Monday, August 11, 2008

Sindrom Anak Kedua


Bismillah,

Sebenarnya telah lama saya memendam tajuk ini. Ini adalah kerana perkara ini adalah sangat mengganggu perasaan saya. Namun saya menyedari akhirnya, sindrom ini bukan tiada ubatnya. Ubatnya ada dan caranya sama dengan anak ke tiga ke sepuluh atau anak keberapa sekalipun.

Berbalik kepada prinsip yang saya percaya, setiap sesuatu itu ada puncanya. Jika di hujungnya salah, maka lihatlah kepada punca itu. Seterusnya rawatlah punca itu dengan saksama. Bagi saya adalah mustahil atau susah untuk menyelesaikan sesuatu itu tanpa mengetahui puncanya.

Sebenarnya, perkataan ini muncul bila saya tengok Dr Fadhilah Kamsah dalam TV atau majalah saya tak pasti. Tapi dia mengatakan ada perkara ni. Sindrom ini terjadi bila mana satu2 keluarga tu meminggirkan anak kedua lantaran anak pertama tu dia sayanglah sebab yang tu anak pertama. Then bila ada anak ketiga, dia akan rasa terpinggir sebab anak pertama masih tak hilang prioriti dia dan anak ketiga dimanjakan sebab dia yang paling kecik.

Keadaan ini sangat padan dengan orang yang saya perhatikan. Saya rasa betul dia kurang diperhatikan oleh ibubapanya sehingga dia jadi begitu. Namun begitu, anak kedua akan cepat pandai berdikari sekalipun mereka sukar difahami.

Berbalik kepada permasalahan yang selalu timbul dalam hidup mereka, puncanya hanya itu. Mereka kurang mendapat perhatian ibubapa. Setelah itu, mereka terjebak dengan kehidupan yang kurang mendidik di luar rumah. Maka perangai tak elok itu akan trus menjadi sebati dalam kehidupan mereka.

Sekalipun di umur mana mereka, apabila sahaja kita ingin membantu, kaedah bercakap secara lembut saya rasa jarang gagal. Sekalipun gagal, kita telah mencuba untuk mengubah mereka bukan? Mungkin ketika bercakap atau menasihati mereka, adalah lebih baik duduk di sisi mereka dari duduk berhadapan. Kerana apabila kita berhadapan, tidak ada galakan untuk kita menyentuh mereka dan apabila mereka memandang wajah kita, mereka pula akan malu bersuara.

Berbanding duduk di sisi, kita akan mudah untuk memeluk bahu mereka dan mereka akan bercakap dengan kita tanpa rasa malu. Memang dorongan untuk menasihati pada setiapp orang itu adalah pekerjaan yang susah. Sekalipun kita pandai berceramah di khalayak ramai namun bagaimanakah sumbangan kita bila kita hanya berduaan dengan mad'u (iaitu golongan yang didakwah).

Sebenarnya, saya terlalu lama mahu mendekati satu jiwa ini kerana saya sayangkan dia. Tapi adalah susah untuk melakukan ini kerana saya melihat dia terus2an tidak mendapat sokongan ahli keluarganya yang lain. Namun saya cubalah juga melakukan sesuatu yang terbaik dan semoga hati itu berubah.

Apabila melihat Usamah (my 2nd son) saya sering berdoa, semoga sindrom ini tidak menguasai dia. Saya sedar adakala benar saya melayan dia seperti yang saya nyatakan di atas. Namun saya pohon, kebanyakan masa agar saya sedar saya meminggirkan anak dan saya akan memperbaiki keadaan tanpa lengah.

Usamah, kalau umi terlebih garang ke, bukan sebab umi terlebih sayangkan kakak, atau kadang umi tak cubit Uwaiys atas satu kesalahan yang sama bukan sebab umi tak sayangkan Usamah. Umi sayangkan Usamah sama macam Umi sayang kakak, Uwaiys dan Arwa. Cuma Usamah perlu banyak belajar sbb tanggungjawab umi, bagi anak2 umi besar dalam keadaan yang terdidik. Maafkanlah umi ye kalau umi ada terlebih ganas dengan Usamah...

Buat jiwa yang saya ingin dekati itu, jika terbaca ini maka ketahuilah, yang 'Kak sayang sangat pada hang, semoga ALLAH akan memberikan hidayah pada hang sesegera yang mungkin. Umur kita makin pendek. Jangan turutkan sangat layanan orang pada kita kerana ALLAH sentiasa bersama dengan kita.'

7 comments:

  1. Anonymous5:54 PM

    huhuhuh.. betol tuu.. sy pun slalu terpinggir dan akhir nyer meminggir diri... skrg dok sorang2.. jauh dari saudara mara.. dah terbiasa dgn keadaan mcm ni mnyebab kan sy hanya pandai idup menyendiri. risau gak nak berkeluarga nanti.. takut tak leh nak sesuaikan diri...

    ReplyDelete
  2. Anonymous5:56 PM

    salam
    heheh
    aku setuju sgt dgn new post dlm blog ko
    sindrom anak ke -2
    memandangkan aku anak ke -2
    dan segala yg ko tulis benar2 belaka
    cuma nasib baik
    di penghujung jln
    aku memilih utk jadi org yg berguna
    sbb dah la terpinggir
    kalo jadi apa2 tah
    lagi rugi
    tade sape nak heran
    at least i did it for my self
    my future

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:07 AM

    Salam.
    Saya ada 3 org adik beradik. Setiap org punya karekter yg berbeza. Anak kedua paling keras tapi paling sensitif. Mudah memberontak, tapi ada ketika dia memberontak dlm diam. Indipendent dan kuat semangat. Itulah kakak saya...

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:09 PM

    Ibu bapa kita ada cara dan kaedah yang mereka rasa yang terbaik buat
    diri mereka. Setengah atau lebih dari mereka tidak pernah menghadiri
    sebarang kursus secara formal untuk mendidik anak. Dan mereka juga
    mempunyai perasaan sama seperti kita. Rasa kasih dan sayang serta
    melebihkan seseorang dari pada seseorang andalah normal dan lumrah.
    Kita sendiri bila ada anak anak, pasti kita akan melebihkan seorang
    anak dari yang lain. Persoalannya jangan sampai mengabaikan yang lain.
    Apa yang boleh saya cadangkan ialah, jangan difikirkan sangat.

    Sebagai seorang anak, tugas kita ialah untuk berbakti pada mereka.
    Kita perlu fikirkan bagaimana nak berbakti pada mereka. Salah satu
    dengar suara hati mereka. Fahami kehendak dan keperluan mereka. Jangan
    ikutkan perasaan.

    Yang paling utama, doakan mereka. Sayangi mereka. Mereka marah pada
    kita bukan kerana mereka benci tapi kerana mereka sayangkan kita.

    ReplyDelete
  5. Anonymous7:25 PM

    siti sifir...
    saya pernah baca n dengar pasal ni...saya pon anak kedua...n saya rasa apa yg diperkatakan oleh Dr Fazillah betul...sbb dia ada kajian..pastu org belajar pyschology pon akui benda ni..
    saya sendiri anak kedua...anak kedua dari 3 beradik...ada abang n adik perempuan... emmm....saya lebih berdikari, lebih emosi n sukar dipahami...berani amik risiko...n survivor...degil. ..semua ada laaaa...
    nak cerita panjang lebar...cukuplaa apa yg saya katakan di atas....saya dah rasa...

    ReplyDelete
  6. Anonymous1:37 PM

    Assalamualaikum wbh,
    Sindrom anak kedua atau middle child syndrome...berkaita n lebih kepada psikologi.Di sinilah sebenarnya kemahiran keibubapaan perlu dititik beratkan dan teruji.
    Kebanyakan anak kedua atau tengah sering diakui sebagai terlalu berdikari,degil, agresif,suka menyendiri,sensitif dan kadangkali suka menarik perhatian org lain dgn bertindak nakal atau terlalu aktif.Saya akui sifat2 ini kerana saya sendiri adalah anak kedua dan sifat2 ini telah sebati dengan diri saya sejak kecil lagi.Sifat mudah terasa dan sebagainya membuatkan saya mencari alternatif agar saya juga diberikan perhatian oleh orang lain di sekeliling saya.Alhamdulillah dgn kurniaan Allah,saya dilebihkan sedikit dari segi intelektual berbanding adik-beradik yg lain.Saya bersyukur kerana org tua sy tidak penah meminggirkn saya dari adik-beradik yg lain atas sifat dan sikap saya.Cuma mungkin kekadang saya yg mudah sensitif dan terasa dgn sendirinya meminggirkn diri saya sendiri.
    Bagi saya anak kedua perlu menggunakan sifat-sifat dominannya utk bertindak lebih positif.Jangan terlalu mengikut perasaan dan bertindak la dgn rasional.Gunakanlah sifat2 negatif yg dominan itu utk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  7. Anonymous2:19 AM

    Salam,
    mmg. aku no 2 dr 3 bradik. aku akui semua fakta mahupon penyata di atas betul. cuma nak tambah skit, no 2 byk pendam. tak kira la pendam ape pon, diatas sebab2 kelebihan 1 atau 3. maka, berlakula evolusi baik yg elok atau sebaliknya. kesudahannya ialah bagaimana dia manipulate output tu ke kehidupan dia. Cth: no 3 dpt beskal, jd no 2 tidak sesekali mintak beskal dr parents dia sbb dia paham no 3 patut dpt sbb keadaan semasa semestinya yg bongsu dpt lebeh. jd no 2 pendam2 je berazam nak beli pe pe tanak mintak dr parents. nak beli sendri. so terbwak2 hingga dewasa. byk lg yg unik nak cite, tp takut yg lain terasa, aaaaa ni pendam la ni aaaaa utk jaga ati byk pihak. harap takde sesapa tersinggung.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!