Friday, June 24, 2022

Maafkan Dulu, Kemudian Nanti Akan Melupakan

Bismillah,




Sehari ini asyik terlintas ingatan teman-teman fb tentang memberi maaf, artikel di majalah malah Celik Hati di tv9 tadi. Pasti ada sebabnya kenapa Allah temukan saya dengan topik ini. Lalu saya terfikir, adekah aku masih menyimpan dendam kepada sesiapa?

Akibat dari menyuruh diri berfikir maka keluar habis nama mereka2 yang baru buat hal dengan saya huahuahua. Saya rasa, kalau saya paksa diri lebih lama lagi, mesti orang yang dah lama buat hal dengan saya pun boleh saya ingat. Adeilah, banyak keladak rupanya aku ni. 

Memaafkan tidak semestinya melupakan bukan? Sekarang saya keliru kalau kita memaafkan, bolehkah kita melupakan? Konpius mak.. 

Sebenarnya, saya rasa saya dah boleh memaafkan tetapi memori pada kejadian dukacita tu tetap ada. Memori ni saya yakin boleh hilng seandainya kita benar-benar memaafkan malah menyayangi pula. Saya xpasti ada kajian ke tak dalam hal ni tapi saya andaikan begini sahaja. 

Sebagai contoh, sebagai isteri atau ibu pasti ada saja kelakuan suami dan anak yang menyakitkan hati. Tetapi saya dengan mudah dapat melupakannya setelah beberapa lama. Bilamana terpandang diari lamapun, adakala saya xboleh recall langsung cerita duka yang membuatkan saya menulis itu. 

Saya masih ingat bagaimana saya beria2 menangis membaca diari itu dulu. Tapi sekarang saya baca pun saya xfaham padahal saya yang melaluinya dulu huhuhu. Jadi, saya membuat kesimpulan sendiri bahawa pada benda yang saya masih ingat itu, kemaafan yang saya beri hanyalah separuh. Sekadar untuk membahagiakan diri sendiri. 

Alangkah lebih bahagia jika dapat melupakan semua kesalahan orang pd kita. Ini akan menjadi batu asas supaya orang dengan mudah juga memaafkan kita. Ini adalah kerana, kita bukan manusia yang sempurna sentiasa saja ada salahnya dan selalu mengharapkan supaya diberi maaf serta peluang kedua untuk membaiki diri. 

Menurut satu artikel yang saya baca pagi tadi, kita mesti setel dengan ibu, bapa, suami dan anak2 iaitu dengan memaafkan salah mereka dan juga meminta maaf salah kita sendiri kepada mereka. Bagi mereka ini, sekiranya susah nak setel bayangkan kita berada bersama mereka dihadapan Kaabah. Luahkan segalanya dalam visualisasi itu dan seterusnya lakukannya secara real dengan berhadapan dengan mereka. Jika dilakukan dengan sepenuh penghayatan, insya Allah masalah terbesar dalam hidup kita akan beransur pergi. 

Sesungguhnya memori duka itu akan pergi juga dengan cara kita memberi peluang bahagia kita bersama orang yang bersalah itu. Ia akan dapat tercapai dengan kita membalas tuba yang diberi oleh mereka dengan madu. Jom bersama cari kekuatan itu. Semoga api derita dari permusuhan akan berlalu pergi juga.


 
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!