Friday, July 01, 2011

Asmaa' : Bila Anak Mengadu Sakit Perut

Bismillah,

Dah berapa lama agaknya saya update gambar yang dah 6 bulan berlaku. Kali ini kiranya agak awal sikitlah kan. Kira ada kemajuan dah sikit lah ni kan.

Sebenarnya, bila anak sakit itu bagaikan nightmare jadi sebenarnya tak ada mood sangat pun nak tangkap gambar. Tapi untuk menenangkan hati sendiri, tangkap jugalah gambar sekeping dua.



Gambar di atas adalah semasa Asmaa' mendapatkan rawatan di wad kecemasan



Jadi di sini, saya nak share lebih lagi berkenaan sakit perut jika anak mengadu :

  • Sekiranya anak - kembung dan kekejangan di perut, Kemungkinan - disebabkan makan berlebihan atau perut dimasuki angin. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - mengurut lembut perut si anak. Ataupun carilah ubat yang dapat membantu melegakan pedih ulu hati yang dirasai kanak-kanak tersebut.Selain itu tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah lapkan air suam pada bahagian perut si kecil dengan lembut.
  • Sekiranya anak - perut rasa sakit dan keras, malah perut juga terasa memulas,Kemungkinan - si kecil mengalami sembelit. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - perah buah prun atau pear untuk dijadikan jus. Tidakpun lebihkan fiber dalam diet pemakanan mereka.
  • Sekiranya anak - loya, muntah-muntah, cirit-birit, demam dan berasa kesejukan.Kemungkinan - demam dan sakit perut. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - berikan si kecil minum banyak air atau memberi makanan yang mengandungi banyak air seperti sup untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan.
  • Sekiranya anak - kejang perut, muntah dan sakit perut selepas diberi makan atau minum susu.Kemungkinan - tubuh si kecil tidak dapat menerima bahan makanan daripada laktosa. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - menukar kepada susu bebas laktosa dan keju.Sekiranya anak - sakit perut bersama sakit tekak dan kadang-kala demam.Kemungkinan - wujudnya jangkitan bakteria di tekak. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - doktor memberi antibiotik.
  • Sekiranya anak - sakit teruk di keliling pusat atau bahagian kanan perut.Kemungkinan - Apendisitis iaitu radang apendiks. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - perlu segera berjumpa doktor di hospital berdekatan.
  • Sekiranya anak - sakit perut yang dialami kanak-kanak yang disahkan sihat.Kemungkinan - disebabkan tekanan. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - cari cara untuk mengurangkan tekanan seperti mengatur semula jadual si kecil yang berkemungkinan terlalu padat. Ataupun, sesi bersama kaunselor mungkin dapat membantu melegakan tekanan.

Macam Asmaa' baru2 ni kami tak dapat bezakan dia sakit perut tu kenapa so lepas dah buat x-ray baru le dapat tahu ada najis ketul2 dalam perut dia... Memang kalau anak sakit2 begini kena guna naluri keibuan jugaklah... huhuhu

 

7 comments:

  1. bermacam jenis sakit perut nie....yer lah kekadang kita tak tahu anak kita sakit perut kembung ker lapar ker...masuk angin ker....terima kasih siti atas maklumat berkenaan

    ReplyDelete
  2. oh..lain sakit lain tandanye..hadoi.nina pun tak reti beza..

    nina tag ye http://ninagacontest.blogspot.com/2011/07/contest-aksi-si-clik.html

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. bagus entry nih...

    tingat masa anak saya cirit birit baru ni...memang susah hati sgt...gi jumpa dktor amik ubat klinik semua tak jadi...last try homopati alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. sian kan anak, sembelit sampai demam2...


    ade tag utk pija
    http://kakyong-sukasuka.blogspot.com/2011/07/nadia-lucky-draw.html

    http://kakyong-sukasuka.blogspot.com/2011/07/jom-join-giveaway-ziesalikan-saya-nak.html

    ReplyDelete
  6. Ainaa, kalau cirit birit sampai lembik mmg susah hati lah melihatkannya..hukhuk...saya tak pernah cuba lg ubat homeo kalau sakit perut cirit birit ni...sll kami kasi teh pekat je dulu...

    Kakyong, saya rasalah sembelit ni sikit2 lagi sakit nak beranak...mau budak tak demam huhuhu...
    ok k.yong saya sdg buka contest itu

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!