Wednesday, January 09, 2008

Mendidik Berdasarkan usia


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ibu bapa hendaklah menyuruh anak-anak solat ketika berusia 7 tahun dan sekiranya mereka enggan, maka hendaklah ibu bapa merotannya pada usia 10 tahun."

Hadis ni biasa kita dengar tapi berapa org dari kita yang mengamalkannya? Saya menulis ini dengan rasa bimbang bila melihat org tertentu yang tidak mengamalkan mengejutkan anak pada waktu Subuh terutamanya untuk solat. Waktu solat yang lain lebihlah dirunsingkan bila kita keluar bekerja, maka siapa yang mengawasi anak tu?

Biarlah kita susah di umur ni untuk memujuk diorg. Memang kalau diikutkan, umur anak kita yang kecik tu rasa kesian nk kejut solat. Tambah pulak kita rasa nyusah je kejut awal kang kene buat keje utk layan dia pulak. Akibatnya, perbuatan ni akan menyusahkan kita di masa mendatang.

Ada simpulan bahasa ke peribahasa ek yang mengatakan, melentur buluh biarla dari rebung. Musti ada sebab kan kenapa peribahasa ni jadi ada? Memang alam ni dia ada kaitan utk manusia. Itu yang dikatakan setiap kejadian ada hikmahnya. Dengan mengambil penagajaran dari alam, kita aplikasikan hikmahnya dalam kehidupan kita.

Kenapa usia 10 tahun baru dirotan. Umur ini adalah umur paksa. Pada masa ini mereka akan lebih memahami maksud hukuman. Mereka akan tahu bahawa memang kompem salah kalau tak buat. Jadi, bertindaklah berdasarkan apa yang telah di ajarkan. Jangan lewat sangat memulakan mengajar anak solat. Kaedah yang terbaik adalah kita suami isteri sentiasa solat secara berjemaah jika ada peluang.

Juga bila diperhati cara Rasulullah SAW memberi nasihat,baginda akan memastikan nasihat baginda singkat, pendek, padat dan tak bosan. Elakkan dari berleter2 masa memberi nasihat supaya nasihat tak jadi complicated. Ha ha… ni sambil2 nk bgtau kalau berleter tu, apa yg kita buat adelah menjadikan keadaan complicated…

Oklah, saya percaya lebih ramai lagi yang lebih pandai…semoga ada yang sudi berkongsi ilmu lain dengan saya…

Berusaha membuat suami tertarik


Bismillah, ala pakai magnet tak jadi ke nak tarik suami? Ha ha…terlintas ke tajuk ini membuatkan saya ingin mengulang beberapa idea yang dilontarkan di dalam artikel asal tuannya. Mungkin ada yang boleh dimanfaatkan oleh kita para isteri tapi utk suami, tak aci aa kalau kita jenus tarik tapi korang suami asyik tarik ke lain pulak..ikutlah (hargailah) tarikan geng-geng kitorang nis…

• Selalu berdoa agar suami menyayangi kita  kat mana betulnya? Sebab hati suami itu adalah milik ALLAH SWT. Maka menjadi hak ALLAH utk mengatur hati si dia bagaimana. Sebagai hamba, hendaklah kita rajin berdoa kerana orang yang berdoa itu dekat dengan ALLAH SWT.
• Prihatin  tanpa bertujuan merimaskan, soallah XTVT harian diorg. Namun perlulah diingat jangan la nampak mcm polis yang tangkap penjenayah walaupun kadangkala suspek kita itu kelihatan benar-benar sedang melakukan kesalahan. Maksud saya tentang prihatin adalah, amik tau susah senang dia kat opis tadi. Kalau dia enjoy, kita pun tumpang hepi kan, dan kalu dia tensi, tumpang2 aje geram dia utk kasik dia semangat.
• Masa berkualiti  musti mau ada masa duduk setempat dan duduk rapat2. kalau can besar gi dok peluk2 atas katil ke. Memang kite surirumah bz banget layan anak lagi, layan keje umah lagi tapi kite punya suami kalau tak dilayan nnt lagi berat la kes dia.
• Hadiah  boleh tya kesukaan dia (kalu baru kawin) pada keluarga terdekat. Kalu dah lama kawen, takkan takleh tangkap taste dia lagik kan. Biasa diorg ni tak appreciate benda yg besar2 sangat tapi benda yg kita nk kasi musti touching mcm masakan. Tapi kalau masak sedap2 tapi tak cakap, ‘this is special 4 u’ maka susah la jadik spesel.
• Pujian  biarlah dia tak encem, kate jek dia encem sbb dah dia suami kan? Jangan berani2 kata org lain encem tau…tak baek…benda lain yg wajib puji adelah apa sumbangan dia pada kita mcm tolong sidai kain ke, even dukung anak sementara kita masak ke…
• Pujuk  yg ni tak semua laki nak. Ada yg prefer dia sejuk sendrik je, maka biarla dia sejuk sendiri, takyah susah2 nk kipas kasi sejuk. Tapi kalau dia hya akan sejuk dgn kita mengipas, maka kipas cepat2, kalau tak buat susah je gaduh lama2. kang nk mintak tolong gi kedai pun kita yg terkial-kial….
• Jangan biarkan suami menunggu terlalu lama terutama bila bersiap  ha ha, yg ni mmg basically org perempuan ramai gitu, pelik ek... suami ekceli kene cakap nk kluar kul 5 if u all wish nk bertolak kul 6..ha ha. Tapi ye jugak kita org perempuan, bagi saya guidelinenya, biarla kemas tudung dan baju bergosok. Kalau yang tu dua bergosok saya dah tak runsing sbb saya siap2 tak guna cermin.
• Ucapkan tenkiu kat suami kalau dia bgtau nk balik lewat. At least dia tak buat kita risau. So, selalu la pesan kat suami kalau dia nk balik lewat ke, nk gi out stesen ke, tolong bgtau ek…
• Bila suami mintak tolong, jangan berlengah-lengah. Sebenarnya saya rasa pesanan ni seswai lagi kat org laki sbb yang biasanya diorg ni kot yg sll berlengah..ha ha…ade sape tak setuju?
• Ucapan sayang  sekalipun kita panggil dia sayang, tapi dia panggil kita ‘ehem,ehem’ jangan putus asa. Sll bgtau yang kita sayang kat dia…kasik dia cair dgn itu punya kata-kata
• Kalau kita marah, jangan bising2  buang karan jek kalau kecoh2 nis. Sllnya diorg sedar kita marah so, diam sampai rasa sejuk, bgtaulah ape yg kita marahkan sangat tu secara sopan…jangan tengking2 ek…
• Bagi perhatian  kalau suami bercakap, eloknya tgklah muka dia, dan dengar agar kita boleh respon kalau seswai. Walaupun kalau kita cakap dia lagi suka tgk paper atau formula 1 kat TV tapi jgn layan dia mcm dia buat tu.
• Peluk suami  nak peluk sape lagi kalau tak peluk suami? Bila kita peluk suami kita, akan mengalir elektrik yang berarus tinggi hingga ada kejutan dalam hatinya. Hasilnya, dia akan lebih kasih pada kita insya ALLAH. Berapa kali mau peluk? Saya tak nak bg setting tap ink bgtau kalau ada peluang, peluk je…jgn tangguh2..
• Bab tepon  kalau suami jenis kerap jumpa customer, atau suami sll handle meeting baik jgnla tepon kerap2..nnt buat kacau jek. Dia pun risau org kata dia kene Queen control dgn kita. Tapi kalau dia suka, tepon la dgn kerapnya…atau SMS kan lebih mudah…
• Kaedah mintak tolong  jgn paksa2, as I said tadi, diorg ni sllnya amik masa sikit seblom buat apa yg kita mintak. Kalau dah kompem dia tak suka satu2 keje sbg cth basuh pinggan, so jgn la paksa kang kesudahannya lain je la..
• Jaga penampilan  walaupun kita tak lawa, tapi kene la sikat rambut kasi lawa, ikat la kalau mengerbang, bau jangan bucuk esp seblom masuk tidur
• Ajak dating  sekali-sekala cari masa utk berdua dengan dia jek…

Sebenonya, teknik ni biasa2 je tapi ramai yg tanak biasakan. Ramai dari kita yang lebih rela membiarkan ‘fasa mendatar’ dalam perhubungan berlangsung begitu lama sehingga menjadikan keadaan susah untuk dibaiki. Saya sarankan sebeku mana sekalipun hubungan kita suami isteri, jangan kekok2 utk kembali mesra. Walaupun nampak teruk utk mula, tapi lama2 ‘alah bias tegal biasa’ kan? Kadang2 tu sambutan dari pasangan juga membantutkan tapi jgn lemah dengan sambutan dingin tu. Belasah jek slow2..baik ada sikit dari takde langsung kan????