Sunday, January 31, 2010

Tabiat Menghantukkan Kepala Pada Kanak-Kanak


Bismillah,

Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat bertanyakan saya tentang anaknya yang suka menghantuk-hantukkan kepala. Saya jadi teringat ketika saya mengunjungi rumah seorang kawan saya semasa saya di ting 5 (1997), adiknya ketika itu dengan selamba menghantuk2kan kepala di pintu gril sehingga menghasilkan bunyi yang ngeri. Udahla aksi itu cukup ngeri, bunyinya juga sangat menakutkan.

Saya waktu tu buat2 heroin nak gi tolong tapi katanya member saya, "Dia memang mcm tu." Huhu...kesian. Tapi bukan satu dua kes begini. Kebanyakan kejadian menghantukkan kepala ni terjadi kepada budak lelaki berbanding budak perempuan. OK, sy perhatikan pula anak2 saya. Teori itu ada sedikit betul.

Usamah memang suka hantukkan kepala tapi beza dengan adik kawan saya, dia terlentang ke belakang tapi budak ni hantuk dahi ke dinding atau lantai. Tapi tabiat tu dah lama dah tinggal. Uwaiys pun ada masa2 dia hayun2 juga kepala dia tapi dia takde sesi terlentang mcm Usamah. Kalau Usamah dulu, tak sempat nak elak kalu alamatnya terlentang mcm tu je la hero Umi.

Sebenarnya perkara ni adalah biasa pada kanak2. Terutama pada usia 18 bulan ke atas. Kadang2 ia berlaku beberapa bulan tapi kadang2 ia terjadi bertahun2. Kemungkinan kenapa kejadian ini berlaku adalah :
  • Untuk menenangkan perasaan - dia akan buat begini kalau dia ngantuk atau bila terjaga dari lena.
  • Untuk mengurangkan kesakitan - selalu terjadi pada budak yang tumbuh gigi atau sakit telinga.
  • Kecewa - sebab dia frust kan sesuatu, dia tak pandai bercakap lagi jadi menghayunkan kepala adalah cara dia menyampaikan kekecewaan.
  • Dia perlukan perhatian - tambahan pula jika dia tengok taktik dia menghayunkan kepala itu menjadi untuk menarik perhatian dia, lagilah dia buat.
  • Masalah perkembangan anak - kemungkinan ini adalah tanda autisme atau masalah lain. Tapi janganlah bimbang, ini hanya kemungkinan.
So, apa yang patut kita buat ya?
  • Perhatian!! tapi bukan semasa dia sedang menghayunkan kepalanya. Cuba bagi perhatian supaya dia dapat perhatian yang positif. Jika dia terlanjur menghayunkan lagi kepalanya, jangan marah sebab dia masih kecil untuk memahami.
  • Lindungi dia dari cedera - kalau dia sll hantukkan kepala ke baby cot ke, kena balut dindingnya dengan sesuatu. Plus, make sure tak ada yang longgar akibat ayunan dia yang kerap.
  • Jangan terlalu bimbang - ok, mungkin kadang2 akan terjadi luka di kepala tapi jangan bimbang sangat. Dia buat begini untuk melegakan perasaan bukan menyakitkan dirinya. Kalau dah sakit, dia sendiri akan berhenti.
  • Jadikan dodoi sebelum tidur sebagai rutin - bagi mandi air suam (ahaha...time baby boleh la ek..saya kalau dah besar2 ni hantam saja!), lepas tu nyanyilah selawat atau zikir2 atau mengaji alQuran sambil tepuk2 dia sampai lena.
  • Bawa jumpa doktor - kalau apa yang dia buat tu kita tengok sampai menyakitkan dia, takkan still nak biar lagi.
Semoga anak2 kita dijauhkan dari yang tidak2...amin

3 comments:

  1. salam,
    banyak hr rasanya tak singgah sini. pasal hantukkan kepala ni, mmg betul kanak2 lelaki ada tendency buat. biasanya mmg nak attention.

    ReplyDelete
  2. tq kak pijah..bru tahu knapa zaffran suka hntuk kpala..mgkin tak ckup eprhatian yang diberi...

    ReplyDelete
  3. # Untuk menenangkan perasaan - dia akan buat begini kalau dia ngantuk atau bila terjaga dari lena.
    # Untuk mengurangkan kesakitan - selalu terjadi pada budak yang tumbuh gigi atau sakit telinga.
    # Kecewa - sebab dia frust kan sesuatu, dia tak pandai bercakap lagi jadi menghayunkan kepala adalah cara dia menyampaikan kekecewaan.
    # Dia perlukan perhatian - tambahan pula jika dia tengok taktik dia menghayunkan kepala itu menjadi untuk menarik perhatian dia, lagilah dia buat.



    suem diatas aderlah betul belaka..
    ekekke..

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!