Friday, January 01, 2010

Projek Tahun Baru


Bismillah,

Ye...2010 sudah datang. Korang ada terasakah perbezaannya semalam dan hari ini? Saya beberapa hari sebelum hari ini, sedang bersemangat untuk menjadikan blogging sebagai satu punca pendapatan. Kenapa? Sebab saya rasa ia menarik tapi ia bukan satu kerja yang mudah. Saya mungkin dah mula menyeluk pekasam dengan membuat satu entry setiap hari tapi belum sampai ke pangkal lengan saja lagi.

Setelah beberapa kali di tengah malam saya dan Mummy Lyna berborak di kedai kopi (kopi umah memasing :P) saya telah membuat beberapa kesimpulan. Saya perlu buat beberapa produk saya sendiri untuk dipasarkan ke blog ini. Tapi itulah saya harap, kalian tidak jemu2 lagi untuk datang ke sini dan saya janji insya ALLAH anda akan masih dapati saya adalah sama seperti sebelum ini cuma bezanya blog ini akan hadir dengan produk.

So, apa produk yang saya target untuk jual :
  • online optical shop - cermin mata dan kanta sentuh
  • CD online shop - lampin kain moden (blog masih dalam proses)
  • my karya - saya akan bukukan mana2 tajuk dan buat dalam bentuk handbook
  • handmade craft - yang ini, saya sudah warm up dengan Asmaa'. Saya mahu buat ini supaya Asmaa' dan adik2nya akan come out dengan produk mereka juga. Yang ini adalah sampingan sahaja. Apalah nak diharap dengan hasil tangan budak 6 tahun?? Tapi dalam tak boleh diharap mana, its a good start for them rite? Mungkin akan dijadikan barang giveaway atau kalau jual pun harganya gitu2 ajelah... :)
  • anak ayam kampung, ayam piru, itik, angsa dan merak - ini tidak dilupakan lorss..my hubby's bisnes. Owh, macam2 kami lalui untuk memastikan bisnes ini hidup.
Tinggikah sangat cita2 saya itu? Saya dah pernah berniaga online dan dulu saya dapat tahu satu kunci kejayaan dalam bisnes online ini adalah 'fokus kepada produk'. Sebenarnya, apa yang saya mahu jadikan produk itu adalah perkara yang saya lakukan setiap hari. Handmade craft itu mungkin tidak setiap hari jugalah dan ia perlu dihasilkan dengan penuh teliti.

CD pula hanya melibatkan stok dan saya perlu kawal keluar masuk stok sahaja. Mungkin ia sama sukarnya ketika saya menjual kain2 ela dan tudung2 dahulu. Ketika itu, walaupun saya ambil untung yang minimum, tapi ahamdulillah saya boleh menjana sehingga RM 800 keuntungan bersih dalam tempoh sebulan. Owh rindunya zaman saya packing2 barang dulu.

Optical online shop itu, saya ada staff yang boleh membantu. Alhamdulillah mereka bagi sokongan penuh dalam merealisasikan perkara ini. Jika anda mahu tahu, saya sangat beruntung kerana mempunyai 2 orang staff yang sangat komited dalam kerja mereka ini. Mereka melampaui jangkaan saya dan mereka membuatkan saya rasa lebih optimis setiap kali. Uwah...ini mcm ucapan menang anugerah pulak!!!

Tentang karya itu, sebelum ini saya telah hasilkan dua buku bersama Perintis. Sangat senang sekali berurusan dengan mereka. Sepatutnya saya mahu menghasilkannya lagi dan lagi tapi saya terkekang oleh masa. Sekarang saya nak buat buku kekeluargaan yang sama modul penulisannya dengan penulis 'Kopi O Tanpa Gula', En Abd Jalil Ali atau buku2 YM HM Tuah.

Ia adalah himpunan-himpunan cerita yang boleh diambil iktibar. Sama seperti yang saya selalu lakukan dalam blog saya ini juga. Saya akan buat binding lawa2 dan sape yang sudi bolehlah beli atau mungkin saya akan jadikannya hadiah dengan belian CD saya atau lihat saja nanti promosi saya bagaimana. Jangan minta dalam bentuk soft copy, kalau mahu soft copy anda boleh buka saja blog saya ini :) Saya mahu orang baca handbook itu semasa tunggu bas, semasa lepak di tepi pantai, semasa temankan suami memandu...he he...

Saya tidak boleh harapkan kedai cermin mata saya semata-mata. Saya harap ini adalah tindakan bijak menurut tafsiran suami dan anak2 saya. Saya tidak peduli pandangan orang lain melainkan orang itu memberi galakan dan semangat kepada saya. Buat keluarga dan kawan2 yang membaca...doakanlah!!!

7 comments:

  1. salam kak siti... saya pun dok pk nak start business balik... pojek asyik terbengkalai je ney... sajer nak buat2 tmbh duit poket... lagipun saya mmg minat business... tp x sure nk start dr mana... hehehehe insyaAllah tahun baru ney.. lebih la rezeki kita yer... AMIN..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. banyak betul ye projek. Sy doakan semuanya akan menjadi.

    ReplyDelete
  4. salam kak pija

    samelah kite...nak usaha gigih berbisnes online..doakan utk saya jugak ye,bahan2 dah ada cuma belum habis 'diolah' je lagik..huhuhuu

    erm..sy ada nampak iklan nuffnang d cni ... :)

    SELAMAT TAHUN BARU !

    ReplyDelete
  5. Anonymous1:49 PM

    insyaAllah kak...
    kalau ada usahanya, mesti ada hasilnya, kan?
    semoga berjaya.. :)

    ReplyDelete
  6. selamat maju jaya pija!
    doa saya dari kejauhan...chewwwaahh

    ReplyDelete
  7. Insya ALlah,
    kakyong yakin pija boleh buat.. setelah mcm2 jerih perih yg dilalui.. pasti ada formula yg dpt merealisasikan cita2 ni... gud luck..

    tak sabar nak tgk kraftangan Asma'..

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!