Wednesday, January 09, 2008

Mendidik Berdasarkan usia


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ibu bapa hendaklah menyuruh anak-anak solat ketika berusia 7 tahun dan sekiranya mereka enggan, maka hendaklah ibu bapa merotannya pada usia 10 tahun."

Hadis ni biasa kita dengar tapi berapa org dari kita yang mengamalkannya? Saya menulis ini dengan rasa bimbang bila melihat org tertentu yang tidak mengamalkan mengejutkan anak pada waktu Subuh terutamanya untuk solat. Waktu solat yang lain lebihlah dirunsingkan bila kita keluar bekerja, maka siapa yang mengawasi anak tu?

Biarlah kita susah di umur ni untuk memujuk diorg. Memang kalau diikutkan, umur anak kita yang kecik tu rasa kesian nk kejut solat. Tambah pulak kita rasa nyusah je kejut awal kang kene buat keje utk layan dia pulak. Akibatnya, perbuatan ni akan menyusahkan kita di masa mendatang.

Ada simpulan bahasa ke peribahasa ek yang mengatakan, melentur buluh biarla dari rebung. Musti ada sebab kan kenapa peribahasa ni jadi ada? Memang alam ni dia ada kaitan utk manusia. Itu yang dikatakan setiap kejadian ada hikmahnya. Dengan mengambil penagajaran dari alam, kita aplikasikan hikmahnya dalam kehidupan kita.

Kenapa usia 10 tahun baru dirotan. Umur ini adalah umur paksa. Pada masa ini mereka akan lebih memahami maksud hukuman. Mereka akan tahu bahawa memang kompem salah kalau tak buat. Jadi, bertindaklah berdasarkan apa yang telah di ajarkan. Jangan lewat sangat memulakan mengajar anak solat. Kaedah yang terbaik adalah kita suami isteri sentiasa solat secara berjemaah jika ada peluang.

Juga bila diperhati cara Rasulullah SAW memberi nasihat,baginda akan memastikan nasihat baginda singkat, pendek, padat dan tak bosan. Elakkan dari berleter2 masa memberi nasihat supaya nasihat tak jadi complicated. Ha ha… ni sambil2 nk bgtau kalau berleter tu, apa yg kita buat adelah menjadikan keadaan complicated…

Oklah, saya percaya lebih ramai lagi yang lebih pandai…semoga ada yang sudi berkongsi ilmu lain dengan saya…

3 comments:

  1. Anonymous5:30 PM

    betul apa yang awak perkatakan n smpai kan tu...

    ReplyDelete
  2. Suka blog anda..

    ReplyDelete
  3. you have a Very Nice Blog.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!