Saya kopipes dulu ya diskasi sihat dari kawan2 FB saya :)
Norhafizah Madzlan Adakah mengambil maid menjadi satu langkah untuk tidak menjadi ibubapa yang bertanggungjawab??
Fuhh...memang satu diskusi yang agak sihat dan panas. Kebanyakan dari rakan2 ini tidak menggalakkan saya mengambil maid. Sebenarnya, jika saya benar2 ingin mengambil maid, saya telah mencarinya tapi ini masih lagi sekadar sebut2an di mulut saja. Belum ada kekuatan untuk melaksanakannya walaupun serasanya saya telah hampir nekad untuk memilikinya.
Saya amat tertarik dengan jawapan k.Hazlina :
Mengambil maid bukan bermakna anda mengabaikan tangggungjawab sebagai ibu dan isteri malah anda dapat menumpukan lebih masa kepada mereka.Kalau nak diikutkan; tugas utama isteri adalah melayan suami dan mendidik anak. Tugas2 lain boleh dibantu oleh pembantu jika suami mampu menyadiakan pembantu.
Juga jawapan dari En Ahmad Faiez :
tanggungjawab tetap ada pada isteri n suami untuk menjamin kebahagian umah tangga.. tapi ambik maid itu satu cara untuk memudahkan lagi tanggungjawab anti n suami mengurus dan membahagiakan umah tangga..
Bukan kerana mereka hampir menyebelahi keputusan saya tetapi ia lebih mengarah kepada persoalan saya itu, adakah boleh hilang tanggungjawab jika memilikinya. Sebenarnya, ada banyak komen2 menarik yang saya terima dari rakan2 blogger dan FB. Saya sangat berterima kasih kerana anda semua memberi pendapat dari sisi yang tidak terlihat oleh mata saya.
Setakat entry ini ditulis, saya masih belum mula proses mencari pun lagi. Ini hanyalah satu kemungkinan yang bakal berlaku dan saya anggap pengambilan itu adalah satu keputusan terbesar yang akan ditentukan oleh keluarga kecil kami. Andai Ainul, ibunya seorang doktor yang tinggal di atas klinik (hampir dengan kes saya) boleh memelihara 8 anak tanpa bantuan maid, saya mungkin jauh lebih mampu. Cumanya, adakah jarak usia antara adik beradik Ainul serapat anak2 saya.
Owh tidak, saya tidak akan persoalkan pula jarak usia antara anak2 saya. Setiap kali anak2 ini membenih dalam rahim saya, jiwa saya sangat bimbang dan saya ambil masa berminggu2 juga untuk menguatkan diri saya bahawa ALLAH tidak memberikan amanah ini dengan sia2. Pasti ada sebabnya dan pasti pula ada rezekinya nanti insya ALLAH. Ini bukan persoalan, 'hah sapa suruh tak plan beranak' tapi ini adalah persoalan 'bagaimana saya menguruskan takdir yang telah tersurat dalam hidup saya'.
Saya anggap konflik ini datang bagi menguji sejauhmanakah saya akan bersabar atau betapa ALLAH telah menetapkan saya sebagi saluran untuk memberi pendapatan kepada seorang yang lain. Saya akan maklumkan kalian bagaimanakah keadaannya selepas kelahiran permata hati kami yang ke 5.
*Ya ALLAH, andai kata jika aku mengambil pembantu rumah akan menyebabkan aku menjadi orang yang hilang tanggungjawab maka kuatkanlah aku dalam menjalani tugas sebagai seorang ibu dan isteri kepada keluarga ku. Hanya kepada Mu tempat ku mengadu.
salam kak siti..
ReplyDeletesy bukan nk komen sgt psl entry pembantu rumah tu..tp dh x tau nk landing katne komen ni, so sy transit kat sni je la ye..kalo kat shout nnt x muat lak..sy nk wat essay ni..hehehe
sepnjg pemerhatian sy sbg sorg student, literature in English student..sy bce blog istri2 dan ibu2 ni bkn sekdr nk tmbh pengetahuan dan suka2..tp byk bnda yg sy ambil dan jdikan pengajaran..ada yg berkaitan dgn kehidupan sy ada yg x..tp semuanye mmbuatkan sy berfkr dgn lbh tntg hakikat hidup di dunia yg penuh tipu daya ni..
terus terang sy katakan, sy telah membandingkan blog akak dgn sorg blogger terkenal Malaysia..sape org tu, x elok la sy sebutkn nmenye..tp sy pst akak kenal..
akak sllu cite hidup dgn penuh jimat cermat, bagaimana nk mendidik ank2 ikut syariat Islam, bg ank pndai mengikut pnduan Allah dan Rasulullah, jd istri solehah dan mcm2 lg..hmpr 70% yg akak wat ada dlm amalan hidup sy dan keluarga..umi sy pun didik kami adik beradik cmtu..penuh hikmah dan tarbiyah Islamiyah..
as compared to this blogger, sy lihat hidup die terlalu mewah..dia ckp x ckup duit, sy igt die berjimat jual brg2 die pd org dgn hrpn die nk gunakan ke arah perkara yg lbh baik, upe2nye die nk shopping beli bnda bru yg lbh mhl..berdsrkan kata2 die, brg2 tu hye guna sekali atau dua kali..plg byk pun 3-4x..sedangkan akak nk pkai maid utk memudahkan hidup akak dan anak2 akak pun akak terpksa fkr seribu kali..sy sndr pun nk bli sesuatu kena tggu bnda lama btol2 rosak dan x leh pkai lgsg..kalo msh boleh dibaiki sy akan buat sehbs baik utk gunakn lg brg tu..
kemudian, cre die didik anak x penah pun cite ank2 die mengaji ke x..sekadar hntr ank ke sek agama..anak2 didedahkan dgn amalan2 yg x islamik..kdg2 sy tgk ank2 die, sy rse bertuah sgt dpt hidup dlm family sy..bersyukur x jd cmtu..
tp tu la kak..kte hidup dalam alam yg berbeza walaupun di ats tnh Allah yg sme..tarbiyah dan fikrah x semua org dpt..
cuma sy sgt terkilan dan sedih lihat dia sggup boros duit dia demi brg2 cmtu..berbanding diri sy yg sntiasa kekurgn wang dan dri akak yg sntiasa memikirkan jln terbaik utk berjimat...
yang baik itu dr Allah, yg lemah dr diri sy sndr..semua ni adalah pemerhatian mata kasar dan berdasarkan pembacaan..mudahan Allah beri kita taufik dan hidayahNya utk jd lbh baik dr skrg..
Pija,
ReplyDeletetgk keadaan pija lepas bersalin ni, pendpt kakyong dah jatuh kepada PERLU.. at least a part timer helper.. jaga anak waktu peak hour @ waktu suami pija harus keluar utk uruskan kerja2 nya. sekurang2 nya kehadiran helper akan mengurangkan kerisauan pija akan anak2 + baby.