau mertua saya marah. Kemarahan selalu membawa kepada kemarahan juga. Namun, dalam kes dengan parents, pendamkanlah rasa kemarahan tu ke lubuk paling dalam.

Dalam kebanyakan kes parents marah, jika kita tak melawan (meskipun dalam masa yang sama kita masih buat benda yang dia tak suka), mereka akan memaafkan kita dengan mudahnya. Berbanding dengan kita melawan balik, mungkin tarikh kita melawan akan ditulis satu persatu di hati mereka hingga membawa kepada jauhnya rahmat ALLAH dari kehidupan kita kan?

Seblom jauh, saya mahu menceritakan kisah seorang ibu, bapa dan seorang anak. Dari 1998 dan skang 2007 masih dalam keadaan yang menyedihkan. Tidak sepatutnya hubungan kekeluargaan mereka begitu namun inilah natijahnya dari kemarahan.

Si bapa marah, si anak melawan dan silap ibu kerana membela. Selepas episode itu, tercetus pula episode lain yang menyebabkan kemaafan tak ada lagi tempatnya di mana2. Baik di pihak bapa, ibu mahupun anak telah tiada lagi lubang kerana kemarahan masing2 berada di puncak. Tidakkah ini menyedihkan? Sewajarnyakah kehidupan berkeluarga menjadi begini. Tanpa sifat mengalah dari anak, bapa atau ibu itu, tak pastilah bilakah mereka akan bersatu.

Bila seseorang menghadapi masalah dalam hidup dan dia menghadapinya dengan kemarahan dan emosional, maka akan tertutuplah akal yang waras. Jika kita menghadapi sesuatu masalah dengan ilmu dan kelembutan, pasti tindakan susulan kita akan dipandang lebih mulia. Ini lebih baik kerana tidak akan merugikan diri kita dan orang lain juga.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh dipraktikkan untuk mengawal kemarahan :
• Berdoa kepada ALLAH agar menghilangkan sifat2 hina dari diri kita. Allah berfirman, “Berdoalah kalian kepada Ku nescaya akan Aku kabulkan.” (Al-Ghafir : 60)
• Terus menerus berzikir pada ALLAH seperti membaca alQuran, bertasbih, bertahlil, beristighfar kerana ALLAH telah menjelaskan bahawa hati akan menjadi tenang dengan mengingati ALLAH. “Ingatlah dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang.” (Ar-Ra’d : 28)
• Mengingat ayat-ayat alQuran dan hadis yang menggalakkan kita menahan marah. Seperti sabda Rasulullah SAW : Barangsiapa yang menahan marah sedangkan ia mampu untuk melampiaskannya,(kelak di hari kiamat) ALLAH akan memanggilnya di hadapan para makhlukNya dan menyuruhnya memilih salah satu dari bidadari syurga dan menikahkannya dengan hamba tersebut sesuai dengan kemahuannya (Hadis Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah)
• Mengubah posisi semasa marah. Jika berdiri maka duduklah, jika duduk, berbaringlah. Owh, I like this, kalau tersalah terlena lagi sedap..he he…
• Berlindung dari syaitan dan menghindar dari sebab2 yang boleh menaikkan kemarahan. Cubalah berlemah lembut dalam tindakan kerana dengan berlemah lembut, sekalipun tengah marah, maka nampak jugak hensemnya. Percayalah!!!

Semoga ada manfaatnya utk anda yg membaca….

Tuesday, November 06, 2007

Kuota Anak


CAKKK!!!!
Bismillah,
Arini terasa nak cakap pasal kuota anak, sempena Apa-Apa Aje semalam yang berlangsung. Memang tiap kali program ni online saya terasanya nak tepon bercakap tapi kalau bab-bab tepon TV radio ni saya sll yang belakang sekali. Maleh eh nak cakap byk, buatnya tersalah cakap sape yang malu?

Alkisahnya Sheila dgn Samsul bincang tentang fenomena ibu atau bapa yang menetapkan berapa bilangan anak. Secara kesimpulannya yang dapat saya simpulkan :

Kenapa ayah yang wajar tentukan bilangan anak?
Selalunya sbb kewangan adalah bahagian major yang perlu difikirkan oleh seorang ketua keluarga.

Kenapa pulak mak yang wajar tentukan bilangan anak?
Sebab paling major adelah orang yang nak beranak adalah golongan ibu2. Lepas tu nak maintain body lagi. Ada yang kata lepas pada umur tertentu lets say 30 dah nak rehat takmo beranak.

Alasan untuk menyekat bilangan anak:
- Biasanya alasannya adalah nak bagi pendidikan terbaik buat anak-anak.
- Takde masa sebab sama-sama bekerja.
- Jaga kesihatan.

Alkisahnya, mari pulak kita menghayati perasaan kita ketika tua. Aha, bunyinya saya ni mcm nak promote orang beranak la korang beramai-ramai. Bukan itu maksud saya ek..Baca dan fahamkan bebaik. Yang mana boleh diikut, ikut la. Yang mana tak, tinggalkan jauh-jauh.

Saya cuma nak bandingkan IBU A yang punya tiga anak dan IBU B yang punya 11 orang anak. Musti beza bilangan tu kan dah jauh. Memang betul tak dinafikan IBU B musti la letih sbb kene ajar 11 orang anak tu bukan senang nak besarkan satu-satu sampai jadi orang yang berguna.

IBU B menggunakan kaedah susuan untuk menjarakkan anak. Memang anak-anak dia semua setahun beranak, setahun jarak. Dia akan menyusukan anak dia sepenuh masa sehingga berumur dua tahun kebanyakannya. Alhamdulillah, semua anak-anak dia besar jugak walaupun tak merasa susu formula.

Compare dengan IBU A, dia tak guna kaedah perancang juga tapi rezeki agaknya ALLAH bagi cuma tiga orang anak yang berselang jauh jugakla setiap seorang. Dengan kerja sebagai jururawat, pasti saja kesibukan masa bekerja menyebabkan anak-anak disusukan dengan susu formula.

Perbezaan pendidikan anak-anak, kedua-dua ibu telah mencuba sedaya upaya untuk menyekolahkan anak-anak mereka ke tahap yang tertinggi. Alhamdulillah semua dapat pendidikan yang terbaik sesuai dengan kemampuan masing-masing. Ada yang tersangkut tak sampai lah ke universiti tapi masih boleh membawa diri. Cuma IBU A agak terkilan dengan anak keduanya. Ntah dimana silapnya anak itu seakan tak mau mendengar kata. Mujur masih ada dua lagi anaknya yang rasanya boleh diharap.

IBU B setelah diperhatikan tak adelah anaknya yang masuk kategori terkilan tahap melampau. Cuma biasalah anak akan melakukan kesilapan pada masa-masanya. Mungkin terkadang anak itu lewat bangun solat Subuh dan macam-macam lah. Biasalah orang kan.
Time rajin dikata rajin, time lain mcm tu aa…

Dari segi masa tua, tika muda IBU A memang lapang. Boleh buat kerja dengan baik dengan dibantu pembantu rumah. Ada masa di rumah, boleh bersama dengan anak dan dua anaknya itu boleh dikatakan pelajaran mereka adalah hampir terbaik. Cuma bila anak sudah besar, yang masuk asrama, tinggal di asrama, yang dah berkahwin mengikut suami. Maka tinggallah dia memelihara anak kucing.

IBU B pulak, walaupun anak lelakinya kerja di tempat lain, anak perempuan berkahwin lalu dibawa suami ke tempat lain manakala yang masih belajar, tinggal di asrama. Namun begitu, satu pergi, datang pula yang lain menemani. Takde perancangan tapi alhamdulillah tidaklah dia keseorangan. Kalau merajuk dengan seorang anak, dia masih punya 10 yang lain lagi.

Jadi dimanakah sebenarnya punca kepuasan hidup. Sekarang ni, kesimpulannya beginilah, kalau ngko beranak, ngko jagalah anak tu bebaik. Bagi didikan yang tak berbelah bagi walau apa juga alasannya. Walau anak ramai, atau anak tak ramai, setiap yang beranak musti kene jaga anak baik-baik.

Kaedah merancang pula, bukan tak ada kaedah yang lebih asli tapi disebabkan gaya hidup kita sekarang menyebabkan ramai yang nak guna kaedah mcm pil2 perancang. Kesan kemudiannya ade yang kata badan mengembang lah, ade yang kata tak boleh beranak pulak lepas pada berhenti makan pil la. Macam-macam boleh kita dengar.

Anak itu siapa?
Kita mau kene ingat bahawa ALLAH telah menetapkan sesuatu yang terbaik untuk kehidupan kita. Dia mentakdirkan kita begini supaya kita tunduk dan patuh kepada Nya Cuma cara kita menerima nikmat dan dugaan juga menjadi titik tolak dalam menentukan kehidupan kita di hari kemudian.

mm…tu je lah sepatah dua dari saya ek. Moga ada sedikit manfaatnya…

Komen dari En Limbat yang menyebabkan saya nak melampirkannya di sini...

Menarik sekali topik ini cuma ianya agak kurang mendapat sambutan dari rakan2 sim..

Dalam pergaulan dengan kawan2, banyak jugak keluhan daripada mereka yang pernah merancang sama ada tak mahu anak awal, nak menjarakkan anak dsbnya.. Urusan mendapat anak tu sepatutnya kita serahkan secara total kepada Yang Memberi Anugerah. Biasanya apa yang kita rancang tidakkan sama dengan realiti. Ada yang mulanya taknak anak dulu, akhirnya terus diuji dengan tak dapat anak langsung. Ada yang cuba menjarakkan anak 2-3 tahun, dan jugak Allah tak beri mereka anak sehingga 10 tahun... Jarang sekali kita mendengar cerita mereka yang memang betul2 gembira dengan hasil "merancang" mereka. Cerita yang ditulis cik sitisifir memang banyak kebenarannya. Dan sebagai muslim yang berpandukan Al-Quran kita sepatutnya cuba memahami ayat berikut yang ada hubungkaitnya dengan hal di atas;

"...janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka..."(6:151)


"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu...."(17:31)


Sungguhpun ayat2 di atas ditujukan kepada jahiliyyah yang membunuh anak2 mereka dulu, namun dalam kedua2 ayat bahagian akhirnya adalah sama...iaitu Allah telah menetapkan rezeki masing2 untuk kita dan anak2 kita. Menggunakan pelbagai alasan terutama sekali alasan kewangan untuk tidak mahu anak ramai tentunya amat bertentangan dengan Al-Quran yang kita imani.

Wallahu A'lam & Wassalaamu'alaikum.

Monday, November 05, 2007

Adab-Adab Penyampai Ceramah

Bismillah,
Terlintas untuk mengulas sedikit tentang ini namun ingat ek, saye bukanlah juga orang terbaik namun sekadar nak memanjangkan ilmu di samping menambahkan ilmu buat diri sendiri. Terkenang zaman sekolah dgn dekat UKM dulu, bukanlah sampai tahap ceramah tapi pernah jugak la sesekali mengepalai usrah dan kumpulan-kumpulan kecil yang semacam usrah.

Pernah juga menjadi bidan terjun masa kelas saya 4 Sains 1996 ditugaskan menjaga surau pada satu minggu ni. Alkisahnya, satu malam tu ada perhimpunan semua budak sekolah dan kelas kami masih bertolak antara satu sama lain sape yang patut bagi tazkirah. Mau tak seram, satu sekolah beb…

Tapi, kalau dalam hal ni saya selalu berpegang, pelik2 dan takut2 pun ada benda yang terpaksa jugak kita harung dan saya bagaikan tak sedar masa mana saya bagi salam dan mengakhiri tazkirah tu. Tapi dengan keadaan takde basic dalam hal tu, maka saya tak pasti sejauh mana penerimaan budak sekolah time tu he he…

Ape taknye, time kelas lain conduct, saya juga seperti mereka yang lain. Nampak macam dengar dan nampak macam faham tapi ntahla kemana saya letakkan ilmu yang saya kaut di situ dulu. Bukan takde pekdahnya langsung sekolah kat situ namun hidayah kan ALLAH yang bagi? Walaupun sekolah tu dinobatkan sekolah agama namun penampilan masing2 time cuti sekolah membayangkan bahawa ada yang tidak cukup lengkap dalam jiwa masing2.

Tak kisahlah, sama ada kita menyampaikan ceramah, mengendalikan usrah, memberi tazkirah atau sekalipun dalam perbualan harian, saya kira adab di bawah ini adalah bersesuaian.

Tidak menyembunyikan kebenaran – Ya, berkata benarlah sekalipun pahit nye lah rasa. Kerana selepas dari itu, kita akan mengecap kemanisan yang takleh nk digambarkan di sini. Kemanisan kerana berkata benar. Sungguh, kita takkan kecewa jika kita mengelakkan diri dari menipu. Elakkan la walaupun kadang2 kebenaran sedikit memakan diri supaya pembohongan takkan menelan kita lebih teruk dari itu.
Menguasai dan mendalami ilmu fardhu ain – Memandangkan diri mungkin menjadi tempat rujuknya permasalahan terutamanya dalam hal keagamaan, maka jadilah kita orang yang bersedia dalam menyampaikan ilmu. Bagaimana nak menguasai ilmu? Kene lah rajin mencari, bertanya dan membaca. Libatkan diri dengan majlis2 agama moga kefahaman kita dipastikan betul.
Berlaku adil terhadap sasaran dakwah – Aha, sekalipun yang kita ceramahkan adalah orang yang dipandang besar dalam satu2 posisi contohnya dia ada level Dato’ sedangkan kita nak dipanggil Encik/Puan pun payah, kalau benda salah bagi tau lah salah. Juga perkara yang serasanya kita takut orang lain ambil kesempatan lebih dari kita maka janganlah runsing, ALLAH pasti akan membalasi kita dengan pemberian yang lebih lagi nantinya Insya ALLAH
Tidak memalukan orang tertentu – seboleh daya elaklah dari gunakan nama seseorang sebagai ikon yang tidak baik. Macam yang kita tau, mengata belakang nih kan berdosa. Malu la orang tertentu kalau kita macam melekeh-lekehkan dia pada orang lain kan?
Penyampaian penuh peringatan, nasihat dan tunjuk ajar – bukan di[enuhi dengan lawak tahap melampau. Nak melawak tu bukan tak boleh tapi biarlah berisi. Berusaha nak buat orang tak mengantuk sampai hilang isi adalah lebih merugikan.
Menginsafkan pendengar – gunakan ayat yang mampu menusuk jiwa, yang bak kata orang boleh memetik suis dalam jiwa seseorang. Sebagai orang yang bercakap-cakap, suis nilah yang paling payah nk dicari namun percayalah, jika kita bercakap tu dari hati maka ke hati jugalah sampainya nanti.
Tidak menimbulkan keraguan – ada satu kumpulan yang saya perhatikan, jika diorang ni nak bg tazkirah, mesti tinggalkan orang tu dengan persoalan. Buatnya orang tu mencari di tempat yang salah nak kata apa? Juga pastikan sumber yang kita gunakan adalah sahih jangan sampai orang faham dengan fahaman yang salah.
Sedia terima teguran – terkadang ada di majlis itu golongan yang lebih berilmu dan dia pula berani menyatakan kebenaran, seandainya terjadi kita tersalah menyampaikan maklumat, maka terimalah dengan sebaiknya dengan syarat ilmu baru yang orang sampai kan tu biarlah betul.
Jangan riya’ – orang yang biasa berceramah merasakan ceramah dia difahami dan disukai ramai. Ini bahaya sebab kes perasan he he… kemungkinan respon body tak sama dengan respon dari hati.
Membuat persediaan dengan baik – jangan sampai tercari2 apa yang hendak dicakapkan kerana ini akan menyebabkan orang tertunggu-tunggu dan kemungkinan minatnya untuk mendalami satu2 ilmu bakal terbantut.
Waras dan terbuka – kalau tak waras, mcm ne la pulak kan nk bagi ceramah dan kalau kita berfikiran tertutup maka susahlah beb orang nak mendekati kita.
Tegas – tak kira di tika mana pun, kita musti tegas. Jangan sampai pendirian kita diperkatak kodokkan.
Menyayangi – jika tidak menyayangi, maka kita mudah membenci. Orang yang disayangi musti menyayangi dulu. Sedang Nabi dulu tidak memilih bulu apatah kita yang ntah dimana tarafnya di sisi ALLAH.
Memahami – psikologi masyarakat memang berbeza2 namun cubalah memahami supaya lebih mudah kita menyampaikan sesuatu yang bermanfaat untuknya.

Rasanya setakat tu jelah yang nak dikongsi. Mungkin ada banyak lagi so kepada first timer yang masuk ke alam baru ni, kene la cari lagi point yang lain utk memperkasakan skill sedia ada. Moga ini membantu juga!!!

Feedjit


Bismillah,

Semakin hari semakin seronok pulak main dengan blog. Melangkah dari satu blog ke satu blog juga adalah satu kesukaan baru saya. Di kala kebuntuan takde aktiviti nak buat especially time report bulanan dah hantar dan time takde customer, saya suka menggodek2 apa yang boleh diletakkan dalam blog saya.

Hasilnya, sakit pinggang ha ha..balik umah aje, saya memerlukan beberapa minit utk meluruskan pinggang dan selalunya suami saya bagi extra time utk meluruskan pinggang ni. Mengandung kali yang ke empat ni saya dah jarang krem betis tapi selalu jugakla sakit urat. Tu pun sebab salah sendiri, kalau jaga postur tubuh dengan baik masa duduk dan rehat juga mencukupi insya ALLAH takde hal biasanya.

Sape yang mengikuti blog saya boleh ah memerhati perubahan demi perubahan kadang2 time saya rajin hampir setiap hari. Hari ni, saya tergerak nak tulis tentang Feedjit. Dari Feedjit ni saya dapat trace apakah yang membawa orang hingga boleh jumpa blog saya. Dari enjin cariankah, dari link mana2 blog kah atau dari mana.

Suka memang suka, namun disebalik ini saya rasa sedikit sesal dengan carian yang tak bermanfaat dari individu yang tidak berkenaan. Antara contoh carian adalah 'gambar lelaki rogol perempuan'...ish ada byk lagi, kalau nk try perati la kat laman blog sesiapa yang ada Feedjit ni.

Utk apa sebenarnya cari gambar macam ni? Saya cuba nk bersangka baik tapi mcm takde cara nk bersangka baik. Selain tu, ada yang pasal teknik melakukan seks pun pernah ada dan yang ganasnya carian diorang menemukan diorg dengan blog saya...Ahaks. Namun kebanyakan carian adalah menjurus kepada keibubapaan, kewanitaan, kekeluargaan dan antara yang paling mengharukan adalah carian utk mencari teknik mengatasi anak nakal.

Dunia kini hanya dihujung jari, sungguh benar kita mesti bijak mengawal atur penggunaannya. Bukan mengatakan saya bersih dan tidak pernah melihat perkara yang bukan2 dalam ni kerana mudahnya penggunaan internet ini menyebabkan kita harus memikirkan semula tebal nipisnya iman kita. Mungkin itu yang dikatakan dalam artikel melayari internet dengan kebersamaan ALLAH.

Subhanallah, banyaknya rasa godaan dunia. Mampukah kita melepasinya?