"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar,berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
Pernah baca cerita di atas kan? Cerita ni mungkin pernah melintas ke setiap inbox kita. Maaf lah ek sbb saya tak copy sekali nama pengirim atau penulis asal. Namun, kepada pengirim tu, saya sedang cuba untuk menimbulkan semula apa yang telah anda bawakan, sebagai peringatan buat kita yang sering lupa.
Tajuk yang dipilih secara rawak dari koleksi artikel dalam pendrive saya ni tak ada kena mengena dengan kehidupan saya hari ini. Namun, kemarahan tak juga jauh dari dihadapi setiap hari. Ada masa, customer datang kedai dengan marah-marah dan saya terpaksa menjadi air yang sejuk untuk menghilangkan api kepanasannya. Terkadang yang lain, ibubapa saya yang masih prihatin dengan keputusan2 saya walaupun saya kini isteri orang juga marah2 jika mereka memandang saya tidak membuat keputusan dengan bijak pada pandangan mereka.
Dalam kes parents, saya hadapkan aje kemarahan diorang kerana marah diorang tak sebesar mana dibandingkan dengan kasih sayang diorang. Mcm tu jugak kalau mertua saya marah. Kemarahan selalu membawa kepada kemarahan juga. Namun, dalam kes dengan parents, pendamkanlah rasa kemarahan tu ke lubuk paling dalam.
Dalam kebanyakan kes parents marah, jika kita tak melawan (meskipun dalam masa yang sama kita masih buat benda yang dia tak suka), mereka akan memaafkan kita dengan mudahnya. Berbanding dengan kita melawan balik, mungkin tarikh kita melawan akan ditulis satu persatu di hati mereka hingga membawa kepada jauhnya rahmat ALLAH dari kehidupan kita kan?
Seblom jauh, saya mahu menceritakan kisah seorang ibu, bapa dan seorang anak. Dari 1998 dan skang 2007 masih dalam keadaan yang menyedihkan. Tidak sepatutnya hubungan kekeluargaan mereka begitu namun inilah natijahnya dari kemarahan.
Si bapa marah, si anak melawan dan silap ibu kerana membela. Selepas episode itu, tercetus pula episode lain yang menyebabkan kemaafan tak ada lagi tempatnya di mana2. Baik di pihak bapa, ibu mahupun anak telah tiada lagi lubang kerana kemarahan masing2 berada di puncak. Tidakkah ini menyedihkan? Sewajarnyakah kehidupan berkeluarga menjadi begini. Tanpa sifat mengalah dari anak, bapa atau ibu itu, tak pastilah bilakah mereka akan bersatu.
Bila seseorang menghadapi masalah dalam hidup dan dia menghadapinya dengan kemarahan dan emosional, maka akan tertutuplah akal yang waras. Jika kita menghadapi sesuatu masalah dengan ilmu dan kelembutan, pasti tindakan susulan kita akan dipandang lebih mulia. Ini lebih baik kerana tidak akan merugikan diri kita dan orang lain juga.
Berikut adalah beberapa cara yang boleh dipraktikkan untuk mengawal kemarahan :
• Berdoa kepada ALLAH agar menghilangkan sifat2 hina dari diri kita. Allah berfirman, “Berdoalah kalian kepada Ku nescaya akan Aku kabulkan.” (Al-Ghafir : 60)
• Terus menerus berzikir pada ALLAH seperti membaca alQuran, bertasbih, bertahlil, beristighfar kerana ALLAH telah menjelaskan bahawa hati akan menjadi tenang dengan mengingati ALLAH. “Ingatlah dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang.” (Ar-Ra’d : 28)
• Mengingat ayat-ayat alQuran dan hadis yang menggalakkan kita menahan marah. Seperti sabda Rasulullah SAW : Barangsiapa yang menahan marah sedangkan ia mampu untuk melampiaskannya,(kelak di hari kiamat) ALLAH akan memanggilnya di hadapan para makhlukNya dan menyuruhnya memilih salah satu dari bidadari syurga dan menikahkannya dengan hamba tersebut sesuai dengan kemahuannya (Hadis Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah)
• Mengubah posisi semasa marah. Jika berdiri maka duduklah, jika duduk, berbaringlah. Owh, I like this, kalau tersalah terlena lagi sedap..he he…
• Berlindung dari syaitan dan menghindar dari sebab2 yang boleh menaikkan kemarahan. Cubalah berlemah lembut dalam tindakan kerana dengan berlemah lembut, sekalipun tengah marah, maka nampak jugak hensemnya. Percayalah!!!
Semoga ada manfaatnya utk anda yg membaca….