Sunday, August 03, 2008

Pertolongan Suami, Penghargaan Buat Isteri


Bismillah,

:) Setelah lama memendam macam2 benda yang nak ditulis, hari ni saya nak juga menulis. He he terpaksa la Arwa, Cik Timah (staff saya kat kedai) pegang kejap. Awal2 aritu dia kekok pegang Arwa. Tapi skang, saya dah boleh kata, "Boleh lah tu Timah, kalau hang nak beranak..he he"

Tajuk diatas tu adalah kene mengenanya dengan kehidupan semua orang yang dah kawen. Saya? Mustilah pernah mengalaminya. Kalau tidak manakan nak tulis tajuk ni. Kenapa pulak saya pilih tajuk ni? Sbb sungutan dan rungutan yang tak pernah sudah kaum isteri yang sering dilambakkan dengan keje pejabat, keje umah, keje sekolah anak pun kadang2 dikejekan dek mak2 macam saya..he he.

Mungkin saya beruntung kerana dikurniakan seorang suami yang 'berfikir'. Kenapa saya kata berfikir? Satu hari saya pernah tanya suami saya, kenapa ada orang yang beranak sikit pun tapi selalu mengomel2 macam anak tu adalah beban yang berat buat diorang? Setelah berbincang2 suami saya mengatakan, tu lah pentingnya seorang suami membantu isteri.

Kemudian, saya terfikir pula, "Abang, macam mana abang boleh nak tolong saya kat umah?" Kemudian dia pun kata, "Orang yang tak fikir je yang tak tolong bini." Opps, pedas ka? Ya..mungkin pedas kot untuk sesetgh kaum lelaki (rasanyalah..)

Sebenarnya, ada benda kecik je yang dibuat dek kaum suami ni tetapi membawa kepada sumbangan besar kepada isteri. Sebagai contoh yang paling dekat dengan saya adalah, seorang bapa boleh tolong jagakan anak bila mak diorang buat keje kat dapur. Anak-anak ni teramatlah minatnya nk join mak kat dapur tapi ini tak secara langsung akan membuatkan keje menjadi lambat.

Oleh sebab itu, inilah antara benda yang membawa sumbangan besar kepada isteri. Kan kalau suami tolong jagakan anak iaitu dengan bermain dengan anak, atau alih perhatian anak dari ganggu mak diorang, makanan akan lebih cepat tersedia dan manfaatnya, abah diorang boleh makan lebih awal.

Satu lagi sumbangan yang saya rasa turut membantu. He he...time2 bini ada mood nak buat keje, tolonglah jangan tidur. Kenapa? Sebabnya nnt bini2 sekelian akan merasa jeles dan secara tak langsungnya dia pun malas buat keje. Time ni jangan salahkan bini kalau bini tak buat keje. Dia insan biasa dan dia akan geram kalau suami dia dipandang seolah-olah terlampau 'penyabar' dengan gangguan rumah yang semak, makanan yang tak sempat dimasak dan anak-anak yang terbiar.

Perkara yang sebenarnya kecil ini sebenarnya membawa erti yang besar buat seorang isteri. Jika anda membuatkan jiwa isteri anda gembira, maka dia akan gembira dan akan turut menggembirakan anda semula. Mmm...kesempatan ini saya turut ingin mengucapkan setinggi2 penghargaan kepada 'En Abah' yang berfikir untuk kelangsungan kerajinan Umi...Tenkiu!!!

17 comments:

  1. saya setuju 100%.. memang sesetengah suami tu buat dek jer tengok isteri tu tongang langgang kat dapur.. bukan nak tolong, dia buat2 pejam mata plak.. geram!!

    apa yang saudari tulis ni, memang kena atau dilalui pada ramai pasangan yang dah kawin.. boleh dikatakan hampir 80%..

    ReplyDelete
  2. Anonymous5:07 PM

    Salam..

    Mungkin tips ni boleh digunakan oleh suami-suami budiman sekalian.. Dengan kesibukan tugas harian mmg tak dinafikan suami-suami budiman ni kadang-kadang tak mampu nak menolong isteri dirumah. Walaupun ada yang sama-sama kerja, tapi kadang-kadang suami-suami budiman ni mempunyai tugas-tugas lain selepas waktu kerja. Ada yang terpaksa entertain pegawai main golf, ada yang dengan urusan kemasyrakatan dan lain-lain. Jadi bila suami-suami budiman balik rumah terus merehatkan badan paham-paham jelah. Cuma bagi suami-suami budiman, dalam 2 minggu sekali pada hari Ahad cuba lapangkan masa dirumah dan memasak untuk family.. Bagi isteri tu rehat.. Alhamdulillah ini jadi amalan saya, dan hasilnya sangat memberangsangkan. .. Isteri rasa seperti dilayan bagai pemaisuri walaupun kita masak untuk mereka ni dua minggu sekali je. Maknanya sebulan dua kali... Saya rasa ini sudah cukup memadai bagi menarik kembali keharmonian rumahtangga dan isteri pun takde la nak
    merungut-rungut dgn tugasan lain yang sememangnya tak mampu dibuat oleh suami-suami budiman ni.. Tak percaya? Cubalah... Kalau dapat buat lebih dari itu memang dah cukup baik la tu...

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:11 PM

    Salam ...

    Semalaman saya berfikir tentang isu yang dibangkitkan. Suami dengan
    alasan yang tersendiri dan isteri dengan alasan yang tersendiri. Bila
    direnungkan kembali, dua dua pihak mempunyai hujah yang bernas. Maka
    saya pun membuka kitab lama. Kitab Kursus Mahligai Kasih
    (http://mahligaikasi h.multiply. com). Beberapa kemungkinan boleh
    diandaikan ..

    Mungkin kerana suami masih belum mengenal isteri dan isteri masih
    belum mengenal suami. Lagi teruk sekiranya suami tidak mengenal fitrah
    dirinya sendiri dan isteri pula tidak kenal fitrah diri dia sendiri.
    Bagaimana seorang suami menerima fitrah seorang wanita dan fitrah
    dirinya sendiri dan begitu juga dengan seorang isteri. Masing masing
    kenal benar benar kenal dengan fitrah masing masing dan juga pasangan
    masing masing baru. Hakikatnya, suami dengan kelebihannya dan
    kekurangannya begitu juga dengan isteri dengan kelebihan dan
    kelemahannya. Sekiranya masing masing sedar dan akur bahawa suami
    memerlukan isteri dan isteri memerlukan suami dan kita adalah
    pelengkap maka akan lahir rasa syukur, rasa mawaddah rasa sakinah dan
    rasa rahmah.

    Saling memerlukan dan saling diperlukan akan melahirkan
    kebergantungan, Maka kesinambunganya, suami akan membantu isterinya
    dan isteri akan membantu suaminya. Kerana sekiranya salah seorang
    tiada maka rasa kehilangan amat mendalam.

    Tentunya kunci kepada penyelesaian masalah ialah berkomunikasi.
    Buangkan sifat ego seorang lelaki dan emosional seorang wanita.
    Berbincang dengan rasional. Nyatakan kehendak dan keperluan masing
    masing dan manifestasikan dalam memorandum of understanding.

    Apa kata sertai kursus mahligai kasih? Kenali diri dan pasangan masing
    masing. Apa pun saya doakan agar diberikan yang terbaik dalam
    kehidupan dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.

    Wasalam

    Mohamad Siss M Jamil

    p/s: Wahai isteri kesayanganku, tidak pernah aku melupakan setiap
    sumbanganmu dalam kehidupanku. Semoga Allah swt membalas dan
    memberikan ganjaran yang setimpal kepadamu kerana walau ku kumpulkan
    seluruh harta dunia untuk membalas sumbanganmu, khidmat baktimu,
    ternyata tidak akan mencukupi. Dan apa yang ku harapkan agar kau
    mengerti akan diri ini, aku suamimu.

    Lirik Kopratasa - Permata Untuk Isteri

    Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
    Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri

    (korus)

    Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
    Untuk kau berilti dengan kelembutan
    Untuk kau hargai dengan kasih sayang

    Ku ingin kau jadi wanita mulia
    Yang tahu harga budi dan hati seorang lelaki bernama suami
    Kerana engkau isteri ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini tak semudah
    Yang kita janjikan
    Yang kita janjikan
    Kerana kau isteri ku

    ReplyDelete
  4. Anonymous5:12 PM

    Pertolongan Suami yang dipersoalkan tentang keikhlasan,
    Tanggungjawap suami yang sering dikatakan
    Pengharagaan Isteri adalah semua perkara yang berkaitan.

    Bagi saya hanya mudah,
    Jika kita berbalik kepada asas mengenai tanggung jawap suami,
    disitu kita akan lihat, nafkah yang wajib yang minimum,
    bukan rumah banglo yang diminta tapi ... hanya rumah untuk berlindung dan beribadat,
    bukan emas intan yang dihias dibadan.... hanya pakaian yang menutup aurat,
    bukan makan makanan di restoran yang mewah...... hanya makananan yang halal dimakan.


    Kerana tugas suami ini saya sering umpama kan sebagai alat timbangan, jika isteri dan anak anak ingin meletakkan tanggung beban ...ditambah hari saban hari ... pasti suatu hari nanti ... alat timbangan ini akan patah, apa bila beban dah banyak... pasti keikhlasan alat timbnagan tidak lagi... sebab dia sendiri tidak rela diperlakukan dan dibebani... sebegitu rupa???

    ReplyDelete
  5. Anonymous5:13 PM

    Salam..

    Mungkin tips ni boleh digunakan oleh suami-suami budiman sekalian.. Dengan kesibukan tugas harian mmg tak dinafikan suami-suami budiman ni kadang-kadang tak mampu nak menolong isteri dirumah. Walaupun ada yang sama-sama kerja, tapi kadang-kadang suami-suami budiman ni mempunyai tugas-tugas lain selepas waktu kerja. Ada yang terpaksa entertain pegawai main golf, ada yang dengan urusan kemasyrakatan dan lain-lain. Jadi bila suami-suami budiman balik rumah terus merehatkan badan paham-paham jelah. Cuma bagi suami-suami budiman, dalam 2 minggu sekali pada hari Ahad cuba lapangkan masa dirumah dan memasak untuk family.. Bagi isteri tu rehat.. Alhamdulillah ini jadi amalan saya, dan hasilnya sangat memberangsangkan. .. Isteri rasa seperti dilayan bagai pemaisuri walaupun kita masak untuk mereka ni dua minggu sekali je. Maknanya sebulan dua kali... Saya rasa ini sudah cukup memadai bagi menarik kembali keharmonian rumahtangga dan isteri pun takde la nak
    merungut-rungut dgn tugasan lain yang sememangnya tak mampu dibuat oleh suami-suami budiman ni.. Tak percaya? Cubalah... Kalau dapat buat lebih dari itu memang dah cukup baik la tu...

    ReplyDelete
  6. Anonymous5:13 PM

    Betul....
    Kasihanilah isteri kamu wahai suami oi...
    Penat.. pengalaman saya sendirik.. kengkadang dah jadi tak ikhlas bila penat2.. anak2 nangis2.. tapi nak kena masak jugak.. buat keje rumah dan tunai kan tanggungjawab. .. kemas rumah.. hari2 rasa nak nangis.. letih.. tp takder ruang utk diri sendiri... klau suami tolong.. ringan sikit beban.. saling kasih mengasihi.. saling tolong menolong, kan ringan sikit.. kurang tekanan seorang isteri... mmg smua tu ada pahala.. apasalahnya di kongsi bersama...
    Tolongggglahhh. ..

    ReplyDelete
  7. Anonymous5:14 PM

    nak mencelah sikit...
    seorang isteri menjalankan 'tanggungjawab' rumah tangga kerana ingin mendapat pahala dan keredaan suami tapi suami mempunyai tanggungjawab terhadap rumah tanggatangga kerana diamanah dan dipertanggungjawabk an oleh Allah... yg mana lagi besar tanggungjawab nye? tanya la diri sendiri esp en ali...

    ReplyDelete
  8. Anonymous5:15 PM

    Salam semua,

    Saya tertarik tentang artikel ini, cuma ingin berkogsi pendapat dan pengemalam disepanjang hidup berumah tangga sejak dari tahun 1994, alhamdulillah allah swt dikurniakan 3 cahaya mata, pertama pada tahun 1996 Lelaki, 1998 anak kedua lelaki, dan selepas 10 tahun 4 minggu yang lalu isteri saya telah melahirkan cahaya mata perempuan, dan amat bersyukur kehadrat allah swt di atas kurniaannya. Bukan kata saya ingin masuk bakul dan angkat sendiri, sekadar berkongsi sesama rakan rakan di sini.

    Sebenarnya amalan ini telah saya buat semenjak saya melafaskan akad nikah dan memasang niat dalam hati, bahawa saya akan menjadi seorang yang akan bertanggung jawap kepada keluarga.

    Selepas kelahiran anak pertama sehinggalah sekarang setelah saya berumah tangga selama hampir 14 tahun sudah menjadi tanggungjawap saya, tak tahu lah apa yang saya buat memadai membantu isteri saya.

    Selepas kelahiran an ak pertama, tanggungjawap saya dengan tidak mengira bahawa tugas suami hanya untuk mencari rezeki untuk keluarga, tapi apa yang telah saya lakukan adalah termasuk bangun malam semasa isteri didalam pantang untuk membuat susu, memandikan anak, membasuh kain, mengosok baju, walaupon pada ketika itu isteri juga sama sama mencari rezeki sehingga lah pada kelahiran anak kedua apabila isteri saya menggambil keputusan untuk berhenti kerja kerana ingin mengurus anak sendiri. Cuma pada ketika itu terdetik didalam hati, mampukan saya menanggung dengan pendapatan seorang untuk 4 orang, tetapi allah sentiasa memberikan rezeki yang melimpah ruah.

    Baik saya nyatakan diantara duty harian saya setiap hari dari bangun pagi dari anak mula sehingga sekarang.

    Memandikan anak-anak setiap pagi sebelom pergi sekolah, memakaikan baju, siapkan minuman pagi, kemaskan tempat tidor anak anak, cuci baju pada hujung minggu, gosok baju, tidorkan anak anak, walaupon anak yang sulung trel ah mencecah 12 tahun, adakalanya anak yang kedua berumur 10 tahun masih mandi bersama saya.

    Boleh dikatakan tidak pernah disepanjang tempoh anak pertama lagi sehingga anak kedua sehingga sekarang isteri saya memandikan dan memakaikan baju waktu pagi bila kesekolah, malah anak anak sudah kebiasaan hanya meminta saya untuk memandikan pada setiap pagi.Ini termasuk semasa waktu hujung minggu apa bila saya tidak berkerja disebelah pagi serta petang akan saya lakukan benda yang sama.

    Alhamdulliah 4 minggu lepas isteri saya selamat melahirkan anak perempuan, dan anak kami yang ke 3, setelah hampir 10 tahun tidak berjaga malam, tetapi tanggungjawap tersebut masih tetap disempurna, walaupun isteri saya telah mencecah 44 tahun dan lebih tua dari saya 3 bulan.

    Pengalam ini bukan untuk menunjuk, tetapi bagi saya, apa yang saya dapat dengannya, persafahaman sentiasa ujud, antara isteri dan anak anak, kehadiran anak ke tiga disambut dengan punuh kasih sayang.

    Kepada para Suami saya ingin kongsikan bersama apa petua saya setiap hari, sebelom turun tangga untuk ke pejabat, pastikan anak anak bersalam dengan kedua ibubapa, dan sudah menjadi kebiasaan saya saya akan mencium dahi selain pipi kiri dan kanan isteri, kerana sekiranya kita mencium dahi isteri kita, kasih sayang kita terhadap isteri akan lebih mendalam. Amalkanlah cara ini Insyallah rumahtangga kita akan harmoni.


    Sekadar kongsi pandangan

    ReplyDelete
  9. Anonymous5:17 PM

    Salam untuk semua,

    Buat semua para suami yg menjadi KHALIFAH di muka bumi.
    Tugas anda besar dan tanggungjawab anda berat.
    Anda adalah ketua rumahtangga. Sekiranya isteri menunjukkan rasa
    tidak puashati terus di label tak ikhlas ataupun berdosa.
    Pernah tak anda sebagai kapten rumahtangga mencari sebab kenapa boleh
    jadi macamtu.Tak guna berdiri mendabik dada sbg Khalifah tetapi perkara
    yg semudah itu pun anda tidak mampu untuk mencari puncanya.
    Masa bercinta segalanye mudah,kenapa bila sudah tinggal serumah...
    tidur sekatil....pendapat an isteri di kongsi (bagi isteri yg
    bekerja),segalanye
    jadi payah.Tepuk dada tanya selera wahai para suami budiman.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  10. Anonymous11:08 AM

    Salam untuk semua muslimin dan musliman, saya rasa nak mencelah
    sedikit bab isteri buat kerja dan suami tidur.?! Saya nak tanya kenapa
    isteri perlu jeles dan rasa malas nak buat kerja di sebabkan suaminya
    tidur. Adakah isteri itu buat kerja tak ikhlas ataupun rasa terpaksa
    bukan kerana Allah atau tanggungjawab? ! Isteri sekarang mungkin tak
    tahu atau tahu buat tak tahu atau malas nak tahu yang mereka buat
    kerja rumah kerana Allah kerana suami dan anak2 serta kerana
    tanggungjawab itu mendapat pahala yang besar di sisi Allah yang mereka
    pikir apa yang mereka nampak dan tak terpikir yang mereka tak nampak.
    Sedih rasanya sebab selalu saya pesan pada isteri saya masak perlu
    ikhlas sebab jika masak ikhlas makanan yang masak ringkas tetapi
    nikmat kesedapannya sungguh sedap dari makanan masak banyak nampak
    sedap tapi bila makan tak sedap itulah tanda keikhlasan yang kita tak
    nampak Allah maha kuasa cuma kita saja yang tak mahu ingatinya. maaf
    jika kata saya ini pedih tetapi itulah hakikatnya. Suami tolong atau
    tidak itu kehendak masing2 yang tidak boleh dipaksa sebab bagi saya,
    saya suka ditolong ikhlas dari tolong tapi menyakitkan hati bukan nak
    kata saya baik tetapi jika saya berjaya selesaikan kerja saya, saya
    rasa sungguh nikmaynya bekerja untuk seseorang yang saya suka atau
    sayang. wallahualam yang baik dari Allah yang buruk dari
    kita......maaf ye


    Jawapan sitisifir10 : kalau isteri tu masak tak ikhlas, baik tak payah masak ajelah kan? ha ha

    ReplyDelete
  11. Anonymous11:09 AM

    Pndpt cik siti sifir amat bernas..dlm zmn skrg kite suami isteri kn la bertolak ansur sbb dua2 pon bekerja..kalau xde tolak ansur, maka rumahtangga akan hambar..dlm bab memasak, rsnya kita lebih maklum dlm islam tggjwb seorg suami adalah menyediakan makan, pakai dan tmpt tggl utk isteri..sbg contoh, maksud makan di situ ialah, dr segi mencari duit utk membeli mknan, memasakkn dan menyuapkn utk isteri..baru la terlaksana tggjwb seorg suami..tp pd zmn skrg suami menyerahkan perkara tersebut kpd suami dgn alasan itu adalh tggjwbn seorg isteri..adat turun menurun yg dijdkn ikutan bukan keIslaman yg menjadi pegangan..tp para isteri ttp menjalankn "tanggungjwb" spt yg dikatakan suami dgn penuh kasih syg..
    mgkn bg En Mohd Ali, apa yg diperkatakn oleh Siti Sifir mengguris hatinya..kerana? beliau tergolong dlm para suami yg tidak berfikir..maaf la sekiranya tuduhan tu agk kasar..tp sy pasti hny mereka yg mkn cili akan terasa pedasnya..
    Wassalam...

    ReplyDelete
  12. Anonymous11:11 AM

    saya pun sokong pendapat cik siti sifir & hezrina. dan saya rasa En Mohd Ali terlalu emosional dan ego nak pertahankan bahawa semua keja2 umah tanggungjawab isteri. Mcm yang hezrina tulis..zaman sekarang ni suami isteri dua2 bekerja. Dalam Islam, isteri tak perlu bekerja sebab tanggungjawab cari nafkah zahir untuk keluarga adalah si SUAMI. tapi kalau isteri nak bantu suami + keluarga..adalah dibolehkan bekerja. oleh sebab itu, sepatutnya kerja-kerja rumah, suami kena tolong. Isteri yang bekerja..pergi kerja pagi..balik kerja petang..sama jugak macam suami. tapi balik kerja je..sampai2 rumah..isteri kena terus masak untuk makan malam keluarga..kena layan anak2...kena kemas rumah yg anak2 dah sepah2kan..kena basuh baju..lipat baju..gosok baju..kena layan suami.. tapi suami selalunya..balik keja je..sampai rumah..terus duduk baca suratkhabar. .mandi..rehat2. .tunggu isteri masak..kalau isteri lambat masak..marah2 kelaparan..anak2 bising..marah2. .tengok
    tv..rehat2.. ngantuk.. tido..

    Jadi..kesimpulannya ..apa la salahnya..kalau masa isteri tengah masak tu..suami tolong layan anak2..tak pun tolong gosok baju ke..tolong lipat kain baju ke..kemas2 rumah ke..tak pun suami pulak yang tolong masak untuk keluarga sekali sekala..kan bahagia macam tu..bila suami pun ikhlas nak bertolak ansur dalam urusan rumah tangga..secara automatiknya. .isteri sudah tentu teramat ikhlas nak melayan suami dan keluarganya. saya percaya golongan isteri memang ikhlas untuk menguruskan rumahtangga dan melayan suami..dan para isteri juga sedar bahawa semua tu tanggungjawab kerana Allah Taala. tp suami sebagai ketua keluarga perlu lebih tahu bertolak ansur dan bukannya menjadi ketua yang tidak berhati perut yang membiarkan 'orang-orang bawahannya' membuat semua kerja sedangkan sang ketua itu duduk bersenag lenang. ini institusi keluarga..jadi sikap bertolak ansur tu tersangat lah pentingnya.. saya rasa itu je yang para isteri minta daripada golongan suami
    semua..betul tak?

    ReplyDelete
  13. Anonymous11:12 AM

    Salam ..

    Agak menarik soalan ini. Soalan ini telah diutarakan dalam satu
    kursus yang pernah saya sertai. Kenapa lelaki suka tidur hujung
    minggu?

    Jawapan saya, biarlah lelaki menggunakan beberapa jam dari hujung
    minggu dia dengan melakukan apa sahaja yang dia suka termasuk tidur.
    Biarkan lelaki itu berehat sama ada mindanya mahupun fizikalnya. Cuma
    mungkin limitkan sedikit masanya. Mungkin 3 jam atau 4 jam.

    Sebenarnya menjadi seorang lelaki memang meletihkan dan memenatkan.
    Di pejabat beliau seorang kuli mahu pun boss, namun beliau tetap
    seorang pekerja. Dan di rumah beliau merupakan ketua keluarga, seorang
    ayah dan seorang suami dan sepanjang masa beliau adalah seorang anak.
    Dalam seminggu, banyak benda yang difikirkannya. Kewangan, makanan,
    kerja, politik, isu semasa dan pelbagai lagi. Dan dalam seminggu
    biasanya seorang lelaki memerlukan beberapa jam untuk dirinya sendiri.

    Ada lelaki yang memancing, mencuci kereta, mengadap komputer, ke
    pasar, berdating dan macam macam lagi termasuk tidur. Semua itu
    dilakukan kerana minda mereka letih. Cuba lihat setelah seorang lelaki
    itu berehat, biasanya performancenya kembali ke tahap yang baik. Kalau
    tak maka tak cukup rehatlah tu.

    Kadang kadang ada yang bertanya, kenapa suami aku mudah panas baran,
    sikit sikit nak marah, tegur sikit dah mengamuk, suruh sikit dah
    melenting. Bukan kena buatan orang tapi cuba check balik semula sama
    ada suami itu cukup ke rehatnya? Terjaga ke makanannya?

    Saya tak nafikan bahawa isteri juga perlu berehat. Give and takelah
    .. Suami tidur, isteri buatlah kerja. Bila isteri tidur ... hehehe
    suami pun tidur samalah .. Memberikan sokongan pada isteri ..

    Mohamad Siss M Jamil

    ReplyDelete
  14. Anonymous11:13 AM

    Salam semua,

    Saya adalah seorang suami kepada seorang isteri. Tanggung jawab saya
    antara lain terhadap isteri dan keluarga saya adalah; menyediakan
    tempat tinggal, menydiakan makan-minum dan menyediakan pakaian; dan
    pelbagai tanggun jawab lain.

    Isteri saya tidak bertanggung jawab untuk menyediakan makan-minum
    saya, atau pakaian, atau mengemas rumah saya. Kalau dia tidak
    melakukan itu semua, dia tidak nusyuz. Kalau dia melakukan; ganjaran
    pahalanya amat besar dari Allah SWT. Berbanding dari apa yang dia akan
    dapat dari saya.

    Wahai para suami, saya meneru kepada diri saya dan anda semua
    rendahkanlah ego anda dengan melaksanakan tanggung jawab kita semua
    dengan tidak menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggung jawab
    isteri. Kalau nak diberikan sebagai tugas maka kenalah diberikan upah
    yang setimpal. Janganlah diterbalikan pinggan mangkok kalau isteri
    masak tak sedap.

    Sekian, wallahu'alam.

    ReplyDelete
  15. Anonymous11:13 AM

    Salam,
    Pokok ialah ada kerjasama di antara di antara suami dan isteri dalam semua perkara. Kalau rasa tak ikhlas dlm menolong, cuba paksa hati itu supaya ikhlas, paksa, paksa, hehe..motivate.
    Hakikatnya ialah suami isteri saling memerlukan bantuan di antara satau, saling memerlukan bantuan masing-masing, dan kita hanya perlu berfikir sedikit sahaja untuk mengetahui apa yang perlu dibantu..hanya nak tak nak saja (seperti tajuk buku HM Tuah). Kalau nak bantu, seribu alasan dapat diatasi, kalau tak nak seribu alasan dapati diberi.

    Kesimpulan: bantu la isteri anda setakat termampu. Zaman sekarang bukan seperti zaman dulu dimana hanya suami sahaja bekerja dan isteri di rumah boleh beranak sehingga sedozen...lain sangat sekarang ini, jauh beza. Jadi peranan pun perlu ubahsuai..disampain g peranan asas yg tetap tidak berubah..

    Liyas-suami

    ReplyDelete
  16. Anonymous5:42 PM

    (Senyum..)

    Thanks Makcik Siti Sifir atas pandangan2 bernas dalam isu kekeluargaan..

    Ramai nampaknya yg minat memberi komen, takut takut nk declare nama sbnr.Takut nanti ketahuan dek suami2 or isteri2 kut .. :-)

    Teguran yg membina dan terbuka semestinya wajar jadi MENU UTAMA dalam ssebuah keluarga. Semoga apa yg dikongsikan berguna utk semua..(tkmo komen lelebih..hihi)

    ReplyDelete
  17. anak ramai tak pe, kalu ibubapanya baik dan pandai didik.... semoga bumi allah ini dipenuhi dgn hambanya yang baik-baik... .. teruskan usaha mama yang penyayang... .

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!