Thursday, December 31, 2009

Contest Hidup Berani Untuk Gagal


Bismillah,

Mula2 nak bgtau bahawa saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog http://denaihati.blogspot.com.

Kepada pembaca entri ini, jika anda masuk contest ini juga sila nyatakan saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog http://sitisifir10.blogspot.com. Tenkiu...hihihi

Penaja contest Encik denaihati kali ini adalah :
Juga boleh didapati link mereka di sidebar kanan saya :)


Saya pasti cara baca ayat di atas adelah begini - "Hidup -Berani Untuk Gagal". Itu satu kenyataan. Jika kita mahu hidup, maka kita mesti berani untuk gagal juga!! Ia menandakan bahawa hidup ini tidak menjanjikan yang manis2 sahaja. Malah kita harus bersedia menghadapi saat2 tersungkur juga.

2009 sudah mahu pergi. Saya ingin sekali mengatakan bahawa saya tahun ini adalah antara banyak2 tahun yang saya pernah gagal. Apa yang saya gagal? To be truth...kebanyakannya adalah kerana kewangan. Tetapi alhamdulillah, ni saya nak cerita apakah kekuatan yang saya ada.
  1. Kalau bermasalah lebih2 lagi kalau takde duit, memanglah nafas akan jadi semput. Bukan itu aje, tiba2 kita akan perasan anak2 buat hal. Rumah pun nampak tiba2 sepah. Tapi saya cuba jugak2 paksa diri untuk bertenang. 1stnya saya tidak mahu dengan serabutnya saya, suami saya akan turut serabut juga. Jika dia tenang, saya akan lebih2 tenang. Jadi kunci yang pertama saya adalah - jangan bagi pasangan kita serabut. At least dia ada untuk hal ehwal anak sementara kita mengurus masalah kita.
  2. Doa - hari ini juga saya ketakutan. Takut kalau bank tepon dan kata, "Elo, duit awak tak cukup ni. Ada cek nak clear," Dari pagi lagi saya dok doa...ya ALLAH mintak2 la cukup duit ku dalam bank arini. Berdoa ini, tak perlu di tikar sejadah semata2. Setiap detik yang kita terlintas, cepat2 minta dari ALLAH kerana ALLAH itu Maha Mengetahui.
  3. Yakin diri & optimis - walaupun tau duit kita tahap gitu2 aje, sll pasang ayat begini, "Insya ALLAH kejap lagi adelah tu duit". Makin kita mengenang kesusahan, makin susah hati kita ni. Tapi makin kita mengenang yang positif, kita takkan trasa lagi sakitnya menanggung masalah itu.
  4. Ikhtiar - ya!!Tidak cukup dengan doa. Kita mesti fikir modus2 operandi yang mahu kita gunakan bagi mengatasi masalah kita. Semua modus itu, timbang2kan apkah pro dan apa pula kontranya.
  5. Lakukannya!! - setelah dapat memikirkan kaedah terbaik maka lakukannya dengan berhati2 dan berhemah. Bimbang jika tergopoh, kita akan susah untuk mengawal kesan akhir dari tindakan kita. Manalah tahu keputusan yang kita ambil itu salah, tapi kerana kita tidak terlampau gelojoh, maka sekurang2nya banyak lagi yang boleh diselamatkan.
2010 akan datang. Apa persediaan korang? Hihi..saya dah merancang perjalanan kewangan saya. Sebab apa kewangan dulu? Sebab aktiviti dan perancangan lain adalah terlalu bergantung kepada kewangan. Ini adalah persediaan saya untuk BERJAYA...tapi jangan salah faham ya, saya masih merancang sesuatu untuk keluarga kami tapi yang itu, biar saya update kelak lah ye :)

Kalian, Encik Denaihati punya hadiah lumayan weih....tanak join kah??

16 comments:

  1. Terima kasih join contest. Blog ni peserta yg ke 6. Sejuk je hati baca entri ni.

    ReplyDelete
  2. ieda suke tgk kalo kak siti masuk contest sebab kalo kontest tu kene ada huraian, kak siti punya huraian mmg mantop!! kalo ieda byk merapu jerk, kuikuikuik!! :) kadang teringin gak nak buat huraian mantop cam akak :)

    ReplyDelete
  3. wohoo! good luck ya. saya pun nak join. tapi entry tak siap lagi :)

    ReplyDelete
  4. Ieda, bg akak masuk contest ni mcm buat karangan berdasarkan tajuk ahahaha...ala tapi gitu2 je ieda..huhuhuhu


    lizz...gud luck to U tooo :)

    ReplyDelete
  5. Salam Kak,
    First of all, Thank God Projek utk Kak Yong itu telah berjaya.
    Saya telah view entry2 lama utk mengetahui mengenai projek itu.

    Contest ni juga saya telah baca di blog bloggers lain.
    HAdiah lumayan.
    Semoga berjaya..

    ReplyDelete
  6. pearls - alhamdulillah ALLAH tlah mnyatukan hati kita bagi bantu mmbantu

    ReplyDelete
  7. ehehe.. rajin ikut contest.. aku da kurang ikut mende2 neh.. huhu..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum. Selamat berkenal-kenalan. :-)

    Owah dah join awal2x lagi ye.

    AJ baru aja join contest ini.

    Good luck ye.

    janji berani mencuba tuk berani gagal dalam contest ini. huhuhu. :-)

    ReplyDelete
  9. semoga berjaya sitisifir10.

    ReplyDelete
  10. gud luck yaa..nice entri..

    ReplyDelete
  11. terima kasih semua :)

    ReplyDelete
  12. Salam kenal Siti Sifir,

    Entry yang sgt baik, hidup kita memang banyak masalah kan, tapi bergantung pada kita untuk tangani dgn baik. Good tips!

    Good luck ya!

    ReplyDelete
  13. unlisted_one, thanks :)

    ReplyDelete
  14. bagus2...entri yg best dan memang dlm dunia realiti pun :)

    ReplyDelete
  15. bagus2...entri yg best dan memang dlm dunia realiti pun :)

    ReplyDelete
  16. ya.. sgt2 setuju dgn tulisan pija ni.. byk juga tempias nyer kena kat kakyong....

    gud luck!!!

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!