Sunday, December 20, 2020

Dengki Pada Orang Lain Hanya Menyakiti Hati Sendiri

Bismillah,




 Dengki ni, sesuatu yang meletihkan betul tak? 

But still, ramai yang selalu je dengki ntah kenapa... 

Kalaupun kita dengki, ia tetap takkan mengurangkan rezeki/kelebihan seseorang tu. Sebab Allah dah atur rezeki orang tu begitu. Dengki kita tak akan mengurangkan apa yang ada pada orang. 

Betul, boleh je kita nak sekat dengan perbuatan jahat tapi kita boleh bahagia ke dengan jadi jahat? Lagipun, siapa kita yang nak sekat rezeki orang tu? Kerja bagi rezeki ni adalah kerja Tuhan. Kita kena ingat, kita ini makhluk saja... 

Dah jadi fitrah dah, jika kita ada emosi negatif, kita tak kan bahagia. Kita mungkin boleh gembira, tapi gembira tu palsu saja pun... 



Didiklah hati dengan sifat yang mulia. Belajar bersyukur dengan rezeki orang lain. Doakan kelebihan yang dia dapati itu dapat membawa dia lebih dekat dengan Allah. 

Hayati hadis ini : 

Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ، إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya: “Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)”. [Riwayat Muslim (4912)]

Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya: “Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”. [Riwayat Muslim (4914)]


Sebaiknya, selalulah berdoa untuk diri kita dan yang di sekitar kita daripada sibuk berdengki kepada orang lain... 

Firman Allah SWT:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul”. [al-Baqarah:186]