Wednesday, October 08, 2014

Natural Remedi Untuk Alahan

Bismillah,

Beberapa minggu lalu, ada grup whatsapp yang saya sertai bertanya bagaimana hendak menangani alahan dengan bulu kucing. Sehari lepas itu pula, seorang lagi ahli Jelitawan Organik tiba2 sahaja naik merah2 didagunya, kami agak ia adalah reaksi alahan.

Sebenarnya saya tidak ada idea menyeluruh tentang keadaan ini kerana saya bukan seorang doktor. Walaubagaimanapun, saya tergerak hati hendak membaca buku 'Ensiklopedia Makanan : Penawar Untuk Kesihatan Tubuh' dan terjumpa bab Alahan pada buku itu.

Buku ini adalah terjemahan asal dari buku Encyclopaedia Of Power Food. Saya dapati ada banyak ayat tergantung dalam bab ini. Walaubagaimanapun saya dapat buat sedikit kesimpulan dari bacaan saya itu.

Alahan insya Allah dapat ditangani dengan dua cara iaitu dengan membuat antibiotik semulajadi dan tonik semulajadi.

Antibiotik semulajadi
Untuk kes alahan kita boleh gunakan bawang putih. Cincang halus bawang putih dan campurkan dengan sayur lain yang boleh dimakan mentah. Buku itu tidak memberikan cadangan sayur apa maka saya ingin cadangkan kalian potong dadu tomato dan cincang halus bawang putih sebiji dan gaulkan dengan sedikit garam bukit (sila elakkan garam proses). Bagi menghilangkan bau bawang putih, boleh dicampurkan juga dengan parsly ke dalam tomato dan bawang putih itu.

Pertama kali makan memang kekok. Saya pernah cuba bila zauji mula2 buat campuran ini untuk memudahkan saya memasak (guna bahan segar tanpa perlu masak). Sungguh rasanya tidak kalah. Sedap dimakan dengan gulai dan lauk lain bersama nasi. Pastikan bawang putih dicincang halus untuk tujuan ini.

Penulis mencadangkan untuk mengambil antibiotik ini seminggu sekali untuk mengelakkan alahan.

Tonik semulajadi
Disinilah saya terjumpa ayat tergantung dalam buku ini. Penterjemah menulis supaya kita menyediakan gelas 8oz. 6oz diisi dengan jus grapefruit (limau besar) dan selebihnya tidak dinyatakan. Walaubagaimanapun di perenggan bawahnya ada dinyatakan fungsi grapefruit, madu dan cuka epal. Maka, ada kemungkinan 6oz juss grapefruit + 1oz madu + 1oz cuka epal.

- Vit C dlm grapefruit akan mengaktifkan kandungan besi dalam madu untuk menguatkan aliran darah dan melawan kuasa allergen.
- Kombinasi madu dan grapefruit akan menghantar natrium dari cuka epal untuk meningkatkan keseimbangan cecair sel dan membentuk potensi elektrik bagi membenarkan pengaliran impuls saraf yang lebih kuat supaya allergen yang mengganggu saraf dapat dikurangkan
Ada beberapa lagi point untuk menunjukkan gabungan tiga bahan (jus grapefruit+madu+cuka epal) ini bertindak bagaimana di dalam badan kita tetapi saya rasa ia sangat berat untuk dihadamkan.

Penulis ada menulis pesakit akan berasa bebas dari alahan dalam masa 30-60 minit selepas mengambil tonik ini.

Suka ingin saya berkongsi kisah saya sendiri. Suatu masa dahulu saya sangat alah dengan habuk dan sejuk. Setiap pagi saya akan bersin berulang kali sehingga hidung mengeluarkan hingus cair kerana terpaksa andi awal pagi.

Lebih teruk jika terpaksa bertugas di dalam kelas dan bilik. Saya akan gatal rongga mata dan telinga setiap kali menyapu sampah, mencuci tingkap, memadam papan hitam dan lain2. Ia berlarutan sehingga selepas kawin di mana zauji pelihara haiwan ternakan dan selalu ada habuk dari dedak untuk makanan mereka.

Saya perasan gatal2 dan bersin2 saya hilang selepas mengamalkan makan markisa. Saya akan makan buah itu mentah2 atau buat air daripadanya. Alhamdulillah memang sangat membantu dengan izin Allah.

Justeru jika kalian diuji dengan alahan dari apa sahaja, bolehlah ikhtiar makan bawang putih mentah (buat salad) dan cari buah yang tinggi vitamin c seperti markisa. Sila buat carian sumber makanan apa yang tinggi vitamin c itu. Jika boleh saya nasihatkan elakkan mengambil vitamin c dalam bentuk pil yang sintetik. Yang asli adalah lebih baik.

PERLULAH DIINGAT!!
Sihat atau sakitnya kita adalah dengan izin Allah. Ikhtiar untuk mengubati diri dengan kaedah apapun biarlah masih meletakkan pergantungan kepada Allah. Jangan sesekali rasa ubat itu lebih berkuasa.

Dan saya bukanlah doktor. Maka apa yang saya tulis ini masih boleh dipertikaikan dan dipersoalkan. Tidak salah jika kalian ingin mencuba tetapi haruslah diingatkan jangan berlebihan. Apapun usaha anda biarlah bersederhana.

sitisifir10.blogspot.com
Fb : Norhafizah Madzlan Pija Sitisifir
Page : Jelitawan Organik

Tiada Takdir Allah Yang Salah

Bismillah,

Dunia yang kita diami ini subhanallah sebenarnya terlalu cantik pada pandangan mata. Banyak sangat nikmat ada didunia. Padanya ada kebahagiaan ada keindahan. Namun antara seorang dengan yang lain tidak sama kadar dunia yang kita miliki.

Ada yang memiliki rumah besar, pangkat tinggi, makanan dan minuman yang enak namun ada juga yang hanya tinggal di pondok buruk, tiada kedudukan dan makan sekadar boleh melapik perut.

Maka apakah maksud Allah SWT tidak memberikan dunia sama rata kepada kita hambaNya? Walhal kita tahu bahawa setiap hambaNya mendapat kasih sayangNya malah kasih Allah kepada kita adalah melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya.

Takdir yang ditentukan Allah adalah tidak sama malah sesetengah takdirNya adalah diluar kehendak hamba itu sendiri. Kasih sayang Allah hanya akan dimiliki oleh hambaNya yang tunduk kepada takdir Allah sekalipun dia ditakdirkan menjadi orang miskin sekalipun.

Jika orang itu beriman, maka mereka tidak akan merungut sekalipun mereka ditakdirkan menjadi orang miskin malah mereka rela menerima takdirnya. Mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi hambaNya.

Jika takdir yang ditentukan adalah baik, maka disitulah peluang untuk mereka menjadi hamba yang bersyukur malah mereka memanfaatkan kebaikan itu bukan hanya untuk diri mereka sendiri malah utk orang lain juga.

Seseorang hamba yang tidak redha dengan takdir Allah samalah seperti seolah-olah dia tidak yakin kepada keadilan dan kebijaksanaan Allah. Mereka menganggap Allah tidak memahami isi hati mereka sedangkan Allah Maha Tahu yang ilmuNya meliputi segala sesuatu maka Allah memberi takdir yang terbaik bagi setiap orang.

Setiap ujian yang Allah beri sebenarnya telah ada skema yang telah Allah beri dalam Quran dan hadis. Andai kita memilih untuk mencari solusi melalui Quran dan hadis insya Allah banyaklah masalah kita akan selesai dengan baik.

Ujian yang Allah beri akan meninggikan nilai taqwa kita kepada Allah. Semoga sahaja kita menjadi hamba yang bersyukur dan selalu beramal soleh. Hayati ayat Quran dan hadis dibawah sebagai panduan hidup kita :)

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ
عَلِيمٌ ﴿١١﴾     التغابن  ١١

Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan ijin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.( 11 )

At Taghabun : 11

Keimanan menjulang rasa tinggi ( الإستعلاء ) terhadap Islam dan perjuangannya.

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿١٣٩﴾  آل عمران ١٣٩

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.(139)

Ali 'Imran : 139

Keimanan menambat ketenangan dan keyakinan sehingga terpahat istiqamah dalam jiwa.

هُوَ الَّذِي أَنزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَّعَ إِيمَانِهِمْ ۗ وَلِلَّـهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ عَلِيمًا حَكِيمًا ( ٤ )  الحجرات  ٤

... Bergembiralah menjadi seorang mukmin

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

maksud hadis :

“Amat menghairankan sekali keadaan orang mukmin itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi bagi seseorangpun melainkan hanya untuk orang mukmin itu belaka, iaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup (kesenangan),diapun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan baginya,sedang apabila ia ditimpa kesukaran – yakni bencana – diapun bersabar dan hal inipun adalah merupakan kebaikan baginya.”

HR Muslim

Monday, October 06, 2014

Ceramah Perdana Makcik Pijah

Gambar ni ada nilai tertentu..

Usamah sedang menangis lagi.. alkisah selepas azan zohir tadi saya dah arahkan anak2 ambil wudhu utk mereka solat bersama2.. tapi xlama selepas tu bunyi mereka beraduh dan ada yang menangis.

Ketika itu saya didapur.. duduk rehat sambil belek buku resepi.. Ahmadi datang lalu saya tanya dia, "Siapa dan kenapa dia menangis?". Ahmadi kata Uwaiys nangis sebab bergaduh dengan Usamah. Usamah duduk atas Uwaiys sampai dia xboleh bernafas. Lalu saya panggil Usamah dan Uwaiys yang disyaki bergaduh tu dan minta Arwa bawa rotan sekali.

Saya tanya mereka, "Apa yang dah jadi?". Uwaiys cerita, "Usamah kata Uwaiys ambil rubber Usamah. Rubber Usamah ada tanda hitam atas rubber. Rubber ni takde tanda jadi Uwaiys kata ni bukan Usamah punya. Usamah marah terus duduk atas Uwaiys masa Uwaiys baring. Uwaiys xboleh bernafas". Sambil menangis..

Saya mula menyoal Usamah..
Umi : Ambil rubber tu benda kecik ke besar?
Usamah : (selepas disoal berulangkali baru berani jawab) Kecik..
Umi : Tindih adik sampai dia xboleh bernyawa benda kecik ke besar?
Usamah : (ambil masa lebih lama dari tadi untuk jawab) Besar..
Umi : Habis kenapa Usamah buat jugak?? Tau tak bahaya kalau jadi apa2 kat Uwaiys nanti?

Ceramah perdana pun bermula. Rotan ditangan saya tak sampai pun ke tubuh Usamah. Memang xbajet nak rotan dia pun. Saya libas2 meja makan aje tu pun diorang dah cukup ketar. Asmaa mula letakkan tangannya di belakang saya..

Ceramah dengan suara yang agak kuat menyebabkan saya rasa nak muntah. Terganggu ucapan saya.. ditambah pula dengan airmata yang mula mengalir sama.

Saya beritahu kecewanya saya bila anak2 bergaduh. Seperti biasa saya akan kaitkan dengan dosa pahala, syurga neraka. Saya bgtau macam mana diakhirat kelak jika kita tak setel sesama manusia maka pengadilan di akhirat terpaksa kita lalui.

Kemudian jika masih ada yang perlu dilunaskan jika kita salah, maka habis pahala kita diambil lawan kita dan selepas pahala kita habis, dosanya pula bakal kita pikul. Anak2 semua sudah mula menangis kecuali Iman dan Ahmadan. Memang setiap kali ceramah keadaannya begitu. Yang tiada kaitan pun akan menangis sama.

Saya tanya apa punca yang mendorong Usamah bertindak menindih adik dan selepas berulang kali disoal dia hanya mampu jawab, "Tak tau".. maka saya mula masuk jarum.

Usamah taktau sebab yang suruh Usamah buat macam tu adalah syaitan. Syaitan yang ada dalam urat darah kita. Syaitan yang kita tak sedar kewujudannya. Saya juga beritahu yang tiap kali mereka bergaduh syaitan juga mengajak saya pukul mereka kuat2 sampai lembik tapi itu xpernah saya lakukan lagi..

Jadi saya ajak mereka supaya kami sama2 lawan ajakan syaitan. Jangan mudah jadi orang yang hanyut dalam hasutan syaitan. Sesi tu menjadi sesi yang agak panjang. Saya bagitau kalau diorg xsetel didunia.. akhirat nanti takut lambat ke syurga. Segera mereka bersalaman.

Bila dah mati ayat saya minta anak2 pergi solat.. mereka saling menunggu utk solat jemaah bersama. Usai solat mereka buat diskusi pendek barangkali. Sebabnya selepas itu mereka berlari minta maaf dan ucap terima kasih di belakang saya dan terus lari menyorokkan diri..

Sudah solat saya ajak mereka makan. Mereka decide nak makan dalam talam. Makan pun simple aje.. sbb abah xde so saya bakar ikan dan rebus anak jagung aje utk lunch.

Usamah berhenti menangis barangkali semasa makan. Meskipun dah berulangkali cerita begini masih berulang, saya masih cuba optimis itu adalah kali terakhir peristiwa begitu terjadi. Setiap kali berulang, saya mengulang modus operandi yg sama cuma dengan lain2 kisah mengikut kesesuaian..

Teringat sahabat2 di whatsapp (1 keluarga 1 hafiz) ada yang mahu mengajak diskusi tentang anak gaduh sesama sendiri. Sengaja saya tidak jawab. Anak kami 7 maka cerita memang lebih banyak dan panjang. Cara nak selesaikan mereka juga sangat subjektif.. sangat bergantung kepada punca pergaduhan.

Juga teringat diskusi di grup lain (homeschool - sub jlo senior dan junior) tentang antara ibu dan bapa siapa yang patut lebih garang? Maka jawapannya adalah biar ibu yang garang kerana garang mana pun seorang ibu, anaknya akan masih mencari ibunya. Tapi jika ayah yang garang maka menjauhlah si anak tadi.

Tapi garang itu tidak boleh mengatasi kasih sayang pada anak2.. kalau anak mintak susu pun masih digarangi maka nanti hilanglah anak tu dari kita. Maka berwaspadalah dengan rasa marah dalam diri.. jika anak dirasakan semakin menjauh maka ada sesuatu yang perlu diubah.

Mmm.. panjang la plak eh.. gambar ni ada saya tampal sticker sbb nak sorok Asmaa yang x bertudung.. dia anak dara dah kan so kena jaga la sikit hehe... tu je lah kot cerita ai ols arini.. ambil yg bermanfaat, buat yang tidak..