Monday, January 25, 2010

Didik Anak Jadi Pintar


Bismillah,

Kalau kalian nak tau, boleh kata dalam satu jam, suara saya akan berbunyi mungkin lebih dari sepuluh kali untuk melarang ataupun menyuruh anak saya dari sesuatu. Pada pandangan saya, mereka ini sentiasa mencuba satu demi satu perkara dan perhatikannya sama ada itu boleh atau tidak. Percubaan untuk mencapai satu keputusan dalam diri mereka ini kadangkala menyebabkan sesetengah ibubapa secukup rasa melabelkan, 'anak saya ngada2', 'anak saya buas', 'anak saya tak reti duduk diam' whatsoever.

Setelah 6 tahun mempunyai anak, suami saya juga telah berkali2 melarang saya dari menggunakan perkataan2 negatif ini untuk anak sendiri mahupun anak orang lain. Untuk anak sendiri kerana kata2 ibu juga adalah doa. Untuk anak orang lain adalah bagi mengelak perbuatan mengumpat dan demi mengelakkan diri kita akan diuji dengan anak seperti anak orang yang dikata itu.

Sebenarnya, jika terkeluar perkataan2 yang saya sebutkan itu, serasanya kita masih tidak cukup memahami fitrah seorang anak. Apakah sebenarnya yang kita mahukan? Anak berusia 2-3-4 tahun bangun pagi, mandi dan kemudiannya duduk bersandar di dinding? Kemudian menunggu ibunya suap makan dan kemudian bersandar semula di dinding? Kemudian di ajak tidur dan dia tidur? Kemudian terjaga dan kembali bersandar ke tepi dinding??

Adakah begitu kita definisikan sebagai 'budak yang baik'?? Awaslah dengan fahaman kita. Kanak2 mempunyai fitrahnya yang tersendiri. Kita sewajarnya tidak cepat melenting bila mereka mencuba itu dan ini. Tapi setiap percubaan mereka itu memerlukan perhatian dari kita. Setiap percubaan anak, akan ada jalan penyelesaiannya tapi kita juga akan mengambil masa untuk mendapat formula terbaik untuk guide anak kita itu.

Sejujurnya, saya mudah terasa hati bila orang kata, "Ya ALLAH buasnya anak ngko..." tapi alhamdulillah takde lagi la orang direct gitu dengan saya. Saya cuma imejinnya sahaja. Maka saya akan mengelakkan untuk berkata dengan perkataan yang sama. Andai ada customer yang kelam kabut mengejar anak mereka dalam kedai, saya akan kata, "Biasalah budak2 nak belajar."

Bagi mendalami diri setiap anak itu, rasanya saya perlu lebih banyak study. Saya mempunyai 4 anak (nak masuk 5 ketika ini) dan perangai mereka tidak sama. Saya bernasib baik sekalipun perangai mereka berbeza, namun jika diberi baju sebagai contoh, mereka tak pernah kata, "Taknaklah, yang ni tak elok untuk Usamah."

Apa yang kami bagi, itulah yang mereka terima. Kerana itulah saya yakin, ia akan kembali kepada apa yang kita ajarkan akhirnya. Formula saya mungkin sesuai untuk diri saya dan boleh jadi formula saya tidak cukup bagus untuk menjadikan anak saya lebih bagus. Sudi2lah kongsi ya...

Entry ini diinspirasikan dari tajuk buku di bawah,klik pada gambar untuk membeli :


5 comments:

  1. betul tu k.siti. selalu saya ingtkn diri jgn sesekali katakan yg buruk2 tg anak org. sebut yg baik2 saja. selain kita doakan kebaikan utk anak tu kita doakan anak kita sndri. cumanya kdg2 frust bila ada jgk segelintir mcm xde perasaan uji kita dgn kata2 negatif ttg anak.

    ReplyDelete
  2. salam,
    mmg betul sgt pasal jgn guna perkataan2 negatif tu. lg2 sbg ibu, kata2 kita sebenarnya doa.

    ReplyDelete
  3. btol tu kak..dlu kn de la sedara tiqah ni suka sgt mengata adik2 tiqah, umi tiqah..
    dorg ckp adik tiqah buas sgt la..smpai ckp depan2 umi tiqah dorg rse nk hempuk adik tiqah tu..padahal adik tiqah bru je 3 thn..pe la die nk reti mse tu..umi tiqah sabar je..yela, org x kerja cmtu la sedara mara layan..pastu de adik ipar umi tiqah (mkck tqah) ckp, umi ni asyik beranak je x berhenti..kami 8 beradik mmg rapat jarak antara kamu..selang setahun ke dua tahun je...
    Allah izin, die jd cmtu jgk kak..yg lg teruknye smpai x terjaga ank2 die siap suh umi tiqah bela lagi..astaghfirullah..Alhamdulillah umi tiqah baik hati..tlg jaga anak2 die siap tlg susukan sekali..

    ReplyDelete
  4. Mak mertua saya ada sebut kat saya sambil cerita2 tentang anak2 dia, yang dia cuba tak menangis kerana anak2 dia. Saya tanya kenapa. Mak saya bgtau sebab orang tua dia kata kalau keluar airmata ibu kerana anak, susah hidup anak tu nanti. Tak tau la betul ke tak. Tapi rasanya dia berkait dengan buat hati mak kita tersentuh dan sedih..

    Errmm, rasa macam terkeluar topik..maaf yea. :))

    ReplyDelete
  5. wansteddy, abaikan aje suara2 langau yang menyakitkan itu....

    k.nur, semoga ALLAH jadikan perkataan2 yang baik sahaja yang keluar dari mulut kita

    atiqah, kita punya family punya trend mcm sama aje :P

    jc. alpha, selamat berkenal2an... samalah dgn mertua saya..jika sekali dua dia suruh anak2 dia dan anak dia tak buat, dia takkan suruh lagi...dia tak mau sakit hati lalu menjadikan anaknya tu anak yang derhaka...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!