Saturday, March 17, 2018

Menambah Selera Anak Kecil

Bismillah,

Bila anak tiada selera makan

Ini adalah perkongsian saya dgn sahabat2 dalam grup whatsapp.

Ana nak share pasal 7 anak ana ni. Anak pertama sampai ketiga mmg bab makan susah yang amat. Masak lah apa pun, beli la benda apa pun mmg xberapa nk makan.

Tp semua tu berubah slps saja kami berhentikan susu formula. Ana cadangkan supaya ganti dgn susu segar aje jika tak dapat cari ibu susuan. Tp kosnye sabo je lah kan. Sesungguhnya sgt besar perubahan anak2 slps minum susu segar.

Kalau diorg rasa xsedap susu tu, just letak sikit jaggery (hujung sudu je) dlm btl susu diorg. Percayalah, dgn tukar ke susu segar, volume penyusuan diorang akan berkurang drastik banding minum susu formula.

Jgn guna gula putih sbb gula putih will create another prob. Dan itu adalah cadangan pertama. No formula milk for them plis.
Slps tu, jika dirumah still ada processed food diorg akan mudah amik yg tu banding fresh food yg kita masak. So, mmg kene kurangkan bahan terproses ni dalam rumah. Selagi benda tu ada mmg fresh food akan kalah.

Jaggery tu gula merah. Dia bukan bentuk kristal, dia serbuk gitu. Dibuat dari air tebu yg dipekatkan. Boleh tgk di wall fb sebelum ni. Seminggu dua lps ade ana upload gambarnya.

Slps je hentikan makanan terproses, anak2 punya selera makan mmg luar biasa. Mmg xmenang tangan nk handle sebenarnya. Tp disebalik tu mmg seronok sbb nak handle diorg pun senang.

Slps je hentikan fm dan makanan terproses, anak2 dah xtantrum dah. Leganya hati slps diorg berubah. Letih masak tu lebih ringan dr letih layan diorg zaman xjaga bab pemakanan diorg tu.

Dr segi kesihatan pun semakin baik. Dah xde muntah selambak, diapers pun xberladung, gigi pun xrosak. Mmg jauh beza lah kiranya.

Time management penting. Sesibuk mana pun kita, kena pastikan juga akan memasak. Bangun awal, masak sarapan dan lauk utk lunch and dinner siap2.

Memula kita akan rasa letih. Tapi lama2 kita akan dpt beza mana yg lebih letih, jaga anak dlm keadaan bermasalah atau dlm keadaan anak relaks aje.

Susu segar kalau xdpt yg fresh dr ladang tu, boleh je guna susu kotak. Beli yg fresh milk tu drpd yg lowfat bla2 tu. Jgn beli ada perisa tau sbb yg tu pun bukan natural jugak.

Ana dulu kerja jugak. Tp rasa mmg senang sgt handle anak once kami ubah gaya pemakanan tu. Boleh mulakan salah satu tp ana rasa best advice hentikan fm dulu. Sbb dgn fm ni la masalah kesihatan, selera makan terganggu.

Lowfat, full cream semua tu dah lalui mcm2 proses so kami prefer yg fresh milk aje. Huhu.. Kalau jenjalan memana mmg kami beli susu kotak tu aje.

Mcm ahmadi iman ahmadan mmg xpernah minum susu formula. Bila dah xde stok susu dr ibu susuan, semua minum fresh milk.
Fm dia ada added sugar yg xbagus utk anak kita. Sbb tu anak jd hyper, kesihatan dia xterjamin dan mcm2 masalah lain. Once tukar kita akan rasa bezanya.

Kalau minum fm, mmg cpt sgt penuh diapers tp minum fresh milk diorg kenyang lebih lama. Kalau diorg minum byk pun fresh milk, diorg tetap akan cari fresh food dan itulah tanda aras sistem pencernaan anak kita berada dalam keadaan yg baik. Dia akan cari real food gittew

#masakdarihati
#anakpijaramai

Monday, March 05, 2018

Bolehkah Bancuh Susu Anak dengan Air RO?

Bismillah,

Dengan menjawab soalan ini, tidaklah menunjukkan bahawa saya adalah orang yang tidak menyokong pengurusan susu ibu.

Jawapan ini adalah sekadar membantu Ibu atau bapa yang mungkin tidak mampu menyusukan anak mereka dengan susu badan.

Apa yang saya belajar adalah seperti berikut :

Menurut World Health Organization (WHO) air yang kehilangan "mineral asalnya" dalam proses penapisan boleh menyebabkan makanan yang dibasuh, dimasak, dibancuh atau diadun menggunakan air ini berkurangan nilai nutrisinya.

Sistem penapisan Reverse Osmosis (RO) adalah salah satu sistem yang menghasilkan "Demineralized Water" ini. Dokumen tentang kesan penggunaan Demineralized Water ini bokeh dimuat turun dari website WHO.

Jadi jika kalian membekalkan susu formula kepada anakanda kalian hanya untuk MENGENYANGKAN perut anak-anak kecil ini maka tidak salah kalian membancuh susu formula bersama air RO untuk mereka.

Lain kisahnya bagi ibubapa yang mementingkan kesihatan anak kecil dan sentiasa cuba memberi yang terbaik buat tumbesaran si anak. Oleh itu fikirkanlah semula apa yang telah kita lakukan dengan memberi susu formula yang dibancuh menggunakan air RO hanya kerana kemudahan mendapatkan air panas dari mesin tersebut.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibubapa yang sentiasa berusaha memberi yang terbaik buat anakanda kita.

Suka untuk saya sarankan kepada kalian jika mahu memilih penapis agar memilih eSpring ini!



Sebab2 Kenapa Pilih Sistem Perawatan Air eSpring

Kehidupan bermula daripada eSpring!

Sistem Rawatan Air eSpring bukan sahaja membekalkan air yang lebih jernih, rasa yang lebih baik, dan pastinya membekalkan air bersih bagi orang yang inginkan yang terbaik dalam kehidupan.

1. AIR LEBIH BERSIH, LEBIH JERNIH, TERASA LEBIH ENAK

Faedah Sistem Rawatan Air eSpring yang paling ketara ialah peningkatan lebih baik dari segi rasa, bau dan kejernihan air. Inilah yang pelanggan akan perasan, fahami, dan hargai dengan serta-merta.

2. AIR YANG LEBIH SIHAT, LEBIH BERKUALITI

Sistem Rawatan Air eSpring melakukan proses penapisan, penyingkiran bahan cemar dan pembasmian kuman. Semua ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.

Sistem Rawatan Air eSpring menyingkirkan secara berkesan lebih daripada 140 bahan cemar yang berbeza – dan memusnahkan lebih daripada 99.99% bakteria dan virus bawaan air.

Tetapi pada masa yang sama mengekalkan kandungan mineral semulajadi air yang penting untuk tubuh badan kita.

3. DIUJI DAN DISAHKAN OLEH NSF

NSF International adalah sebuah organisasi yang bukan mengaut keuntungan yang diiktiraf di seluruh dunia sebagai pihak berkuasa bebas terkemuka yang menjalankan ujian dan pensijilan ke atas sistem rawatan air.

NSF International telah menguji dan mengesahkan Sistem Rawatan Air eSpring dapat mengurangkan lebih banyak bahan cemar yang menjejaskan kesihatan berbanding mana-mana sistem berasaskan karbon/UV lain yang pernah disahkannya.

Pengesahan dan pengiktirafan NSF

- NSF / ANSI standards 42
Aesthetic Effects (taste, smell)

- NSF / ANSI Standards 53
Health effects

- NSF / ANSI Standards 55
UV microbiological system

- NSF / ANSI 401
Drinking water treatments units (chemical / medicine)

- NSF Protocol P477
Drinking water treatment unit - microcystin (algae)

4. TEKNOLOGI YANG UNIK, MAJU DAN TERKEMUKA

Sistem Rawatan Air eSpring adalah sistem pertama yang menggabungkan teknologi rawatan air terbaik yang sedia ada.

WhatsApp 0199515058 untuk keterangan lanjut ya 😄😄




Nasihat Double Diamond Amway

Bismillah,

Ini adalah antara pesanan Double Diamond Kak Anisah dan dikongsi dalam support group kami 😍😍.

Pesanan

1. Ubah sikap - tak mau negatif, ubah fikiran. Stick to your dream.


2. Sentiasa ckp “Aku Boleh !!!”.. tambah semangat

3. Jangan bagi alasan

4. 100% user - kalau tak pakai barang u are not a good Distributor.. must change 😂😂😂

5. Jangan miss kelas ... once you miss class u will not come

6. Jangan ada PHD... if i dont do i dont get, i do i get

7. Teamwork - husband & wife, team dlm organisasi must be very strong.  Encourage each other.

8. Tukar matlamat setelah sampai satu impian.  Quickly change your goal.

9. Disiplin. Kena rajin.

10. No side tracking. Focus to your matlamat. Focus to your dream. You have to decide what you want.

11. Cakap tentang kebaikan produk yang boleh bantu orang setiap hari.

12. Jangan cakap sesuatu yang negatif pada downline. Cakap yang positif sahaja.

13. Jaga pemakaian. Jaga imej. Ini penting.

Isu Permohonan Murtad di Malaysia


Bismillahirrahmanirrahim,

Saya terbaca isu permohonan murtad di pagi-pagi hari lagi.

ISUNYA BUKAN SOKONG MURTAD TAPI MENYELESAIKAN MASALAH MANUSIA
[Status low class saja]

1. Syarifah Nooraffyza lahir sebagai seorang Islam tapi amalkan Kristian sejak 2009. Memohon untuk keluar Islam dan mendapat kebenaran menukar nama pada kad pengenalan.

2. Salina seorang Kristian,  masuk Islam pada Nov 1992 kerana berkahwin, tapi kembali menganut Kristian selepas bercerai pada 2010.

3. Jenny lahir Kristian. Menganut Islam pada 2002 kerana berkahwin dengan lelaki Islam, tapi kembali menjadi Kristian selepas bercerai pada 2006.

4. Mohd Syafiq, penganut Kristian, masuk Islam pada 1996 kerana berkahwin dengan orang Islam mahu kembali kpd Kristian selepas isterinya meninggal pada 2007.

5. Mereka memohon perintah mahkamah untuk membatalkan status mereka sebagai beragama Islam dan memaksa JPN mengiktiraf mereka selaku penganut Kristian.

6. Mereka berempat mahu perkataan Islam dikeluarkan drpd kad pengenalan masing-masing kerana mereka memang tidak beramal dgn Islam lagi.

Terasa berat mahu hadam isu itu. Jujurnya, sungguh saya tidak mahu jika orang yang sudah pun Islam, keluar pula dari Islam. Sungguh...

Namun, bacalah apa yang difirmankan Allah dalam surah Ali Imran dalam gambar ini.. terutamanya di ayat 90.


Selesai saja saya baca dua mukasurat ini, saya baca pula tafsirannya. Baru tadi saja tertanya-tanya, kini alhamdulillah beroleh jawapan terus! Maha Kaya Allah kan?

Saya terfikir, adakah sekiranya mereka yang memohon murtad ini tidak diluluskan permohonan mereka, adakah mereka akan duduk dalam ajaran Islam? Adakah mereka memang tak murtad jika permohonan murtad mereka itu tidak diluluskan?

Allahu Allah, sungguh... Dikalangan kita yang Muslim dan mengaku Muslim, yang tak terfikir pun mahu membuang Muslim dari dalam diri tetap saja tidak melakukan perkara fardhu ain seperti solat, puasa dan zakat. Apatah pula golongan yang nak buang Islam dari IC mereka ni?

Ok, sekarang ni, apa peranan kita? Baca gambar yang satu lagi itu pula.



Saya bantu anda ringkaskannya di sini :
• Bersegera melakukan amal soleh
• Tetap berpegang pada ajaran Islam (petunjuk dan hidayah)
• Mencegah kezaliman (perkara mungkar)
• Menyuruh kepada kebaikan

1&2 itu mudah bagi kita namun 3&4 itu? Amar ma'ruf nahi mungkar.... Ini yang selalu kita tinggalkan.

Allahuakbar, semoga kita diberi kekuatan mengajak orang lain menuju jalan yang benar.



Saturday, March 03, 2018

Kenapa AMWAY?

Bismillah,

MLM. Ada setengah orang bunyi saja jenama-jenama MLM ni terus menyampah. Tak terkecuali saya 😜. Kalau ada je orang yang kuat MLM ni, rasa macam bosan je huhu... Pada fikiran saya, kenapa agaknya mereka ni menjadi orang yang membosankan? Asal sembang je, promote produk. Apa hal? Macam takde life je diorang ni. 

Tapi, dalam rimas-rimas saya tu, saya selalu je terjebak dengan MLM. Dulu lah ya. Sekarang ada satu je la. Dan saya enjoy dengan yang satu tu setakat ni hehe. Dan MLM tu adalah AMWAY. Ya, nak baca sila baca. Tak mahu baca pun tak mengapa. Elok juga kalau kalian baca, mungkin ada sisi yang boleh dijernihkan di sini. 
 
 Jadi kenapa saya pilih AMWAY?
 
Point 1
Boleh dilakukan dengan duduk di rumah sahaja.
 
Point ini penting! Paling saya perlukan dalam keterbatasan saya ni sebenarnya.

Sesuai dengan saya yang berstatus working at home mother ni, maka masa saya memang banyak bersama dengan anak-anak saya. Oleh itu, saya lebih suka memilih bisnes yang boleh saya jalankan dari rumah sahaja. 

Caranya adalah dengan berkongsi kebaikan produk. Ini mungkin advantage bagi orang yang rajin menulis. Kenapa saya sebut perkataan rajin? Sebab rajin akan membuatkan kita pandai. Ada setengah orang kata dia tak pandai menulis. Tapi tau tak, kalau orang yang tak pandai menulis tapi dia bantai je menulis, lama-lama dia akan dapat catch up apa point yang orang suka baca.  

Selepas berkongsi kebaikan, mungkin akan ada prospek, maka proses konsultasi sudah boleh dimulakan. Di kebanyakan masa, ketika inilah kita akan mendapat kawan baru. Dengan bertambahnya kawan baru, maka lebih luaslah pemikiran kita. Tak gitu?

Lebih menarik, prospek yang respon setiap perkongsian kita itu, boleh dikatakan terus boleh bertukar menjadi customer kita. Maklum sahaja, kita bukan jenis orang yang suka nak pujuk apatah lagi paksa orang beli barang kita ataupun jadi ahli di bawah kita. Alat bantu jualan pun lebih mudah 😍. Banyak demo boleh didapati secara online mahupun daripada group support kita sendiri.

Point 2
Waktu yang fleksibel.

Jika dulu, mungkin kita runsing nak kumpul order, kemudian pergi ke cawangan AMWAY untuk mendapatkan stok dan kemudian mahu menghantarkannya pula kepada pelanggan. Kini, lebih mudah bila mana kita boleh menempah secara online dan barang akan terus dihantar kepada pelanggan dimana sahaja mereka berada.

Point 3
Kepelbagaian produk AMWAY.
 
Jika diteliti, barangan AMWAY terdiri daripada dua jenis. 

Pertama : Produk yang dikeluarkan oleh AMWAY sendiri yang mana ia memberi JAMINAN KEPUASAN atau WANG AKAN DIKEMBALIKAN.

Kedua : Produk keluaran syarikat ternama dan ada warranty seperti Philips, Noxxa dan lain-lain.

Ciri ini ada pada produknya :
  • Kualiti
  • Pati / Asli
  • Mesra alam
  • Pelbagai guna
  • Jaminan Kepuasan atau Wang Dikembalikan
Banyak sangat produk yang boleh dijual. Harganya pun berbaloi kerana kualitinya tinggi. Produknya mementingkan pengguna dan mesra alam sekitar. Kalau nak tahu, botol sabun pun dibuat dari bahan yang mudah di biodegradasi jika dibuang.

Point 4
Modal rendah untuk memiliki sebuah pasaraya.

Wah sangat bunyinya kan? Sekarang ni, nak ada pasaraya, tak perlu ada stok pun. Modal untuk menjadi ahli adalah hanya RM 95.40 dan selepas setahun, jika mahu diperbaharui maka kosnya adalah hanya RM 45 sahaja.

Ada orang runsing perlu maintain belian setiap bulan. Andai kata kita hanya spend RM 20 setiap bulan pun, tak ada masalah. Keahlian tak akan terbatal pun. Cumaaaaaa.... ya, cuma jika kita mahukan lebih iaitu dengan menikmati komisen sebanyak mana yang kita mahu, maka cubalah kumpulkan belian minimum sebanyak 250 PV dan ketika itu kita akan layak mendapat komisyen 3%.

Kiranya, jika hanya mahu menjadi pengguna pun tak mengapa, tapi kalau nakberniaga dengan cara sendiri pun boleh saja.

Point 5 
Latihan disediakan.

Ya, memang tiada paksaan untuk menjalani latihan ini. Namun, jika ingin berjaya memanglah kita perlu mengikuti mereka yang telah lama dan berpengalaman dalam bidang ini. Jika begitu, kita tidak akan membuang masa dan tenaga dengan mengejar jalan yang tidak membuangkan hasil. Oleh itu, dapatkanlah mentor yang awesome untuk berjaya tau!?

Point 6
Tiada limit atau kuota untuk berjaya.

Misal kata kita makan gaji, hanya seorang saja yang akan dipilih menjadi bos. Jika ada orang lain diangkat menjadi bos, maka itu bermakna bos lama akan dibuang. Berbeza dengan bisnes AMWAY, pangkat bos ni disebut DIAMOND. DIAMOND ni tak takut jika orang lain jadi DIAMOND juga. Kedudukannya tak tergugat. Dalam AMWAY semua orang boleh berjaya.

TAPI, KENAPA PULA RAMAI YANG TAK BERJAYA?

Beginilah, tak ramai orang yang sanggup sabar dan usaha berterusan. Bukan senang nak bina network dan network juga tak terjadi dalam masa yang singkat. Bab ni lah yang ramai orang gagal. Alah, saya pun macam tu juga. Time rajin, eh banyak pula aku dapat. Tapi datang time malas, ada juga masuk lapanblashengget hahahahaha...

Banyak cabarannya buat MLM ni. Cabaran paling besar adalah diri sendiri. Buat bisnes MLM bukan mudah. Bukan hanya kawan-kawan, family sendiri pun ada yang tak suka. Puncanya adalah sebab ramai yang tak jujur dalam perniagaan. Sebab tu, saya tak minat nak janji bulan dan bintang.

Selain tu, biasa je kalau kita tengok orang lompat dari satu MLM ke MLM lain. Bulan ni buat MLM ABC, bulan depan eh dah buat XYZ pulak! Puncanya adalah mudah terpengaruh dengan ajakan sana sini. Konon kalau join MLM tu lagi besar bonus. Atau MLM tu baru lagi jadi elok join sebab boleh duduk at the top of the pyramid. Tapi bila join, tak kaya pun? Kihkih...

Familiar sangat kan?

Beginilah, mungkin masalah kita (ya, termasuk saya juga) adalah tidak fokus dan tidak meneliti cara yang betul dalam berniaga. Cuba kalau kita fokus dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh, Saya pun masih belajar lagi. Jadi, kalau nak belajar sama-sama bolehlah kita bersama-sama menambah ilmu dan pendapatan juga hehe..

OK, jadi seperti yang dimaklumkan di atas, jika ada yang mahu join membership, maka modalnya adalah RM 95.40. Tapi cop, dengan belian pertama maksimum RM 400, anda akan dapat rebet RM 40. Mudah saja nak beli produk AMWAY, tak perlu lagi tunggu stokis belikan atau beratur panjang di kaunter untuk beli produk. 
 
Jual beli boleh dilakukan secara online. Belian melebihi RM 400 akan dapat free delivery. Sekiranya di bawah itu, kos delivery hanya RM 10. Masih berbaloi dari kita terpaksa menghadap traffic jam dan kos minyak.

Oh ya, no AMWAY Business Owner (ABO) diperlukan untuk mendaftar sebagai ahli. Untuk tujuan ini, anda mungkin perlukan penaja. Saya ada! Kalau anda mahu 🙈🙈. Boleh Whatsapp saya 0199515058.


 

Friday, March 02, 2018

Tips untuk mengelakkan LUPA dan tingkatkan kuasa minda 💪


Bismillahirrahmanirrahim,

Sebenarnya dah lama tak blogging. Puncanya dah makin kerap membebel di Facebook sendiri. Lately, rasa nak menulis semula. Cuma nak bezakan apa yang dituliskan di Facebook dan dalam blog 😘😘. So, tengoklah tahap kerajinan ku bagaimana. Hehe...

Ok, hari ni nak share tips supaya kita sama-sama tak menjadi mak nenek lebih awal dari yang sepatutnya.

Kenapa nak share tips ni? Ini adalah kerana, saya rasa stress hidup zaman Najib ni (oppsss...) telah memutuskan sel-sel otak kita dari berhubung secara normal.

So, adakah my first tips adalah kempen politik untuk tolak Najib dan kuncunya? Hehe... Bab ni, saya rasa yang membaca ni kena fikir sendiri lah 😅.

Tips ni sebenarnya banyak dikongsi oleh memory experts. Nak kekalkan memori bukanlah semudah telan sebiji pil atau kismis dan boleh ingat benda yang kita lupa. Kita perlu teknik untuk kekalkan memori. Faham?

Tips 1 
Pelajari skill baru.

Eh, saya perasan ada kawan saya yang tiba-tiba saja bercucuk tanam. Pelik! Tapi saya kagumlah sebab depa nak juga buat sesuatu yang baru dalam life depa kan?

Kalau yang ditanam itu bunga, awww mesti cantik halaman rumah tu. Kalau yang ditanam tu adalah sesuatu yang boleh dimakan, maka hasilnya nanti boleh dinikmati. Mana tau tetiba boleh dijual pulak! Fuhhh...

Itu belum kira ada yang cuba-cuba melukis, cuba-cuba menulis, haih... Tak kiralah apa pun, janjinya mahu cuba sesuatu yang baru!

Tips 2 
Buat rutin.

Rutin tu kiranya jadual. Jadual tu adalah senarai perkara yang memang tiap hari kita buat. Jam berapa nak masak? Jam berapa nak mengemas? Jam berapa nak tengok cerita Korea (oiiii dan lagi? 😂😂)

Untuk apa jadual ni? Supaya kita tak lupa nak buat rutin tu. Benda rutin, kalau tak dibuat alamatnya berlonggoklah kerja nak buat nanti. Contoh mudah, lipat kain. Kalau hari ni tak buat, haruslah esok berganda yang nak dilipat. No wonder lah kat rumah kita tiba-tiba ada Banjaran Titiwangsa pulak kan 😄.

Tips 3 
Guna memory tools

Apa tu memory tools? 
Antaranya adalah planner, to-do list, notes. Tak ada duit nak beli? Weih, telefon ada kan? Apps yang berkaitan self management ni banyak tau! Malah ada yang dah tersedia dalam phone dan tak perlu kita download pun.


Tinggal kita je nak manfaatkan benda tu atau tak. Ok, kalau tak faham, tinggalkan komen nanti saya share la ya caranya. Kita sama-sama belajar ok?

Tips 4 
Luangkan masa bersama keluarga dan kawan atau bersosial (bermasyarakat)

Yang ni ramai faham in syaa Allah jadi saya cuma nak ingatkan, once keluar dengan mereka, jarakkan diri dengan phone tu. Buat apa lagi nak bersosial online kalau ada orang depan mata kita?

Dan, satu yang saya ingin seru, cubalah libatkan diri dalam satu usrah, halaqah, atau NGO yang murni. Serius cakap, cycle inilah yang akan bantu kita jadi lebih baik dan sentiasa mahu jadi baik 😍. Bersilaturrahim besar tau pahala dia.

Tips 5 
Exercise dan jaga pemakanan
Saya yakin, orang yang kerjanya dalam pejabat berhawa dingin dan beku disitu dari pagi hingga petang senang jammed otaknya.


Justeru, carilah masa untuk buat exercise ringan. Tapi, saya lebih suka advice begini. Cuba berkebun, atau cuba berjalan kaki sebanyaknya atau boleh juga dengan mengemas rumah secara aktif macam kita bergotong royong di asrama sekolah tu. 

Exercise ya boleh juga tapi saya rasa tak natural dengan life kita tu. Kadangkala pergerakan yang kita buat dalam exercise tu sebenarnya kita tak praktis dalam kehidupan. Faham kan?

Bab jaga pemakanan, perhatikan apa yang kita makan. Belajar baca label dulu. Ini basic! Bila korang dah belajar baca label, in syaa Allah tak kan ada lagi keberanian nak makan di luar nanti haha.. believe me! 

Tips 6
Kaitkan sesuatu dengan sesuatu.
Misalnya, mahu pergi ke tempat program, lepas jumpa kedai tayar di kanan jalan, jumpa saja lorong kecil, masuk jalan tu. Ya, begitu saja.


Contoh lain lagi, birthday beberapa sahabat kita yang kebetulan sehari selepas hari pekerja hehe...

Di sekolah dulu, saya join program motivasi dan teknik belajar anjuran BAKAprep. Bagi mengingati tarikh dalam sejarah, kami belajar mengingat nombor apa dihubungkan dengan huruf apa. Dari huruf itu, kami bina perkataan atau ayat lain bagi mengingati tarikh itu.

Alah, sama macam kita pernah hafal senarai warna pelangi ikut urutan dulu tu lah 🙌. Tapi untuk kegunaan harian, tak perlulah sampai tahap tu kan.

Tips 7 
Main game! 
Oit! Bukan sebarang game ya uols. Memory game la yang pastinya! Contoh sudoku, jigsaw puzzle, crossword puzzle gitu. Dengar pun boring eh hahaha...


No! Sebenarnya tak boring! It is just we yang tak pandai main game tu kan 😎😎😎. Hahaha... Ok lah daripada main candy crush, angry birds tu 😆😆 hehehe..

Ok lah! Those tips that I listed here, adalah yang seriously practical dan proven boleh bantu tingkatkan memory. So, apply lah dalam kehidupan.

Tidak dilupakan, membaca alQuran. Orang yang rapat dengan alQuran ni, tidak mudah nyanyuk. Ini yang paling penting kita letak dalam rutin kita.


Semoga Allah beri kelapangan masa buat kita untuk melazimi bacaan alQuran setiap kali selepas solat 5 waktu. Ameen 😍