Sunday, April 29, 2007

Nak Beli Umi Lain!!



Sangat Innocent, Am I?
Assalamualaikum,
Huhu...Sedih tak dengar? Anak sendiri yang umur baru 3 tahun dah nak beli umi lain. Waaa........saya dah melupakan kata2 yang kluar dari mulut Asmaa' ni tapi setelah berfikir perkara apa yg mahu ditaip hari ni, serasa mahu terkeluar semula airmata saya.

Teringat saya tak pasti dimana tapi rasanya di http://www.tranungkite.net/ ada seorg ibu bercerita anaknya mahu keluar dari perut mak lain. Tak sedih ke? Saya baca cerita org dah cukup sedih tau. Ni pulak yang jadik kat diri ku sendrik...Uhuk..

Puncanya, dia terkencing kat luar bilik air. Mungkin silap saya juga ye sbb tak memantau berapa lama dia bertahan tapi rasanya sekarang dia dah jauh berubah. Kalau dulu kene kerap bertanya, sekarang dia yang bgtau sendiri. Tapi mungkin sbb terlalu ralit sangat bermain sampai dia tak teringat.

abah dia pulak sedang keletihan. Saya pulak tgh kelaparan. Jadi kitorg pakat nak denda dia. Bukan pukul pun, cuma kata kakak duduk la situ umi dgn abah tamau angkat. Tak sampai pun seploh minit uhuk. "Kakak nak beli umi lain, Kakak nak beli abah lain."

Nasik yang masa tu dalam mulut tiba2 tukar jadi batu. Air mata mengalir automatik. Tak laju tapi Tuhan sahajalah yang tahu perasaannya bila anak kata mcm tu. Ya, Asmaa' masih kecil tapi bg saya, saya tetap mahu anak saya tidak berasa kecewa dgn saya. Saya mahu anak saya rasa saya berharga dalam hidup dia. Ah!!Gagalkah saya ketika ini?

Perjalanan Asmaa' dan adik2 dia masih jauh. Tapi kakak jgn risau, umi rasa umi akan kenang perkara ini bukan sebagai perkara yang melukakan hati umi. Sama-sama kita berdoa moga keadaan akan bertambah baik setiap hari. Nampaknya saya perlu mencari pendekatan terbaik utk memberi pengajaran kepada anak.

MM..Terlalu emosi hari ini. Saya pohon maaf. Telah saya cuba elakkan tapi perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa saja. Dia kan masih kecil masih innocent.
Mujur jugak dia mintak nak beli abah sekali. Kalau dia mintak nak beli umi lain je, musti abah dia sibuk2 nak kumpul duit nak belikan umi baru ahaks. Maka bukan setakat nasik leh jadi batu, silap2 lidah umi pun jadik batu nak!!

Macam mana pun, semoga ada manfaatnya pada semua...

Saturday, April 28, 2007

I'm Still Alive

Just nice kalau tak BCB nih akan kene langgar.. Bank tu kalau pecah uiiyyoo!!!
Bayangkan kalau ada seseorg melintas secara kebetulan di sini?
Erk keciannya signboard Gelombang Biru yang selama ni megah disini. Sudahlah jatuh, dipijak pula...OO..Kan dah takleh guna takpe leh buat yang baru :)
Cuba perati depan lori dekat sangat dah kan dgn bangunan UMNO nis..

Assalamualaikum,
Uh ngeri tak tajukni? Kalau baca sekali lalu mmg nampak tak ngeri tapi kalau difikirkan selalunya org dgn jenama sitisifir10 ni anto emel, tiba2 dah takde dah. Kalau org tak heran saya tak kecik ati tapi saya dah ramai kawan yang boleh dijadikan kawan dlm ertikata sebenar mll emel2 saya.

Alkisahnya, pagi tadi saya nak beli tisu. Sebab nak beli tisu, kasut saya kene lecah smlm kat satu tempat ceramah. Lagipun nanti susah org nak pakai Contact Lens kalau takde tisu. Ah, ni semua alasan. Sedang saya melangkah kaki, mengelak lopak2 yang basah atas tanah, tiba2 ada benda bergegar2 bunyi.

Saya memang nampak real kejadian ni betul2 depan mata. Kamera dalam handbag, mmglah takdan nak tangkap dia berlanggar. So, saya patah balik kedai tpt saya bekerja dan ajak member pergi tgk. Mcm biasa mestilah kita doakan moga tak ada apa2 yang berlaku. Org pun memenuhi jalan.

Alhamdulillah memang tak ada kemalangan jiwa tapi pemandu kereta tu dibawa juga ke sepital tapi khabarnya tak ada apa2 yang serius, mungkin sedikit luka sbb cermin pecah. Adus teringatnya masa saya dan suami eksiden masa dulu. Bila teringat balik saya akan sentiasa mengingatkan suami supaya berhati2 ketika memandu. Kemalangan akan berlaku tanpa kita duga.

Apekah kempen saya hari ini?
1. Bersediakah kita melalui kematian pada bila2 masa? Jika saya terpergi awal seminit dua mungkinkah juga saya ditimpa apa2. Maka wajiblah saya bersyukur kerana nyawa saya masih dipanjangkan. Bukan sekali ini perasaan ini datang, sudah 3 kali. Dua kali sebelum ini masa kami eksiden yg pertama 26/12/06. Ah, nak try aa letak gambar tgk kat blog saye eks.. Masa tu anak2 takde, alhamdulillah dan saya berpengalaman tidur di lantai hospital utk menemani suami. Yg kedua selepas bersalin tapi yg 2nd ni takde kerosakan kritikal alhamdulillah..cuma baby saya yang tak sampai 2 bulan ada.


Kerana ini, suami saya tidak boleh berjalan dalam 6 bulan kerana kedua2 tulang tumit pecah abish. Akibatnya, sehingga sekarang dia berjalan pon slow2 aje takleh laju2. Tapi alhamdulillah, saye takde pape...
2. Semasa memandu hati2lah. Saya tak pandai mana bab ni. Tapi rasanya ceklah tayar, lampu2 yg berkenaan, minyak dan beberapa perkara lain. Mcm lori nih, tayarnya pecah dan dia telah melanggar tebing jalan ke jln seberang. Kebetulannya ada kereta dan terpulas lah kereta tu ke arah bertentangan.

3. Sentiasalah kita saling ingat mengingati tentang hati2 di jalan raya nih. Kalau nampak suami bawak laju, cakaplah apa2 yang boleh me'reduce'kan kelajuan dia. Ayat feberet saya kalau ada yg nak guna. "Abg, bayangkan mcm mana kalau kita eksiden aritu anak2 ada bersama." Demi kasih seorg ayah, dia akan berhati2 semasa memandu.

Tuesday, April 24, 2007

Kemaafan Dendam Terindah


Assalamualaikum,
Bagi yang melawati blog saya, saya pohon kemaafan. Saya telah cuba yang terbaik untuk berkongsi bersama pelbagai perkara yang juga saya baru terokai. Malangnya, kebelakangan ini, saya terlalu taksub melelong kain2 dan ntah apa2 lagi. Dalam perhatian saya sekarang adalah pinkayu dari PakYus di Indonesia dan satu lagi projek saya..Mmm...Biarla Rahsia..

Juga saya sedang menyediakan Rancangan Perniagaan saya untuk persiapan kedai spek di bawah jenama Rozaimi Optometrist. Maka, agak serabut kerana asakan idea untuk menjana ekonomi keluarga. Juga kami kekecohan sbb kami dah sunatkan Uwaiys yang baru berumur 5 bulan tu. Ish ntah hape2 mcm mengadu plak..Sebenarnya kehidupan saya biasa aja...cuma masa untuk menaip telah berkurang..

Sebenarnya tajuk ni dah lama saya pendam. Saya terasa nak menulis dah sekian lama tapi ntah la jadi tak tertulis pulak. Ada2 je alasan kan kalau tak tulis. Tapi ketahuilah semua, apa yg bakal saya cerita ni mendatangkan kesan yang amat mendalam dalam kehidupan saya.

Satu masa dulu, masa tu kami hanya ada seorang anak..Asmaa' sorang. Bila dia sorang maka sepenuh tumpuan kami bagi kat dia. Dia pun tak byk kerenah. Senang je diurus. So, salah seorang dari kami sekelamin berkata..."Si polan-polan ni anak dia kuat nangis. Mesti tak sempat nak jaga."

Sebenarnya ayat yang dituturkan tu tak la kasar tapi sudah terang lagi bersuluh, ini adalah perbuatan mengutuk orang yang mana kalau tak salah saya(kalau salah tolong dibetulkan) dosa sesama orang ni kene mintak mahap dari org yg kita buat salah...Huhu... Dan apa yg kita kata biasanya akan diuji.

Selepas tu Usamah lahir. Asmaa' bukan mcm Asmaa' dulu. Asmaa' sekarang mudah menangis sekalipun Usamah tercuit dia sikit jek. Susah lak tu nak pujuk. Bayangkan ye budak menangis dan kesabaran kita pulak very limited. Rasa2nya kalau hilang sabar boleh kene belasah budak2 yang kuat nangis.

Yang ajaibnya setiap kali dia menangis, saya akan terus teringat kepada si polan yang dikata tadi. Jadi pada satu hari, saya tekad untuk mintak maaf juga pada org tu. Bukan org lain actually, dalam keluarga ini juga. Saya rasa saya tiada kekuatan untuk cakap direct jadi saya tulis msg. Saya bagi tahu saya mohon maaf sbb aritu kami dah terkata dia.

Malangnya tak ada balasan. Masa tu pun dah nak lewat malam. Tapi tak apalah. Untuk memastikan msg u betul2 sampai saya hantar ke no tepon suami dan no dia sekali. Dan saya harap diorg tak tukar no dalam tempoh terdekat. Malam tu Asmaa' masih menangis dan saya pujuk seadanya sbb abah dia takde gi usrah rasanya.

Keesokan harinya ALLAH punya kuasa. Asmaa' tak menangis tak kiralah macam mana dia terjatuh atau Usamah usik dia. Dan dia pujuk pulak Usamah kalau Usamah nangis. Subhanallah. Saya rasa bahu saya yang senget smlm tegak semula hari ni mcm ada beban yang tertanggal. Keadaan ni berlarutan sehingga saya merasakan bahawa org tu betul2 telah mengampunkan saya.

Tapi hari mula2 saya bersyukur dgn Asmaa' punya come back, saya dapat tahu tepon org tu hilang tapi saya tetap yakin dia dah baca msg saya. Walaupun saya terpaksa menahan muka nanti bila berjumpa kemudiannya, saya masih bersyukur dgn petunjuk ini.Bayangkan apa yang akan ibu2 lakukan bila anak2 menangis.

Sebab saya pernah jumpa di Giant dekat Gombak tu. Ada budak nangis meraung2, bapak dia sampai je kat keta lempar anak dia masuk dalam kereta. Masa tengok tu saya takut sangat kalau2 kepala anak dia terhantuk kat benda keras kat dalam kereta tu atau patah apa2 sebab mcm kuat sangat dia lempar...Huhu..Tapi budak tu diluar kuasa saya.

Kejadian2 ini buat saya insaf. Andai kita tidak melakukan ini hari ini, mungkin jugak saya akan melempar anak2 macam yang orang tu buat kan???Moga ada yang berfikir dengan tulisan hari ni...

Monday, April 23, 2007

Kesalahan Berkaitan Solat

Assalamualaikum,

Solat... :) saya suka sebut solat banding sembahyang. Kenapa ek? Saya pun tak pasti tapi mcm pernah dengar kata sembahyang tu sembah Yang <-- Yang yang dimaksudkan tu dewa ke hape ntah tak ingat. Pernah saya kerja di KB aritu, seorg senior kecoh bgtau kat semua org saya tak sembahyang. Kalau org tya2 dia kata dia tak sembahyang tapi dia solat he he...Saje nak buat lawak kecoh aa tu..sbbnya tiap kali nk gi solat saya bg tau 'nak solat' bukan 'nak sembahyang'.

Solat juga mungkin boleh menunjukkan rasa tunduknya kita pada ALLAH... Semoga ALLAH menjauhkan kita dari kesombongan. Kenapa saya kata sombong? Sbb org yang tak solat bukanke boleh kita kata sombong dengan ALLAH? ALLAH yang memberi rezeki, memberi nikmat, memberi nyawa tapi kita balas dgn tak solat?? Tapi ingatlah bahawa kuasanya ALLAH itu sikit pun tak menurun kalau kita tak solat dan tak pulak bertambah kuat kalau kita solat.

1. Meninggalkan solat.
Kalau terjumpa dengan org yg tak solat ni, selalu kan kita terasa seramnya jumpa dgn org yg mcm ni. Manakan tidak, seakannya secara terus terang dia tak ikut apa yg telah ALLAH aturkan atas setiap hambanya.

Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan Al-Quran, Sunnah dan Ijmak. Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?" Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat." (Surah Al-Muddatstsir, ayat 4)

Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).

2. Melengah-lengahkan solat.
Kalau kita mintak satu2 pertolongan, bukan main lagi nak cepat. Kita buat loan, kalau boleh as soon as permohonan kita tu kita bagi, kita nakkan balasannya. Tapi time solat? Tertangguh2...dulu saya sendrik ada perangai mcm ni dan satu hari saya telah diuji dgn kesibukan di saat genting waktu solat nak habis. Hah kan dah tergagau2 nak pegi solat..Uhuk

Firman Allah swt bermaksud : Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103)

Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar. Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan melakukan empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).

3. Tiada thuma'ninah dalam solat.
Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.

Pernah tengok pacat tak? Hi..sape yang tak pernah tgk kompem lah org bandar yang takde kenikmatan hidup he he...Ha, kalau solat takde thuma'ninah same la kalau kita solat mcm pacat.

4. Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.
Tergaru2 dan solat dalam keadaan sedang excited kan sesuatu. Contoh ek, kita gi tgk konsert2 tu, tak pun kita yg buat konsert...Aha... MMesti lah terkocoh kacah kan nak siap solat nak rebut tempat duduk lagi..yang menyanyi plak nak hafal lirik lagi..Uh, ntah2 takmau solat pun...maklumla, ade istilah darurat yang telah disalahguna...

5. Mendahului atau menyamai perlakuan Imam.
Hal ini boleh menyebabkan solat terbatal. Makmum hendaklah mengikuti Imam, tidak mendahului atau menyamai perbuatan Imam.
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya Imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia (Imam) bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
6. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat berikutnya sebelum Imam selesai dari salam kedua bagi yang 'masbuq' (tidak bersama Imam semasa takbiratul ihram).
7. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.
Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim).
"Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan." (Hadis riwayat At-Tirmizi)
8. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.
Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.
Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: "Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya."
9. Melintas di depan orang yang sedang solat.
Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
10. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.
Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti Imam yang sedang rukuk.
11. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.
Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah Al-Munafiqun, ayat 9).
12. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan.
Seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata. Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.
13. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
14. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.
Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki (perut hujung jari kaki)." (Muttafaq Alaih)
Sekian, Wallahu a'lam.

Saturday, April 21, 2007

Khasiat Si Katak Puru




Assalamualaikum,
Orang tua dulu2 selalu buat eksperimen sendrik bagi menghasilkan ubat2an. Yelah, bumi ciptaan ALLAH ni penuh dengan macam2 khasiat. Kalau kita guna secara baik maka baiklah hasilnya. Tapi kalau kita guna secara salah makanya jgn kau salahkan aku pula..

Satu ketika mertua saya terlihatkan kambing yang dia bela tak senang duduk. Paham je lah kambing. Punyalah bising MBEK sana MBEK sini. Pastu terpusing2 di tali yang mengikat dia tu. Mertua saya yang saya panggil chek heran tengok. Dia buat teori sendrik adekah kambing dia ni kembung atau ape...

Kebetulannya pokok katak puru ada dekat2 situ aje. Dia pun petik beberapa tangkai pucuk buah katak puru atau ade jugak yang penggil buah nam-nam saya pun tak pasti. Tak dan lama, kambing tu mula kencing secara besar2an maka tahulah chek saya yang kambing dia tadinya menderita tak boleh kencing ahaks...

Selepas2 tu kalau ade org yang sakit payah nak kencing, dia pun suggest minum air rebusan daun nih atau kalau mempunyai kekuatan yang lebih makan macam makan ulam tuh. Kebanyakan testimoni menunjukkan kesan yang positif. Kebetulan dia pernah jaga arwah ayah kat spital, ada sorg patient kat situ melalak2 takleh kencing (seksa jugak ek takleh kencing).

Chek tolong buatkan air ke mcm ne saya tak ingat tapi alhamdulillah bak kata ore kelate, ubat ni sekung dia dia. Mujarab lah lebih kurang. Diingatkan, bukanlah sikatak puru ini yang punya kuasa tapi ALLAH yang menciptakan penyakit dan penawarnya jualah yang berkuasa atas segalanya.

Bagi mengelakkan orang yang menderita sakit ni tersilap antara katak puru yang melompat dan yang ada di atas pokok, saya attachkan gambar nya di sini atau boleh lah ke blog saya yang tak seberapa utk mengenalpasti spesis katak puru yang boleh dimakan. Insya ALLAH.....

Wednesday, April 11, 2007

I LOVE U


Buat mereka yang kebuntuan cara untuk mengucapkan sayang kepada suami atau isteri juga dari seorg ibu buat anak2, mungkin perkataan yang sama dalam bahasa yang berlainan boleh menjadi satu cara. Especially tru SMS...Thanks kepada sape yg hantar email ni kepada saya.

1.Afrikaans : Ek is lief vir jou, Ek het jou lief
2.Arabic (proper) : Ooheboki (male to female), Ooheboka (female to male)
3.Bangladeschi : Ami tomake walobashi
4.Batak : Holong rohangku di ho
5.Bengali : Aami tomaake bhaalo baashi, Ami tomay bhalobashi, Ami tomake bahlobashi
6.Brazilian/Portuguese : Eu te amo
7.Bulgarian : Obicham te, As te obeicham, As te obicham, Obozhavam te
8.Burmese : Chit pa de
9.Cambodian : Kh_nhaum soro_lahn nhee_ah, Bon sro lanh oon
10.Chinese : Gwa ai li (Amoy), Ngo oi nei (Cantonese), Ngai oi gnee (Hakka), Wa ai lu (Hokkien), Wo ai ni (Mandarin/Putonghua), Ngo ai nong (Wu)
11.Danish : Jeg elsker dig
12.Dusun : Siuhang oku dia
13.Dutch : Ik hou van je, Ik hou van jou
14.Filipino : Iniibig kita, Mahal kita
15.French : Je t'aime, Je t'adore (between lovers) , J' t'aime bien (for friends & family)
16.German : Ich liebe dich
17.Hawaiian : Aloha wau ia 'oe
18.Hindi : Mai tumse pyar karta hoon, Mai tumse pyar karta hoo, Mai tujhe pyaar kartha hoo, Mae tumko peyar kia, Main tumse pyar karta hoon, Main tumse prem karta hoon
19.Ilocano : Ay ayating ka
20.Indonesian : Aku cinta kamu, Aku cinta padamu
21.Italian : Ti amo
22.Japanese : Aishite imasu
23.Javanese : Kulo tresno
24.Korean: Saranghae
25.Latin : Te amo
26.Malayalam : Ngan ninne snehikunnu
27.Mohawk : Konoronhkwa
28.Portuguese : Eu amo-te
29.Punjabi : Main tainu pyar karna, Mai taunu pyar karda
30.Romanian : Te iu besc, Te ador
31.Russian : Ya vas lyublyu
32.Sanskrit : Tvayi snihyaami
33.Spanish : Te amo, Te quiero
34.Srilankan : Mama oyata arderyi
35.Swedish : Jag alskar dig
36.Tagalog : Mahal kita
37.Taiwanese : Wa I Lee
38.Tamil : Naan unnai kadalikiren, Nan unnai kathalikaren
39.Telugu : Ninnu premistunnanu
40.Thai (formal) : Phom rak khun (male to female), Ch'an rak khun (female to male)
41.Turkish : Seni seviyorum
42.Urdu : Main tumse muhabbat karta hoon, Mujhe tumse mohabbat hai, Mujge tumae mahabbat hai
43.Vietnamese : Toi yeu em
44.Zulu : Mena tanda wena

Mengajar Anak Bersembahyang


Assalamualaikum,
Dalam kesibukan kita cari duit, main saham la, pelaburan internet la, kita boleh terlupa utk melabur di hari akhirat. Bukankah mengajar anak bersembahyang adalah satu pelaburan besar buat hari Akhirat sana?? Saya rasa semakin tertekan dalam menjalani kehidupan seharian di mana serba-serbi boleh dikaitkan dengan sesuatu yang tidak halal.

Misalnya suami bekerja dengan kedai emas, terpaksa berhenti supaya tak terlibat lagi dengan kegiatan yang boleh melibatkan riba. Kemudian KWSP yang telah diwajibkan atas semua majikan. Walaupun sedikit dilegakan dengan apa yg ada dalam laman web Ustaz Zaharuddin, namun saya masih kecewa kerana terpaksa memberi sokongan atas proses ini.

Biarpun duit yg dikatakan riba nnt ada saluran yg boleh digunakan, saya bimbang kalau2 staff2 lain yang tidak punya kefahaman jelas dalam hukum ini gunakan duit kemana. Memang kelihatannya tiada kaitan bukan? Tapi saya cukup bimbang andai saya disoalkan tentang ini di sana nanti. Mmm...Takutnya..

Ha ha..Saya memang mudah terlari tajuk. Harini saya mahu berkongsi sedikit cara bagi mendapat keuntungan di akhirat. Kerana mungkin dengan cara yang lebih luhur murni ini akan memberatkan amalan kebajikan kita di dunia ini.

Sabda Rasulullah :"Perintahkanlah anak2 itu untuk bersembahyang setelah mencapai usia tujuh tahun dan apabila telah berusia sepuluh tahun, maka pukullah dia jika meninggalkan sembahyang" -Riwayat Ahmad dan Abu Daud.

Saya tidak bermaksud mentafsir hadis sebab itu bukan bidang saya. Tapi kita akan menyaksikan satu kerosakan yg besar seandainya kita tak melatih dari kecil lagi. Lagipun bukankah ALLAH telah berpesan "Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari seksaan api neraka."

Disini, ALLAH telah menggariskan usia seawal tujuh tahun untuk mendedahkan mereka dengan perlakuan solat. Tapi kalau diorg ada kecenderungan utk solat lebih awal, maka lagilah patut kita galakkan. Keluarga sebelah suami saya memang menekankan bab solat berjemaah. Anak2 mesti bosan kalau time kitorg solat diorg takde sape nak layan. Jadi Asmaa' dan Usamah dah biasa terikut2 time ahli keluarga yg lain berjemaah.

Ye mmg kadang2 diorg akan mengganggu tapi terkenang pulak Rasulullah dulu buat mcm mana time cucu baginda panjat atas belakang ketika solat. Teringat pulak Ahad lepas terbaca ruangan Penamufti dalam Utusan Mingguan. Mufti Perlis menyatakan masjid mesti mesra pelanggan. Ada betulnya juga apa yg dia katakan??

Kenapa pulak umur 10 tahun kene pukul kalau tak solat. Sebab pada usia ini, mereka sudah mengerti dan memahami setiap apa yg diarahkan. Tapi pukulan mestilah dengan tujuan mendidik. Bukannya menyakiti supaya mereka akan sedar bahawa solat adalah nyawa bagi setiap Muslim. Kalau tak solat, takde lagi hakikat kita seorg Muslim.

Didikan yg kita mulakan sejak kecil adalah satu usaha yg betul kerana waktu ni kerana hati mereka masih bersih. Ini adalah supaya mereka tak liat untuk menunaikannya ketika besar nanti malah kalau diorg menginggalkan solat akan menjadi satu bebanan pula bagi mereka. Kat sini, sape yg untung?

Mestilah mak bapaknya. Kenapa? Sebab kalau kita lupa dengan perkara ini, maka kita akan mengundang musibah utk diri kita sendri. Saya takmau cerita tapi sape yg baca artikel ni, tanyalah kepada mereka yg dah ada anak besar tapi tak solat. Bezakan jiwa mereka dengan org yg telah mendidik anak2 solat dari mula lagi...Dari situ, belajarlah utk menjadi org yg tenang di masa tua atau memang kita tak memerlukan ketenangan ini???

Monday, April 09, 2007

Kesilapan Dalam Mendidik Anak


Attachment ini dah lama barangkali berada dalam simpanan saya. Jika disimpan tanpa mengahayati pastilah rugi kerana rupa2nya saya perlu akui beberapa kesilapan yang saya tidak ketahui. Saya tak kenal siapa Ustaz Khalid bin Haji Mohd Isa tapi mungkin cetusan ni datang dari dia...Sekadar memberi bonus buat Us Khalid dan Ustaz lihat lah harini, saya cuba memanjangkan ilmu buat pedoman ibubapa yg membaca...

Anak adalah anugerah kurniaan Ilahi. Ahaks, semua org pun tahu. Tak mudah juga nak dapat anak nih. Tapi seperkara lagi yg perlu kita akui adalah mereka adalah ujian buat kita. Kalau kita beranak ramai2 tapi anak tak jadi hape pun lebih kurang sama mcm org mandul jugak ye, ntah2 lebih teruk bila anak2 kita menyumbang pulak kepada kerosakan masyarakat..Uhuk,nauzubillah...Tamau la...

Makanya, perkara yg disenaraikan di bawah mungkin membantu kita mengenalpasti kesalahan kita dalam mendidik anakanda2 kita.

1. Kurang berdoa
Dahlah kita solat he he cukup2 je 5 kali sehari. Amik nya yg wajib2 aje. Dah tu dah selesai solat sombong kemain nak berdoa. Padahal berdoa adalah melambangkan kita bergantung harapan pada ALLAH kerana adakala usaha sahaja tidak mencukupi. Kita perlu iringkan dengan doa. Juga kene selalu memohon keampuanan dari ALLAH dengan beristighfar. Dan buat yg mengandung, sll la minta maaf esp dari suami sbb jgnlah kita mengandung dalam keadaan berdosa. Suami tu pulak jgn la kedekut sangat nk maafkan isteri..mentang2 dia ade kuasa veto ye...secukup rasa je kalau nk marah...

Disertakan juga di sini ayat dari alQuran utk berdoa khusus utk anak2. Utk tulisan jawinya diharap para pembaca cari sendrik ek..He he

Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
3:8. "Wahai Pemelihara kami, janganlah menyimpangkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan berilah kami pengasihan daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.

3:9. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau yang mengumpulkan manusia untuk satu hari yang padanya tiada keraguan; sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji temu."

Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
3:38. Kemudian Zakaria berdoa kepada Pemeliharanya, dengan berkata, "Pemeliharaku, berilah aku daripada sisi Engkau satu keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau mendengar doa."

Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
14:40. Wahai Pemeliharaku, buatlah aku seorang yang melakukan solat, dan daripada keturunanku. Wahai Pemelihara kami, dan terimalah doaku.

14:41. Wahai Pemelihara kami, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila perhitungan didirikan.

Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)
2:128. Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkanlah kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih

Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)
25:74. Yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."

Juga bila kita namakan nama anak, biarlah yg baik2. Juga doakanlah nama dia tu membawa manfaat buat dia...

2. Byk menakutkan anak2 dari memberi semangat kepada mereka
Dalam kita tak perasan, kita sll takutkan anak2 dengan belalang kecik, tempat gelap, jururawat padahal diorg tak sepatutnya takut dgn benda mcm ni. Skang ni kami melatih Usamah kejar lipas, tapi kakak dia dok takut serupa tu jugak. Mungkin kesan dari saya yang suka menakut2kan dia dulu..Hu..hu...sebbaik anak perempuan. Kalau anak laki kurang la macho dia he he..Juga dinyatakan oleh ustaz ni, jgn paksa anak tidur dgn cara yg keras. Saya tak pasti la org lain tapi Asmaa' saya ni mata dia mcm org telan kopi jugak. Tapi tiap kali nk tido saya kata meh kita lumba sape tido dulu. Biasanya dia akan lena tapi umi dia yg sll menang haha...

3. Tidak tegas dalam mendidik anak.
Mungkin sbb kita tak menjadualkan kegiatan harian diorg. Solat diorg kita tak jaga. Makan diorg berterabur. So, nak salahkan sapa kalau diorg tak berdisiplin. Terkadang masa juga kita hanya fokuskan anak2 pada satu aktiviti je. Contoh suruh dia baca buku sedangkan dia perlukan juga permainan utk mengembangkan minda dia...

4. Menegur anak secara negatif.
Mentang2 la kita ni sll laser staff kat opis, dan sll juga kita membelasah customer2 kita..ha ha...tapi tidaklah boleh dipraktikkan perkara2 ni buat anak2. Kerana mereka perlukan teguran yg membina. Juga mereka tak suka jika diri mereka dibanding2kan.

5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan minda.
Ramai diantara kita nak melahirkan anak mcm Nadia Amirah, Amalina. Maksud saya dari segi kepandaian la sedangkan mereka perlukan bimbingan dari pelbagai aspek. Bagaimana berhadapan dengan masalah, berdepan dgn masyarakat dan benda lain.

6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Ini memang silap besar la dimana Rasulullah telah menunjukkan cara yg jeals tapi kita tak ikut...
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas.
Kalau dah kita selekeh, pastu senteng2 (seksi) kat umah, mana boleh salahkan anak kalau dia nak pakai yg mcm kita. Tunjukkanlah contoh yg baik kepada mereka, supaya mereka tak terbiasa dengan keadaan yg kita sendrik takselesa.

8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Perkara ini akan menyebabkan diorg biasa dengan keadaan selekeh. Seterusnya mereka akan jadi malas.

9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya.
Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. Saya rasa pun ye jugak kalau satu2 keluarga tak mengamalkan buat sesuatu bersama2 maka akan hilang kesepakatan dalam keluarga tu. Saya rasa testimoni ttg berjemaah dalam keluarga mmg membuktikan byk keluarga yg berjaya berbanding dgn satu keluarga yg cukup sekadar bg belanja kepada anak2 utk buat hal sendri.

10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. Tapi kene kawal ha...Jgn la sampai tahap dera budak. Saya tak pernah lagi la rotan anak2 tapi kat umah tokku diorg ni mmg ada rotan tergantung dan saya pun taktau rotan tu apa gunanya. Mungkin ada masa boleh kita ugut anak2. Musti tak berani punya buat salah. Tapi kalau asyik bedal pun anak2 jauh jugak so, fikirlah ye seblom melaksanakan amalan merotan nih.

11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. Maklum la skang ni ada byk program yg keduniaan sangat. Jom heboh la, Akademi Fantasia lah...Konsert merata ceruk hade..Tapi sedarkah kita adakah jiwa anak kita terdidik kalau kita menggenggam tangan mereka ke tempat sebegini?? Maaflah ye kepada penganjur...Berkatalah benar walaupun pahit...

12. Bertengkar di depan anak-anak.
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. Jgn kata bertengkar, kalau nk sound apa2 pun biar jgn depan anak2. Kadang abah yang marah sbb kesalahan maknya, tiba2 anak2 bencikan abah sbb asyik2 marah kat mak dia sedangkan mak dia buat salah bukannya besar pun...

13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak
Kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar. Kalau pun nak bawak masuk, mungkin kita kene bgtau dulu pada anak2. Ada masa juga kita nak bawa masuk org yg paten dia pelik ni utk mendidik org tu. Biasanya kalau rumah kita mmg harmoni, org yg berpaten pelik juga akan segan utk berkelakuan pelik.

14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. Ada rasanya saya dah cerita seblom ni, mertua saya kalau tgk TV mesti bab berita atau forum agama atau apa2 yg berkaitan dengan agama dan mungkin lebih kalau ade siri dokumentari. Kalau tiba kat iklan, dia akan tutup terus TV dan tunggu untuk beberapa ketika seblom buka TV semula. Juga bila siri ramalan cuaca dalam berita disiarkan, kan ade lagu utk mengiring?? Masa tu dia akan slowkan volume. Saya mmg tabik habis la dgn mertua saya...Huhu...Bolehke agaknya saya meniru dia ye??

15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. Anak2 tak boleh disalahkan kalau diorg baik dengan pembantu rumah. Berilah mereka lebih byk masa bersama kita agar mereka akan menyayangi kita selamanya.

Mmm....Setakat ni saja. Saya mahukan ruang utk muhasabah diri. Jom??

Sunday, April 08, 2007

76 Petua Ilmiah Memenangi Hati Wanita – Bah 2


1. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat  Bini manalah yg nak menolak kalau suami nak tolong. Acu kalau tak tolong rasanya bini tu separuh mati buat jugak2 keje rumah. Walaupun sang suami terpaksa mengaku bekas tangan org lelaki adalah keras ha ha tapi cubalah juga sebaik mungkin. Sian sangat kat bini especially sama2 bekerja

2. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan  ni tak macam sesuka hati je, rasa nak ajak dia keluar sbb isteri tak macam org laki. Dia kene iron baju dulu. Baju anak2 dia kene siapkan dulu. Rumah lagi takkan nak tinggal tunggang langgang sbb time balik dari berjalan kan penat, kalau tak dikemaskan, balik nnt lagi tensi betul tak??

3. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu  kurang2 pun mesejla bgtau “ Darling, abg balik lewat malam ni” tp baik sikit ha..jgn mengelat, karang balik kene silat saya taktau ha…

4. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya  Sbb isteri kan dah jadi tanggungjawab suami. Kalau dia minta tolong maka tolonglah walau dengan kata2. kalau suami tak menjawab nanti isteri tu akan rasa dia telah menyusahkan pulak suami. Lenkali kalu dia tamau mintak tolong ke, cari pertolongan dari org lain mula la nk jadi gaduh kan??

5. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'  Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda. Kadang suami buat salah, pastu buat selamba je, harap nak mintak mahap lagi lah susahnya kan.

6. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.  kalau tak dibgtau, dia akan anggap diri dia tak penting. Sekurang2nya dia tahu suami dia ada masalah dan memerlukan tempoh utk bertenang…

7. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan. Seperti yang dinyatakan, bgtau la dia masalah anda, tak byk cikit pun takpe. Klau rase tanak cakap, balik tu control sikit muka kalau tanak isteri rase bersalah.

8. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.  Semoga para suami faham, time sejuk, isteri lebih memerlukan anda berbanding selimut.

9. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya. Satu habit yg saya perasan pada org laki, kalau tgk TV ke, baca paper ke punyalah ralit sampai tak sedar bini dok sebelah. Cubalah ubah benda ni supaya isteri rasa lebih dihargai.

10. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar. Ulang semula, bantulah kerja rumah yg mana patut. Susah sangat ke nak menolong??

Sebenarnya bukan susah mana pun benda2 ni. Banyakkan bantu isteri buat kerja, kemudian cakap baik2 dgn dia, bykkan lagi masa bersama dia...Apa yg saya sertakan hanya manual kecil yg perlu disesuaikan dengan keadaan...Semoga bermanfaat

Tunjukkan Tabiat Makan Yang Baik Pada Anak


Assalamualaikum,
Budak2 memang selalu meniru sbb tu lah cara diorg ni belajar. Termasuklah juga cara2 nak makan. Macam anakanda2 saya kat rumah, dua2 pun belagak mcm org besar tanak disuapkan. Jenuh la jugak nak ajar kasik jangan tumpah nasik. Bayangkan la tiap kali makan kene sapu abis lantai2 yg tumpang sama makan nasik budak2 ni.

Yang paling kesian mertua saya la...Hu..Nyusahkan Chek lagik!!Mana taknya sudah je selesai makan karang yg kecik pulak merengek2 nak didukung. Kalau Uwaiys dah boleh makan nnt huu...mcm ne ye...Tapi abah skang dah cukup sporting, rajin sangat tolong suapkan anak2..Tenkiu sangat!!

Kalau dibiarkan budak2 mesti makan sesuka hati. Ada yg memilih, ada pulak yg tak pilih langsung. Tak hairanla 3 dari 10 budak kat Malaysia diishtiharkan gemuk oleh pakar pemakanan...Ha ha...Jadi kepada bonda2 dan ayahanda2..juga buat diri ini, ini sedikit panduan supaya anak2 meniru tabiat makan yg baik dari kita...

1. Tunjukkan contoh yang baik dengan memakan pelbagai jenis makanan - Makan la sayur, buah, daging, ikan, ayam..ini tak, mcm saya bebudak dulu reti makan ayam jek, ikan tanak langsung. Skang ni saya dah mula belajat memvariasikan makanan saya, dengan harapan anak2 pun makan tak pilih2...Tapi ingat la ek, jgn sumbat belaka, karang hensem lagi sotong sumbat dari kita yg tersumbat..

2. Tunjukkan kat anak2 kita kena makan for at least 3 kali sehari. Kat sinilah pentingnya makan secara berjemaah. Nanti anak2 akan kenal masa makan. So, mcm kepada mak2 yg memasak, lepas je masak, bunyikan loceng panggil ahli keluarga makan. Takde loceng?? Gi cari speaker telan...He he

3. Jgn simpan makanan ringan kat umah. Kalau ada pun cepat2 la perabis. Ni macam dah jadi kebiasaan dalam umah ade simpan mi segera tu...pastu dlm peti ada air gas lagi. Mmm...kan ke byk bahayanya benda mcm ni. Juga akan memberi tanda kepada anak2 diorg boleh makan benda2 ni pada bila2 masa diorg nak. Anak2 saya kalau dapat gula2 kenduri tu, kalau dah diorg nampak, bagila jugak sorg satu, yg lebih2 tu saya masuk dlm handbag dan akan ku mangsakan ketika mengantuk.

4. Jgn merasuah anak2 dengan makanan. Ni tak, sikit2 bg upah dengan makanan. Suruh buat keje itu ini, kalau diorg buat, kita upah makanan. Kadang2 takpe la, kalau kerap2 lama2 berat diorg naik sampai diorg pun maleh nak buat keje. Time tu sape susah??

5. Bagi kebebasan anak2 utk makan makanan yg dia suka. Jgn sekat kalau dia ade selera pada makanan2 tertentu. Dah tu kalau dia kenyang dah jgn la paksa2 dia telan makanan lagi. Budak2 punya perut kecik...Jadi jgnla bandingkan saiz makanan kita dgn saiz makanan diorg.

6. Elakkan kecenderungan mengharamkan anak2 memakan makanan tertentu. Maklumla kalau jadi mcm ni, karang kat belakang kita dia pulun makanan tu habis2an. Seeloknya kalau kita tanak kasi dia makan benda yg kita rasa dia tak patut makan, bgtau lah kenapa. Sbb bila dia faham, kat blkg kita pun dia tak makan.

7. Jadikan waktu makan tak kira la sarapan ke, tghari ke, petang ke sebagai waktu makan cuma. Kalau kita biasakan dok depan TV, komunikasi pun payah berkembang dimana tumpuan akan lebih terarah pada TV. Anak2 akan merasakan TV adalah lebih menyeronokkan berbanding dok dgn kita...Tak jeles ke??

Begitu lah agaknya yg dipraktikkan oleh ibu2...Sehingga kita membesar dengan sihat...Mcm mana dengan anak2 kita?? Takkan nak biarkan aje?

10 Amaran Kanser


Assalamualaikum,
Zaman sekarang ni setiap orang mcm mudah2 je dapat penyakit. Sebabnya punca kepada penyakit sentiasa berlegar di sekeliling kita. Kuman ada merata2..Padanlah dengan muka manusia. Huu... Teringatkan kawan kepada suami saya di hospital sekarang. Ada 9 orang anak dan terkini dijangka bulan ni akan dapat RM 200k jugak atas hasil kerja dia.

Tapi kelihatannya wang itu dah takde nilainya lagi. Kaki kiri dia dah dipotong...Tapi bukanla sebab kanser..Saya tumpang terkejut kerana seminggu dua sebelum tu saya asyik leterkan suami sbb kawan dia ni asyik cari dia aje..Actually bukan la saya tak bagi dia berkawan saje je nk bagi dia rasa serba salah tinggalkan kami anak beranak kat rumah..ahaks...

Sedikit panduan utk mengenalpasti amaran kanser...
1. Luka yang tidak sembuh, berubah warna dan kelihatan pelik

2. Pendarahan atau discaj dari mana-mana lubang daribody kita mcm dari lubang hidung, kencing berdarah atau datang haid yg heavy

3. Terjadi pembengkakan yang semakin membesar tak kira la sakit ke tak..

4. Susah nak hadam makanan atau susah nak menelan

5. Perubahan tabiat masuk ke toilet selama 2-3 bulan. Kalau biasa2 jarang tapi tiba2 jadi kerap tu jaga2 lah ye

6. Sape yg ade tahi lalat manis tu ke atau ape2 je benda atas kulit yang makin membesar juga kene perati elok2

7. Org yg tak merokok tapi serak2 suara lebih dari 2 minggu jaga lah baik2. Juga kepada perokok yang mengalami batuk yg semakin hari semakin teruk...aha...kene lagi org merokok nih. Tak bosan ke brader??? Dah la harga rokok makin naik...

8. Kehilangan tenaga atau turun berat badan sebyk 10 % dalam tempoh 3-6 bulan. Takpun letih yang tak pasal2...

9. Sakit yang teramat2 atau ketak selesaan dalam abdomen

10. Demam yg takde puncanya...Mmg ye jugak sbb byk benda, demam la yg paling senang kena. Kadang2 demam ni adalah sebab ada penyakit lain. Demam adalah tanda pengenalan kepada kebanyakan penyakit..so, cek lah betul2...

Berdasarkan ini, dapatlah difahami bahawa kita haruslah memanfaatkan peluang sedia ada dengan sebaiknya..Kerana time sakit, kita takkan ada lebih byk peluang dan kadang2 kita takkan ada peluang langsung. Mana tahu??Masa utk kita bertemu Pencipta juga tiba di saat yg tak kita duga itu?? Ya ALLAH, ampunkanlah dosa2 kami yg telah lalu dan jauhkanlah kami dari melakukan dosa di masa akan datang...Amin

Saturday, April 07, 2007

How much water do you need a day?


Assalamualaikum,
Selalu sangat suami saya hulur kat saya segelas air ke, susu ke...Baik kan? Tu la pasal sayang haha..Kalau ikut saya tak minum air pun takpe, tapi bg suami saya benda mcm ni sangatlah wajib. Tambah kalau time demam, dia boleh minum bergelen2 air utk mengalirkan haba dari dalam badan lebih cepat. Ada logiknya jugak ye...

Air adalah satu struktur penting dalam badan..Maunye tak penting kalau difikirkan badan kita mmg dipenuhi air. Darah kita aje dah namanya air...acu kalau takde darah..Kalau takde air, maka ibarat kete takde pelincir la body kita..

Secara puratanya org dewasa akan kehilangan 2.5 liter air melalui pelbagai aktiviti harian..bernafas, buang air lagi, peluh lagi...Tapi Tuhan tu maha Kaya maka apabila kita punya badan kekurangan air, ia akan menghantar tanda yg kita sedang kekurangan air.

Antara tanda yang akan kita alami adalah keletihan, ketidakselesaan tak pun bahasa biasanya adalah rasa haus. Kalau pada budak2 tanda nya adalah kekeringan pada kulit dia. Selain dari tu, kedut2an (tanda penuaan la lebih kurang) juga berpunca dari kekurangan air. Semakin byk kita kekurangan air, semakin tua lah kita kelihatan.

Penyakit juga akan mudah kita dapati kalau kita kekurangan air. Jika keadaan ni tak diatasi, sel dalam badan akan menyerap kandungan air dalam darah dan ini akan menyebabkan jantung kita bekerja dgn kuat nantinya. Pada masa yang sama buah pinggang juga tak dapat mencuci darah dengan baik. Bila darah tak dicuci, bebanan ni terpaksa la ditanggung oleh hati dan organ lain yang akan menyebabkan tekanan pada organ lain. Mcm ni lah ibaratnya, kita ni keje pegawai bank, ari2 ngadap duit, tetiba posmen takleh bagi surat, maka kita yg jadi pegawai bank kene anto surat..takke beban namanya tu kan?

Keadaan lain yg mungkin akan kita tanggung adalah pening2, selsema, kulit kering, jangkitan saluran najis, sembelit,buasir...Ibaratnya, ade seorg Doktor kata, kebanyakan penyakit adalah disebabkan oleh punca asal iaitu kekurangan air..Jadi mcm mana kita nk tau berapa jumlah air yg diperlukan oleh badan dalam sehari2??? Umumnya, kita kene minum satu ounce air utk setiap 2 pound berat body kita.

Ataupun, boleh amik calculator dan kira mcm ni
Berapa liter air yg diperlukan oleh badan = (berat dlm KG)x 33 (jawapannya dlm ml)
Sebagai panduan, 1 liter adalah sebanyak satu botol besar mineral tu...OK ye...

Thursday, April 05, 2007

Keimanan Yang Pudar


Assalamualaikum, setiap hari saya akan menemui seorg sahabat baru. Dan saya tak pernah memikirkan dari mana org itu datang. Saya selalu menjadikan kawan baru ini akan membawa satu perubahan baru dalam diri saya. Dan hari ini, saya telah bertemu dgn sesuatu yg telah menyebabkan jiwa saya rasa terlalu tertekan dgn dosa2 saya...Ya ALLAH..ampunkanlah kami...dan tunjukkanlah kami jalan yg lurus.

dari Sahabat itu buat saya...
A'kum,

Cinta dan sayang saya pada kaum adam yang tiada sempadan membuat diri saya leka sejak dari remaja lagi hingga ke usia tua. Apabila ditimpa masalah dunia, saya jadi tidak keruan dan malu untuk sujud pada yang ESA. Seolah2 DIA menghukum saya kerana leka.
Regards.

Balasan saya mungkin tak seberapa buat dia...Tapi bantulah saya mendoakan dia...
Assalamualaikum,
Sahabat,
Sebenarnya saya kurang jelas dengan ringkasan yang Sahabat berikan ni. Tapi saya harap kefahaman saya ni mungkin kalau tak banyak dapatlah sedikit bertepatan dengan kehendak Sahabat.

Mmg satu fitrah bila kita menyukai seorang lelaki. Saya juga tak pernah lari dari diuji mcm ni. Bila2 masa sahaja kita akan terasa untuk meminati lelaki itu dan lelaki ini. Setiap org pun mungkin akan melalui perasaan ini.

Sekarang saya minta Sahabat cuba utk fokus kepada sesuatu. Saya tak pasti apa yg Sahabat maksudkan dgn masalah dunia. Tapi, mungkin benar, masalah itu mungkin datang utk menguji keimanan ataupun mungkin juga itu adalah balasan kepada dosa yg kita lakukan.

Bilamana disebut dosa, bukanlah bermakna dosa akan kekal dalam bentuk dosa tapi ia akan diampunkan asal sahaja kita bertaubat Sahabat. Saya rasa ALLAH bg kita satu2 ujian ada kemungkinannya adalah supaya kita lebih ingat kepada ALLAH, betul tak?? Kalau kita tak diuji bukankah ade kemungkinan utk kita terlanjur lebih jauh dalam keadaan yg berdosa?

Sekarang Sahabat dah sedar, dan itu menunjukkan bahawa itulah fitrah yg suci murni dari diri kita sendrik. Betapa sebenarnya jiwa Sahabat mahu diri Sahabat suci dari dosa. Betapa jiwa kita dahagakan kasih sayang sebenar dari ALLAH...Betapa mungkin telah lama kita telah lupa utk memberi jiwa kita makanan yg sepatutnya dia terima kan Sahabat??

Perkara pertama yg perlu Sahabat lakukan mungkin seperti yg akan saya tulis. Tapi semua org maklum, kita adalah manusia biasa. Mungkin agak susah utk kita berubah secara mengejut. Tapi asal sahaja kita berubah...Bukan duduk di tapuk lama...

buat permulaan,
Apa yg Sahabat kata dosa yg Sahabat lakukan itu, Sahabat kurangkan lah. Kurangkanlah dgn cara apa sekali pun. Jika sebelum ni pegang tangan lelaki bukan yg sepatutnya pernah Sahabat lakukan, lepas ni biarlah beralas. Jika sebelum ni Sahabat tidak menutup aurat saya rasa wajarlah dimulakan mungkin dengan cara Sahabat. Mulakan dengan melonggarkan pakaian, melabuhkan pakaian dan seterusnya memakai tudung. Jika sebelum ni Sahabat selalu berdampingan dengan lelaki secara tentang mata, maka lepas ni kurangkanlah.

Jika saya tahu cara hidup Sahabat yg sebenar saya akan cuba bantu. Apa yg saya kata tu, kemungkinannya tidak kene mengena langsung dgn Sahabat. Saya hanya mengandaikan sahaja berdasarkan ayat Sahabat. Sahabat jgn fikir saya bersangka buruk dgn Sahabat ye.

Yg keduanya...Sahabat bertaubatlah. ALLAH tu walau dalam keadaan apa sekalipun Dia akan memaafkan kita. Tapi biarlah kita bertaubat dgn taubat sebenar. Jgn taubat tapi masih buat dosa. Sahabat fahamnkan maksud saya?? Berubah lah sikit2...Kalau tak mampu byk2..

Satu cabarannya kalau kita bertaubat adalah mungkin kita akan merasakan kita akan kehilangan nikmat dunia. Tapi cepatlah ingatkan diri kita semula yg dunia bukan selamanya kerana kita akan kekal di akhirat sana. Di sana, jika kita dalam keadaan berdosa, maka kita akan dihukum dan tiada siapa lagi yg dapat membantu Sahabat. Beza jika kita dalam keadaan selesa di dalam syurga. Ya ALLAH, moga kau beri petunjuk pada hati kami....Amin...

Sahabat, Sahabat perlu tahu bahawa apabila kita bertaubat, maka kita akan menjadi suci. Suci seperti bayi yg baru lahir. Saat kita bertaubat, ALLAH akan mengampunkan dosa silam kita. Tika itu, kita akan mulakan kehidupan kita dgn perkara yg terbaik supaya amalan kita yg baik akan jauh meninggalkan amalan kita yg keji...

Sahabat,
Memang terlalu pedih kalau kita mengenangkan dosa silam kita. Sangat pedih dan serasanya sungguh kita malu utk mendongak ke langit lagi. Tapi, ALLAH pasti suka bila kita dalam keadaan begini. Di mana kita akan terus2an berdoa agar dosa kita diampunkan. Biarlah pandangan manusia lain terhadap kita selama ini tapi kita mulakanlah dgn hidup baru.

Pernah saya dengar, kalau mahu mengubah kehidupan ada baiknya kita berpindah ke tempat baru supaya gangguan dunia luar tidak lagi menghantui kita. Mungkin ada betulnya. Kalau Sahabat rasa Sahabat perlu berpindah, pindahlah...

Bunyinya seperti terlalu bykkan utk di ubah...Sahabat, saya percaya akan ada yg membantu. Sahabat mulakanlah sekarang..jgnlah tgu walau seminit kerana saat kematian itu tidak akan tertangguh walau sesaat...Dan penyesalan kita tiada gunanya kalau kita tidak bertindak segera.

Saya sangat teringin utk membantu...Andai sahaja Sahabat di sisi saya............Buat tika ini, saya merasakan sangat mahu bersama Sahabat supaya rasa keinsafan juga tersebar luas dalam jiwa saya. Andai Sahabat terasa mahu meluangkan masa bersama saya, saya sangat berlapang dada utk bersama Sahabat.

Kesan Cahaya Matahari Kepada Mata


Assalamualaikum,
Masa kecik dulu, bila org kata jgn tgk direct matahari, saya pun tak berani nk tgk. Tapi maklumlah zaman budak, perasaan nak jugak tengok meluap2 sangat. Tgk dalam masa sekejap mmg kerap tapi kalau tgk matahari dgn tujuan nk tau apa tu matahari tak pernah lah lagi.

Sampai sekarang pun saya masih lagi mempunyai rasa ingin tahu apakah yg ada di matahari sana. Kalau tengok mungkinkah pula boleh nampak apa yg ada di sana?? Betapa kan kita rasa bahangnya walaupun jauhnya uk...saya pun taktau he he...tapi kompem la jauh kan??

So, apekah kerosakan yg boleh berlaku??
- Kerosakan fotokimia kepada penerima cahaya dalam mata
- Lapisan paling sensitif dalam mata boleh terbakar tanpa disedari - haha, terbakar ni takla terbakar samapi berapi ke berasap he he...
- Kerosakan pada hujung saraf
- Kanta mata bertukar menjadi kabur (katarak)- yang ni mmg saya pernah tgk seorg budak datang klinik mata masa tu time praktikal, kene selaput. Ayah dia kata anak dia sll tgk matahari. Sudahnya kanta dalam mata dia kene buang.

Kesan ni terjadi bukan sahaja sbb cahaya matahari yg kita boleh nampak tu, tapi kerosakan tu mungkin disebabkan oleh cahaya tidak boleh nampak. Cahaya tak boleh nampak??? Mende ha?? Pernah dengar infra red? atau Ultra Ungu? Ni lah yg saya maksudkan dgn Cahaya tak boleh nampak.

Cahaya UV boleh menyebabkan katarak dan sunburn. Sunburn yg sll org kata gi kat panas kulit jadi gelap tu la maksudnya sunburn. Infra red pula akan merosakkan tisu kanta dan mata akan menjadi kabur disebabkannya.

Kerosakan ni hanya akan dapat dirasakan selepas beberapa jam kita tgk cahaya matahari tuh. Mata masa tu akan mula berasa pedih, berair dan kabur. Jadi kalau lagi lama kita usha matahari tu, mungkin lebih lah lagi kerosakan yg akan mata kita tanggung. Jadi kalau teringin bebeno nk tengok matahari...gunalah penuras yg direka khas seperti Polyster atau Cermin Questar serta pancaran dari teleskop atau cermin kecil...Kat mana nak dapat??mmm....Acu tanya Planetarium Negara...

Pertama Kali Menjadi IbuBapa


Assalamualaikum, Teringat saya pada masa mula2 nk jadi umi dulu. Perasaan gundah gulana tu konon2 under control tapi kalau lah org boleh tgk betapanya jantungku ini berdegup dgn kencangnya, org yg tgk tu pun boleh pengsan. Saat bersalinkan Asmaa’ adalah saat yg paling bermakna dlm hidup saya meskipun cek mek tu kuat nangis skang he he…

Bayangkan, selepas je misi2 tu mandikan Asmaa’, diorg letakkan dia di sebelah saya. Alhamdulillah, tidaklah terasa susahnya nak beranak tu memandangkan masa saya menanggung sakit ALLAH bagi sekejap cuma. Saat terpecahnya air ketuban tuh, baru la datang rasa sakitnya. 10.30 start sakit kul 11 beranak.

Asmaa’ pulak, dibaringkan sebelah kanan saya, dia langut jek tgk umi dia yg gelap nih. Masa tuh saya perati kulit dia putih sangat. Dah la comel…maklumlah budak takde dosa lagik kan… Saat tu saya rasa sangat bertuah bahawa ALLAH telah memberikan saya seorg anak yang boleh saya harapkan utk mendoakan saya bila tiba saatnya nnt.

Kontak mata yang pertama itu telah menyebabkan saya terkenang2 momen itu hingga ke saat ini. Betapa abahnya juga sangat bersyukur kerana melalui rahim saya dia juga telah menjadi seorg abah. Kakak…kalau nnt kakak pandai baca tulisan umi nih, kakak ingatlah ye, kakak lah org pertama yg membolehkan umi naik pangkat dari seorg isteri kepada seorg ibu. Dan umi sangat sayangkan kakak…sepenuh hati umi….

Ya!! Itu mukadimah aje rupanya..ni mungkin boleh dijadikan sedikit panduan…bagi menjadi ibu bapa buat kali pertama!!!

• Percayakan naluri sendrik – ada byk benda yg akan kita lalui kita sendrik tak tau hasilnya apa. Cthnya apa ye…? Mmm.. Saya bg cth mcm ni la. Kita nk jadikan anak kita putih. Kita pun tak kasi dia makan kicap…ahaks…ni mmg la cth utk budak besar..takkan nk suap baby kecik dgn kicap pulak kan? Jadi, setiap satu keputusan yg kita perlu buat, adakala tergantung pada naluri aje. Kalau baby menangis, kita tak kan tau kenapa tapi kalau naluri kita kata dia sakit perut, carila minyak angin sapu.

• Bacalah buku sebyk mungkin – satu buku je tak mencukupi utk mendapatkan ilmu yg byk. Sementara anda takde baby atau anak lain lagi, pulunlah baca buku yg mana patut. Saya dulu ade beli buku yg harga dia agak mahal jugak tapi its really worth it. Buku tu, kalau skang ni dah ada 3 anak, saya rasa suami saya tak bg beli dah. He he..maklum aa skang ni semua berlandaskan pengalaman je..maklum saje anak dah tiga. Kalau payah2 pun pakai elo ke mak atau mertua je…

• Kenalpasti tempat yg selamat utk bayi – kerana apa? Sbb bila kita pastikan umah kita selamat utk anak adalah lebih baik. Dia akan membesar dgn cepat dan kadang2 kita tak sedar setiap hari pun akan ade perkembangannya. Kita akan terkejut dgn setiap apa yg anak kita boleh lakukan hari demi hari. Jadi, kalau kita tak bersedia dari segi tpt utk dia membesar, sedikit sebanyak perkara ini akan membantutkan proses perkembangannya..

• Beli buku rujukan yg baik ttg bayi – bak kata nya beli buku direktori baby. Segalanya ttg baby ada dalam satu buku. Mcm yg saya kata tadi baca byk buku kan tapi kalau takde dlm satu buku kan dah tergagau2 nk cari buku..yg anak kita lak melalak2 nangis uu…..

• Kalau ade masalah, call pediatrician – he he..yg ni sape yg jadik Doktor mmg hot la kan sbb asyik kene kacau jek. Mcm saya alhamdulillah ramai kawan yg jadik doctor kebetulan sama2 belajar dulu. Jadi, kalau anak saya timbul kudis pun tepon diorg..he he..sori la tapi korang lah sahabat aku dunia akhirat…

• Beli beg diaper – ade org tya kenapa poket baju saya besar. Sbbnya saya malas nak bawak beg. Masa hadir ke kenduri seorg sahabat, pengantin tu ade menegur. Dia tya mana saya letak botol susu yang saya pegang tadinya. Saya bgtau ade kat dlm poket. Terkejut lah member sbb botol tu yg saiz 250 ml boleh masuk poket. Bukan satu tapi 2 botol…ahaks.. jadi mmg mak2 ni, mmg kene ade beg khas utk isi byk barang anak..nak tak nak, mesti kene ade..mmm..padanlah kan? Makin tua sorg2 mak, makin besar handbag dia…

• Cloth-like diaper? – saya taktau pada pandangan org lain mcm mana. Saya dulu buat juga testing2 pada anak ni jenis mana diaper yg diorg boleh pakai. Asmaa’ la yg jadi bahan kajian saya..ahaks!! Yang pentingnya skrang, hasil ujian tersebut telah menunjukkan anak2 saya lebih rasi dgn cloth-like diaper. Kalau diaper yg luarnya mcm plastic tu diorg mcm cepat rimas…bukan semua diaper cloth-like mahal. Ade je yg murah…Cuma nk kene cari je..

• Bercakap, nyanyi dan bacalah utk bayi anda – walaupun suara kita bak buluh pecah wakaka…nyanyi jelah kalau nk tidurkan anak especially..tapi biarlah lagu yg membawa kepada anak mengingati Tuhan. Saya suka zikir munajat sampai skang Asmaa’ juga dah boleh mendodoikan Uwaiys dgn lagu Allah, Allah, Allah ya Allah… utk Asmaa’ dan Usamah, diorg selalu gaduh jadik saya sll ajak nyanyi lagu Twinkle2 ke, One little Two ke, ntah hape ntah lagi kadang saya pun tak pandai mana tapi belasah ajelah..Kebetulannya dua yg besar tu sll saya belikan susu Dutchlady, bukan nk promote, kan dia sll bg freegift, yg tu jugak sll saya buka utk hilang bosan diorg. Adakala kalau terserempak buku murah2 kat pasar malam ke, saya belikan jugak…Tu kalau dah besar la kan…kalau dgn Uwaiys yg masih 5 bulan pun saya belasah je sembang…dia faham ke tak..belakang kira…

Saya pun baru 27, jadi ilmu saya juga masih terhad…andai ada ibu2 yg lebih byk ade petua yg lebih bernas…jemputlah!!!

Bertaubat Sebelum Melarat



Assalamualaikum, buat semua para membaca…setelah membisu sekian lama… terasa nak menulis sikit hari ni. Sekadar tambahan selain nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri… tajuk hari ni ‘bertaubat sebelum melarat’. Kenapa agaknya saya terpilih tajuk nih. Pada hakikatnya mmg saya dah atur pun apa yg saya nak baca dan apa yang nak ditulis tapi sesuailah dgn kehadiran raya ni kita saling bermaaf-maafan sesame kita kan esp dengan parents kita. Penting kat sini adalah kerana mereka yang melahirkan kita. Dan tertera juga dalam al Quran arahan kita untuk mematuhi ibu bapa kita.

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat – jangan sekali-kali bertangguh andai kita tiba2 rasa insaf atas dosa kita tak kira lah dosa apa pun yg kita buat. Masa kecik dulu ting 1 gitu rasa saya ada roommate adik kepada NUD’s kartunis Gila2 sape kenal? Dia pernah tulis autograph utk saya DON’T PUT OFF TILL TOMORROW WHAT U CAN DO TODAY… sbb yang tulis tu kira mcm org glamer2 so, saya ingat la kan. Tapi ntah mana la autograph tu n kawan saya tu pun ntah mana ntah hilangnya… kenapa kita takleh bertangguh? Yo man!! Mati tu tak terlewat walau sesaat…kematian bukan benda yg boleh di KIV atau boleh diganti oleh org2 yang dah bersedia.

Mm….maafkan salah silap saya andai sepanjang saya meneruskan hobi menulis ada hati2 yang terasa..doakanlah saya ye…

Jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf

Selalulah ziarah kubur emak ayah kita – esp bagi anak laki la kan..org perempuan tak elok ke kubur kan..bersihkan biar nampak berjaga je kuburan diorg dan doakan lah mereka. Sebelum kawin saya pernah pegi kubur jugak.. kubur arwah tok dgn wan. Saya pegang je nisan n flashback all the memory..mmg mengalir air mata mengenangkan betapa saya tak menjaga hati diorg tapi diorg masih menjadikan saya cucu kesayangan mereka. Tu baru tok dgn wan…kalau dgn mak bapak lagi la wajib jaga hati diorg kan…

Bacakan ayat-ayat suci untuknya – bila baca Quran nih bacakanlah utk diorg. Tapi kita tu sendrik kene la rajin baca al-Quran. Bagi yang jarang membaca, mmg akan terasa jiwa tu tak tenang kalau perasan. Kalau org dlm pantang cthnya mmg rasa tak tenang. Tu sbb saya suka kalau dalam pantang pasang ayat suci alQuran. Biar hati kita tenang n baby pun mcm under control aje…uu…dah nak beranak balik takutnya

Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka – mmg kekok sikit kan tapi adalah satu kelebihan kalau kita jaga hubungan baik dgn org yang baik dgn parents kita. Saya perati abah saya dia baik sangat dgn org2 yg dulu selalu lepak2 dgn wan tak kira la kat masjid ke kedai kopi ke, depan umah ke. Kadang tu kalau gi KL key g jauh2 sikit siap angkut lagik kengkawan wan. Hasilnya kalau kengkawan wan memuji mesti la puji wan kan sbb pandai jaga anak kan?

Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah – rajin2 la bersedekah atas nama ibu bapa kita. Kita tak rugi apa2..Tuhan kan Maha Adil. Kita juga buat amal masa tu kan. Bukannya kita sedekah pahala tuh, kita tak dapat apa satu pun… pasti benda begini akan ada nilaiannya di sisi ALLAH…

Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa – sentiasalah ingat kan diorg tu walau diorg takde dan berharap lah dosa kita diampunkan. Diorg dah berada di alam lain dan kita tak tau mcm mana keadaan mereka tapi manalah tahu kan…semua ni dalam kuasa Tuhan.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan
buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba
kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta
pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita
buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.