Wednesday, July 18, 2012

Peranan Suami Ketika Isteri Mabuk Mengandung

Bismillah,


Kesian kepada puan bini kerana mengandung. Perkara pertama yang akan dia lalui adalah mabuk mengandung. Tetapi tidak semua wanita akan diuji begini. Saya sendiri alhamdulillah hanya mabuk pada kehamilan pertama. Kemudian, 5 anak yang seterusnya, kehamilan saya mudah ~ tiada lagi mabuk yang sukar dikawal. 

Encik suami selalu merasakan mereka tiada peranan dalam membantu isteri menghadapi fasa ini. Mereka sebenarnya ada peranan yang besar kerana masa ni lah anda mahu membuktikan yang anda benar-benar menghargai isteri yang menghamilkan anak anda.

1. Sentiasa bersedia.
~ Sebenarnya no 1 jangan marah. Dia muntah-muntah tu bukan disengajakan pun. Ntah2 lagi anda mengabaikan dia, lagi dasat dia muntah. Cuba bagi sokongan, kemungkinan selepas tu dia tak muntah dah sbb bagi attention cukup pada dia.

OK, jadi apa yang perlu disediakan? Maksud saya, macam bekas tadahan muntah di tepi katil. Kalau dah geli sangat untuk basuh, ambil satu plastik lapi atas bekas tu so selepas muntah terus buang bekas tu.

Persediaan lain adalah menyediakan sesuatu yang berpudina atau masam atau kudapan ringan. Saya tidak menggalakkan anda menyediakan gula-gula dan asam dan juga jeruk kerana itu akan mengundang masalah lain pula tetapi buah limau dan kek atau biskut akan membantu mereka mengisi perut mereka supaya tidak muntah.

2. Mengagak dan merancang.
Jika anda sudah tahu isteri anda mabuk di waktu pagi, usahakan membawa makanan supaya dia dapat sarapan di katil lagi. Tak turun daulat encik2 semua jika buat begini kepada isteri. Masa mabuk tidak akan berpanjangan pun...

Andai dia mabuk malam pula, barangkali, inilah masa yang sesuai anda tunjukkan skil memasak anda. Tidak perlu makanan yang kompleks. Makanan ringkas sudah memadai. Kalau Chef Wan boleh memasak, kenapa anda tidak?? Hehehehe....

3. Jangan Mengejek
~itu sangat mendukacitakan. Serius, mabuk mengandung ni, walaupun saya sekali saja melaluinya tapi perasaan tu menghantui sehingga sekarang. Nasib baik masa tu awal kawin jadi suami saya layan aje. Kalau takkkk.... hahahaha... Tak sempat la kot beranak sampai 6 org in 8 yrs time kan

4. Elakkan dari perkara yang menyebabkan mabuk.
Kalau bawang, heheh... tolonglah masak. Tak pun belilah makanan. Jangan dipaksa bini itu memasak. Kalau minyak wangi, pakai je minyak wangi lain atau kalau nak pakai, biar kat luar rumah atau kurangkanla sikit volum minyak wangi tu jangan sampai bau macam minyak wangi tumpah. Tapi kalau bini alergi dengan bau rokok, jangan fikir panjang, berenti la merokok. Itu baik untuk anda, untuk isteri dan untuk kandungan isteri anda juga.

5. Jangan tambah beban dia.
~ Masa begini, tiba2 anda pula pening kepala. Jangan sekali2 merengek2 dengan isteri anda melainkan dia sangat ok. Mood org mengandung ni kejap ke laut, kejap ke bukit. Ada tu ke London pulak. Jadi kalau ada susah apa2 sikit, bawaklah bersabar. Nanti bila dia dah sihat merengeklah semahunya...

Besar tau pahala kalau meringankan beban isteri masa begini. Barulah isteri bersemangat lagi dan lagi untuk mengandung kan?? Hehehe...

Semoga ada manfaatnya buat kalian :)

Wednesday, July 11, 2012

Kalau Umi Kata Tak Boleh, Maka Tak Bolehlah Ye :)

Bismillah,


Terkadang kita rasa hangin bilamana kita melihat anak-anak kita tidak berperangai yang menyenangkan. Pertamanya, jangan menuding ke arah lain dulu. Barangkali punca utamanya ada pada diri kita sendiri. 

Terlihat sebuah keluarga yang berjalan disupermarket, anaknya mahukan jajan dan mereka bosan mendengar anak mereka merengek-rengek. Sekalipun telah tertampal notis, bayar dulu sebelum makan tetapi itu tidak diendahkan. Demi mengelakkan anak bising, ibubapa itu menghalalkan tindakan tersebut.

Sayang sekali. Sekalipun pergi ke supermarket adalah sekali sekala tetapi tindakan sedikit ini akan berlanjutan. Bila terpaksa ke supermarket ia akan berulang lagi. Lama-kelamaan kita mungkin terlupa hendak bayar makanan itu.

Maka melaratlah sehingga anak memakan barang yang tidak halal dan mendarah daging. Ia hanyalah satu sebab dimana pertama kali kita mula beralah!

NO MEANS NO
Benda yang tidak baik, memang tidak boleh dilakukan walaupun sekali sekala. Cuba, apabila menghadapi situasi seperti ini beritahu dia secara perlahan "Arwa, tak boleh makan lagi epal ni sebab kita belum bayar. Lagipun nanti pakcik tu tangkap sebab dia dah tulis tak boleh makan sebelum bayar."

OK ~ jika selepas tu masalah selesai maka tariklah afas lega. Jika tidak : Cubit sedikit hihihi.. sometimes they have to learn this in hard way tapi make sure jangan menengking kerana mereka ada harga diri. Cubit sedikit dan berbisik, "Umi kata apa tadi??"

Semoga dengan itu mereka faham. Jika tidak juga?? Oh.. pastilah ada cara lagi. Bawa mereka keluar dari supermarket tanpa membeli apa-apa. Itu lebih baik... Dari situ mereka akan belajar bahawa "Kalau umi kata takleh, maka takleh la walaupun saya melalak dengan kuat!" Hahahaha...

Semoga dengan itu, mereka mendapat beberapa nilai di bawah :
- umi kata tak boleh, maka tak bolehlah ye
- tak boleh ambil barang bukan kepunyaan kita
- umi akan terangkan apa yang tidak boleh dan saya faham jadi saya tidak boleh ambil barang bukan kepunyaan saya secukup rasa saya

Semoga dengan menjaga perilaku anak ini, dia tidak akan melakukan perbuatan yang sama di rumah orang ketika kita berziarah.

Semoga bermanfaat :)

Monday, July 02, 2012

Kebaikan Yang Sedikit Memberi Kesan Besar Kepada Kanak-Kanak

Bismillah,

Satu hari, Asmaa' bercerita tentang sahabatnya bernama Syuhada di sekolah. Katanya, ibu yang paling baik di dunia adalah umi Asmaa'...kuikui... Saya tanya Asmaa', "Kakak tak bgtau dia ke yang umi ni garang?" dan dia jawab tak. Erk.. pandai pulak tolong cover line umi hehe..

Sebenarnya, saya takde buat apa-apa pun pada Syuhada. Tapi dia memang suka datang dekat2 setiap kali saya jemput Asmaa' di sekolah. Saya akan tegur dia, "Umi Syuhada belum datang lagi?" atau kalau waktu tengahari saya akan tanya sama ada dia dah makan ke belum.

Kadang-kadang, saya tolong pegangkan beg Asmaa; juga sebab bila dia bersekolah dari pagi sampai petang, macam-macamlah isi begnya dengan kasut dan tudung berlapis juga telekung solat lagi. Saya juga masak dan beri mereka bekal dan selalunya saya isi penuh-penuh bekas makanan sebab anak2 saya selalu cerita kawan2 diorang pun tumpang makan.

Sebenarnya, itu hanya tugas biasa seorang ibu. Tapi bagi kanak-kanak kecil, ia bagaikan kasih sayang yang tidak bertepi. Saya garang, memang saya akan bercakap dengan tegas tapi memang selalunya saya tak boleh tahan ketawa bila berhadapan dengan gelagat diorang. Kadang2 tu tengah betul2 hot pun payah nak cover gelak kalau diorang bagi alasan yang 'tak boleh blah'.. haha...

Saya mahu belajar dari arwah abah. Dia akan mengusik kawan-kawan saya sampai kami sama-sama ketawa. Saya juga biasa sebutkan nama kawan-kawan saya kepada abah. Jadi, abah akan tau hampir semua kawan rapat saya. Senang saja pun nak memenangi hati kanak-kanak kan?? Semoga, dengan penghormatan mereka kepada kita, mereka tak akan mempengaruhi anak2 kita dengan anasir yang tidak patut.

Sunday, July 01, 2012

Cara Memperoleh Kecintaan ALLAH dan Kemanisan Iman

Bismillah,


Mengikut Imam Ibnul Qayyim, antara perbuatan untuk memperoleh kecintaan Allah dan kemanisan iman, selepas melakukan ibadat wajib:

l Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya ~ kita? Kalau ada masa baca, tapi takat baca je lah...makna??

l Mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunat ~ ingat, peluang beribadah tidak hanya di atas tikar solat semata-mata. Banyak cara untuk buat amalan sunat

l Terus menerus berzikir kepada Allah dalam setiap tindak tanduk kehidupan dengan hati, lisan atau perbuatan ~ kpd ibuk2 di rumah itu, cara paling senang untuk membanyakkan zikir adalah ketika masak. Semasa basuh pinggan atau beras atau bahan masakan - berselawatlah. Semasa mengacau kuah, bacalah doa atau zikir Ya Latif. Semasa menghiris barang masakan pula - berzikirlah cthnya sekali hiris bawang, Subhanallah, hirisan kedua - alhamdulillah dan seterusnya allahuakbar

l Mendahulukan apa yang dicintai Allah daripada apa yang dicintai diri sendiri ~ jgn kecewa dengan orang lain, itu tanda kita perlukan mereka lebih dari ALLAH. Bila bermasalah, ingatlah ALLAH selalu ada. Bila ada masalah, beritahu masalah kita ada ALLAH

l Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang soleh ~ bagaimana? Cuba dekati kumpulan usrah. Kalau nak like page, biar yang membawa aura positif. Kalau nak membaca, jgn baca cerita lucah

l Menjauhi segala perkara yang dapat menghalangi pautan hati dengan Allah ~ seperti menghadiri konsert, pergi berfoya2 dan lain2 yg sama waktu dengannya

:) :) :)