Subscribe



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

My Fellow Followers

Monday, November 30, 2009

Contest Anak Dara Ku Bertocang by Sitisifir10


Sila refer Update Terbaru hadiah contest..kepada peserta yang dah hantar entry sila rujuk syarat terbaru... Terima kasih kepada k.Sari kerana menambah hadiah untuk peserta kita....happy contest girls!!!

Bismillah,

Memandangkan ketiadaan aktiviti blog daku sejak akhir2 ini...ingin sekali saya menaikkan semula satu contest. Sebenarnya saya suka kepada contest untuk suruh kalian berfikir, tapi disebabkan tak terfikir contest apakah itu dan saya terdesak melepaskan satu dari hadiah contest sebelum ia dibazirkan maka, terhasillah contest ini. Lagipun mak2 di luar sana sangat minat kepada contest yang kearah tunjuk gambar2 anak ni kan??

Syarat contest :
  • Sila letakkan link ke blog ini. Pastikan nama yang keluar di bloglist kalian adalah Siti Sifir's Supernova Share-Out Space. (Pijah!! Cerewet nya ngko nih!!!)
  • Sila letakkan linkkan blog anda ke blog penaja Fitrah Cinta dan jadi follower Fitrah Cinta. Sila jengah ke sana dan tinggalkan komen tentang blog k.Sari di entry contest blog masing2.
  • Anak anda itu hendaklah perempuan, berumur bawah 3 tahun. Gambarnya hanyalah sekeping sahaja supaya senang untuk dinilai. Jangan risau, kami bukan nak cari calon menantu
  • Letakkan banner di sidebar...(kalau ramai masuk maka merata2 lah wajah Arwa ku kan kelihatan...ngeh he he..ops itu pun kalau ramai ek...) Sila abaikan banner yang ala kadar itu..kerana tuan buat contest ini sangatlah tak rajinnya nak mengedit gambar :P
  • Tolong beri tajuk Contest Anak Dara Ku Bertocang by Sitisifir10 di entry anda.
  • Tarikh tutup 30 November 2009 jam 12 pm (tengahari)
  • Sebagai menambah perasa, sila rajin singgah dan beri komen. Mungkin ini caranya untuk merasuah saya... :P walaubagaimanapun biarlah gambar bertocang anak anda menyengat ye...( tocang budak ada sengat kah??)
  • Tinggalkan link anda dikotak komen di bawah.
  • Pemenang akan diketahui petang hari yang sama jika saya tak ada kesulitan lain insya ALLAH...dan jika ada peserta, kalau takde nak umum apa??
  • Hadiahnya adalah :
Hadiah pertama :

  • Baju gown Sarakids dan baucer di bawah (dah cuti sekolah kan..bolehlah kalian merendek...)
Voucher free n easy 3 hari 2 malam ke HONG KONG

Hadiah kedua :
  • Baju gown Sarakids & Baucer di bawah


So, kepada peminat contest......sila2lah.... :)

Para peserta bertocang adelah :
Attn to peserta : Sila letakkan link ke blog ini di bloglist anda ye...sob sob...takkan tak sudi kots?? sob sob lagik....

Sunday, November 22, 2009

Anakku Ceria Giveaway Contest

Sticky mode entry :P
BannerFans.com

Bismillah,

Hi hi...biarlah saya membuat pengakuan ikhlas, hadiah yang ditawarkan dek Noriza ini tidak tawar. Ia sangat berbaloi2 dan memandangkan saya ni peminat barang free (yg beli barang makanan ajee) maka saya berbesar hati masuk. Well ada minat one more contest yang bertajuk lets get organised tapi saya dah terlepas tarikhnya. Sebab saya nak masuk yang itu adalah kalau ikut tu, saya dah banyak entry yang menjurus kepada tajuk contest itu.


Owh sungguh set memasak Vantage ini sangat menawan hati saya tapi saya akur jika anak2 ku yang tidak bergigi itu mungkin boleh jadi tidak bernasib baik untuk membantu umi mendapatkan set memasak di atas, namun umi masih beruntung mempunyai anak2 seperti kalian :)

Jadi saya mahu cuba2 letak ini gambar...mustilah gambar Arwa sebab dia sorang aje yang berusia di bawah 24 bulan...

This is my beautiful Arwa Mohd Sabri setahun 8 bulan...huhu dah besar dah dia, org lain umur gini dah dapat adek..

Tarikh tamat contest ini adalah pada 22 November 2009. Sangat lama lagi tapi saya perati ramai dah rakan blogger yang take part...so Noriza...Peace!!!!


pss...kengkawan yang terliur nak masuk, sila ke link ini untuk T&C plus...untuk mendapatkan produk conningware, Luminarc, Tupperware ikutlah secara tunaikah, ansurankan, atau main kutu kah...sila ke link ini pula.

MY BIRTHDAY GIVEAWAY !!! (M-B-G)

Bismillah,

Sebelum ni memang dah ikut blog Sarah tapi saya tak ingat saya pernah tinggal jejak atau tak..rasa mcm pernah je merapu di sana tinggal lagi Sarah noticed me atau tidak aje. Hari ni saya teruskan dengan jadi follower keada blog peribadi dia dan blog bis onlinenya juga!! Sebab dengan menjadi follower, ada kemungkinan untuk saya memenangi hadiah ini.....

{hadiah 1 : babyland printed CD }
{hadiah 2 : babyland bright color CD }

So, kepada pengguna2 CD dan pencinta2 alam, tanak ke try luck memasing. Jom ahhhh... but sorry I just pray for my luck...ahahahaha....

Tapi saya tidak cukup dengan itu...saya juga cuba2 nak rebut hadiah di bawah ini pulak!!!

{hadiah 3 :
coolababy velcro CD with wetbag}
{hadiah 4 :
coolababy snapbutton CD with legwarmer}

Owh, sangat cool Sarah!! Ur besday but U give us the gift...Us? Huh mcm lah dah kompem lucky!! :P Inginlah daku share pengalaman masa mula2 pakai CD ini...ini adalah kerana CD memberi pelbagai kesan dalam kehidupan saya. Tidak hanya dari segi penjimatan tetapi pandangan saya tentang pengorbanan ibubapa serta mertua saya!!!

Dahulu saya telah membeli lampin kain (cloth diapers) untuk dipakaikan kepada anakanda-anakanda saya. Saya memandang kepada penjimatan hebat dan juga tahap keselamatan yang ada pada lampin kain itu. Rupa-rupanya, saya tidak hanya melabur untuk mendapatkan wang lebih dan kesihatan yang sempurna tetapi ada sesuatu yang lain yang saya dapati dari pakej lampin kain itu.

Tahukah kalian, saya telah mempunyai 4 anak yang bermata bulat dan comel pada pandangan mata saya. Tidak saya pedulikan pandangan orang lain pada mereka kerana mereka selalunya menyenangkan hati saya. Selama saya mengandungkan dan melahirkan mereka, ternyata hanya selepas membeli lampin kain barulah saya sedar bahawa najis mereka sangat busuk dan tengiknya menusuk ke tekak ini. Saya belum pernah membiarkan lampin kain ini berlama-lama memandangkan saya hanya mempunyai 20 keping sahaja lampin ini. Jadi saya membasuhnya setiap malam dan setiap malam itulah, tekak saya serasa dipenuhi oleh rasa serba salah pada ibu yang melahirkan saya.

Kenapa saya kaitkan begitu? Selama saya melahirkan anak-anak ini, bukan saya tidak tercium bau najis mereka, tetapi inilah pertama kalinya saya perlu menghadap benda ini setiap malam. Sambil mencuci saya mengenangkan ibu saya yang pastinya melakukan kerja yang sama semasa membesarkan saya dan dua adik saya dahulu. Tidak juga saya lupakan mertua saya yang membesarkan 11 adik beradik suami saya.



Saya senang sekali melihat Arwa memakai CD. Sekalipun ada masa timbul bakteria jahat menyerang semangat rajin saya tapi saya akan kembali kepadanya juga. Saya lebih berpuas hati dengan tidak mengumpul seplastik besar disposable diapers dan buang.

Ketika mula2 pakai dulu, kami rimas juga dengan kebocoran yang kadangkala berlaku tetapi sekarang saya rasa saya sudah tahap mahir(caiiitt...!!) mengendalikan pemakaian ini. Tetapi saya masih perlu mengingatkan suami saya untuk menyalin pada masa yang tepat supaya tidaklah nanti saya terpaksa mencuci satu rumah pula kerana najis yang melata :P.

Sungguh pemakaian CD telah memberi saya 1001 kenikmatan sebagai seorang ibu walau ada halangan melanda. Thanx to Mr Washing Machine...ahaha..kalau ngko takde jenuh jugak aku ek...tapi sayang ek ko tak tolong sidai lak, tolong cuci aje ye...

*Sarah, wiungkah membaca entry ku?? Maklumlah nak bertaruh dua kategori ni kan mestilah panjaannnngggggg....... ;P


Monday, November 16, 2009

Bila Homeschool Patut Dimulakan?


Bismillah,

Pada mulanya, saya juga merasa ragu-ragu (sebenarnya menggelabah) untuk menjalankan HS. Manakan tidak, saya mempunyai 4 orang anak dan mempunyai perniagaan dalam bidang optikal yang turut memerlukan penuh perhatian sebelum perniagaan ini benar-benar berjalan dengan lancar. Suami saya juga baru memulakan perniagaan ayam belandanya dan ini juga memerlukan tumpuan juga (idea ini juga terhasil kerana rasa untuk meng HS kan anak-anak).

Walaubagaimanapun, saya lebih suka untuk berfikiran positif (kadangkala saya juga pesimis). Demi melihat anak-anak yang dahagakan kasih sayang dan ilmu, saya kuatkan juga semangat supaya mereka tidak terkapai-kapai dan terus menjadi mangsa. Saya dan suami tidak mahu nantinya akan dilabel ‘pandai beranak, tak pandai nak jaga’.

Sebenarnya, untuk bermula tidaklah susah. Anak kecil mempunyai naluri ingin tahu yang sangat tinggi. Jika anda cuba tulis apa yang mereka tanyakan hari-hari, pasti anda akan terkejut dengan soalan-soalan itu. Dengan menjawab soalan mereka ini dengan jawapan yang munasabah, anda telah memulakan langkah murni untuk memberi HS kepada anak anda. Ya! Semudah itu.

Tapi jangan lupa, pendidikan ini hanya akan berlangsung jika anda memberikan jawapan yang munasabah kepada soalan mereka. Adakala secara tidak sedar, kita mungkin akan menipu anak-anak mungkin sekadar untuk berlucu, tapi bagaimana jika mereka mengambil serius apa yang anda katakan?

Anda juga tidak dikira menjalani kehidupan HS jika anda tidak menjawab soalan anak anda. Walaubagaimana sibuk pun anda, jika anda rasa sukar memberi jawapan apabila mereka bertanya, mintalah kepada mereka dengan cara baik bahawa anda akan memberi jawapannya selepas kerja anda selesai. “Sayang, ayah buat kerja ayah sekejap, lepas ni ayah jawab soalan tu boleh?” Namun jangan terlampau lama bertangguh.

Jika anda suka bertangguh, rasa ingin tahu anak-anak mungkin akan terpadam dengan cepat sekali. Ini adalah satu kerugian besar dimana kita telah membuatkan fitrah ingin tahu anak kita akan lenyap. Malah dikhuatiri mereka akan mencari ilmu itu dari sumber yang salah.

Sementara itu, peruntukan sedikit masa untuk anda menyusun jadual anda. Anda harus berfikir masa bilakah yang paling sesuai untuk anda dekati anak anda dan mengajarnya apa sahaja yang dia mahu tahu dan apa sahaja yang anda mahu dia tahu. Yang pentingnya, jangan terlalu memaksa anak-anak contohnya mengejutkan mereka dari tidur pada masa anda telah tetapkan mereka untuk belajar mengira. Bimbangnya, mereka akan hilang minat terhadap ilmu pula akhirnya.

Jadi, bila anda mahu mulakan??

Sunday, November 15, 2009

Asmaa' & Buih Belon



Bismillah,

Di suatu hari yang hening, Asmaa' bangun terkulat2 sambil menggosokkan matanya. Seperti kebiasaannya dia akan mandi dan selepas itu mula mengemaskan beg sekolahnya. Tiba2....


Asmaa' : Umi kakak nak buat yang mcm ni??
Umi : Silalah kakak, umi nak masak makan pagi ni...



Lalu dia pun amik sabun dan campur kan dengan air dan inilah hasilnya. Tidaklah umi sempat memerhati berapakah kepekatan yang kakak gunakan untuk menghasilkan sesuatu yang seperti ini...


Asmaa' : Ni dah siap. Macam mana kakak nak tiup?
Umi : Cuba kakak cari sendiri..umi tak abis masak lagi ni. Nanti kakak lambat pegi sekolah pulak.
Asmaa' : OK!!

Lalu tempat puting botol susu diorang yang dah lama menjadi mangsa. Mungkin diambil dari kelompok mainan mereka.
Umi : Mana boleh kakak guna benda tu. Kakak cuba cari benda lain...
Asmaa' : OK!!


Tiba2 dia datang dengan membawa dua benda alah ni....pensil dan rangka bekas kompas yang telah menjadi mangsa buli...


Abah : Lah apalah yang susah2 kan dawai ada...buat aje mcm ni...
Umi : Tulah abah kalau datang dari tadi kan senang keje kakak!!!


Tapi sebab kesuntukan masa, pagi tu, belon tetap tidak sempat ditiup...sabun yang Asmaa' bancuh mempunyai kepekatan yang tidak tepat untuk menghasilkan buih...tapi kefahaman Asmaa' atas gambar dalam buku English darjah dua kepunyaan maksu tetap menjadi kebanggaan umi..Next time we will try again insya ALLAH :)


Saturday, November 14, 2009

Pensil Mewarna Buat Anakanda

Bismillah,

Ini sebenarnya sengaja nak tunjuk pensil kaler yang saya beli. Dahulu saya suka beli set ini. Tetapi selalu yang menjadi pilihan saya untuk dibelikan kepada mereka adalah kaler yang ada 24 btg dgn harga RM 3.50.

Kelebihan set ini adalah ia mempunyai pelbagai benda di dalamnya seperti krayon, kaler magic, kapur, clay, pensil, pemadam, gunting plastik dll. Tapi saya tak kluarkan semuanya. Boleh habis sekejap aje kalau keluarkan semuanya serentak. Saya catu juga benda ni. Kadang2 time Asmaa' & Usamah pegi sekolah, saya akan keluarkan 2-3 batang crayon untuk Arwa & Uwaiys. Kemudian bagi kertas dengan gambar yang perlu dua kaler aja. Selalu pun kalau ada sesi ini umi diorang yang lebih2 mewarna. Apa nak harap dari budak setahun lebih mewarna kan??

Sekalipun saya keluarkan pensil warna yang satu kotak 24 batang itu, saya tetap tak keluarkan semuanya juga. Saya akan amik secekak dan bagi. Bukan apa, budak2 ni kalau dia tidak mewarna, mereka akan sepahkan atau main baling2. Itu yang kadang2 rasa tak tahan. Kembang kempis hidung tahan nak marah sebab kalau kira setahun tu, bajet untuk kaler mereka ni rasa2 banyak jugak...

Yang set banyak2 itu selalu dikirim dari mak saya. Dia ada keahlian Cosway dan saya hanya beli kalau saya perasan harganya murah. Yang kotak biru tu rasanya lebih kurang RM 10 aje. Yang kotak besar itu pun takdelah mahal pun. Mmm...mereka ni memang saya tak belikan yang mahal-mahal. Sekadar mampu aja tapi yang saya suka tu bila mereka lukis macam2.

Lepas je melukis, semua bawak tunjuk kat kami. Suruh kami puji2 dan kalau kami kata lawa, diorang akan suruh lekat ke dinding. Huhu....mural pun dah penuh merata. Arwa yang kecik pun suka lukis ntah apa2 dan datang tunjuk...





Let's get organised giveaway @ bungakesidang.blogspot.com

Bismillah,

Saya mau bagi tabik spring pada Hayatizain atas contest yang dianjurkan ini. Saya cadangkan juga kalau Hayatizain rajin dia boleh summarizekan semua penyertaan dan put in an ebook dan boleh jual lagik!!! Serius, ibu2 perlukan ini untuk menjadikannya sebagai satu manual bagaimana nak manage kehidupan seharian.

Mmm..saya masuk contest ini pun bukan nak tunjuk yang saya ni well organized punya orang. Saya rasa contest ini bagus sebab kita boleh share so kita boleh tengok adakah cara orang itu ini akan lebih sesuai dengan kita. Manalah tahu apa yang kita amalkan hari ini boleh diperbaiki lagi kan?

Hayatizain, sebenarnya saya ada banyak koleksi entry ala2 yang ini juga...so saya amik balik dan letak di sini ye??

CABUTAN PERTAMA :P

saya nak kongsi jadual saya. Tolong jangan pasang kekaguman yang melampau ye sebab saya dah nyatakan di beberapa entry lepas, bahawa saya tidak disiplin 100% dalam keadaan sekarang.

My Schedule height="500" width="100%" > value="http://d.scribd.com/ScribdViewer.swf?document_id=18045517&access_key=key-csocnj25xi0qylwznpa&page=1&version=1&viewMode=">
Ada rasa ngerikah kalau melihatnya? Nnt ada lak yang takut nak beranak ramai...Ok meh saya nak elaborate apakah yang ada di dalamnya...

A
  • Masak nasi (suami ku makan nasi di pagi hari)
  • Prepare sarapan (kalau malas pakai perangat lauk semalam aje)
  • Wudhu & solat
  • 1 'ain alQuran
B
  • Solat Subuh
  • Iron baju (kasi panas badan)
  • Masak air & bancuh
  • Bangunkan anak2 & mandi
  • Kemas rumah, bilik tidur
C
  • Sarapan
  • Siapkan bekal
  • Hantar anak
  • Bank in duit
  • Pasar
  • Sapu sampah
  • Basuh pinggan
D
  • Mop lantai
  • Ikut abah ke Sg Kechil
E
  • Masak tengahari
  • Basuh CD
  • Solat Dhuha
  • E1 - blocks
  • E2 - mewarna & melukis
  • E3 - flash card
  • E4 - mengaji & menyanyi
  • E5 - toys
  • E6 - mini craft
  • E7 - mini experiment
F
  • Order lens
  • Edging lens
  • Blogging & email
G
  • Prepare Zohor
  • Kemas rumah (xtvt C)
  • Mandi manda
  • Makan
H
  • H1 - mengeja (Bacalah Anakku)
  • H2 - mengira (buku asas Matematik)
  • H3 - mengeja alQuran (Al Furqan)
  • H4 - mewarna (gambar fotostat)
  • H5 - spelling (Read Easy)
  • H6 - hafazan (Muqaddam)
  • H7 - melukis
  • H8 - cartoon time
  • H9 - belajar Arab
I
  • I1 - solat Asar, kutip kain & lipat, rehat, check menu untuk esok dan lusa
  • I2 - play @ taman
J
  • mandi & rehat
  • makan
  • solat / learn to solat
K
  • Basuh baju
  • Solat Isya'
  • Bed time story
L
  • Acara bebas
  • Balik kampung
  • Picnic
  • Mini Experiment
  • Cartoon day :)
OK, saya nak elaborate satu2 masa ni rasa tak larat, ni pun makan dua tiga hari nak menaip seblom dapat penuh...sanggup tunda ketagihan masuk contest lagi tau...So, sape yang nak tanya, saya akan jawab insya ALLAH dalam kotak komen di bawah...jika perlu penerangan panjang lebar, akan ku cerita dalam satu entry khas..



CABUTAN KEDUA :p

Dalam satu hari saya akan ada 4 list untuk di beri perhatian. List2 ini pula bukan saya buat pada hari yang saya nak buat. Saya akan tulis list2 ini sehari dua seblom saya mesti melakukannya. Jadi, disini adalah persediaan saya untuk bersedia apa yang akan saya lakukan pada setiap hari. Bila saya dah jot down apa yang saya nak buat, maka saya dah set dalam kepala apa yang akan saya lakukan pada hari itu.

Malah, apa yang ingin saya lakukan itu, akan saya beritahu kepada suami saya juga. Itu sebab saya perlu kepada diari. Bukan untuk meluahkan rasa hati tetapi sebagai kawan yang akan memberitahu saya, "Pija, arini ngko kena buat itu dan ini".

Diariku yang lunyai..tahun ni nak beli yg lebih murah, diari saya yang ini sangat mahal!!!

OK, ini pula adalah 4 list yang saya maksudkan :
  • things to do
  • things to cook
  • things to buy
  • things to pay
Kesemua 4 list di atas juga tertakluk kepada jadual harian saya dan anak2. Walaubagaimanapun, saya dah alter jadual saya itu dari masa ke semasa kerana mengikut perkembangan anak2. Contohnya sebelum ni saya jadualkan aktiviti mewarna & melukis mereka tetapi nampak gaya mereka suka mewarna & melukis di setiap masa. Jadi saya sediakan aktiviti lain di waktu itu.

Things To Do (TTD)
Memang saya mempunyai jadual. Jika perati memang semua pekerjaan perlu saya lakukan setiap hari. Dengan list TTD ini saya akan meletakkan prioriti kepada kerja2 rumah saya dan pengurusan anak2. Jika kain misalnya tidak penuh sebakul, saya tidak akan lipatkannya sehinggalah ia penuh sebakul. Jika tidak ada tumpahan di atas lantai, maka tidaklah saya perlu mengemop setiap hari. Jika lantai bilik air masih bersih, tidaklah saya memberus setiap hari. Satu yang cuba saya amalkan dari list TTD ini adalah 'jangan bertangguh'. Bukan apa, jika saya bertangguh, maka saya jugalah yang akan menanggung kerja2 yang melambak itu.

Things To Cook (TTC)
Antara yang selalu termasuk dalam list TTD saya adalah TTC. Sebabnya setiap hari ahli keluarga kami makan. Oleh itu, setiap hari saya akan sediakan senarai TTC. Saya bukan dalam golongan pandai masak tetapi itu bukan alasan untuk saya tidak masak. Saya mungkin cepat jemu dengan sesuatu masakan jika masak berulangkali.

Jadi, untuk menjadikan diri sendiri orang yang minat makan, maka saya akan cuba masak variasi jenis masakan. Susah jika mahu idea itu datang sendiri jadi saya akan gunakan buku resepi. Sebagai contohnya, dalam minggu ini, saya belek majalah Nur dan saya ambil resepi2 di dalamnya untuk dimasak beberapa hari ini.

Ini sebenarnya adalah katalog Avon..bukan saya punya pun..

Tapi dalamnya dah tak de katalog, yang ada hanyalah resepi yang dinanti untuk dimasak...ahaha

Jika saya dah masakkan masakan itu (sekalipun resepinya adalah masak kicap okeh) saya akan tandakan dan saya berkemungkinan tidak akan membelek majalah itu lagi sehinggalah saya dalam pantang nanti..he hehehe...

Things To Buy (TTB)
Setelah membuat senarai TTC, saya pasti mahu menyediakan barang2 untuk di masak. Untuk ini, saya akan membuat senarai yang saya hendak beli pula (TTB). Sudah beberapa kali staff Econsave akan menegur saya kerana di tangan saya akan ada kertas kecil dan pen untuk menanda barang yang saya sudah ambil.

Selain dari barang dapur, jika ada keperluan lain seperti sabun atau alat tulis, saya akan masukkan dalam list. Jadi bila saya kluar saja, sekali harung saya akan beli apa yang telah saya jot down. Ini membuatkan saya tidak berlama2 di Econsave atau pasar dan saya juga tidak akan terlebih bajet (maklumle...orang cukup makan :P)

ADAKAH INI BOLEH UNTUK CABUTAN KETIGA??????


Things To Pay (TTP)
Alang2 keluar dari rumah, saya akan membuat pembayaran atas bil2 atau hutang, atau duit kedai. Perkara yang saya nak bayar ini terbahagi kepada dua. Satu adalah duit kedai dan satu lagi saya masukkan dalam senarai hutang :P

Untuk manage pembayaran hutang, saya bahagikan ia kepada empat pula...he he he...ada rasa wiung2kah melihatnya :
  • Hari pertama - bayar loan bank - asal sahaja berhutang dengan bank atau institusi seumpamanya sebagai contoh kereta, PTPTN, peribadi maka saya akan cabut duit dari collection kedai satu hari ini dan bayar
  • Hari kedua - bayar hutang individu (RM 100) - hutang2 lama yang berlaku zaman merudum kami...at least tak semakin menambun sekarang...
  • Hari ketiga - bayar duit anak (RM 100) - mengqadha zaman tidak disiplin membayar elaun bulanan mereka.
  • Hari keempat - bayar bil - bil utiliti kedai, rumah, sekolah, insuran, apa yg saya teringin nak beli dll
Aturan ini telah saya buat sehingga hujung tahun 2010. Fuh!!! Sungguh hazab sekali rupanya nak menghabiskan bayaran sedangkan semasa membeli kereta dan menggunakan duit hutang itu begitu mudah sekali :P Ada antara hutang2 yang saya senaraikan di atas akan saya habiskan sebelum tempoh yang saya maksudkan tetapi akan saya gantikan dengan membayar loan kereta dan sebagainya...Ini usaha saya untuk melepaskan diri dari belenggu hutang.


Ini adalah bajet bulanan saya - hanya saya sorang ajelah yang faham :P

Itu sajalah yang boleh saya share, kot ada cara yang lebih mantopp..boleh lah share bersama2 ek...



CABUTAN KEEMPAT :p

Bagaimana Saya Menguruskan Baju Di Rumah
  • Saya ada satu raga yang khusus untuk baju kotor. Saya pastikan bila dah penuh aje, terus basuh. Kalau saya tunggu sehingga menimbun alamatnya menyidai, mengangkat dan melipat juga adalah menimbun
  • Selesai basuh, yang mana memang untuk di hanger dalam almari saya akan hang siap2. So, bila kutip, straight away masuk dalam almari...kalau perlu libas je saya libas dulu.
  • Baju yang mana ada pasangan, let say baju dan seluar tidur anak2, saya akan sidai sebelah2...so senang nak jumpa pasangannya untuk dilipat nanti.
  • Saya akan lipatkan baki (yang tidak dihanger) beberapa hari sekali. Mmm...saya takde almari pun Hayatizain, bila ada duit sikit saya beli almari plastik dan skang almari itupun dah koyak rabak tapi masih boleh digunakan untuk menggantung baju mereka.
  • Dengan mengamalkan ini, banyak masa boleh saya jimatkan. Mungkin bajet hanger dengan almari plastik tu banyak tapi saya tak beli semuanya serentak...saya beli bila ada duit aje...
Macam mana saya uruskan permainan anak2 :
  • Saya ikatkan permainan mereka kepada beberapa bungkusan kecil. Hari ini, saya keluarkan permainan masak2. Bila dah malam, rasa2 nak lena saya kerah diorang kutip. Esok saya keluarkan packing alat doktor2, serupa gak bila dah malam, diorang kene kemas. Tak kira besar mana pun mereka, saya akan suruh jugak.

Mmm...terpulanglah kepada HayatiZain nak bg banyak mana pun cabutan....saya seronok untuk berkongsi sebenarnya. Panjang2 karang orang pulak muak nak baca...he he...sekali lagi syabas buat Hayatizain!!!

Buku Inspirasi Contest


Bismillah,

Saya selalu menjengah ke blog Puan Masayu. Di blognya ada banyak perkara yang boleh diketahui untuk seseorang yang mahu bekerja dari rumah. Tidak setakat tips, penulis juga gemar mencadangkan dekorasi yang sesuai untuk rumah WAHM dan lain2. Baru2 ini, Puan Masayu buat pula satu contest. Satu daripada hadiahnya menarik hati saya.


Soalan yang diberikan oleh Puan Masayu adalah :

1.Apakah status anda kini?
Saya adalah Working At Home Mom. Syukur saya memiliki kedai dimana kami tinggal di atasnya. Saya hanya turun sekali sekala atas permintaan.

2.Apakah impian anda pada masa hadapan?
Saya mahu meluangkan lebih masa kepada anak2 dan suami dan saya berharap saya hanya perlu memantau perniagaan kini tanpa mengurusnya sepenuh masa seperti kini. Jadi saya boleh beri tumpuan kepada cabang lain juga. Ini akan menjadikan anak2 saya lebih kreatif dalam membentuk kehidupan masa hadapan mereka kelak. Kehidupan ini punya ciri yang pelbagai, saya bimbang anak2 terkongkong dalam dunia optikal dan dunia penternakan kami berdua. Lalu saya perlu berusaha gigih dari sekarang untuk memastikan anak2 saya tidak terkongkong dalam lingkungan pemikiran kami sahaja. Buku ini insya ALLAH dapat membantu saya mencorak lebih banyak cara mencari sumber kewangan walaupun berada di dalam rumah sahaja.

Contest ini masih belum ditetapkan tarikh tamatnya. Jadi kepada sesiapa yang ingin melangkah ke alam baru, duduk di rumah tetapi masih boleh menjana kewangan, mungkin ini adalah satu caranya. Banyakkan mengunjungi blog Puan Masayu supaya anda tahu nikmatnya berada di dalam rumah.

Contest Aksi Si Comel


Bismillah,

First, saya letak gambar yang nak ditandingkan dulu eksss...

Nama : Uwaiys Mohd Sabri
Tarikh Lahir : 11 Nov 2006
Umur : 3 tahun beberapa hari
Aksi : Aksi seorang petani moden :P

Ini adalah topi yang selalu digunakan oleh tokku untuk mesin atau menebas rumput atau digunakan ketika panas membahang sedangkan makanan ayam belum diberi. Kebanyakan petani akan memiliki topi yang lebih kurang begini bagi memberi keteduhan kepada petani. Uwaiys selalu saja temankan tokki dan abahnya bertani.

Dia tau, tidak rugi berbakti kepada tanah. Tebas2 lalang boleh tanam nanas. Sayur pun akan tumbuh lebih subur bila zat dari tanah boleh masuk lebih banyak ke sayur dari ke rumput. Kemudian jika ayam membijih pun, terus jadik baja. Uwaiys perlu banyak belajar bahawa dunia akademik tidak menjamin kepada sebuah pekerjaan yang berkot, bertali leher, berhawa dingin.

Uwaiys juga perlu lebih banyak belajar supaya apabila dewasa kelak, Uwaiys tidak akan hanya menjadi hamba2 kertas dan komputer di atas meja. Uwaiiys perlu tahu, dia akan mendapat lebih kepuasan jika bertani. Ini telah dijanjikan ALLAH dalam banyak ayat.

Firman ALLAH yang bermaksud :
Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (Al-An'am : 99)

“Lalu dengan air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur; di dalam kebun-kebun itu kamu memperoleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian daripada buah-buahan itu kamu makan.” (al-Mukminun: 19)

Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian dan buah anggur serta sayur-sayuran, dan buah zaitun serta pohon-pohon kurma, dan taman-taman yang menghijau subur, dan berbagai-bagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu. (Abasa : 27-32)

Penaja bagi contest ini adalah Comel Lote Collections, dimana terjual benda2 yang comel lote untuk anak2. Saya tau, memang tabiat mak2 zaman skang ni, kalau kat shopping mall diorang boleh sekadar window shopping berjam2 lamanya kat kids stuff. Apatah pula kalau window shopping online. Sedar tak sedar tiba2 tangan terus klik2 kat bank online dan tertransfer ke akaun penjual :P

Satu lagi penaja adalah Muslimah Online Shop. Ini adalah untuk peminat atau pencari baju2 muslimah especially untuk tujuan santai. Sekarang dah ramai dah yang beralih dari baju sendat dan ketat kepada baju yang labuh dan longgar seperti ini. Saya pun suka tapi honestly, my husband still tak izin saya pakai diluar. Rasanya orang lebih senang nampak kekurusan saya dengan pakaian begini :P

Well, apa yang kita suka dengan satu2 penjual online ni? Semasa zaman saya bisnes online dulu, saya suka bg mereka yang membeli ala2 lebih kurang mcm Cosway buat itu. Sebagai contoh RM 10 dapat 1 point. Point ini ada sesetgh customer dia suka kumpul point mcm Real Rewards n Kad Mesra Petronas tu. Tebus belum tentu :P

So, point ini boleh lah di redeem dengan something yang cute yet cheap...seswailah kan dengan konsep comellote. Sebagai contohnya adalah sapu tangan berkartun, sepit rambut dll... Satu lagi, customer pun suka kalau boleh bayar ansuran tapi saya dulu tk lepaskan barang sehingga dah habis bayar. Huhu...terpaksalah kan.. Tapi skang org dah berani nk bg barang dulu tapi seluruh keturunan pembeli kena bagi no tepon...ahahahaha...

Okeh??

Belajar & Mengajar Matematik


Bismillah,

Kawan2..saya adalah pencinta Matematik. Tapi semasa saya memasang nekad untuk belajar dalam bidang ini di peringkat universiti, seorang guru lalu memeluk bahu saya dan berkata... "Pija, seeloknya ikut juga nasihat mak awak. Bukan apa, kalau Pija amik bidang ni, nanti akhirnya Pija jadi macam cikgu aje..." Lalu saya balik dan menukar pilihan2 itu kepada pilihan yang cenderung pada pandangan mata ibu saya.

Saya tak menyesal. Tetapi saya terus kemaruk dengan matematik. Sehingga terbawa2 semasa mengandungkan anak2 saya, jika ada kelapangan, saya akan buat latihan matematik tapi itulah...pengetahuan saya hanya di peringkat matematik Tingkatan 5 sahaja. Kadang2 juga, saya akan ajar adik bongsu saya dan ini membantu saya mengasah semula karat2 di kepala saya.

Tapi, saya tau saya garang bila mengajar Maths. Saya rasa matematik boleh dikuasai dengan membanyakkan latihan. Saya dulu asal2 banyak buat latihan pun sbb kawan2 banyak tanya kepada saya. Sehinggalah saya boleh menjawab semua soalan dalam buku especially buku teks. Itu pun tidak mudah juga cuma saya percaya setiap soalan ada jawapannya maka saya akan cari jugak jawapan.

Saya mungkin terlewat sikit mengajar anak saya membaca dan kini mereka keliru dengan apa yang cikgu dan saya ajar di dalam mengeja. Tapi saya harap mereka dapat menguasai matematik sebaiknya. Asmaa' sudah boleh menambah nombor sehingga ke angka 20. Masih ada salah tapi saya dah puas hati dengan budak besar itu punya latihan. Saya rasa dapat faham cuma biasalah kadang2 ada silly mistake.

Apa yang saya nak kongsi hari ini adalah satu blog ini. Homeschool Math Blog. Ini sangat sesuai untuk kita belajar semula matematik. Bukan apa, sekalipun kita tidak ada hajat tinggi melangit dalam bidang ini, tapi kita akan bekalkan sesuatu buat anakanda tercinta insya ALLAH. Tapi ada satu list yang lebih dasat. Saya rasa nak aje letakkan semua link yang dia bagi dalam blog saya... (macam la ada masa nak explore) ahahaha....here is the list Lets Play Math.

Owh I really love mathematics....ia buat saya rasa best!!!

Friday, November 13, 2009

Chatterbox 1st Anniversary Giveaway


Bismillah,

Hihi...ini adalah round ke dua k.Hanz sound saya. Sebabnya saya tak masuk2 lagi giveaway dia walaupun begitu, saya adalah pengunjung tetap ke chatterbox k.Hanz!! Malah jika ada kesempatan saya akan tinggalkan komen lagi di kotak vis-a-vis dia... Tapi kenapa saya tak masuk giveaway anjurannya itu dari awal lagi??

Sebabnya k.Hanz, saya rasa sapelah saya ni nak komen2 blog akak. Kira dah jadi macam idola dah k.Hanz....serius. Satu benda yang k.Hanz buat tapi saya tak praktikkan lagi adalah bawak own bag untuk shopping!!! Wah...selalu dah sampai kat kaunter barulah teringat k.Hanz...tak ke gila bayang saya tiap kali nak bayar barang? Ahahaha.....But I still make sure that the salesgirl letak penuh2 in the bag plastik..lantaklah campur cacamarba ke hapa...

Sebenarnya k.Hanz melancarkan giveaway ni adalah untuk meraikan ulangtahun pertama chatterboxnya. Dia bermula November tahun lalu dan kini untuk meraikannya, k.Hanz melancarkan giveaway ni. Walaupun baru setahun, namun segala apa yang ada di dalam chatterbox itu adalah sangat mantap!!!

Baik dari segi tulisan, pandangan, gambar sehingga link yang diletakkan di tepi sidebar sangat memberi kesan kepada pembaca. Cuma.....ye ada sikit cuma, itu pun bukan sebab kelemahan K.Hanz, tapi ia adalah kelemahan diri saya. Jika words yang k.Hanz guna terlalu tinggi bagi saya, saya kena buka kamus untuk lebih memahaminya.

Mungkin k.Hanz boleh letak widget (saya tak abis study, cuba tengok kat link ni kot2 ada). Tapi dari segi yang lain, ia boleh menggalakkan pembaca dari negara lain untuk memahami tujuan k.Hanz. Lagipun k.Hanz guna bahasa formal bukan saya yang guna perkataan yang takleh jumpa dalam kamus DBP neh..he he he..

Satu lagi, saya jarang jumpa orang yang bersungguh2 mengajak orang lain mengamalkan natural parenting & living tanpa bisnes. Saya bg contoh ek...mcm k.hanz ajak kita bawak bekal kosong kalau kita nak tapau nasi kat kedai. Saya betul2 takleh bayang betapa bersungguh2 k.Hanz ni dalam mengamalkan kehidupan alami ini.

Keseluruhannya saya ingin ucapkan tahniah kepada k.Hanz atas kesungguhannya itu. Saya memberi komen ini bukan semata2 hendak kan giveaway itu, tetapi sebagai menghormati K.Hanz yang lebih senior dari saya dari segi natural parenting & living ini. Chaiiyyok k.Hanz...


Kepada kawan2 sila perhati tarikh di bawah sebelum anda terlalu terlewat untuk menyertainya....hadiahnya adalah GREEN GIFTS, anda lihatlah sendiri di link ini ya...

So, who can join? Just any Malaysian CitizenshipFemale Bloggers either residing in Malaysia or outside of Malaysia.

This giveaway starts on 15th of October & ends on 15th of November, 2009 @ 11:59pm (Malaysian time)




Moms Forum on MomBloggersPlanet


Bismillah,

Chaiyyokk Madam Ros!! Sekarang sudah ada forum pula di MBP. Uik...Pija excited dengan forum?? Hihi....saya bukan peminat forum kerana beberapa sebab :
  • email saya akan jadi melambak..pun begitu jika tak dilanggan email, saya takkan tau apa yang sedang berlaku di dalam forum sana
  • saya blurr..selalu orang dah ke London Australia, saya masih terkial2 tgk new topic
  • saya selalu berebut PC dgn suami ku...ahahahaha....actually I have more time to blog lately semenjak saya dah pindahkan komputer dari bawah ke atas.
Saya dulu adalah seorang yang gila forum. Saya akan melepek depan komputer menanti balasan dari teman2 forum yang lain. Namun setelah berhenti dari bisnes online tidak beberapa lama dahulu, saya telah hentikan xtvt ini. Mungkin perlu masa balik untuk berforum semula. Saya sejujurnya belum berjumpa dengan forum yang masuk ke jiwa saya lagi. Ahahaha....

Dulu, ketika join, saya suka forum yang Islamik, haiyya sangat tidak ingat apakah nama forum itu. Tapi kini forum2 yang Islamik turut membincangkan topik berat sehingga saya menjadi wiung2 membacanya. Sehingga saya membeli kamus istilah untuk memahami apa yang orang lain katakan. Itu baru memahami...untuk masuk campur, saya terasa kerdilnya ilmu saya untuk berada di dalamnya.

Lalu, kini saya lebih selesa berblog. Saya bebas sesuka hati nak tulis serba mak neka yang saya nak tulis. Yes..ada masa suami saya akan kata, tak baik la tulis mcm ni especially artikl itu saya maksudkan kepada seseorang. Memang ada entry yang saya draftkan aja walaupun yang saya tulis mungkin 3-4 ms A4!! Tapi saya lebih menghormati suami saya...

Sekarang saya teringin nak masuk dalam forum yang banyak dikunjungi oleh blogger2. Bukan apa, kadang2 rasa berjiran sebelah pintu je dengan mereka. Mungkin banyak yang boleh dikongsi di sana nanti. Jadi, saya dah cuba register dan insya ALLAH kejap2 lagi bolehlah tu masuk dan berenang bersama2 di dalamnya...hihi...

*dengar kata apak2 pun nak masuk berforum, so mak2 sekelian tanak join kah?? Fresh lagi ni!!! Picit gambar di bawah dan cari Forum itu...mudah2an ketemu anda di sana jua...

Moms Forum

Bihun Goreng Kerabu


Bismillah,

Sebenarnya, selepas menjamu laksa semasa dalam musim raya aritu, ada banyak lebihan bunga kantan, serai dengan daun kunyit (aik...ada ka orang letak daun kunyit dalam laksa?? Ahahaha...) lalu saya terfikir nak buat nasi goreng kerabu. Untuk buat nasi kerabu saya tak pandai (belum menuntut dari mertua).

Tiba2 tengok ada orang makan nasinya sedangkan perkakas semua saya dah potong (sebut potong teringat iklan POTONG P1 Wimax). Lalu terpaksa lah saya memangsakan bihun ini. Maka terhasillah bihun goreng kerabu dan rasanya saling tak tumpah pula dengan nasi goreng kerabu.

Saya faham kalian ngeri melihat wajah bihun saya. Lalu saya nak gunakan alasan kamera saya kurang megapixel (dicadangkan oleh Sue Lunatot untuk cover masakan sendiri). Sungguhpun begitu, saya rasa saya sangat suka dengan bihun goreng kerabu ini sebab semua anak2 dan abahnya mengadap bihun ini dengan bersungguh2.

Mula2 biasalah tumis bawang merah putih dengan sos tiram. Kemudian masukkan udang dan perkakas yang saya sebutkan di atas sebelum masukkan bihun. Last nya saya masukkan pulak sikit lada hitam dan garam. Saya tak pandai nak bajet air untuk bihun maka terjadilah kisah top up air sampai bihun cukup lembik untuk dinikmati. Ahahaha...

OK, korang...saya tak bertujuan untuk jadikan blog saya sebagai tempat rujukan resepi apatah pula ilmu memasak saya tak melepasi buku lali kaki kalian pun. Tapi saya saja nak abadikan resepi memandai2 saya sebagai kenang2an. Kot2 satu hari nanti Asmaa' atau Arwa akan masakkan masakan ni untuk mertua saya. Owh...apakah???


Thursday, November 12, 2009

Memori Di Taayah - Episod 3

Bismillah,

He he...saje nak tunggu orang tanya bila episod ketiga nak kluar. Bila Amy tanya tadi, barulah terasa nak menulis. Sebenonya, korang terlampau banyak sangat komen sampai yang belum masuk tajuk pun korang dah cerita ahaha....so, aku mcm sentaplah pulak, nak tulis ke dah korang tulis dah??

Okeh, memula arini nak cerita pasal cikgulah sebab antara orang pertama yang kita ramai2 kenal adalah cikgu2lah. Masa tu, aku ingat lagi Ustazah Fatimah kata, merekalah yang akan gantikan mak ayah kita di sana. Woohh...ngeri? Ingat kita aje ke ngeri? Ustazah2 dengan cikgu2 tak ngeri ke bila kita ramai2 jadik anak dia....uhuhuhu..

Sebelum melanjutkan cerita, korang skang dah boleh addkan cikgu2 kita mcm Ustazah Fatima, Cg Saniah Dona, Ustazah Amanah... sebahagiannya aku dah add dan korang boleh jumpa kat my fren list. Ustazah Fatimah siap hantar mesej pada aku (tolong jangan jeles), Ustazah Amanah plak kami pernah chat dan dia ada bgtau betapa dia seronok bila anak2 didik dia datang melawat diorang kembali. Cikgu Saniah...err...skang aku nk anta mesej atau tulis kat wall dia tapi cam konpius nak tulis in English ke in BM. Ahahaha...

Korang, antara guru pertama yang membuatkan aku rasa cikgu2 kat Taayah adalah best2 adalah cikgu Zaiton. Percayakah?? Sebabnya...masa musim orientasi lagi aku nak cari toilet. Dari kelas 1T tu aku cam gamble aje tetiba nampak cikgu Zaiton senyum meleret kat aku depan 2S. Mcm biasa aku yang peramah pun tanya, "Cikgu, tandas di mana??"

Korang tau cikgu Zaiton jawab mcm mana?? Dia siap pegang bahu aku dua2 belah dan tunjuk toilet depan mata aku kat bangunan 3 tingkat tu. Lepas tu aku ucap terima kasih kat dia....dan selepas itu aku tak pernah percaya yang Cg Zaiton garang dengan student sehinggalah aku masuk 2P. Semasa di 2P, macam senior atau junior semua kena buat jotter. Korang, aku nk tya apa implikasi jotter ini kepada kehidupan korang?? Takde??

Bagi aku ada..Sebabkan tabiat inilah aku sentiasa selesaikan buku2 latihan aku dari mukasurat 1 sampai habis. Kalau ada yang takleh aku jawab, aku terpaksala tanya kanak2 yg pandai....atau aku memandai2 sendiri. Semacam ada rasa tak puas hati kalau ada soklan yang dalam ms tertentu tak dapat aku buat. Tapi alhamdulillah, walaupun Cikgu Zaiton garang, aku takdela kes kena marah berat2 dengan dia. Walaupun aku bukan pandai English mcm Siti Nurhayati...ehehehe....

Cikgu lain masa di 1T adalah cikgu Suhaimi. Time ni dia ajar Sejarah kelas aku. Dia tulis nota atas papan hitam, aku salin...dia tulis, aku salin...dia tulis lagi, Amy salin, aku tido...ahahaha... ntah apalah badi ek duduk kat Taayah, asyik ngantuk aje. Tapi satu memori dgn dia masa form 1 adalah semasa exam, Ustazah Halimah tiba2 panggil aku.

Masa tu, org datang bgtau kat cikgu Suhaimi. Cikgu pun cakap baik2 kat aku, suruh aku bertenang, bawak banyak bersabar. Tak ke panik tengah exam ni kawan2... rupanya wan aku meninggal. Tapi ada yang memandai buat spekulasi kata ayah akulah, mak aku lah...aku balik juga time tu tapi sbb time xm, esoknya diorang anta aku semula ke sekolah...demi masa depan aku la kununnya...tengok2 anak dia dapat no 30 lebih dalam kelas (time tu)...ketawa guling2 abah aku sbb kat sekolah rendah aku dapat top 3...ahahahaha....

Kisah aku yang lain dengan cikgu Suhaimi adalah masa 3R. Dia kalau nak spot aku, mesti sebut nama 'Faizah Madzlan' dan tiap kali tu jugaklah Faizah dengan baik hati bangun jawab soklan walaupun aku tau sebenarnya mata cg Suhaimi memang dah pandang aku dah. Aku memang selalu selamat sbb dia konpius padahal masa F1 dia still ingat nama aku. Tapi bila skang singgah2 kat Taayah pun dia masih gunakan nama tu untuk panggil aku...ahahaha...cute kan??

Ustazah Rozita korang ingat? Ustazah yang pernah merajuk, aku tak ingat kenapa tapi yang aku ingat Sri pergi la pujuk dia time tu. Dia ajar subjek apa ek... tapi ada satu yang akuhafal sampai hari ini iaitu bab bersuci 'al-maa' akbaru alah litthaharah yuthathohharu bihi aninnajasi walhadath' yang bermaksud Air adalah alat terbesar untuk bersuci, daripadanya ia menyucikan najis dan hadas.

Cikgu kelas masa F1 cikgu Hanna Sophia. Anak cikgu Zaliha, kakak kepada k.Hennie Suraya (senior prefect) dgn Hani Kamilah(junior). Dimanakah cikgu sekarang ya...dan apa khabar pula adik2 dan maknye??

Cikgu Wan Hassan, cikgu pertama dalam sekolah tu berjaya tarik telinga aku sbb ngantok. Masa tu 1T. Dia selalu sound jangan guna perkataan 'para-para'. Para pelajar bukan para-para pelajar. Masa mengajar dia selalu pandang dinding belakang. Kalau kita mengantuk, dia akan kata 'lalang-lalang layu....'

Masa F3 projek Sejarah tu, cikgu Wan Hassan adalah tokoh bagi kumpulan aku. Bila kami tanya dia punya sijil untuk kami letak di bahagian lampiran dia kata dia tak simpan. Time tu, semua ahli grup kami dah siap menaip tinggal nak sudahkan lampiran aje dan akhirnya aku amik sijil ntah sapa2 dan tepek nama dia atas sijil tu sebelum fotostat dan letak dalam lampiran. Kepada cikgu Suhaimi, mesti cikgu tak perasankan?? Ehehehe... Oh ye, korang boleh lihat wajah terkini cikgu Wan Hassan di link ini. Bila korang tengok aku yakin, korang akan ada rasa, bilalah nak pergi jumpa cikgu...huhuhuhu

Ustazah Mariam, ajar Bahasa Arab. Rasanya memng betul2 banyak sangat perkataan baru (mufrodat kan??) belajar bermula dengan kelas dia. Yang lebih best lagi adalah bila apa yang dia ajar, itulah yang masuk xm. Alhamdulillah, berkat dari ilmu permulaan itulah sekarang at least bolehlah faham sikit2 bila baca alQuran.

Naik 2P, first yang aku ingat Cikgu Norwati. Hari 1st day taaruf tu dia masuk dan duduk atas meja. Dia cerita macam2 aritu termasuklah dia tak makan malam especially kalau dia dah gosok gigi. Sekarang aku pun sama...kalau tergosok gigi malam awal, lepas pada tu memang aku tak makan dah punya.

Lagi satu Ustaz Musanif. Ahahahaha...... takleh lupa ustaz yang kelakar ini. Semua yang dia buat mesti kelakar sampai kita asyik ketawa aje. Sehinggalah di satu hari, dia marah tapi kita tak faham dia tengah marah. Ohh...time itu sangat menakutkan dan aku sangatlah takut kalau cikgu2 kita merajuk. Juga ada satu masa kaki aku bengkak dan ustaz suruh aku ke depan tapi sbb aku sakit, ustaz kata nak tgk kaki sampailah budak2 kelas aku cakap 'aurat ustazzz...'. Fuh nasib baiklah korang backing...he he...sebenarnya nak jalan tu boleh ustaz tapi saya tatau jawab soklannya...huhuhu

Ustazah Sairah yang cool. Ntah nape aku rasa mcm suka dengar dia punya telo percakapan..ada ala2 jawa sikit. Ntah nape la aku mula minat dengan orang Jawa masa kita kat Taayah dulu. Masa taaruf dia eja nama dia dan suruh kita sebut betul2. Ustazah di mana ya sekarang??

Mmm...Teringat juga Cikgu Fauziah ajar Sains yang jual kaset2 nasyid, sayangnya kaset2 itu skang dah tak boleh digunakan sbb dah takde player dah...juga cikgu Umi Kalsom yang jual jam2...aku ada beli satu tapi hilang masa kita gi kelah kat Chepor masa F3...huhuhu..

Naik 3R Cikgu Wan Zaharah. Oh, sangat tidak boleh lupa bila cikgu bengang dengan aku. Time tu Ustaz Tahir tersilap kira markah Arab aku. Aku pun silap sebab tak cek awal2. Kan tulisan jawi nombor lima bulat dan ustaz Tahir kira itu sebagai kosong. Ada banyak pulak tu tau yang dia tersilap. Markah banyak tapi tak dikira.

Kiranya seblom tu aku dapat nombor belas2 tapi bila dah sedar markah Arab tu, aku dok dalam top ten jugak la lebih kurang no 7-8 gitu. Selain terkejut dengan perkataan 'bodoh' cikgu Wan Zaharah kepada aku, tapi tempat dalam kelas aku masa tu lebih mengujakan. Aku jadi excited sampai cikgu Wan Zaharah akhirnya memahami kenapa markah2 tu penting untuk aku. Time tu cikgu Wan Zaharah suruh kita beratur cari kedudukan masing2 dalam kelas.

Benda yang paling aku ingat Ustaz Khir yang steady ajar aku adalah dalam solat, kita takleh menyenggeng sebelah kaki. Juga Ustaz Ramli yang cute dan baik hati. OK, benda yang aku nk ingatkan korang ingat tak masa form 3 ada geng2 kita yang rela pergi toilet kalau terdengar suara Ustaz Zamri kat keliling2 tu...uhuhuhu....sungguh gedik sekali ketika itu!!

Okehlah, meh cerita masa kita 4Sc lak. Cikgu Supiah/Safiah yang sempat ajar BM kelas kita satu semester. Itu cikgu kelas dan dia sempat kira markah untuk kita masa tu cumanya dia tak bgtau masing2 dapat no berapa kan? Ke dia bgtau aku tak ingat...tapi masa seblom dia nak gi dia ada bagi aku kata2 yang menunjukkan aku akan dapat lebih lagi kalau aku usaha lebih.

Cikgu Umi Kalsom yang kita panggil cikgu Com juga sempat ajar sekejap. Selepas tu diganti dengan Cikgu Rohani. Cikgu Norhaini ingat tak?? Kita ada buat projek Kimia dengan dia. Time tu nak tanam pokok dalam kapas diapers tu dan dia punya anak punya diapers lah yang kita hantam. Campur bila nak buat kertas dari pokok keladi bunting, suami dia sampai terjun lombong punya nak cari keladi tu. Huhuhu...

Cikgu UmiMaznum juga...hihi....masih terngiang2 "Kamu faham ke tak?? Faham...bagus" Dia tanya dan dia jawab. Sampai skang masih berhubungan dengan Cikgu Umi Maznum lagi dan juga Ustazah Fatimah. Cikgu Ramlah yang cerita pasal mcm mana ayah dia ikat bodi dia masa zaman Jepun dulu...ahahaha...teringatnya weihhh...

Cikgu Saniah Dona, ada satu peristiwa yang aku ingat, ada satu hari tu cikgu Nazri panggil aku suruh jumpa dia waktu sekian2, kebetulannya time tu kelas cikgu Saniah. Aku nk try minta izin dari dia nak kluar kelas. May I go out tu OK lagi sekali dia tanya, nak buat apa jumpa cikgu Nazri...huhuhu, aku rasa masa tu aku gi cakap "I want to wash picture" sampai Yatie lak yang lebih2 ketawa.

Sebut pasal Yatie, ingatkah kalian masa kita 4Sc ada ustaz Faizal ke apa namanya ajar P.Islam. Kan ada masa satu kelas dia tiba2 langit jadik gelap dan dia pun sedap je kata, "Ish..nak kiamat ke??" huhu...dah la ari tu ari Jumaat. Pastu bila bincang pasal tabung bayi tu yang kata kalau ada bayi luar nikah apa kita nak buat. Time tu dia tanya Yatie dan Yatie sampai ke sudah jawab, "Tak boleh ustaz....saya tak boleh bayangkan saya ada anak luar nikah...mcm mana saya nak bayngkan....." Ahahaha...

Mmm..lupalak nk mention Sir Tajudin. Cikgu BI kita..mm, ramai lagi ni cikgu kalau ikut tapi inilh yang banyak memberi kesan dalam hidup aku di Taayah dulu... Tidak kiralah kenangan bersama cikgu2 ni sepahit mana pun, ia tetap adalah satu kesan terbaik dalam hidup aku. Kalau bukan digonyoh2 di sekolah dulu, tidaklah kita semua jadi mcm hari ni. Memasing ada kerjaya masing2.....

Bila ek boleh kita kumpul2 ramai2 sambil serbu cikgu2 kita yang masih di sana?? Mesti cikgu2 nak sekeh kepala kita sbb tak gi jumpa diorang ek....hihi...

*buat kawan2 yang kelas lain dari aku, boleh cerita kenangan manis dengan cikgu2 kat kotak komen ek...episod kali ni nk cerita bab cikgu aje...lenkali aku sambung lagi...

Who homeschools?


Bismillah,

Setiap keluarga boleh melakukan HS. Tidak kira sama ada si suami bekerja seorang manakala si isteri adalah surirumah, atau mungkin kedua-dua suami isteri bekerja, anda masih boleh melakukan HS. Cuma jika anda berdua mempunyai pekerjaan, pastilah anda perlu menyusun jadual kehidupan anda dengan lebih baik supaya HS tidak menjadi beban pula kepada anda sekeluarga.

Walaupun anda merasakan anda bukan dari golongan high level education, anda masih punya ruang untuk sama-sama memahami apa yang anak anda belajar. Barulah selayaknya anak anda akan berasa bangga mempunyai ibubapa seperti anda. Jangan bimbang tentang diri anda boleh atau tidak untuk melakukannya kerana rasa ragu-ragu itu hanya akan membinasakan kehidupan anda sahaja.

Jangan toleh ke arah lain lagi, pandanglah mata anak anda dan mulalah untuk mengenalkan dunia kepada mereka. Hanya dengan cara ini sahaja, dunia tidak akan dengan mudah menipu mereka.

*Hallamak...macam ayat dalam buku la pulak. Sebenarnya nk buat e-book semua yang berkaitan dengan HS ni. Tapi biarlah, lebih baik saya kongsikannya secara percuma....atau nanti bila dah banyak artikel berkaitan, saya akan skrapkan semuanya dalam satu buku.


Uwaiys n Arwa playing under the display table while umi entertained the customer

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Ye...

Daisypath Anniversary Years Ticker Lilypie Kids birthday Ticker Lilypie Kids birthday Ticker Lilypie Kids birthday Ticker Lilypie Kids birthday Ticker pregnancy calendar