Tuesday, August 22, 2006

Adab Menziarahi Orang Sakit

Assalamualaikum,

Ini hari kita sembang pasal adab menziarahi org sakit pulak. Ziarah nih sunat tau, tak kira la kita ziarah org sakit ke, sihat ke, tua ke, muda ke...janji ziarah mcm saranan baginda Rasulullah SAW:

"Daripada Abu Hurairah RA katanya : bahawa Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang menziarahi org sakit atau menziarahi saudaranya kerana ALLAH TAALA, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu dan ambillah tempat tinggal mu di dalam syurga" (Riwayat at-Tirmizi)

Antara adab menziarahi org sakit ialah :
  1. Jgn duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan ni boleh mengganggunya - teringat masa suami saya sakit dan dok lama kat spital dulu, kami suka je org dtg ramai2 berduyun2 lagi. Tapi bila time suami nak buang air kecik ke, besar ke..nak solat ke mcm payah sket la sbb ada org kan. Nak kene tutup langsir dulu kan so, kene tunggu org takde..situ je la payahnya pon...
  2. Ketika berada di sisinya sentuhla tangan ke, dahi ke dan tanya la keadaan dia skang nih - Ha, ha...yg sama jantina aje la..Aritu kalau ade yg pompuan yg pegang suami saya mmg nak kene silambam la...he he.. Kelakuan mcm ni menunjukkan kita caring dgn dia dan menyebabkan dia selesa dan tenang.
  3. Doakan moga pesakit cepat sembuh - Manalah tau time tu doa kita maqbul nnt bebila kita sakit, dia pulak akan doakan kita insya ALLAH
  4. Ceritakan ttg kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi supaya pesakit tak resah - Maklum aja, biasanya sahabat2 dahulu diuji lebih dasat...jadi, sabar2la dgn sakit yg dihadapi lagipun mungkin tu penebus dosa kita kan...
  5. Berikanlah nasihat2 yang baik berkenaan kesabaran atau petua atau testimoni yg boleh digunapakai... - manalah tau kata2 kita yg sikit ni adalah salah satu ubat utk mengubati mereka
  6. Jgn la makan makanan pesakit esp yg org bagi kat dia - alamak, dulu masa dok spital sll je saya makan makanan yg org bagi kat suami saya...nih kategori mana ek???
  7. Sunat dibacakan doa ini : "Ya ALLAH, hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dari MU jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit" Riwayat at-Tirmizi

Monday, August 21, 2006

Faktor Penentu Hubungan Seksual

Assalamualaikum,

Wah.. wah siti kali ni tajuk agak advance pulak. Tajuknye aja tau..isinya bagi saya biasa2 aje..mungkin ada yang berfaedah boleh lah ditatap utk dijadikan panduan. Kalau rasa takde pekdah abaikan aje.. bagi sesetgh org perkara nih penting malah jatuh mandatory pulak tapi bagi sesetgh org mcm yang belum kawin mungkin takde guna tapi mungkin boleh jadikan satu ilmu…

Apa yang saya nak timbulkan di sini, adalah bagaimana kita boleh menggunakan faktor2 ini utk mengembangkan lagi erat satu perhubungan di antara suami isteri..tak kira la bini 1st ke, 2nd ke…so on ke…ahaks….

Bagi yang baru2 aje kawin xtvt ni memang masih hot, masih baik tapi, bila sepasang suami isteri tu dah mula ada anak, aha….mcm2 la jadik. Bini mcm kene pam la sbb tak maintain saiz, pastu bini sll menolak la sbb letih layan anak lagi, keje umah lagi, kalau bekerja lagi la letih kan?

So, mcm mana nak elakkan kejemuan terhadap pasangan…? Mungkin factor di bawah boleh diambil kira…

1. Hubungan akrab dengan pasangan (verbal intercourse)
Ambilla masa dalam sehari bersembang2 laki bini tak kira la topic ringan ke, berat ke.. Kita jangan la jadikan orang lain utk kawan sembang n then bini kita hya tpt nak melampiaskan nafsu aje. Mana bini tak marah kan? Melalui sembang2 yang nampak mcm takde fungsi nih, sebenarnya isteri akan merasakandirinya tetap menjadi perhatian suami dan mestilah dia takkan menolak kalau suami dia ajak utk bersama.

2. Hubungan emosional yang akrab dgn pasangan (emotional intercourse)
Bagi kami org perempuan ni, kelihatannya emosi atau perasaan adalah perkara yang teramat penting. So, kalau ade yg menyusut mcm sblm kawin sll kata I lebb u lah, saya sayang kamu lah, takpun sblm kawin panggil dinda kanda tapi lepas kawin aku kau aje… maka menurunlah emosi isteri..

Juga suami, dia suka apa kalau bini puji dia walaupun dia hanya berjaya masak mi segera time bini dia tgh sakit ahaks… even dia beli makan pun puji la dia baik sbb at least kita dapat berehat satu hari tak payah masak.

Cara lain, bila kita dah reti mana yg pasangan kita suka dan tak suka maka buatlah yang sepatutnya utk lebih menjaga perasaan.. yang dapat hasil yg best pun bukan org lain, kita jugak kan…?

3. Hubungan fizikal yang akrab (physical intercourse)
Apa maksud hubungan fizikal? Ala mcm menyentuh, membelai, mencium pasangan. Dengan sentuhan, tubuh kita nih akan mengeluarkan endorphin. Bahan kimia ni akan memberi kesan yang menyenangkan baik bagi yg menyentuh mahupun yang disentuh. Lagipun ni kan cara nak bgtau pasangan betapalah aku menchentai mu sayang.
Ada kajian menunjukkan anak2 ke, binatang dan orang sakit akan menunjukkan perkembangan yang lebih pesat kalau dibelai2. kalau org tak sakit, lagi la baikkan?

4. Hubungan spiritual yang akrab (spiritual intercourse)
Part ni even saya letak kat blkg sekali tapi bg saya skemanya adalah di hadapan sekali.. beribadah bersama2 pasangan dan anak2. dok sama2 solat, baca Quran, buat halaqah dan apa2 lah selain dari mengembangkan minda dgn berfaedah hubungan sesama ahli keluarga akan lebih menjadi… cubalah!!

Begitulah alkisahnya perkara yang perlu dipandang oleh pasangan. Sama2 lah berdoa mudah2an perhubungan kita dalam rahmat ALLAH kerana tanpa rahmatNya, kita bukan siapa2…

salam,
YM : sitisifir10
0199147161
sitisifir10@yahoo.com
http://sitisifir10.blogspot.com/
http://360.yahoo.com/sitisifir10

Thursday, August 17, 2006

Memohon Restu Kedua Ibu bapa

Assalamualaikum,
Bagi saya adalah sangat2 penting dan wajib bagi seorang anak memohon restu dari kedua ibu bapa kerana tanpa mereka siapalah kita. Sekalipun kita merasakan kita tidak sebaik mana dan mungkin juga kita jadi jahat nih sbb diorang yang tak ajar, itu dah kira melampau kerana zaman global dan zaman dunia dihujung jari ni, sebenarnya terlalu byk pengaruh yang menyebabkan anak2 jauh dari ibu bapa.

Bagi anak-anak yang masih kecil dimana kehidupan seharian sangat2 bergantung pada ibu bapa, maka menjadi tanggungjawab kita mendidik anak supaya memohon restu dari kita. Wah… bunyi macam besar diri je kan? Suruh anak hormatkan kita, mintak restu kita.. Tetapi tanpa kita sedari kita dah ajar anak kita ikut lunas2 yang telah ditetapkan di dalam Islam dimana kedudukan seorang ibu atau bapa dia mata anak2 nya.

Bagi anak lelaki yang telah berumah tangga juga ingatlah bahawa isteri anda juga tidak mengatasi ibu anda. Adalah baik jika anda mendapat restu mereka dalam kehidupan anda supaya kita tidak sesal dunia dan akhirat insya ALLAH. Dan mestilah kepatuhan nih berdasarkan syariat ALLAH kan?

Bagi anak perempuan yang dah bersuami, pastilah kedudukan suami adalah yang tertinggi. Tidaklah bermaksud yang kita boleh mengenepikan ibu tapi peranan kita mengajak suami agar sama2 memohon restu mertuanya. Jgn pulak kita share dgn mak ttg keburukan suami sampai mak kita suruh bercerai dgn suami kita.

Anak-anak dalam lingkungan usia berapa pun perlu dididik agar menghormati ibu bapa menurut garis-garis panduan seperti berikut :-

a] Redha Allah SWT ada pada keredhaan Ibu bapa.
Sabda Rasulullah SAW :Maksudnya : “Keredhaan Allah itu berada dalam keredhaan kedua ibu bapa, dan kemurkaan Allah itu berada dalam kemurkaan kedua ibu bapa”. [Riwayat At-Tabrani]


Bukan satu dua cerita yang kita baca dan mungkin ada antara kita yang menyaksikan sendiri saat2 kematian seorang anak yang derhaka. Kalau difikir takutnya Ya Tuhan.. Saya sendiri mengalami kerunsingan kalau hidup saya takde restu mak abah saya. Dan saya rasa saya terlalu lewat semenjak mula saya sedar bahawa restu mak abah adalah segalanya buat saya. Kini, saya telah punya suami, dan saya perlu melakukan kedua2 nya serentak.. Ya ALLAH…Bantulah hambaMu ini…

Bayangkan hidup kita nih sangat gilang gemilang dan hati kita tak berasa resah kerana tanpa restu ibu bapa kita masih boleh berjaya, tapi di saat kematian kita…aduh, kantoi!!! Tak rasa rugi ke kejayaan kita hidup kat donia yang fana nih…?? Fikirkanlah…

b] Berbuat baik kepada Ibu bapa lebih utama berbanding Jihad di Jalan Allah.Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud:Maksudnya : “Saya bertanya kepada Nabi SAW apakah amal yang paling disukai oleh Allah Taala?"Beliau menjawab: "Solat pada waktunya".Saya bertanya lagi: "Kemudian apa?"Beliau menjawab: "Berbuat baik kepada kedua Ibu bapa".Saya bertanya lagi: "Kemudian apa?"Beliau menjawab: "Berjihad (berjuang) di jalan Allah”.[Riwayat Bukhari & Muslim]Jahamah RA telah mendatangi Nabi SAW seraya berkata : “Wahai Rasulullah, aku ingin berperang, dan aku datang untuk bermusyawarah denganmu”.Nabi bertanya, “Apakah engkau mempunyai ibu?”.Ia menjawab, “Ya”.Baginda bersabda: “Tinggallah berbakti kepadanya, kerana sesungguhnya Syurga itu berada di bawah telapak kakinya”.[Riwayat Ahmad & An-Nasaei]

kita hidup di Malaysia nih negara aman damai dan kita punya tentera. Zaman nabi dulu, sangat menggalakkan kita turun berjihad..saya pun tak berani nak kata dan andai hadis ni bukan hadis sahih saya pohon ada pihak yang akan menegur saya. Cumanya apa yang saya mahu katakan di sini, peluang utk anak2 Malaysia ni berbakti pada kedua parents kita terbuka luas…

bagi saya tak apa nya kalau nampak macam buang tabiat bila tetiba je ikut cakap mak bapak dari kita menyesal.. Jangan tunggu esok kerana jangankan esok, saat yang seterusnya ni pun belum pasti milik kita…

c] Mengutamakan berbuat baik Kepada Ibu Berbanding Ayah.Rasulullah SAW telah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA :Maksudnya : “Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang paling berhak aku temani dengan baik?Baginda bersabda: "Ibumu".Ia bertanya: "Kemudian siapa?"Baginda menjawab: "Ibumu".Ia berkata: "Kemudian siapa?"Baginda menjawab: "Ibumu".Ia bertanya : "Kemudian siapa?"Baginda menjawab: "Ayahmu".[Riwayat Bukhari & Muslim]Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israk ayat 23-24 :Maksudnya : “Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara kedu-duanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “Ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku semasa kecil dahulu”.Sabda Rasulullah SAW :Maksudnya : “Kamu dan harta kamu adalah untuk ibu bapa kamu”. [Riwayat Ibnu Majah]Aishah RA berkata : “Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dengan membawa seorang tua".Baginda bertanya kepadanya: "Hai lelaki! Siapakah orang yang bersamamu ini?"Lelaki itu menjawab: "Ayahku".Baginda bersabda: "Janganlah engkau berjalan di depannya, jangan duduk di hadapannya, jangan panggil ía dengan namanya dan janganlah engkau samakan ia dengan sesuatu”.

mm… Manakan tidak. Bukankah mak yang melahirkan kita. Kita menumpang di rahimnya sekian lama dan kita disusukan setelah dilahirkan di dunia. Dia bersusah payah melahirkan kita, mengharung susah payah dan seterusnya membesarkan kita. Tidakkah dia layak lebih dihormati. Bukan mahu memandang rendah sumbangan ayah tapi pengorbanan ibu tiada pernah ada saingannya… mak abah… I lebb u!!!

Wednesday, August 16, 2006

Hubungan Anak Dgn Bapa

Bila kita berbicara tentang hubungan anak dengan bapa nih, selalunya kita membayangkan hubungan yang sejuk aje. Jarang nak jumpa dalam satu keluarga besar tu, ayahnya sangat caring dgn anak. Kekononnya mcm mengasuh2 anak nih keje bonda ngko sorang.

Tapi di sudut hati yang kecil seorang bapa, ade jugak bapak yang terasa hati bila anak tu lebihkan mak dia kan. Betul tak? Jeles ape tgk anak tu baik dgn mak. Kalau anak nangis pun tanak nye dia kalau abah dukung mesti nak mak jugak. Kan kesian kat abah dia. Teringat pulak kat anak saya tambah yang hero tu. Bila nangis sengaja je saya biar dia nangis kat abah dia kecuali kalau saya nampak mcm tak terkawal dah pada tangan abah dia sbb kang naik baran org laki ni hilang pulak caring dia he he…

"Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa."

Mungkin ibunya pun kene amik peranan sedari anak kecik lagi biarlah anak manja2 dgn abah agar abah diorang tak makan hati berulam jantung pulak. Macam bila anak bangun pagi esp yang kecik tu, terus di bawa pada abah dia. So, pepagi lagi dia dah main dgn anak. Sambil tu, kita yang perempuan ni boleh amik kesempatan untuk buat keje umah kan. Secara indirectnya boleh la kawal abah dia jgn tido lepas tido sampai kita sendrik naik jeles tgk dia tido sdgkan kita sibuk itu ini buat keje umah.

Bagi anak yang dah mencapai umur takleh main agah2 tu, kejut bangun subuh dan buatlah halaqah utk solat dan ngaji bersama waktu pagi. Kat sini, subuh2 lagi kita dah bermesyuarat sekeluarga dan insya ALLAH bila anak kita keluar ke masyarakat, dia pulak akan jadi pembimbing dalam masyarakat.

Saya dah lihat dgn mata sendiri testimoni2 yang sangat berjaya pada bapa, emak dan anak2 bila perkara2 yang saya sebut di atas betul2 dilaksanakan. Macam mana pulak generasi lama? Ye lah, anak2 dah besar mesti dah payah nak mulakan berjemaah kalau tak biasa. Bagi saya biarlah sepayah mana kita nak mula, jgn patah semangat. Selagi nyawa dikandung badan dan selagi Tuhan merahmati kita berdoalah semoga terbuka hati anak2 utk berkawan dgn kita mak bapaknya.

Pendek aje lah ye utk hari ni…lain kali saya sambung pulak…daa….

Tuesday, August 15, 2006

RAHSIA KECANTIKAN YANG SEBENAR

Jadikanlah ini sebahagian dari amalan..

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a

Memang tak disangsikan lagi, bila kita berwudhu dan insya ALLAH bila dihayati ibadat kita ni, memang wajah kita akan segar dan org nampak pun bercahaya. Pelikkan padahalnya kita tak letak pun lampu ke lilin ke atau tepek kertas fluorescent kat muka pun kan? Alahai, alangkah bahagianya jika kita mcm tu dan org2 yang kita pandang pun mcm tu. Kengkawan mesti pernah dengar kan cerita ulama dgn pramugari tu? Ala yg pramugari tu tegur sorang ulama bila dia basuh kaki masa amik wudhu tu. Ok lah saye cilok cerita tu sket kalau tak nanti tak semua faham maksud saya. Bila je ditegur ulama nih pun tanyala si pramugari berapa kali dia basuh muka sehari. Pramugari tu kate 2-3 kali. Pastu ulama tu jawab kata dia basuh kaki dia at least 5 kali sehari maksudnya kaki dia lagi bersih dari pramugari tuh. Tapi mmg la secara logiknya kan, bila kita cuci muka kerap2 bersihla jadiknya kan. Kalau nak naik jerawat pun jerawat kata kensel aa muka dia nih asyik cuci aje….ke ke…

Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

Dah berkali-kali kita baca tentang kelebihannya pergerakan-pergerakan ketika kita menunaikan solat. Tambah pulak bila kita solat berjemaah, selain dapat pahala, kita juga boleh meneutralkan cas2 yang terlebih ke terkurang dalam badan kita dlm proses peneutralan semasa kita solat beramai2 tuh. Bukan taknak kasi orang bersukan tapi pada saya la banyak sangat pantang larang bila kita nak bersukan kat luar. Aurat nak kene jaga. Pastu pergerakan esp yang perempuan kalau over kan tutup pun nampak sensored abis…tak larat sampai mak cik nak nengok. Dengan solat, pahala pun dapat faedah pun ada. So, cukup2 kan lah solat kita nih supaya tenang di hati dan lega di badan ek…..

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

ehe..tak comel ke atau ilang macho ke kalau senyum? Jangan runsing la kalau kita rasa kita tak lawa mana. Kalau kita senyum semua orang akan senang dengan kita dan insya ALLAH hidup kita akan lebih senang dan tenang

Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Apa dia kalimat2 ALLAH? Ramai yang macam tertanya-tanya nak kene ngaji ke? Camne lak aku nak ngaji kalau setakat hafal surah al Fatihah aje. Ntah la, bila takde buat mende mcm naik bas ke, tgh bawak kete sesorang la sebagai contohnya, takde ruginya kalau kita berzikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..tak pun gini, asmaul Husna tu kan…kita fotostat satu copy arini baca arRahman, esok ar Rahim, bila dah cukup 99 hari kita dah pun berzikir nama2 ALLAH…dan bila 3 kali baca asmaul Husna dah nak abis setahun kan…pasal kuantiti toksah runsing la biar ALLAH aje yang tahu sbb perkara yang penting nya adalah kita berzikir.

Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Tambah pulak kalau kita on diet kan. Elok lah guna cara berpuasa di samping kita bermuhasabah mengenang untungnya kita kat Malaysia ni even kurang gula di pasaran he he, kita masih cukup makan kan? Siannya kat orang yang kelaparan..Uhuk!!!

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

bukan maksud mengembang tu nak membesarkan body kan, nih nak kasi kita menonjol gitu… ingat lagi masa form 1 kat sekolah saye dulu, wajib kene bagi salam kat senior. Maklum la junior tapi no hal la bila kenang2, dah la dapat pahala tapi kita juga akan menghormati dan akan dihormati juga… sayangnya budaya bagi salam nih kat kalangan junior jek…nape ek aku sendrik tak bagi salam pada senior seelok2 nya naik form 2…ihh…payah nak jawab beb maklum la dah masuk korum senior..ke ke… tapi kalau macam orang yang keje dalam kilang ke, atau pejabat dia besar dan selalu lalu lalang kan, sebarkan lah salam dan time makan tu terkena dok semeja dgn org yg tak kenal, tegur2 la supaya kite jadik glamer.. he he.. glamer ni rezeki tau..tak caya? Cuba lah dulu dan anda akan faham apa itu rezeki yang saya maksudkan…..

Sunday, August 13, 2006

Cara Mudah Tangani Rambut Beruban

Assalamualaikum,

Terkenang dolu2 zaman kekanak, kita lah yang jadi mangsa mencabut uban pak2 dgn mak2 menakan.. Letih sampai sakit belakang tapi upah sehelai seposen ke, sehelai 5 sen sangat la memadai. Agaknya mcm tu lah kan kalau kita buat amal kebajikan. Kalau nampak pahala jatuh ke riba mesti kita antara org yg tak berlengah utk kejar pahala kan?

Dalam sehari sebenarnya jumlah normal yang gugur adalah dalam lingkungan 50-100 helai. So, kalau lebih dari tu kene la amik peduli takut ada penyakit lain kan. Tapi kalau still dalam lingkungan tu, takpe la sbb nama pun normal. Ada sekali saya teringat zaman saya sekolah menengah, ada budak cedok lauk kat dewan makan dia berkenan kat kawan sekelas saya siap bagi surat lagi. Dalam surat tu ada kata yang rambut dia sehari gugur sampai 20 helai gitu sbb cinta dia ditolak. Ek ele, kawan saya kata rambut aku lebih lagi tak heran pon. Konon2, dia ingat boleh ke ugut kawan saya terima cinta dia hanya kerana keguguran rambut…tektik, tektik…

Mcm biasa kita dengar, kalau nak menyelesaikan masalah, kenalah cari punca masalah dulu kan? So, mai kita amik tau apa punca rambut beruban ye…

Pengambilan gizi tak seimbang – memang kalau kita tak cukup zat ke, terlebih zat ke, mmglah ada kesan sampingannya. Tapi zaman org kejar masa ni, mcm nil ah. So, sendiri mau ingat la sbb kebanyakan penyakit mmg berasal dari makanan yang kita makan.

  • Tekanan – macam mana cara kita menanganinya. Itu terpulang pada individu. Ada yang selesai atas tikar sembahyang. Ada yang tak selesai-selesai.. yang ni hujahan dia sangat panjang memandangkan tekanan ada pelbagai jenis dan pelbagai pula cara utk mengatasinya.
  • Rambut tak dibilas dgn sempurna selepas syampu – tak kira lah syampu ke, atau produk yang terkena je kulit kepala akan mendatangkan pelbagai kemungkinan. So, masa membilas tu, basuhlah dgn bersih dan sampai hilang lah buih ke, atau rasa berlendir ke sbb kalau ini tak dipastikan, nanti pori2 pada kulit kepala tak tersumbat
  • Air hujan – dunia kita skang dah byk jenis pencemaran. Bila hujan, udara kotor dan radikal bebas yang beracun akan larut dalam air hujan sangat tak elok kalau terkena kulit kepala. So, kat sini, kan bagus kalau kita pakai tudung. At least la kan, kulit kepala kita terlindung di samping aurat kita terjaga.
  • Penggunaan syampu yang tak sesuai – selagi tak jumpa yang sesuai, mungkin kita terpaksa bertukar-tukar selera supaya dapat syampu terbaik utk rambut kita. Terfikir tak kalau rambut kita bermasalah, then kita guna syampu baby punya. Adakah memadai sbb pH dia sesuai ke utk rambut org yg bermasalah? Sbbnya, syampu baby tak bekerja secara maximum pada org yg dewasa, tambah pulak pada yang bermasalah.
  • Merokok – Kwang..Kwang.. Takyah la ulas byk sbb perokok sendiri lebih arif dgn keburukan merokok tapi degil betul kan kalau nak buang tabiat tu. Tak macho la.. Malu kat kawan la.. Tak kira la, bagi saya saat paling macho seorang lelaki merokok adalah saat dia declare dia dah berenti merokok. Elo brader, byk jimat tu, baik abis duit beli syampu kat anak bini…He he..

Ha…satu lagi tak ingat nak cakap. Takpe je kalau cabut uban tapi kene ingat sbb kalau kerap2 cabut uban, masa kita tarik rambut keluar dari akar dia tu, tak kira la rambut putih ke hitam ke, mungkin berlaku kerosakan folikel rambut sehingga arah rambut baru yang tumbuh tak sama dgn yg lama lagi. Jadi, pertumbuhan ni akan menyebabkan keadaan rambut lebih teruk sampai menyebabkan uban yang ada lebih jelas kelihatan.

Alkisahnya rakan2, ini aja kot yang saya dapat kongsi utk kali ni.. banyak2 cakap nnt org jemu.. ckp sikit2 dah jadi pelik bagi org yg byk bercakap mcm saye..he he..well, utk mereka yang baru berkenalan dgn saya, saya ucapkan semoga persahabatan ini menjadi bukti bahawa kita memanfaatkan alam siber sebaiknya tanpa ada unsur yang merosakkan mudah-mudahan.

Wednesday, August 02, 2006

Membina Keyakinan Remaja

Pada saya lah kan, remaja nih asalnya sekali adalah zaman dia budak lagi, namun manalah tau, cara2 di bawah masih boleh dibantu untuk menaikkan keyakinan diri mereka...Bantulah mereka kerana mereka inilah generasi pewaris....

  • Mengenal pasti kelebihan dan kelemahan diri- kalau payah nak fikir sendiri, tanyalah pada org yg dekat mcm keluarga atau sahabat.. Mereka akan membantu kita dalam meningkatkan prestasi adik2.. Manakan tidak, kalau adik2 berjaya, mereka akan mendapat tempiasnya... Contoh la kan, kalau tempias sirap, ish, kalau dapat rasa sikit sedap tuh....
  • Memilih idola untuk dijadikan contoh - carila satu model untuk dikagumi.. model tu biarlah yang betul2 boleh dijadikan contoh jgn cari yang pelik2... Kang kita balik yang pening nak dicontohi..nak bagi contoh takleh la...kalau saya kata jgn jadi mcm Bush lah contoh, ade plak mata yang nampak Bush tu baik dari segi lain...so, ambillah yg jernih, buang jauh2 yang keruh ek...
  • Bergaul dengan orang yang boleh memberikan semangat - mcm semalam, suami kite la kan, kawan dia sorang tu ade ke patut kata, toksah la sibuk2 cari duit, setakat nih takde lagi org bwh umur 35 tahun yang boleh kaya.. Sabar aje la, kalau lah suami kite jenis yang mengiakan kata org kan dah jatuh semangat. Macam tu lah jugak remaja, mak bapak jgnlah gi sebut gitu gini yang boleh membutakan anak dari jalan usaha mereka
  • Belajar bersabar dengan kesusahan - Ini mestilah adik2.. Perkara yang susah bila kita memenanginya maka kemenangan dan keberhasilan akan lebih manis.. Mcm dalam surah Al-Insyirah : 5-6 " Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan. Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan"...kan ulang dua kali tu.. Takkan kita tak caye Firman ALLAH.... Percayalah, dan jgn putus asa
  • Beritahu seseorg mcm sahabat atau ibu bapa yang kita berjanji akan mencapai cita2 kita sampai dapat - so, incase kita tersasar haluan, mereka ini akan mengingatkan..kita pun akan segan kalau matlamat kita tak tercapai sbb kita tak berusaha sedaya upaya. Lagipun, kata nabi, org munafik lah kalau kita tak menepati janji
  • Jika mendapat kesukaran di tengah jalan, berilah semangat kepada diri supaya berusaha lagi hingga berjaya - Akan datang masanya kita akan diuji adik2.. jadi, berusahalah dgn gigih dan jgn memandang kepada kesukaran sahaja.. Bayangkan jika di zaman dulu Rasulullah berhenti berdakwah maklum sahaja yang menentang bukan sedikit, pastilah kita di hari ini tak dapat merasa manisnya iman....kan?
  • Bersyukurlah dengan kejayaan dan jangan sombong diri setelah berjaya - sbb nya nih kan sifat mazmumah dan setiap amalan kita akan ada balasannya...tak gitu? mcm ne tgh2 berjaya, kita menyombong pastu tetiba Tuhan tarik balik kejayaan kita?adei la kan... Makanya, beringatlah sebelum kena..apa yang kita miliki di dunia hanyalah pinjaman sementara sahaja..
  • Jika ada tanda2 gagal, ingatlah itu hanyalah ujian ALLAH dan kita perlu berusaha lebih kuat lagi - Muhasabahlah diri mencari sebab2 kegagalan dan di situ kita akan berjumpa dgn jln penyelesaiannya...