Tuesday, January 21, 2014

Pasangan Hujung Minggu

Bismillah,

Susah hendak mengelak untuk menulis tentang isu yang dibawa dalam Semanis Kurma TV9 minggu lalu. Saya bukan mahu komen tapi nak komen jugalah huhuhu.. Bukankah lebih 'kick' jika dapatkan pasangan yang lebih lama ber PJJ? Walaupun begitu saya tetap tabik dengan usaha saudara Faizal untuk membelai jiwa isterinya Huda dari jauh.
Saya pernah juga ber PJJ. Kami bukan weekend husband n wife sebab semasa ber PJJ itu, kami tidak berjumpa bila hujung minggu tetapi bila suami ada bajet untuk datang menjenguk kami huhuhu...

Bahagiakah ketika itu? Huwwaaaa kalau suruh cerita, saya tak pasti diri saya macam mana. Tapi rengekan suami saya yang manja tu sangatlah menyedihkan hati dan saya rasa susah hati sangat kalau dengar dia bercakap.

Saya rasa nak tergelak bila suami cakap kentut pun tak larat. Oh, mestilah kembung suami ku itu. Hahaha.. Jenuh le agaknya saya kena tahan hidung bila dia qadha kentut bila berjumpa nanti.

Antara ayat yang sangat membuatkan saya tak keruan adalah, "Abang xboleh la kalau umi xde". Kalau sekali dengar takpe lagi, kalau dah masuk sekali dia bagi 3-4 das kata yang serupa haihhhhh.

Keliru sangat masa tu. Nak tinggalkan kedai, kedai baru nak hidup. Nak buat derk aje dengan suami rasa xpatut pulak. Lalu, saya buat istikharah. Memohon semoga Allah tunjukkan jalan keluar dari apa yang saya sedang alami.

Selepas itu, saya mula kerap terjumpa dengan bacaan yang menunjukkan tempat isteri adalah disisi suami. Ditambah dengan nekadnya suami dengan usahanya mahu saya duduk dengannya. Dia mula menggunakan veto dengan memberitahu yang dia akan mengambil saya pada sekian-sekian masa.

Terpaksalah saya berhadapan dengan mak dan abah. Airmata mengalir tidak sedikit. Saya hanya berpegang bahawa Allah akan mudahkan perjalanan saya jika saya ikut apa yang suami cakap. Saya menyusun perjalanan kedai dengan secukupnya. Bersyukur kerana Allah memberi kemudahan saya mendapat staff yang sangat baik.

Sehingga kini, ramai yang hairan kenapa kami bersusah-susah begini sekali untuk hidup. Ramai yang mempertikai tentang keputusan suami hidup dalam 'ketidaktentuan' dari hidup 'terjamin' bila dekat dengan kedai kami.
Biarlah hari ini saya buka sedikit kisah. Jika ada yang membaca maka mereka akan tahu. Jika tidak, maka kekallah isinya di dalam blog. Memandangkan facebook saya pun ntah bila agaknya akan mengizinkan saya log in huhuuhu.

Suami saya tidak betah bekerja makan gaji. Sebab itu, dia tidak mahu mengajar. Semasa di KL, biras saya selalu memberi peluang kepada suami mengajar tetapi setiap kali habis mengajar itulah dia akan termenung memandang sampul yang didapati selepas mengajar. Betul, hukumnya adalah harus tetapi suami saya tetap rasa tidak enak.

Beliau juga pernah kerja sebagai pekerja biasa-biasa saja di satu syarikat. Kerjanya memasang alat-alat perubatan di hospital dan pelbagai jenis alat lagi. Dia memang suka kerja yang banyak bergerak macam tu cuma, sudah namanya makan gaji. Kerja tekun pun hasilnya begitu dan jika malas pun hasilnya sama! Hoho.. Mana aci?! (dekat estet).

Pernah juga bekerja di kedai cermin mata dengan saya. Akhirnya berhenti begitu saja bila suami pecah tumit kedua kaki semasa kami kemalangan di tahun 2005. Sehinggalah kami membuka kedai. Pun dia tidak terasa seronok sebab 'dunia pekerjaan' yang suami impikan bukan di dalam kedai tetapi di reban ayam dan kandang lembu. Huhuhu... Memang di Parit Buntar ada ayam itik tapi lokasinya jauh ke Sungai Kechil. Tidak tenteram rasanya jiwa sebab haiwan peliharaan hanya dijenguk pagi dan petang untuk memberi makan.

Ramai orang selalu bertanya, kenapa saya tak pujuk suami untuk tune minat dia untuk usahakan kedai 100%. Itulah yang orang tidak faham dan akan mengambil masa kalu nak diceritakan. Cuma yang boleh diringkaskan, suami saya adalah pengamal kehidupan natural. Dia bukan dari mula natural tetapi selepas kahwin ada beberapa kejadian yang membuatkan dia rasa kehidupan natural adalah yang terbaik ketika kita hidup dizaman ini.

Sebab itu dia nekad. Nekad mahu mendapatkan susu lembu asli sebagai bekalan susu, nekad mahu mendapatkan pemakanan sihat, nekad untuk mengelakkan diri dari air dari syarikat bekalan air dan beralih ke air telaga atau bukit. Saya blank pada asalnya tetapi selepas melihat kuasa Allah dengan mudahnya mentakdirkan semua yang saya lihat mustahil itu sebagai sesuatu yang mudah sebenarnya. Sehinggalah sekarang, hampir kebanyakannya yang suami impikan telah didapati. Alhamdulillah.

Bersyukur kerana mak dan abah tidak meminggirkan saya dengan keputusan ini. Abah, sekalipun kelihatan berjauh hati tetapi tetap terus menyokong. Tidak sekalipun dia memulaukan menantu yang unpredictable itu haha. Cuma sayangnya, abah tidak sempat melihat tempat yang kami baru duduk ni. Jika dia masih ada, saya teringin sangat untuk melihat dia termenung melihat ayam itik, menebas rumput, memerhati burung terbang, mandi air bukit, menghirup bayu pagi yang nyaman, bermain dengan cucu, menikmati makanan yang asli (errr.. Mak masak aci tak? Sbb abah xsuke ai masak huahua) dan lain-lain lagi. Errr.. Alamak, air mata meleleh le plak.

Memang, saya sangat rindukan abah. Sebab abah adalah antara orang yang membuatkan saya rasa ayam itu comel. Abah suka dengan kehidupan kampung dan dulu saya berusaha memahaminya. Abah suka kumpul barang antik dan saya galakkan suami saya mewarisi minat abah itu. Sekarang, tinggal mak aje. Saya dah xsabar nak nantikan 13 Jan 2014. Mak akan pencen dan saya akan kidnep mak duduk dengan saya. Saya akan buat mak rasa seronok berenang dengan cucu yang meriuk ni hahaha...

Eh, awal tadi cakap pasal PJJ apsal masuk pasal impian masa depan plak ni? Haha.. Masa Semanis Kurma itu, ada komen facebook yang berkata, "setiap kali hantar suami pergi jauh menangis, akhirnya decide berhenti kerja dan duduk dengan suami. Itu adalah keputusan terbaik pernah dilakukan dlm hidup". Samalah dengan saya, mengikut suami adalah keputusan paling mabbeles yang pernah saya buat dalam hidup.

Abis tu, kedai macam mana? Kiranya saya tak kisahkan kedai la ek? Bahagia la tinggalkan kedai?
Puan Noraini jemputan Semanis Kurma tu bagitau erti bahagia adalah subjektif. Kalau seseorang itu bahagia dengan cara dapat banyak duit walaupun tinggal jauh dengan suami maka itu bahagia cara dia. Macam saya, saya rasa lapang tenang jiwa bila suami tak merengek saya takde haha. Rasanya kalau dia xmerengek saya ok je kot? Ai kan ada ciri maskulin gittew haha.

Oh ye, ingat lagi masa abah sakit, saya dah bulat rasa nak jaga abah. Saya suruh suami kawin lagi dan saya nak balik duduk jaga abah pon suami xboleh nak lepaskan saya duduk Parit Buntar. Hoh, rugi sape suruh dia xkawin je masa tu haha.. Skang ni mintakla macam mana pun, ai tak rela suda haha (macam la dia kena minta izin kalau nak kawin lain ek? Huhu).

Patah balik tajuk --berkenaan urusan kedai saya tetap terus berkomunikasi dengan staff. Mereka ibarat adik beradik bagi saya. Allah sangat sayangkan saya dengan memberi takdir saya bertemu dengan mereka. Mereka sangat boleh dipercayai. Alhamdulillah..

Selepas dari keputusan nekad itu, rupanya rezeki kami tidak terhenti setakat itu. Selepas satu demi satu Allah tunjuk peluang mencari rezeki. Alhamdulillah. Memang saya rasa tidak salah saya membuat keputusan itu.

Usahakanlah bahagia itu. Jangan ikut tafsitan orang bahawa duit banyak baru boleh bahagia. Itu salah dan mendera jiwa sendiri. Saya takde duit pun tapi ntahla, saya yakin sangat yang saya rasa ni adalah bahagia.

Mmmm.. Setakat itu saja ;)

Saturday, January 18, 2014

Bila Pija Sakit

Bismillah,

Tak pasti mahu mulakan kisah saya yang 'sakit' itu bila dan dimana.

Bermula dengan..
- sakit kepala yang panjang dan selepas itu demam panas yang panjang
- semasa sedang demam saya balik ke pt buntar dan disitu lah mimpi ngeri itu bermula
- alhamdulillah Allah masih beri perlindungan, walaupun demam anak2 saya masih dibawah perlindungan Allah semasa naik bas balik ke pt buntar

Demam berlarutan..
- selepasnya saya sambung demam di pt buntar. Ada sahabat yg ziarah saya yg saya ingat (macam k.an) dan ada juga yg saya xingat (sori normah). Hidup slps itu mcm mimpi aje. Mimpi yg jd nyata rasanya
- pernah di satu ketika terasa mcm saya akan mati sampai sempat pesan dekat suami supaya tlg qadhakan puasa, bayarkan hutang saya dan bbrp perkara lain

Sepanjang xsihat..
- makan saya di rumah saya ni suami yg suapkan. Dia kata kalau dia xsuap mmg saya taknak makan langsung. Berat badan saya tinggal 35 kg je masa sakit tu
- solat - semoga Allah ampunkan dosa saya. Xpastilah saya solat ke tak sbb mmg xde memori dalam kepala. Tapi menurut suami saya, ada kala dia suruh saya wudhu, saya pegi msk bilik air tp keluar kering je xbasah kena air
- mandi - huhu.. Mmg xde rekod langsung
- ngaji - suami saya kata saya tgk Quran je. Mmg mcm org xpandai baca langsung
- urusan rumah - saya banyak tido. Xtau la suami saya setelkan mcm mana. Bila mak saya datang sini, dia la yg menjadikan rumah ni sebagai rumah hehe.. Masa dia sampai dah mcm tong sampah dah
- anak2 - saya cuma susukan ahmadan tp kata suami nampak le ahmadan xberapa nk cukup susu
- sopan - saya tiada sudahnya mengucapkan terima kasih kepada suami setiap kali dia membantu saya
- kebudak-budakan - mak saya cerita saya gembira semacam bila suami ajak keluar rumah. Saya akan kata 'yeay yeay pegi jalan' padahal bukan ke mana pun melainkan hantar anak sekolah saja
- menangis - bukan saya tapi orang lain yang melihat saya. Mmg bukan seorang yg melihat saya yg menitiskan air mata termasuklah suami saya. Allahuakbar, sebab itu saya kata saya tidak jumpa lawan saya. Semuanya mendoakan dan memberi sokongan kepada saya. Alhamdulillah

Punca
- aduh, xpasti tp buat test di hospital dan bp lab mmg xde masalah melainkan kolesterol yg sedikit tinggi.
- ada bbrp sahabat dan keluarga yg fikir saya stress. Mungkin juga tp saya pun xpasti sbb saya rasa saya bukan jenis bermasalah sangat pun
- mungkin juga berlebihan main whatsapp sehingga satu tahap saya terasa semua masalah org lain adalah masalah saya

Rawatan
- suami saya keluarkan saya dari semua grup whatsapp saya. Saya pun rasa kepala saya lega juga
- madu - jd wajib makan setiap hari
- jus noni - kebetulan semasa sihat mmg kami buat cuka buah mengkudu hutan ni. Jadi setelah sekian lama kami peram buahnya, skang saya dah mula nikmati hasil
- bekam - suami saya bgtau darah yg keluar dari kepala saya hitam tp cair dan xbeku. Yg lebih menghairankan saya xkisah rambut saya dipotong. Seingat saya dari sekolah menengah saya memang tak pernah berambut pendek
- suplemen - mak saya ada bagi saya suplemen cosway untuk dimakan setiap hari. Katanya untuk menggalakkan pertumbuhan sel stem
- homeopathy - saya kirim rambut saya pada kakak ipar dan dia bawa ke satu klinik yang saya dah biasa pergi masa duduk dicselayang dulu. Diberitahu saya jadi mcm ni sebab keracunan. Racun apa? Xpula diberitahu. Mereka bgtau saya saya mungkin akan sihat dlm round kedua makan ubat
- darussyifa - saya juga ikut bila emak saya bawa saya ke darussyifa dan kata ustaz tu pada saya memang tiada gangguan. Sekiranya ada, makhluk itu tidak mengikut di dalam tubuh
- doa - untungnya saya kerana dikelilingi oleh orang yang mengasihi saya. Alhamdulillah ala kulli hal

Hikmah
Sukar untuk menjawab. Tetapi apa yg saya dpt simpulkan adalah saya percaya keluarga saya masih sangat menyayangi saya. Juga sahabat2 saya. Dalam keadaan saya begitu sepatutnya saya boleh kenal kawan dan lawan tapi untungnya seorang saya, tiada lawan yg menjelma. Semuanya kawan belaka. Yang sudah lama terputus hubungan pun tiba2 dtg menziarah di rumah. Rupanya dunia ini sangat indah dengan nikmat Allah. Itu belum disyurga ye, baru didunia. Maka saya berharap, sama2lah kita tidak hidup di dalam dusta dunia. Dunia hanya tempat singgah bagi mengutip bekal sebelum sampai ke akhirat yg kekal abadi

TERIMA KASIH TIADA TERHINGGA
- kepada semua ahli keluarga dan sahabat yang menyayangi saya. Terasa untungnya menjadi diri saya. Dengan segala macam kekurangan tetapi masih mendapat sokongan dari semua. Semua disekeliling saya memberi pertolongan dengan cara tersendiri melalui doa, sokongan dan wang ringgit juga. Sungguh, saya sangat terhutang budi dengan pertolongan kalian. Semoga Allah memberi balasan berlipat kali ganda kepada kalian semua.

Doa semoga tidak sakit lagi
- sungguh, saya tidak mahu duduk dalam keadaan itu. Sekalipun rehat tetapi saya tidak mahu lagi menjadi pija yang penuh dengan pandangan kosong. Saya mahu menjadi pija yang memandang seseorang dengan pandangan kasih dan sayang. Juga mahu menjadi pija yang tidak membawa masalah lagi.

Rancangan
- yang tersusun belum ada. Tetapi sekarang saya rasa saya akan ambil semula tanggungjawab yang terkandas selama saya sakit itu. Sekalipun suami kata xlama, hampir 2 bulan juga saya kehilangan diri saya sendiri. Selama itu mmg Allah sahajalah yang memelihara saya sehingga saya masih disini begini.

Buat semua, saya pohon doa dari kalian. Semoga semua ini menjadi teladan berharga buat semua. Terima kasih kerana memberi bantuan walaupun dengan hanya doa. Saya tidak boleh membalasnya dengan kudrat saya tapi saya percaya Allah akan memberi balasan berlipat kali ganda faedahnya kepada kalian. Juga maaf sepanjang saya hilang sedar itu saya ada melukakan hati kalian. Sungguh itu diluar kemahuan saya.

Sitisifir10.blogspot.com