Sunday, January 17, 2010

Umi Masak Hebat!!


Bismillah,

Sekarang ni semakin menjadi2 kejadian mentapaw makanan dalam rumah kami. Tukang masak dalam rumah ni surrender nak masak. Sebabnya, kalau nak masak ia berkait dengan kene basuh pinggan, mop lantai dan lain2 berkaitan dengan dapur . Kemalasan tahap 5.6 darjah celcius ni telah menyebabkan suami saya tidak puas makan.

Tadi, elok2 nak masak ayam, tengok2 bunjut sup tak ada. Ya...saya masak juga tadi sbb tak gamak dah tengok diorang tak lalu makan. Padahal bagi saya, skill memasak saya tak lebih dari buku lali makcik di kedai itu pon. Hihi...tapi memang pun tak puas makan kan kalau beli. Kadang2 masa nak makan mulalah teringat, "Alamak, anak2 tak balik lagi, kene tinggal sikit kat diorang."

Kalau masak sendiri tu kira sehari ni selamat malah selalunya boleh makan nasi lagi di pagi hari. Yelah2 abah...umi masak la semula ye tapi tolonglah ke pasar kerana umi sangat kekok melihat orang dok usha2 perut umi. Huhu...sebab perut saya ni orang nampak hanya pada bulan2 terakhir, mestilah mereka terkejut.

Tambah pulak kalau bertembung dengan customer yang peramah, "Aik, aritu mcm takde pape lagi, kenapa tiba2 ada pulak?" Sangat ragu2 nak jawab soalan ni kalah soalan Prof Azrin masa final year dulu (apakah??). Lagi satu, jumlah cash yang saya tentukan untuk dibawa ke pasar juga telah mengecut. Jadi, tiada kepuasan dalam berbelanja juga.

Setelah lama tidak masak, lama pulalah saya tidak buat list untuk dibeli. Bila saya tidak pergi membeli, segala syampu, sabun dan serba mak neka yang lain juga saya tidak beli. Huhu...tika dan saat begini mulalah terasa nak beranak cepat. Konon2 ada baby dapatlah semangat baru.. hehe... tapi memang sangat excitednyalah nak beranak. Excited sampai tak buat apa2 asyik tercongok tunggu sakit!!!

Tadi naik2 aje tangga lepas cek mata, anak2 pun sambut kat tangga, "Umi masak hebatlah!!" Cis setakat tumis bawang dengan halia lepas tu masukkan kiub ayam, ayam dan kentang mereka kata hebat. Memang abahnye lah yang ajar lah tu. Ala2 bodeklah suruh umi masak lagi... Hakikatnya memang puas hati tengok anak2 makan apa yang kita masak.

Juga, wajarlah saya akui bahawa air tangan ibu itu punya kesaktiannya. Malah ia menjadikan saya sebagai ibu begitu istimewa di mata mereka. Walaupun sejenis lauk sehari, walau lauknya sempoi gilerrs suami dengan anak2 balon je sampai habis. Huh!!! Masak Pijah!Masak Pijah! Masak! Masak! Masak! Masak! Masak!


8 comments:

  1. Hakim anak sya yang sulung

    "Sedapkan ayah ibu masak,"

    ayat bodek setiap kali selesai atau baru nak makan. tak tahulah ayat ikhlas atau bodek, tp kadang2 rasa terharu juga

    ReplyDelete
  2. mmg masakan ummi ni sangat sakti.
    walaupun sgt ringkas tapi tetap sedap dimakan oleh anak2 n encik somi...

    ReplyDelete
  3. Setelah sekian lama tak masak, tadi saya masak kari ikan tenggiri. Memang puas hati tengok suami makan sampai bertambah2 wlpn pada hakikatnya saya terlupa nak letak santan...heheee....

    Tahniah Pija....selagi larat, masaklah untuk mereka. Lepas ni "merdeka" sekejap utk 2 bulan...

    ReplyDelete
  4. betul tu kak..dah sarat2 tu..mane larat nak masak..opss,kalo masak je takper,sat gi sapa nak basuh dan yg sewaktu dgnnya kan? mata ni x larat nengok sepah2

    biase akk masak brape jenis lauk?kami ni mmg jenis sempoi,satu dua jenis lauk dah cukup..asalkan puas dan kenyang makan..beli ni mmg best tp pelik kan nape x penah2 cukup? *perasan mcm le single..:p

    ReplyDelete
  5. huhuhuhu....
    nape la anak kita x penah kata sedap punnn???
    lagik kata x sedap ade la...
    huwaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  6. memang betul, kalo kita masak kat umah walopun lauknya cukuplah simple, tapi bila tengok anak2 n sang suami, makan hingga menjilat jari...itu satu kepuasan pd diri kita..sebagai galakan utk kita hari2 memasak, tapi kalo dah sarat cam pijah tu...bawak2 bertenang..mmg dah tau, dah tak daya nak masak, mengemas dan sewaktu dengannya....tahap malas dah melanda...akak dulu pun camtu. takpe bila dah bersalin nanti...insyaaallah back to normal..hehehe

    ReplyDelete
  7. mmg kan..tgn mak masak mmg sdap..hatta ayam grg kunyit bodo jer..ttp sdap...

    ReplyDelete
  8. hihi..betul la tu kak pija. air tangan ibu mana sama dengan orang lain. walaupun masak sempoi aje, tapi anak2 mesti kata masakan ibu yang paling sedap tapi kena syarat juga tu...ibu yang masak kena ikhlas la..baru makanan tu jadi ummph! ;)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!