Solat... :) saya suka sebut solat banding sembahyang. Kenapa ek? Saya pun tak pasti tapi mcm pernah dengar kata sembahyang tu sembah Yang <-- Yang yang dimaksudkan tu dewa ke hape ntah tak ingat. Pernah saya kerja di KB aritu, seorg senior kecoh bgtau kat semua org saya tak sembahyang. Kalau org tya2 dia kata dia tak sembahyang tapi dia solat he he...Saje nak buat lawak kecoh aa tu..sbbnya tiap kali nk gi solat saya bg tau 'nak solat' bukan 'nak sembahyang'.
Solat juga mungkin boleh menunjukkan rasa tunduknya kita pada ALLAH... Semoga ALLAH menjauhkan kita dari kesombongan. Kenapa saya kata sombong? Sbb org yang tak solat bukanke boleh kita kata sombong dengan ALLAH? ALLAH yang memberi rezeki, memberi nikmat, memberi nyawa tapi kita balas dgn tak solat?? Tapi ingatlah bahawa kuasanya ALLAH itu sikit pun tak menurun kalau kita tak solat dan tak pulak bertambah kuat kalau kita solat.
1. Meninggalkan solat.
Kalau terjumpa dengan org yg tak solat ni, selalu kan kita terasa seramnya jumpa dgn org yg mcm ni. Manakan tidak, seakannya secara terus terang dia tak ikut apa yg telah ALLAH aturkan atas setiap hambanya.
Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan Al-Quran, Sunnah dan Ijmak. Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?" Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat." (Surah Al-Muddatstsir, ayat 4)
Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).
2. Melengah-lengahkan solat.
Kalau kita mintak satu2 pertolongan, bukan main lagi nak cepat. Kita buat loan, kalau boleh as soon as permohonan kita tu kita bagi, kita nakkan balasannya. Tapi time solat? Tertangguh2...dulu saya sendrik ada perangai mcm ni dan satu hari saya telah diuji dgn kesibukan di saat genting waktu solat nak habis. Hah kan dah tergagau2 nak pegi solat..Uhuk
Firman Allah swt bermaksud : Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103)
Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar. Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan melakukan empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).
3. Tiada thuma'ninah dalam solat.
Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.
Pernah tengok pacat tak? Hi..sape yang tak pernah tgk kompem lah org bandar yang takde kenikmatan hidup he he...Ha, kalau solat takde thuma'ninah same la kalau kita solat mcm pacat.
4. Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.
Tergaru2 dan solat dalam keadaan sedang excited kan sesuatu. Contoh ek, kita gi tgk konsert2 tu, tak pun kita yg buat konsert...Aha... MMesti lah terkocoh kacah kan nak siap solat nak rebut tempat duduk lagi..yang menyanyi plak nak hafal lirik lagi..Uh, ntah2 takmau solat pun...maklumla, ade istilah darurat yang telah disalahguna...
5. Mendahului atau menyamai perlakuan Imam.
Hal ini boleh menyebabkan solat terbatal. Makmum hendaklah mengikuti Imam, tidak mendahului atau menyamai perbuatan Imam.
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya Imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia (Imam) bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
6. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat berikutnya sebelum Imam selesai dari salam kedua bagi yang 'masbuq' (tidak bersama Imam semasa takbiratul ihram).
7. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.
Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim).
"Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan." (Hadis riwayat At-Tirmizi)
8. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.
Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.
Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: "Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya."
9. Melintas di depan orang yang sedang solat.
Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
10. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.
Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti Imam yang sedang rukuk.
11. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.
Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah Al-Munafiqun, ayat 9).
12. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan.
Seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata. Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.
13. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
14. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.
Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki (perut hujung jari kaki)." (Muttafaq Alaih)
Sekian, Wallahu a'lam.