Monday, July 11, 2011

BERSIH 2.0 Dan Saya : Nejad Sudah Pulang, Mau Tau Kisahnya?

Bismillah,

Baca ini terlebih dahulu :


Sebab yang di atas ini adalah entry tulisan saya, yang saya tulis mengikut fahaman saya. Saya tidak merujuk kepada mana2 entry (tetapi ada menyatakan entry yang sependapat dengan saya) di situ.

Nejad tidak bercerita panjang. Tapi setakat yang dia beritahu, dia ditahan semasa nak pergi solat bukan selepas solat rupanya. Walaubagaimanapun, suami saya itu tidak melawan ketika ditahan maka dia tidak dikasari. Juga, dia tidak diikat sebagaimana yang lainnya memandangkan tangannya yang patah itu. Oh ya.... tadi solat Subuh bersama, suami saya mengangkat takbir dengan kedua belah tangannya dan bengkak ditangannya telah susut. Maka itu satu perkembangan yang baik kan??

Eh...bukan saya maksudkan tangan dia baik sebab dia pergi BERSIH tau... barangkali ALLAH telah memberi semula nikmat tangan itu kepada suami saya setelah sekian lama. Cuma, saya yakin, keadaan tulangnya masih perlu diberi rawatan yang sesuai. Bila?? Nanti lepas mood BERSIH dia habislah kot. Arini dia dah keluar dengan baju kuning kosong semasa hantar anak ke sekolah.

Semasa sedang dalam crowd, ada yang tangkap gambar Nejad. Saya cakap kat dia, "Habislah lepas ni kita jumpa gambar abang kt celah2 OKU yg hadir sama." Adalah jumpa satu gambar dia tengah semangat, nanti kalau biras saya email saya upload lagi. Ada juga yang tiba2 datang salam dan siap ada yang bagi keychain 'Batik - Malaysia' lagi. Yang bg keychain itu, jika bukan India rasanya orang Sikh.

Baju BERSIH yang dia pakai semasa hari perhimpunan dah dirampas kerana ia dah menjadi bahan kes. Sempatlah dia melihat Mat Sabu dipapah ke balai memandangkan dia jatuh motor dalam kawasan perhimpunan. Macam-macam pe'el ada. Suami saya ditahan kerana dia memakai baju BERSIH. Sekalipun saya dah mesej supaya dia jangan bawa tapi itulah my husband...huhuhu...

Merasa jugalah dia solat di dalam lokap. Syukurlah dia tidak diapa2kan. Kita hormat kerja polis walaupun mereka berada di dalam situasi bengang. Polis bertindak sesuai dengan arahan. Jadi kalau melawan semasa ditahan adalah sesuatu yang sangat tidak bijak. Para peserta perhimpunan pastilah menimbulkan kemarahan mereka tetapi apa lagi caranya nak mengembalikan kemurnian dalam pilihanraya selain dari cara itu?

Duduk semeja dengan pemimpin dan berbincang dengan baik?? Ouh..kalaulah itu boleh dilakukan.. zaman sekarang tidak seperti zaman khalifah dahulu. Pemimpin dulu tidak dibenarkan oleh khalifah membuat pagar rumah tapi lihat saja rumah pemimpin sekarang (pembangkang tidak terkecuali) - sudahlah berpagar, ada pengawal pula!

Mmm....cukuplah kot bercakap tentang BERSIH. Saya pun taknak kelihatan sebagai seorang pemberontak sedangkan dalam masa yang sama cuba untuk menjadi seorang rakyat yang taat setia TAPI taat setia saya bukan dalam hal2 yang menzalimi apatah pula yang jelas terang benderang bertentangan dengan hukum agama. Sepagi ini saya dah memerhati banyak tulisan berkenaan BERSIH dan di bawah adalah sedikit yang menarik perhatian saya.

OK guys, done for today... saya akan kembali dengan entry2 yang seperti sediakala. Kalau kalian, kaya dengan entry shoping, makan, travelling tapi kami, hanya kaya dengan perkara2 yang sebegini. Inilah belanja kami, inilah makanan kami dan inilah juga perjalanan hidup kami. PEACE No WAR!! :D

*Jgn marah lepas2 ni nak jugak letak gambar hero saya :P Gambar laki ai kan....bukan laki urang lain :P

Koleksi Video Perhimpunan BERSIH 2.0 Seluruh Dunia :






Kenapa Ambiga??


Saya menyokong BERSIH, bukan menyokong Ambiga. Seeloknya kalian baca dari link2 yang saya sertakan di bawah, ia tidak berniat untuk memujuk kalian menerima Ambiga atau apa saja yang pernah dilakukannya sebelum ini tetapi sekadar membincangkan kerelevenan dia menjadi pemimpin BERSIH sahaja : 

Sejujurnya, jika saya diberi peluang untuk memilih pemimpin BERSIH ini, pastilah saya akan memilih mereka yang benar2 BERSIH dari kes yang pernah melukakan sensitiviti kaum di Malaysia. 



Pandangan Ulama' Tentang Himpunan Aman Atau Demonstrasi :


1. Kebanyakan ulamak muktabar seperti Dr. Yusof Al-Qadhowi(klik), Dr. Ali Jumaah (klik) , Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq dalam kitabnya ( فصول من السياسة الشرعية ), Syeikh Salman Fahd Audah dan Dr. Sa'aduddin Mus'ad Hilali serta kebanyakan ulamak masa kini berpendapat HARUSmengadakan demostrasi aman lebih-lebih lagi ia dibenarkan oleh perlembagaan sebagai cara untuk rakyat menuntut keadilan dan menyuarakan hak serta pendirian mereka.
Malah gabungan suara rakyat yang ramai lebih didengari dari menyuarakannya bersendirian. Ini berdasarkan Firman Allah bermaksud : "Dan tolong-menolonglah dalam mengerjakan perkara kebaikan dan taqwa, jangan tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan" (al-Maidah : 2).
Dalam kaedah fiqh juga ada menyatakan : "Asal sesuatu perkara itu harus selagi tidak ada dalil qat'ie dan sorihyang mengharamkannya.
2. Diriwayat dari ibnu Abbas bahawa Sayyidina Umar al-Khattab ketika menjawab soalan ibnu Abbas tentang kenapa dia digelar Al-Faruq oleh Rasulullah S.A.W . Ini kerana disebabkan keberaniannya bersama dengan Sayyidina Hamzah memimpin dua saff muslimin yang turut disertai oleh Nabi S.A.W berjalan beramai-ramai menuju ke Masjidil Haram untuk menzahirkan Islam dan kekuatan muslimin di Mekah. (تاريخ دمشق /حلية الأولياء)
3. Demonstrasi walaupun dilihat berasal dari Barat tetapi intipatinya tidak bercanggah dengan dasar Islam dan erti kemanusiaan. Malah himpunan umum menjadi salah satusyi'ar islam dalam menzahirkan' izzah, kekuatan dan kesatuan umat Islam seperti himpunan ketika solat berjemaah, hari raya dan ketika ibadat haji.
4. Diriwayatkan dari ibnu Abbas, Hadis yang dikeluarkan olehSyaikhan (Bukhari dan Muslim) bahawa Nabi S.A.W suka menyamai Ahli Kitab pada perkara yang tidak ada perintah tertentu berkenaannya. Malah Rasulullah S.A.W ketika membina parit dalam perang Khandak,membuat cop dan asal kaedah jual beli salam juga mengambil contoh dari orang bukan islam. Sistem Kharaj juga diambil oleh sahabat dari negara Parsi.
5. Demonstrasi bukan bermaksud menentang atau mengangkat senjata menghadapi pemerintah. Ia adalah sebagai salah satu cara untuk menasihati pemerintah dan menegahnya dari terus melakukan mungkar serta ketidakadilan terhadap rakyat.
Ini berdasarkan dua Hadis Rasulullah S.A.W : "Agama itu nasihat". Adapun Hadis yang kedua : "Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah menegahnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu, tegurlah menggunakan lidah dan jika tidak mampu juga, maka dengan hati dan ia selemah-lemah iman".
6. Kaedah المصلحة المرسلة " dan " للوسائل حكم المقاصد " juga menjadi hujjah selagi tujuan iaitu maslahah yang mahu dicapai diakui oleh Islam serta mendatangkan manfaat kepada rakyat. Antara maslahah yang diperakui mendatangkan padanya manfaat seperti nasihat kepada pemerintah, meneguhkan pendirian umat Islam pada perkara hak dan memperkukuhkan suara rakyat menentang ketidakadilan pemerintah.
Maka cara ini dikira harus seperti hukum tujuannya juga. Dengan cara ini juga, ia dapat menolak kerosakan (مفسدة) dalam sesebuah masyarakat seperti rakyat akan selamanya dilihat lemah dan boleh ditindas sesuka hati oleh pemerintah dan rakyat akan terus diperintah oleh pemerintah yang zalim.
7. Di Malaysia contohnya,terdapat peruntukan undang-undang yang memberikan kebebasan bercakap,berhimpun dan berpesatuan kepada rakyat seperti yang termaktub di dalam Perlembagan Perseketuan Malaysia pada perenggan (a),(b) dan (c) di dalam fasa 1,perkara 10,bahagian 2. Peruntukan ini jelas membenarkan himpunan aman diadakan selagi tidak melanggar syarat yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan. (di sini)
8. Terdapat sesetengah ulamak yang berpendapat HARAMmengadakan demonstrasi dengan beberapa hujjah seperti perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh para sahabat dan ia dikira perkara bida'ah yang ditolak.
Cara ini juga diambil dari Barat dan melakukannya seolah-olah mnyerupai orang bukan islam sebagaimana sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia dari kalangan mereka". Ayat Al-Quran yang mewajibkan taat kepada pemerintah dan kaedah "سد الزريعة juga menjadi hujjah pendapat ini.
9. Hujjah pendapat ini dijawab oleh ulamak seperti Dr. Sa'aduddin Mus'ad Hilali di dalam kitabnya( الجديد في الفقه السيا سي المعا صر ) bahawa demonstrasi tidak termasuk perkara bida'ah yang ditolak kerana pernah dilakukan dan dipimpinoleh saidina Umar dan saidina Hamzah ketika zaman Rasulullah S.A.W. cara ini juga walaupun dilihat menyerupai perbuatan bukan Islam tidaklah menjadikan ia haram kerana Islam hanya mengharamkan menyerupai bukan Islam pada perkara yang bertentangan dengan sesuatu Nas daripada syara' seperti cara ibadah mereka.
Demonstrasi juga tidak menafikan suruhan mentaati pemerintah disebabkan ia dibenarkan oleh perlembagaan. Maka himpunan tersebut boleh dilakukan selagi mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Diriwayat dari Imam Bukhari sesungguhnya Nabi S.A.Wbersabda : " المسلمون عند شروطهم".Kewajipan mentaatipemerintah juga hanyalah kepada perkara taat dan bukan maksiat seperti sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : "Tidak ada ketaatan pada makhluk pada perbuatan maksiat kepada pencipta".
10. Adapun hujjah "menutup ruang" yang boleh mendatangkan kerosakan seperti kerosakan harta awam, perbalahan dan kerugian peniaga-peniaga dijawab oleh Dr. Yusof al-Qardhawi bahawa kaedah ini tidak harus digunakan sehingga menjadi wasilah untuk melarang usaha mencapai maslahah yang lebih utama dan diakui oleh Islam.
Ini kerana kerosakan yang dijangka berlaku boleh diatasi dengan kawalan pihak keselamatan dan janji dari penganjur untuk tidak melakukan kerosakan dan perbalahan sepanjang himpunan aman. Malah beberapa siri himpunan yang telah lalu membuktikan peniaga-peniaga tidak mengalami kerugian bahkan mendapat keuntungan berlipat kali ganda dari hari-hari biasa.
Wallahu 'alam... 

8 comments:

  1. kagum dengan hubby akak =)

    ReplyDelete
  2. erk..jgn kata begitu...masing2 ada kelebihan dan kelemahan... dia pun bukan mendabik dada mengatakan diri dia hebat..masing2 ada perjuangan diri sendiri dan semoga kita berjuang dalam arena yang diredhai :))

    ReplyDelete
  3. tahniah untuk suami kak siti.....say turut berbangga....amin...:)

    ReplyDelete
  4. kak pija...sedihnya baca cerita kak pija ms suami kena tahan tu..sob3x!

    BERSIH 2.0 international kt SL pun ada taw...hihihihi!berkobar2 speckybee kt sini haaa..

    ReplyDelete
  5. berani kerana benar, insya Allah

    ReplyDelete
  6. wahhh x sekko..hubi k.pija g bersih..bravo lah!
    eli plg beci dgr berito..semua nipu..eiiii kerajaan mesia takut doh tu bennar

    ReplyDelete
  7. Tahniah kerana berani menulis mengenai perkara ini dan menjadi isteri seorang pejuang. Saya tak mampu menulisnya dlm blog saya, malah untuk mengatakan sebarang status dalam FB pun tak sanggup sebab saya kerja dgn gomen.. Dah siap2 kena warning.

    Sekali lagi tahniah..

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!