Tuesday, August 15, 2006

RAHSIA KECANTIKAN YANG SEBENAR

Jadikanlah ini sebahagian dari amalan..

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a

Memang tak disangsikan lagi, bila kita berwudhu dan insya ALLAH bila dihayati ibadat kita ni, memang wajah kita akan segar dan org nampak pun bercahaya. Pelikkan padahalnya kita tak letak pun lampu ke lilin ke atau tepek kertas fluorescent kat muka pun kan? Alahai, alangkah bahagianya jika kita mcm tu dan org2 yang kita pandang pun mcm tu. Kengkawan mesti pernah dengar kan cerita ulama dgn pramugari tu? Ala yg pramugari tu tegur sorang ulama bila dia basuh kaki masa amik wudhu tu. Ok lah saye cilok cerita tu sket kalau tak nanti tak semua faham maksud saya. Bila je ditegur ulama nih pun tanyala si pramugari berapa kali dia basuh muka sehari. Pramugari tu kate 2-3 kali. Pastu ulama tu jawab kata dia basuh kaki dia at least 5 kali sehari maksudnya kaki dia lagi bersih dari pramugari tuh. Tapi mmg la secara logiknya kan, bila kita cuci muka kerap2 bersihla jadiknya kan. Kalau nak naik jerawat pun jerawat kata kensel aa muka dia nih asyik cuci aje….ke ke…

Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

Dah berkali-kali kita baca tentang kelebihannya pergerakan-pergerakan ketika kita menunaikan solat. Tambah pulak bila kita solat berjemaah, selain dapat pahala, kita juga boleh meneutralkan cas2 yang terlebih ke terkurang dalam badan kita dlm proses peneutralan semasa kita solat beramai2 tuh. Bukan taknak kasi orang bersukan tapi pada saya la banyak sangat pantang larang bila kita nak bersukan kat luar. Aurat nak kene jaga. Pastu pergerakan esp yang perempuan kalau over kan tutup pun nampak sensored abis…tak larat sampai mak cik nak nengok. Dengan solat, pahala pun dapat faedah pun ada. So, cukup2 kan lah solat kita nih supaya tenang di hati dan lega di badan ek…..

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

ehe..tak comel ke atau ilang macho ke kalau senyum? Jangan runsing la kalau kita rasa kita tak lawa mana. Kalau kita senyum semua orang akan senang dengan kita dan insya ALLAH hidup kita akan lebih senang dan tenang

Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Apa dia kalimat2 ALLAH? Ramai yang macam tertanya-tanya nak kene ngaji ke? Camne lak aku nak ngaji kalau setakat hafal surah al Fatihah aje. Ntah la, bila takde buat mende mcm naik bas ke, tgh bawak kete sesorang la sebagai contohnya, takde ruginya kalau kita berzikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..tak pun gini, asmaul Husna tu kan…kita fotostat satu copy arini baca arRahman, esok ar Rahim, bila dah cukup 99 hari kita dah pun berzikir nama2 ALLAH…dan bila 3 kali baca asmaul Husna dah nak abis setahun kan…pasal kuantiti toksah runsing la biar ALLAH aje yang tahu sbb perkara yang penting nya adalah kita berzikir.

Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Tambah pulak kalau kita on diet kan. Elok lah guna cara berpuasa di samping kita bermuhasabah mengenang untungnya kita kat Malaysia ni even kurang gula di pasaran he he, kita masih cukup makan kan? Siannya kat orang yang kelaparan..Uhuk!!!

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

bukan maksud mengembang tu nak membesarkan body kan, nih nak kasi kita menonjol gitu… ingat lagi masa form 1 kat sekolah saye dulu, wajib kene bagi salam kat senior. Maklum la junior tapi no hal la bila kenang2, dah la dapat pahala tapi kita juga akan menghormati dan akan dihormati juga… sayangnya budaya bagi salam nih kat kalangan junior jek…nape ek aku sendrik tak bagi salam pada senior seelok2 nya naik form 2…ihh…payah nak jawab beb maklum la dah masuk korum senior..ke ke… tapi kalau macam orang yang keje dalam kilang ke, atau pejabat dia besar dan selalu lalu lalang kan, sebarkan lah salam dan time makan tu terkena dok semeja dgn org yg tak kenal, tegur2 la supaya kite jadik glamer.. he he.. glamer ni rezeki tau..tak caya? Cuba lah dulu dan anda akan faham apa itu rezeki yang saya maksudkan…..

1 comment:

  1. Puan Siti, hari raya dah nak tiba. Tahun ni jenis kain apa (untuk buat baju kurung, kebaya etc)yang jadi trend. Saya ni nak belikan untuk isteri. Lagipun anniversary kami dah dekat dah ni. Ingatkan nak beli baju kurung/kebaya dah siap or kain untuk di tempah, kasut sepasang dan handbag jer bagi dia. Boleh dia pakai masa raya ni nanti. Jimatlah sikit kos kan. Anniversary cum Hari Raya. Lagipun isteri saya ni tak berapa gembira kalau saya beli hadiah2 yang dia tak perlukan sangat. Saya dah banyak kali belikan perfume dan aksesori orang perempuan. Mesti dia sound saya, nape bazirkan duit banyak2 macam ni belanja makan dah ler. Saya selalu jawab i tak nak you gemuk, i nak you sentiasa cantik bergaya. Hahaha..
    So, tahun ni saya berazam untuk beli hadiah yang dia akan perlukan. Puan Siti, tolonglah beritau saya apakah trendnya hari raya akan datang ni?

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!