Tuesday, March 31, 2009

Kuda Mati Pun Nak Heran??

Bismillah,

Maaflah ye kepada sesiapa yang bakal terasa dengan apa yang saya copy & paste di blog saya. Sila komen untuk menunjukkan rasa hati anda.

Ingatkah lagi cerita kuda saya yang dah mati itu? Saya dah hampir melupakannya sehingga seseorang mengingatkan saya semula tentangnya.

bodoh nya manusia kuda mati itu yg hendak ditangisi macam mana saudara kita yg
kembali ke rahmahtullah memperjuangkan tanah air ketika saat kita makan,minum
atau apa saja di sebelah sana telah gugur pahlawan menegakkan kebenaran.......ada ke kau menangis..........MACAM MANA JGN JADI BODOH LAAAAAAAAA


Auuuwww...sakit jugak baca ek? Ke betul apa yang dia katakan? Saya balas dengan email ini :

Terbantut jugak kerja mendelete email saya bila terserempak dengan balasan encik xxx ni. Tapi saya tak kisah mana lah org nak kata bodoh bila kuda menangis pun. Tapi saya rasa Encik seorang ni mungkin tak habis periksa kot saya nangis ke tidak kalau PAHLAWAN pulak yang gugur. Lainlah kalau saya telah ditanya sama ada saya nangis ke tak dan saya jawab tak maka time tu nak kata saya bodoh maka saya memang bodoh dan yang lebih menyakitkan adalah saya adalah seorang yang buta hati. Kalau kuda mati dan tuannya menangis pun dikatakan bodoh, saya kira manusia tidak perlu ada belas kepada haiwanlah sedangkan di dunia ini bukan hanya manusia sahaja yang menumpang rahmat ALLAH.

Kepada tuan moderator xxxxx, serasa tuan mod sekiranya ada posting saya yang boleh menimbulkan sumpah seranah dari orang seperti ini, boleh terus reject. Saya
tidak kisah dikatakan bodoh tetapi saya kesian andai ada dosa orang seperti ini yang boleh menghina orang lain.

Walaubagaimanapun, saya pohon maaf andai ada posting saya yang membuatkan orang rasa tak baca pun tak apa. Saya harap apa yang saya tulis ada manfaat jika tidak untuk semua orang, seorang pun tidak mengapa.

Akhir kalam, sedikit dari surah Al-Hujurat ayat 11
[11] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Semoga aku tidak termasuk dalam golongan orang2 yang zalim Ya ALLAH


Dan tak lame je lepas si dia membalas :

simpan la surah tu................kita tak boleh meratap kematian walaupun yg mati itu manusia........mati itu WAJIB tak sekolah ke..........mati lebih baik kalau awak faham tak tahu la orang sekarang ni takut mati dan anggap mati itu musibah bukan ke patut bersyukur kerana kalau tak mati macam mana nak berjumpa dgn DIA. LU PIKIR LA SENDIRI


Tapi 'gua' terus membalas dengan :

Jadi, kata orang bodoh tu dibenarkan dalam Islam lah ye? Jika Encik xxx boleh mengata2 orang dengan sehina2 perkara, teruskanlah. Encik xxx dah tegur saya tak
boleh meratap kematian walaupun manusia dan sekarang saya terima. Jadi sekarang saya sebagai seorang saudara En xxx juga ingin mengajak Encik xxx menegur dengan penuh hikmah. Jika tidak mungkin apa yang Encik dakwahkan tidak sampai malah Encik xxx akan kelihatan sangat 'bodoh' dengan tindakan Encik xxx sendiri.

Bila kita mahu menegur orang lain, telinga yang paling dekat adalah telinga kita sendiri. Begitu jugalah saya. Saya tidak hanya menegur Encik xxx tetapi saya turut menegur diri saya sendiri. Oh Ya, terima kasih atas teguran Encik xxx itu. Saya doakan teguran itu mendapat pahala di sisi ALLAH. Moga teguran itu tidak menjadi sia2 atau terus menjadi dosa buat Encik xxx.

Juga suka ingin saya beritahu Encik xxx, seingat saya juga, saya tidak meratap pemergian kuda itu. Menangis hanya sekejap dan itu hanya kesan dari kesedihan dari dalam diri sahaja. Ia tidak terbawa2 sehingga saya meronta2 menangis malah saya bersyukur Battutta tidak tersiksa di dalam kesakitan yang dia tanggung. Lagipula saya percaya kepada Qadha & Qadar yang ALLAH telah tentukan kepada kami. Sama sekali saya tidak menyalahkan ALLAH atas pemergian kuda ini.

Dan saya kagum dengan Encik xxx yang tidak pernah bersedih apatah lagi menangis atas pemergian sesiapa jua yang dikasihi di sisi Encik xxx . Semoga airmata Encik xxx yang tumpah hanyalah kerana menangisi perkara2 yang patut2 sahaja.

Akhir kalam, semoga kita sama2 mendapat manfaat atas apa yang saya perkatakan dan apa yang Encik xxx katakan juga.



Well, sekiranya masih ada balasan lagi selepas ini akan saya pastekan. Cuma kemungkinan besar saya tidak akan balas email dia lagi. Selama ini saya selalu membaca sumpah seranah orang dalam mailing list especially berkaitan dengan hal2 politik tetapi saya tidak mahu campur bukan kerana saya tidak terasa tetapi posting itu tidak dari saya.

Saya terfikir juga jika saya terbaca satu2 posting yang juga saya rasa bodoh, pernahkah saya balas dengan perkataan caci maki begini? Jika kita memilih untuk berkata yang tidak2 maka itu terpulanglah kepada anda tetapi saya lebih minat untuk berkata dengan perkataan yang baik semampu saya.

Mmm...makcik Siti marah ka? My answer is 'a bit'. Saya kesal bila diserang dengan tulisan besar2 plus ayat BODOH itu. Kalaulah pakcik tu tegur saya baik2, saya akan terus sahaja berterimakasih padanya.

Wednesday, March 25, 2009

Perujuk Blog Ini







Bismillah,
Nampak bebeno den takde keje arini sampai buleh edit benda2 di bawah ini. Saya ingin sekali melihat semua mereka ini dan melihat dari mana link2 di bawah boleh berada dalam akaun http://www.e-referrer.com/ saya. Kalau betul mereka adalah perujuk saya, maka saya ingin mengucapkan special thanx utk mereka2 ini.

Yang ini blog senior saya di sekolah Raja Perempuan Taayah itu, blog dia juga sangat digilai ramai. Maklum saje keluhan & stori mori yang menghiburkan, tapi sila maklum ye, kebanyakan blogger berjaya menyampaikan rasa hati diorg kepada suami memasing melalui blog.

Blog my besfren kat Sekolah Raja Perempuan Taayah gak. Rapat dari F1-F5 cuma masa F2 dia terpandai so dia duduk di kelas no 2 sementara menunggu saya merangkak untuk mendapat kedudukan yang sama dengan dia.

Blog Pn Rosnita yang dah dikenali ramai, sape2 yang nak dapatkan panduan untuk dapatkan anak cepat membaca, sila berkunjung blog ini. Thanx Pn Rosnita yang meletakkan saya di Rakan Adikbijak. Mmm, saya juga pelanggan adikbijak tau..he he

Seorang blogger yang meminati Panda. Mmm, mana saya nak cari Panda ek nk bg kat die..he he
Mama kepada Nur Ain Shahirah yang comel. Rasanya saya & Ainaa punya minat yg sama yg mana saya pun suka bebeno benda yang seni2 mcm yang ada dalam blog die..

http://adiwidget.blogspot.com/search/label/Blogger
Yang ni padanlah ada di sini sebab saya pernah guna widget dari sini. Very nice :)

http://akif-tiqa.blogspot.com/
Kisah tentang Akif & Tiqa yang bermata bulat. Diorang baru dapat meja baru dari mama & papa diorang. Huhu...anak2 umi yang 4 orang ni dapat kerusi saiz umi dengan abah. Heret ke sana sini lak tu. Umi rasa umi dapat idea la...apa kata kerusi tu nanti umi ikat? He he...

Gerangan siapa ya penulis blog ni tapi rasanya kompem kot penghuni Al-Azhar Kaherah. Wish U Luck in ur xm. Mmm...ini set2 TKO rupanya :)

Personal Blog milik Alieya, yang baru kehilangan atuknya. Moga ALLAH mencucuri rahmat ke atas nya. Semoga juga Alieya dan keluarga diberi kekuatan untuk menghadapi kehilangan ini. Setiap satu yang bernyawa akan kembali juga akhirnya.

Ceritera Hidup Yang Tak Sudah -kisah Ct Salwa Abd Rahman.

Blg milik pensyarah KDH, moga ALLAH mudahkan kehidupan kalian :)

http://anugerahremajaperdana.blogspot.com/
Owh ini blog muda mudi dan saya tercari2 di manakah letaknya link ke blog saya dari blog ini rupa2nya ada di...Slot Motivasi (owh adakah org yang membara semangatnya selepas membaca repek kan ku di sini??

http://aurikelsan.blogspot.com/
When Others Are Writing...do they really care?? But honestly, isi dalam blog anda jauh lebih mantap. Teruskan berdakwah :)

http://azlanlin.blogspot.com
Blog saya dinamakan 'Wanita Punyai Skill' oleh En Azlan. Bagi saya gelaran ini terlampau tinggi utk dinamakan dengan nama saya. :(

http://azwandengkil.blogspot.com/
Encik Azwan Dengkil yang telah dikenali ramai esp di SIM :) Setiap tulisannya juga ada umphh..saya juga pembaca senyap tulisan En Azwan yang sungguh berbangga dengan Dengkil nya. He he..

Blog saya di link dari ruangan Blog Personal En Baldimerah. Walaupun En Baldimerah kata blog ni adalah a cut & paste blog tapi isi2nya tetap mantap dan terkadang pedas juga :)

http://beattey2910.blogspot.com/
Blog Beattey yang pernah beli baju sutera batik zaman saya sll bisnes online dulu. Skang dah tak mungkin lagi agaknya (tak pasti permanently atau temporary). Udah lah ter salah nombot dengan beattey dulu. Nasiblah juga customer saya ini tidak cerewet. Maaf Beattey. Owh..dan Beattey sedang menjejak berat asal dan rasanya dia sedang berjaya walaupun perlahan..chaiiyyuk beattey. Sila contohi diet Beattey!!

http://bintumaryam.blogspot.com/
Blog adik ipar saya yang bongsu. Cepat2 la Cik Su balik....ramai rindu neh

http://blogyusri.blogspot.com/
Tuannya adalah Yusri agaknya. Saya rasa dia juga peminat Saiful Islam sbb byk artikel Saiful Islam di dalamnya

http://buahatiumi.blogspot.com/
Blog milik cikgu Awin. Baru je puji bos dia..tabik jugak utk bos dia sbb jarang tau staff nak puji bos. Well, actually susah nak jadi bos yang baik dan adil sbb terkadang kita berlaku adil tapi tetap di salah tafsir oleh staff kita..serius neh

http://ceritamus.blogspot.com/
Saya mcm tak caye bila seorang budak lelaki macam Mustakim Ahmad ni letak link ke blog saya dari blog dia. Sekali tengok ayat2 dalam blog nie mcm sajak tapi bila baca2 balik bukanlah sajak pun..ha ha..

http://charkoeyteowgirl89.blogspot.com/
Budak yang terlebih dos char kuey teow ni adalah sepupu saya. Sepupu den yang penah jaga anak2 den..all the best to bakal cekdu..

http://cikted.blog.friendster.com/
Blog Cik Ted yang menyenaraikan saya dalam kolum mummy breastfeed. Yupp Arwa memang masih breastfeed dan dia sekarang dah pandai pun menyusu botol2 abang2 dan kakak dia. Huhu...but compare to yang seblom2 ni, 6 bulan jek susu kering abis.

http://cintagung85.blogspot.com/
Siapalah agaknya gerangan cintagung ni ye. Orangnye org KL, lepasan Al-Azhar. Semoga blog kepunyaannya menjadi medan menyuburkan ilmu. Insya ALLAH

http://dakeiza.blogspot.com/
An online diary to miezamo. Semoga sekeluarga hidup dalam rukun damai. Sikap saling memberi hadiah sangat baik dan digalakkan walaupun bukan hadiah yang mahal2 tapi tanda ingatan tu yang penting bukan?

http://ellanie77.blogspot.com/Ini adalah junior saya kat Sekolah Raja Perempuan Taayah. Fakardellawarni namanya. Bila2 aje saya bercerita tentang nama yang pelik, saya akan selalu ingat nama Fakar yang mula2. Bukan mengata tau. He he..Yang paling saya ingat rasanya masa saya F5 dia jadi ahli redaksi sekolah. Padanlah pun..rupanya2 budak ni kreatif sangat. Tengok aje kerja seni dalam blog dia nanti eks..

http://epanekal.blogspot.com/
Mama kepada Epan & Ekal yang akan membesar dan menjadi hensem man. Ha ha... Murni meletakkan saya dalam kolum blog kegemaran. Uhukk...moga adalah sesuatu yang Murni dapat dari blog saya ye.

http://eylla.blogspot.com/
Blog milik Pn. Suhailah Selamat. Semoga dimudahkan ALLAH utk membesarkan anakanda2 nya. Tak sabo jugak nk tgu anak besar nak tgk diorang pegi tpt motivasi.

http://fadhila8506.multiply.com/
Fadhila telah meletakkan blog saya dalam link di Multiply nya. Rasanya nurse ye kan??

http://farafahmiadamdaania.blogspot.com/
Ini geng bas sekolah saya masa amik Optometry UKM dulu. Orang lain panggil Fara, aku sesuka ati panggil Izue. Sekarang dia enjoy jadi surirumah dan bila balik Malaysia nnt katanya nak buat locum je..Huhu Izue, jeles nya aku!!

http://farahfarhan.blog.friendster.com/
Yang ini juga sebilik dengan saya masa dekat Sekolah Raja Perempuan Taayah. Dari kawan baik kepada musuh ketat dan sekarang berkawan baik semula. Rasanya saya cukup kenal Pa'an ni. Tokeh kepada Sarakids. Semoga jalan bisnesnya dimudahkan ALLAH :)

http://fazya.blogspot.com/
Blog milik Fayza Nisa. kebetulan sekali ada tya pasal CL colored dia yang rasa kelabu2. Fayza boleh pergi buat verifikasi semula CL tu atau pun akak tak pasti kalau saiz pupil (anak mata) Fayza besar dari pupil pada CL tu..

http://fiqsan1.blogspot.com/
Jika anda klik ke blog ini, anda akan dapati penuh dengan senarai pautan yang sangat bermanfaat...kecuali mine :(

http://firdauspharmacy.blogspot.com/
Junior sekolej di Kolej Tun Syed Nasir zaman belajar UKM dulu. Buah fikir Firdaus di dalam ini sangat mantap dan besar nilainya berbanding saiz Firdaus yang comel. Zaujahnya juga sedang mengandung dan nampak gaya dah tak lama. So, the best of luck dan moga sentiasa dimudahkan ALLAH.

http://fzsyuhada.blogspot.com/
Blog Nursyuhada :) Sape2 peminat Maajun Anggun Bistari, boleh terjah sini..

http://hashaku.blogspot.com/
Blog bapa kepada Chacha yang cumil, tapi nape dah lama tak update..blog saya di link kan dari kolum Panduan Mendidik Chacha. Mmm...ini sangat menggusarkan hati bonda...

http://hasnahzulaikha.blogspot.com/
Blog milik Zalikha -telah meletakkan link ke blog saya di bahagian My Favourite Link dan menamakan blog ini sebagai Blog Keluarga :)

http://healthbeauty-shoponline.blogspot.com/
Owh ini Blog K.Sarina yang saya kenal agak lama jugak la. Antara salah sorang peniaga online yang semakin mengembangkan sayapnya dalam perniagaan internet. Sape yang nak cari peralatan dan pemakanan yang keperempuanan sila lah ke blog ini ya...

http://ibnbarudin.blogspot.com/
Milik seorang yang berumur 20 tahun, sudah dinamakan ibnu maka mestilah dia seorang lelaki. Sejujurnya jika blog seperti ini adalah milik seorang lelaki, pastinya tuan blog ini adalah orang yang baik. Moga hidup adik ini akan sentiasa mendapat rahmat Ilahi. Oh Ya, sesiapa yang nakkan link ke semua akhbar yang ada di Malaysia, mungkin di sinilah tempatnya.

http://ibnuagis.blogspot.com/
Milik Ansar yang agak lama juga saya kenal di alam cyber. Seorang yang sedang mencari seseorang..jeng jeng jeng....

http://ibnusoleh.blogspot.com/
Owh, yg ni plak blog chenta hatiku...kalu tak link ke sini memang la kan...udahla tulih My First Wife..buat saspen orang tul la..

Ibu kepada Uwais dan Ameenah. Mmm..saya dah ada seorang anak bernama Uwaiys dan nampak gaya mcm dalam cerita ibu Uwais lah juga Uwaiys saya neh. He he... Mmm, Ameenah juga bermula dari huruf Hamzah (tulisan jawi) jugakkan..kalau beranak perempuan pulak mungkin jugak nama ni termasuk dalam calon nama anakanda saya. Insya ALLAH :)

Blog salah seorang kakyong yang saya kenal di alam bertenet neh. He he...well, saya pun Ayong jugak. (OK now saya baru perasan ini org yg sama dengan kakyong 72 :) )
Ini blog Yusrina Hatta tapi saye biasa panggil dia Yutt. Eh Yut blogger dah nak tutup ke? Adei..ni khabar2 hangin ke hape?

Blog Ida Rahayu..mm, alemak the latest posting betul2 membuat makcik siti neh sedih. Memang kita orang yang paling tak sedap sekali kalau org kata yang tidak2 pada anak2 kita. Tapi ayu, jangan letak dalam kepala ek apa org nk kata
Saya juga letakkan perkataan Ukhuwwah di kepala blog saye..kite same aaa..bunga tu cantik aa tapi saya tak pandai buat plak.
dari blog ini, pemilik blog ini menamakan blog saya sebagai ' ~mendidik~' . Mmm...kenapa saya rasa tak selesa dengan tag yang sebegini?

Lama juga blog ini tidak diupdate. Sayangnye rasa sebab isi2nya sangat bermanfaat. Anak2 nye yang cumil musti dah besar neh...

Blog k.yong yang rajin tinggal komen di blog saya. Tenkiu k.yong dan satu halnya k.yong ini adalah k.yong yang sama dengan ibualiya.

Blog set2 TKO. Dikenalpasti sbb ada nama K.Maymot di sana. Tapi saya belom terjumpa lagik blog K.Maymot neh
Haiyya sekali gi jengan tengok2 guna template yang sama...huuhuhuhu
Uuu...speaking man yang menggelar diri dengan housemen.
Blog Zuraida, sekali tgk dah nak serupa macam blog adik iparku. He he..latar belakang yang hitam menawan. Dptkan ilmu yang bermanfaat di sana.

He he...baru arini saya perasan bahawasanya saya suku sakat encik lemanmardi. ngeh he he..lihatlah betapa blog boleh mendekatkan yang jauh :)
Owh ini pulak blog macik angkat saya. Sll jugak merepek meraban dengan macik ni. Suka tgk dia ketawa duling2 tu. Tidak dapat ku bygkan betapa sadisnya melihat seorang macik berguling. Buat macik, result Nisa boleh tahan pe...kalau abah saya la dia mesti dah bawa saya makan kat kuey teow Dolly kat Tepeng tau. Well saya tak nampak dia linkkan saya. Saje gegatal nak komen..ngi....sbb dialah macikku.

Owh my, gerun tgk gambar tuannya. Ala2 serius. Anyway Ya Ustaz semoga terus mara utk berdakwah ya..

Nampaknya Cik Siti ni minat nasyid. Sape yang nak dapatkan lirik nasyid boleh lah kot ke link ini ek.

Ini blog seorang bekas rakan sekerja. Masa kami kerja di tpt yg sama kira rapat la jugak dgn dia. Skang dah jadi hepi wife tu arifful. Dah mula keje cikgu tapi yg geramnya she never inform hal neh. Mmm..juga sangat minat menyulam tudung dengan tangan. Sila berkunjung ke blog ini utk melihat hasil kerja seni dia.

Byk tips buleh didapati dari sini. Layann.....

Simple blog tapi padat isi dari tuannya. moga terus dapat berkongsi dengan pembaca lain :)
Mcm dah lama tak update jugak ek. Usrah pun dah lama tak panggil saya. Start saya buka kedai ni sampai skang maksudnya dah dekat setahun jugak la saya tak follow usrah online. Huhuhuuu...

http://my-7posen.blogspot.com/
Nampak gaya mcm budak Taayah gak neh tapi saya dok belek2 gambar dia tak jugak ingat2 sape tuannye...sape nih??

http://nilzasaza.blogspot.com/
Bagi saya K.Lin ini adalah seorang senior juga mungkin idola saya masa zaman UKM dulu. Cumanya K.Lin di Bangi dan saya di KL tapi itu tak menghalang kami berukhuwwah sehingga sekarang. Satu benda yang saya belajar dari k.Lin adalah 'serius' dan 'lembut tapi tegas'. Dua hal ni sebenarnya sangat susah bg saya. Mmm...K.Lin, ada satu rahsia la....huhu meh nak ngaku arini. Ada sekali gi khemah dgn akak, saya buat2 sakit telinga sbb saya dah betul2 rasa telinga saya berdengung mungkin sbb letih ke hapa. Sampai skang saya terfikir nape saya tak lebih bersabar aritu. Mmm...tapikan nape la K.Lin percaya saya sakit telinga aa masa tu??

http://norayhunt.blogspot.com/
Yan adlh seorg bekas student USM yg sll buat usrah di rumah saya. Tapi heran jugak ye nape budak2 neh takde datang2 nak buat usrah lagi. Huhu..makin tandus la akak korang ni. Mmm...Saye pun salah kot, dah diorg tak memanggil kenapa saya tak mula bertanya. Atau saye telah dihinggapi kuman malas. Kalau betul malas, itu bukan kuman yg biasa...ia adalah virus dari syaitan yang mahu kita menjauhi dari mendapat ilmu baru. :( Yan apsal tak update blog?

http://nrina.blogspot.com/
Personal blog yang dimiliki oleh si tulip manis :)

http://nuriman.wordpress.com/
Blog ini berlandaskan isu2 semasa diikuti komen matang penulis. Sangat menarik utk diterjah oleh mereka yang gemar topik2 ringan tetapi menarik. :)

Siapa agaknya gerangan pemilik blog ini. Yang menariknya, ini adalah satu2nya blog yang saya jumpa yang turut meletakkan link ke blog suami saya :)

Buat mereka yang mencari2 tazkirah ringan dan lirik2 nasyid juga boleh ke link ini ya...


Sahabat saya ini adalah ipar kepada kawan saya dan kenal pun secara tak sengaja. Dlm blog yanie punya pelbagai panduan untuk mendidik anak2 autisme.

http://qutreen.fotopages.com/
Dua link ini milik k.Qutreen yang saya kenal di alam maya tapi kami telah lebih merealitikan lagi persahabatan kami dengan beberapa kali perjumpaan. Tokeh besar HPA ini sedang mencari mereka yang mahu membawa jenama Islam ke tempat yang lebih tinggi. Sila sokong beliau :)

Dua posting terakhir dalam blog ini ada tips dan mungkin lebih banyak lagi tips dapat kita temui dalam blog ini. Mmm...saya dah kesuntukan masa untuk betul2 meneliti blog ini :( Maybe next time k...

http://scene-r.blogspot.com/
Blog milik Us Faiz yang peramah. Tapi mcm tak update je blog ni ya ustaz?? Lama gak dah tak sembang dengan Faiz...
Seperti namanya, ayat2 dalam hati benar2 mendayu2 ala2 org minat sastera. Bukan macam ayat2 saya yang macam kurang vitamin neh...huhu

Blog yang cantik lagi manis ini milik seorang ahli TKO jugak...ramai rupanya geng2 TKO tapi mcm saye sorang2 je panas2 goreng pisang... :P

Blog ala2 diari ni kurang tulisannya tapi byk sekali gambarnya...he he

Hohoho.....ini sudah melampau..tak munasabah dik letak ustazah depan nama akak...malu kompeni akak dik...Sekali bukak link ni...lama baru akak padam sbb alunan al Quran yang begitu mendamaikan berlagu2 di sini..moga medan dakwah ini terus subur

http://sitilina.blogspot.com/
Blog Mummylina tepat dengan tajuknya Muslimah Moden dan pandangan yang saya rasa sangat bernas hasilannya. Bicara yang matang membuatkan saya tersebut2 "Ye jugak ek?" memandangkan apa yang dia katakan kadang2 tidak kita perasankan..
Dah 7 bulan ni Solhi tak update blog ni... :) Go on man!!!
Wah2....mula2 bukak terus nampak tulisan akak ni bawak anaknya Sumayyah pegi perhimpunan PPSMI...mm, betul jugak apa yang dia kata. Tapi kat P.Buntar tak ada orang buat demo...huhu...rindu lak zaman demo nih
Baca punya baca entry dia, terbaca la pulak pasal Cloth Diapers (CD). Apatah pula Su yang dikatakan dalam blog tu adelah junior saya kat Sekolah Raja Perempuan Taayah. Wah2..makin mengganas ye adik2 batch itu berbisnes.
Siapakah agaknya gerangan tok ayah ni ye. Sebab saya ada dalam list kawan2 tok ayah...he he..ha kang kata saya tak ngaku kawanlak...
Eimma, lawa apa template tu. Orang laki memang aa tak suke bunga2 mcm kite tak? Ngeh he he...
Teman kepada suami saya link kan blog saya dari Pejuang Harapan. Adakah benar2 makcik Siti ini boleh diharap...huhuhu.. tapi blog ini sangat bermanfaat bagi mereka2 yangmencari manfaat.

http://terangbenderang.fotopages.com/
Ini fotopages seorang kawan saya di UKM. Dia amik Farmasi dan saya Optometri. Anaknya nama Raaiq...pandai betul makcik sorang ni ubah gambar jadi macam2. Tak leh ke ajar aku?

Cerita puan hanis tentang kehidupannya dan pengajaran yang didapati dari apa yang dilaluinya...
Baca link ini buat saya takut juga..mesti orangnya serius tak?? Mmm...bicaranya juga bagi saya serius dan saya juga menumpang tengok satu youtube di sini...
Suhaiza Saat antara blogger terawal yang saya kenal. Orang Semenanjung tetapi tinggal di Malaysia Timur. Sape nak beli Kek Batik Sarawak yang glamer tu boleh tanya Suhaiza ni. Harga dia sangat berbaloi compare to kek batik yang lain.
Blog junior saya Zah di Sekolah Raja Perempuan Taayah. Skang duduk nun jauh di perantauan. Mana ek? Dubai kan? Best la pulak dapat jadi surirumah macam korang..huhu...ops cik siti bukan tidak bersyukur tau. Berniaga sendiri pun best hape...
Semoga gadis ini benar2 seteguh karang...

Wan Dan Herbalife....he he sape nak kurus jemput2...

Kalau tgk tarikh lahir adik ni adalah pada tahun 1990. Saya kagum tau tak kenapa? Sebab saya rasa mereka yang lahir pada tahun 90 an adalah betul2 budak. Tapi bila saya kira kiranya time ni adik ni berumur 19 tahun, muda 10 tahun dari saya. Owh, nasiblah...igtkan baru darjah 4 dik oiii....

http://www.areyuz.blogspot.com/
Blog atau pun diari maya bagi seorang yang mempunyai anak yang berambut kerinting. He he....rajin betul maknye biarkan anak dia berambut panjang. Kalau umi la, abis dah rambut dia kene potong :P

http://www.bintubahariyah.blogspot.com/
Blog Gayah, juga antara blogger terawal yang saya kenal. Yang lucunya kami terjumpa di JMTI dalam keadaan saya tak tahu dia Gayah, dan dia tak tahu saya Sitisifir sehinggalah Normah menyebut tentangnya. Gayah ;) amacam mata letih2 lagi ka? Rajin sangat blogging kot sampai letih..he he...

http://www.generasi2u.blogspot.com/
Blog ini hanya mereka2 itu saja yang tahu. Biar saja ia menjadi rahsia kami.

http://www.hudagurl84.blogspot.com/
Ini blognya sepupu beta....yang begitu obses dengan UiTM dan SERATAS nya. Ehem...mana pi SKPTM hang?

http://www.momschoice.com.my/blog/
Huhu...jgn main2 ini owner moms choice yang saya gemari. Kepada mereka yang nakkan parenting tips plus breastfeeding tips, join this blog.

http://www.sarakids.com/blog/
Blog Farah Farhan, juga seorang junior di Sekolah Raja Perempuan Taayah, juga seorang lagi yang berjaya dalam perniagaannya. Semoga perjalanan hidupnya akan sentiasa bahagia. Kalau nak dapatkan info tentang breastfeed boleh juga didapati di sini.

http://www.suhaila0707.blogspot.com/
Suhaila, ibu pada Umar dan Uwais..mmm saya pun suka nama Umar tapi umar start dengan huruf 'ain sedangkan kami plan nama anak2 kami mula dengan huruf alif hamzah

http://www.utaraonline.net/v2/
Kat sini lah tempat pertapaan blogger2 dan para pembaca politik. Tertubuhnya UO ini adalah selepas Pakatan Rakyat menang pilihanraya lalu di negeri2 Utara ni...menunjukkan betapa rakyat sekarang tidak lagi bergantung kepada suratkhabar dan TV yang berat sebelah saje..

http://www.villabayu.blogspot.com/
Uuu....dah naik leth dah mengomen blog orang. Apa yang boleh saya kata ttg blog ini adalah DEWASA. :)

http://www.yusrinahata.com/
Laman web milik Yutt junior saya di UKM, sll guna ibu Az, ni rupa2nya ada yang baru. Ade ke tak bgtau aku...sabau je la

http://yanticomel.blogspot.com/
Kisah Yanti yang comel..he he mcm tu lah duduk di perantauan. Entry terbaru cerita pasal anak dia di hospital. Memang susah hati betul kalau anak tak sihat. Huhu...

http://yunusaleh.blogspot.com/
Anak Soleh sape la ni ek he he....

http://zahraannur.wordpress.com/
Pelik saya tgk blog ni, begitu punya ramai gambar kucing ada dalam blog ni. He he...Org dulu2 kata jgn tangkap gambar kucing, nanti kucing tu mati. Ni satu kepercayaan karut...he he

http://zanzila.blogspot.com/
Seorang lagi junior saya dari Sekolah Raja Perempuan Taayah. K.Pija rase la kalau cikgu2 kita baca blog2 kita mesti tersengih2 kan.....huhu

http://zaraaluwi.com/
Seorang Penulis buku novel Belahan Jiwa...uwahhhhh....

Tuesday, March 24, 2009

Yahoo Emoticons Dalam Blog

Bismillah,

menariArini saya dapat satu ilmu baru yang mana saya baru jek belajar dari banyak2 tutorial dalam blog Eriyza. So posting ini adalah kredit utk Eriyza kerana dengan ilmu yang dia kongsi maka saya telah boleh menggunapakai smiley2 yang ramai ini...

Big star to Eriyza !!!star

Sila berkunjung ke link ini dan link ini utk langkah demi langkah sebelum dapat buat mcm ni (ntah2 org lain semua dah ada saye je yang lambat...ngi...sengihnampakgigi)




Hukum wanita yang didatangi haid memegang al-Qur'an


Bismillah,

Setelah menyelak2 folder lama terjumpalah artikel di bawah dalam simpanan saya malangnya saya tak tau sape yang buat. Tapi isinya saya dah tunjuk kepada seorang ustaz dan dia kata artikel ini boleh digunapakai. Jadi ingin sekali saya berkongsi dengan mereka yang singgah di blog ini. Kredit istimewa buat penulis asal.

Umumnya terdapat dua pendapat, yang pertama mengatakan tidak boleh manakala yang kedua berkata boleh. Pendapat yang pertama merujuk kepada firman Allah:

"Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci." [al-Waqiah 56:79]

Diikuti dengan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: Tidaklah menyentuh al-Qur'an dan tidak juga mushaf melainkan orang yang suci.[1]

Manakala bagi pendapat kedua, mereka berpegang kepada kaedah bahawa seseorang wanita yang sedang haid boleh melakukan semua perkara seperti biasa melainkan wujud dalil tepat (qathi) yang melarangnya. Dalam hal ini yang jelas dilarang adalah bersolat,
berpuasa, melakukan tawaf dan bersetubuh. Adapun hukum memegang al-Qur'an, tidak ada dalil tepat yang melarang seseorang yang sedang haid daripada memegangnya.

Ayat al-Qur'an yang dijadikan rujukan oleh pendapat pertama adalah tidak tepat untuk dijadikan hujah kerana perkataan al-Mutatahharun sebenarnya merujuk kepada para malaikat sebagaimana yang boleh dilihat daripada keseluruhan ayat yang berkaitan:

"Bahawa sesungguhnya itu ialah Al-Quran yang mulia, Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam." [al-Waqiah 56:77-80][2]

Berkata Ibnu Abbas radhiallahu 'anh, ayat "fii Kitabim-maknun" bererti di langit, yakni di al-Lauh al-Mahfuz manakala al-Mutatahharun adalah para malaikat yang suci.[3]

Justeru keseluruhan ayat sebenarnya menerangkan tentang kitab al-Qur'an yang sebelum ini tersimpan dalam al-Lauh al-Mahfuz, di sana ia tidak disentuh oleh sesiapa kecuali para malaikat sehinggalah ia diturunkan ke bumi kepada manusia.

Hadis yang dijadikan dalil melarang adalah juga tidak tepat sandarannya kerana perkataan al-Taharun yang bererti suci adalah satu perkataan yang memiliki banyak erti (lafaz Mushtarak) dan mengikut kaedah Usul Fiqh: Sesuatu perkataan yang memiliki banyak erti tidak boleh dibataskan kepada satu maksud tertentu melainkan wujud petunjuk yang dapat mendokongi pembatasan tersebut.

Perkataan suci dalam hadis di atas boleh bererti suci daripada najis seperti tahi dan air kencing. Boleh juga bererti suci daripada hadas besar seperti haid dan junub, dan suci daripada hadas kecil yakni seseorang yang dalam keadaan wudhu'. Ia juga boleh bererti suci dari sudut akidah sepertimana firman Allah terhadap orang-orang musyrik:

"Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis." [al-Taubah 9:28] Oleh itu perlu dicari maksud sebenar kepada perkataan suci dalam hadis di atas. Salah satu caranya ialah dengan mengkaji keseluruhan hadis di mana ia sebenarnya adalah sepucuk surat yang
dihantar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada seorang sahabat di Yaman. Pada saat itu Yaman adalah sebuah wilayah yang penduduknya masih terdiri daripada campuran orang bukan Islam dan Islam, justeru kemungkinan yang besar adalah surat tersebut bertujuan melarang al-Qur'an daripada disentuh oleh orang bukan Islam.

Himpunan antara asal usul hadis dan rujukan al-Qur'an kepada orang musyrik sebagai najis dapat mengarah kepada satu petunjuk yang tepat bahawa erti suci dalam hadis di atas sebenarnya merujuk kepada orang Islam. Justeru keseluruhan hadis sebenarnya
melarang orang-orang bukan Islam daripada memegang kitab atau mushaf al-Qur'an.

Akhirnya jika dianalisa antara dua pendapat di atas, yang lebih tepat adalah pendapat kedua yang membolehkan seorang wanita yang sedang haid untuk memegang al-Qur'an.

Kedua: Hukum wanita yang didatangi haid membaca al-Qur'an.

Dalam persoalan ini terdapat sebuah hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Tidak boleh membaca sesuatu apa jua daripada al-Qur'an seorang yang dalam keadaan junub atau haid.[4]

Hadis ini memiliki beberapa jalan periwayatan namun setiap darinya adalah dha`if. Berkata Imam al-Nawawi rahimahullah (676H):[5]

Adapun hadis Ibn Umar: "Tidak boleh membaca sesuatu apa jua daripada al-Qur'an seorang yang dalam keadaan junub atau haid", maka ia diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Baihaqi dan selainnya. Ia adalah hadis yang dha`if, didha`ifkan oleh al-Bukhari, al-Baihaqi dan selainnya. Kedha`ifan yang terdapat padanya adalah
jelas.

Namun sebahagian ahli fiqh tetap melarang seorang wanita yang sedang haid daripada membaca al-Qur'an kerana diqiyaskan keadaan haid kepada keadaan junub.[6] Namun hal ini dianggap tidak tepat kerana dua sebab:

1. Peranan qiyas ialah mengeluarkan hukum bagi perkara-perkara yang tidak wujud pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apa-apa perkara baru yang wujud selepas itu, maka hukumnya disandarkan secara analogi kepada sesuatu yang sudah sedia dihukumkan pada zaman Rasulullah berdasarkan kesamaan sebabnya (`illat). Adapun haid, maka ia adalah sesuatu yang wujud secara lazim pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apabila pada zaman itu Allah dan Rasul-Nya tidak menjatuhkan hukum melarang wanita yang haid daripada membaca al-Qur'an, maka tidak perlu bagi orang-orang terkemudian membuat hukum yang baru.

2. Haid dan junub adalah dua keadaan yang jauh berbeza. Junub adalah satu keadaan di mana seseorang itu memiliki pilihan untuk berada dalamnya atau tidak, dan seseorang itu boleh keluar daripada keadaan junub pada bila-bila masa melalui mandi wajib atau
tayamum. Berbeza halnya dengan haid, ia bermula dan berakhir tanpa pilihan.

Sebahagian lain melarang atas dasar memelihara kesucian dan keagungan al-Qur'an. Justeru mereka berpendapat tidak boleh membaca (mentilawahkan) al-Qur'an kecuali beberapa perkataan atas dasar zikir dan memperoleh keberkatan.[ 7]Pendapat ini juga dianggap kurang tepat kerana seseorang wanita, sama ada dalam keadaan haid atau tidak, tetap dianggap suci dan dihalalkan bagi mereka semua yang dihalalkan melainkan wujudnya dalil yang sahih yang melarang sesuatu ibadah seperti solat, puasa, tawaf dan bersetubuh. Adapun pensyari`atan mandi wajib selepas berakhirnya tempoh haid, ia adalah penyucian atas sesuatu yang sedia suci dan bukannya penyucian atas sesuatu yang sebelum itu bersifat najis. Oleh itu tidaklah berkurang sedikitpun kesucian dan keagungan al-Qur'an apabila ia dibaca oleh seseorang wanita yang sedang dalam keadaan haid.

Pernah sekali Abu Hurairah radhiallahu 'anh mengasingkan diri daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Beliau balik ke rumah untuk mandi wajib dan kemudian kembali. Rasulullah bertanya kenapakah dilakukan sedemikian, lalu Abu Hurairah menerangkan bahawa tadi beliau sebenarnya dalam keadaan junub. Mendengar itu Rasulullah bersabda:

Subhanallah! Wahai Abu Hurairah! Sesungguhnya orang mukmin tidaklah ia menjadi najis.[8]

Kata-kata Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di atas bersifat umum, menunjukkan bahawa seorang mukmin tidaklah ia sekali-kali akan berada dalam keadaan najis sekalipun dia dalam keadaan junub. Termasuk dalam keumuman hadis ini ialah wanita yang sedang haid.

Sebagai rumusan kepada kupasan ini, berikut dinukil kata-kata Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H):[9]

Sesungguhnya para wanita mereka mengalami haid pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka seandainya membaca al-Qur'an diharamkan ke atas mereka (ketika haid) sepertimana solat, pasti baginda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam akan menjelaskannya kepada umatnya. Baginda akan mengajarnya kepada
para Ummul Mukminun (para isteri baginda) dan akan dinukil daripada mereka oleh orang ramai. Akan tetapi tidak ada satupun (riwayat) yang melarang yang dinukil daripada Nabi. Oleh itu hal ini tidak boleh dianggap terlarang padahal telah diketahui bahawa baginda tidak melarangnya. Justeru jika baginda tidak melarangnya padahal ramai wanita yang haid di zamannya, maka sesungguhnya ketahuilah bahawa ia sememangnya tidak haram.

Kesimpulan:

Allah Subhanahu wa Ta`ala berfirman:

"Alif-Lam-Mim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa." [al-Baqarah 2:1-2]

Setiap individu Muslim yang bertaqwa memerlukan al-Qur'an sebagai kitab yang memberi petunjuk kepada mereka. Petunjuk ini diperlukan pada setiap masa dan tempat, termasuk oleh para wanita ketika mereka didatangi haid. Tidak mungkin untuk dikatakan bahawa ketika haid mereka tidak memerlukan petunjuk dalam kehidupan
sehari-harian mereka. Atas keperluan inilah al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih tidak melarang para wanita yang didatangi haid daripada memegang dan membaca al-Qur'an seperti biasa. Adapun pendapat yang mengatakan ianya haram, ia adalah pendapat yang lemah sekalipun masyhur.

____________ _________ _________ _______
Nota Kaki:
[1] Sahih: Hadis daripada `Amr bin Hazm radhiallahu 'anh, dikeluarkan oleh Ibn Hibban, al-Hakim, Baihaqi dan lain-lain melalui beberapa jalan yang setiap darinya memiliki kelemahan. Namun setiap darinya saling menguat antara satu sama lain sehingga dapat diangkat ke taraf sahih, atau setepatnya sahih lighairihi. Lihat semakan Badri Abdul al-Samad dalam al-Itihaf bi Takhrij Ahadith al-Isyraf `ala Masail al-Ikhtilaf (Dar al-Buhts, Dubai 1999), jld. 1, ms. 77-82.

[2] Ayat yang sama ini juga digunakan oleh mereka yang berpendapat wajib berwudhu' sebelum memegang al-Qur'an, baik bagi lelaki atau wanita. Berdasarkan penjelasan yang sama di atas, dapat diketahui bahawa tidaklah tepat untuk menggunakan ayat ini sebagai dalil wajib berwudhu'. Oleh itu yang benar adalah, boleh memegang dan membaca al-Qur'an sekalipun tanpa berwudhu'.

[3] Demikian juga keterangan beberapa sahabat dan tabi`in sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir al-Thabari dalam Jamii al-Bayan (Dar al-Fikr, Beirut 1999), riwayat no: 25955 – 25970. Lihat juga al-Mawardi - Al-Nukatu wa al-`Uyun (Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut), jld. 5, ms. 463-464.

[4] Dha`if: Hadis daripada `Abd Allah ibn Umar radhiallahu 'anh, dikeluarkan oleh al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Daruquthni dan lain-lain. Ia memiliki 3 jalan periwayatan yang semuanya dha`if. Shaikh al-Albani tidak menjadikannya penguat antara satu sama lain manakala Badri `Abd al-Samad berpendapat ia saling menguat sehingga dapat
diangkat ke taraf hasan (hasan lighairihi). Lihat Irwa al-Ghaleel fi Takhrij Ahadith Manar al-Sabil (Maktabah al-Islami, Beirut), hadis no: 192 dan al-Ittihaf bi Takhrij Ahadith al-Isyraf, jld 1, ms 83-84.

[5] Majmu' Syarh al-Muhazzab (Dar Ihya' al-Turath al-Arabi, Beirut 2001), jld. 2, ms. 123-125 (Kitab Taharah, Bab Apa yang mewajibkan mandi, Bab Hukum terhadap 3 perkara).

[6] Lihat Majmu Syarh al-Muhazzab jld. 2, ms. 267-268 (Kitab Haid, berkata al-Musannif: "Dan dilarang atasnya membaca Qur'an….").

[7] Lihat al-Kasani – al-Bada`i al-Sona`i (Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut 1982), jld. 1, ms. 38 (Bab permasalahan adab-adab wudhu').

[8] Sahih: Ringkasan hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim, lihat al-Lu' Lu' wa al-Marjan (Fu`ad Abdul Baqi; Dar al-Salam, Riyadh 1995) – hadis no: 210.

[9] Majmu al-Fatawa (Dar al-Wafa', Kaherah 2001), jld. 26, ms. 191. Lihat juga pembahasan Ibn Hazm dalam al-Muhalla (Dar Ihya' al-Turath al-Arabi, Beirut), jld. 1, ms. 78-85 (Masalah no: 116: Membaca al-Qur'an dan bersujud dan menyentuh mushaf).

Monday, March 23, 2009

Bujang Rajin, Kahwin Malas


Bismillah,

Kebetulan ada sealmari pakaian yang tidak berlipat, kebetulan pagi ini Asmaa' & Usamah pergi PASTI, kebetulan ada staff yang tolong bukakan kedai, maka dengan semua kebetulan ini, dapatlah saya jenguk sekejap Apa-Apa Aja Amy Mastura sama Syamsul Ghau Ghau kejap tadi.

Tajuknya seperti yang tertera di atas. Ahaks, rasanya ada kot yang rasa telinga pijar2 atau pun masam2 masin? Tapi benda tu normal lah kan? Kalau time mengurat2 tunjuk belang siap2 kang kene reject pulak. Jadi terpaksa lah tunjuk yang baik2 kan? Mendengar Amy dgn Acoy bertekak2 itu saya rasa terpanggil gak la nak mengomen.

Mcm saya dengan suami, saya tak tau dia rajin dan dia lak tak tau pun saya pemalas...kwang kwang. Tapi hukum keseimbangan telah berlaku di antara kami maka sekarang apa2 hal kami buat sesama. Jadi dalam situasi kami, takde sape menang n takde sape lah yang kalah..Ye ke abg?? ;)

Pada hemat saya ini adalah salah satu manifestasi daripada kesepakatan kita suami isteri. Kalau bini bengang tengok suami selamba je tidur terbongkang, maka tidur lah jugak. Apa nak bising? Kang kalau suami tanya, cakap la "Kita kan sehati sejiwa, tu sebab kawin. So kalau abg tido, saya pun nak tido jugak kot boleh jumpa dalam mimpi?"

Selalunya orang perempuan terasa dia terpaksa berajin2 sampai dia terasa suami dia sangat malas. Tapi cuba kita ajak diri untuk renung beberapa hal seperti level kerja suami adakah seperti kita? Jika kita selalu bersikap tak kisah dengan suami ada dua kemungkinan bakal berlaku.

Yang pertama suami akan terus mengambil kesempatan dengan kerajinan kita. Yang ini memang spesis hampeh dan percayalah golongan ini sudah semakin pupus especially bila isteri diorang adalah jenis berterus terang dan penyabar. So, utk menangani suami malas maka anda perlu berterus terang tapi jangan lupa untuk bersabar.

Yang kedua adalah suami akan insaf sendiri tengok kita terpaksa berajin2 utk suami dan anak2. Owh, beruntunglah siapa yang dapat suami seperti ini. Tapi awaslah wahai isteri kerana anda perlu mempunyai jurus sabar tahap lapan sebelum suami anda mencapai tahap 'INSAF' ini.

So, apa2 hal pun memang kesabaran adalah perkara yang mega penting untuk kehidupan berumahtangga. Okeh, what if isteri pulak yang malas? He he..mcm saya la kot tak? Kaedah yang saya sebutkan tadi boleh digunapakai utk isteri juga tapi rasanya suami akan rasa tak macho jika guna kaedah itu kot?

Maka saya telah memikirkan satu cara yang mana orang lelaki terpaksa menurunkan sedikit tahap keegoan dan menaikkan sedikit paras kerajinan. Apa yang perlu, time anda sedang buat satu kerja, ajaklah isteri bersama. Kemudian puji2lah sikit, pastu urut2 lah sikit bahu dia pastu say thanx ke? Apa2 aje utk menjadikan dia rasa suka dan dihargai.

Orang lelaki kenelah faham seorang wanita itu bagaimana. Dengan memahami mereka, anda dengan mudah akan merangsang mereka menjadi seorang yang sangat bermanfaat buat anda. Yang penting jangan kerana bau kentut yang sedikit busuk anda kecoh2 kepada orang lain dengan mengatakan isteri aku begini dan suami aku begitu. Kerana percayalah, bau kentut orang lain selalunya juga tidak menyenangkan. Adios!!

Saturday, March 21, 2009

Langgar Anak Orang!!


Bismillah,

Tadi bersama2 dengan anakanda pegi Sg Kechil Ulu utk bg makan 'Simah' dgn 'Mek Na' abah yang dua ekor tu. Rupanya kuda ni pandai kenal tuan sbb bila kitorang datang panggil terus dia datang. Bila ek agaknya nak gemuk kuda abah tu ek. Agaknya kene bagi 3 kali makan la kot tak dah 2 kali sehari tak gemuk2 jugak.

Balik dari bagi kuda makan, tetiba abah kata nak pegi beli telur ayam piru dan kitorang belok lah ketempat yang biasa abah beli telur tu. Sesampainya kami kat sana tengok2 motor tuan telur tu takde. Makanya kami patah balik. Dalam perjalanan tu kami nampak la seorang pakcik buta tengah belai kambing dia.

Dikhabarkan kambing dia dah beberapa kali kena curi termasuklah kambing dia yang baka besar. Macam tu lah kalau dah jahat. Sampai kambing orang buta pun di bawaknya sendiri macam mak bapak dia yang punya. Kesian tengok pakcik tu bila tengok dia belai kambing mcm tu...

Alkisah di tgh jln nak balik bertembunglah dengan tuan punya telur ayam piru so we decided to turn back. Nak dekat sampai tempat nya tetiba "GEDEGANG....!!!!!" 3 org budak dah terbaring depan kete kitorang. Rupanya budak2 ni keluar dari rumah dia tak tengok kiri kanan.

Mujurlah abahnye bawak slow rock sbb takde mende nak kejar pun. Saya yang terkejut cepat2 keluar takut la jugak kan one of them duduk bawah kete tapi yang ada depan kete tu hanyalah motor. Saya tanya adik yang terbalik tu ada darah ke dan dengan berani dia kata takde. Kalau budak bandar agaknye dah nangis dah kot kalau kene langgar gitu.

Bahaya betul la dah la lagi satu hal tepi jalan dia tu rumput lalang punyalah tinggi tak bertebas. Saya tanya budak perempuan yang bawak motor tu, "Adik tak tengok ke?" Dia jawab "Tengok." Then saya tanya balik, "Kalau tengok kenapa tak brek?" Dia kata "Mcm mana nak brek kalau tak nampak?"

Wah2 ini budak..Then saya pun balas balik tanya, "Mcm mana tengok kalau tak nampak?" Terus dia blah, maklumlah umah dia kat situ je kan. Ada la kemek2 kete tapi Kelisa ku nan berjasa itu sudah biasa berlasak. Org kampung situ ada gak tya tak mintak dia bayar ke? Bagi kami benda tu takde hal.

Tapi sayangnya, tak ada sepatah pun perkataan maaf dari diorang. Saya nak mintak maaf pun memang sah2 bukan salah kami. Ntahlah labu...lantak diorang lah..skang kitorg kene tukar no plat..huhu..(Tukar no plat ni akan mengkayakan cina le sbb kat P.Buntar ni ntah kat mana kedai Melayu yang buat)

Thursday, March 12, 2009

Tip berkesan yang dapat membantu anda menjadi IBU SUPER!


Petikan email dari buku saya... :)
Posted by: "studioperintis@perintis.com.my" studioperintis@perintis.com.my studioperintis1
Tue Mar 10, 2009 5:59 pm (PDT)
Sepakat dengan suami perkara yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan

Sesuatu yang perlu anda tahu ialah perkara yang dimarahi suami mestilah sama dengan perkara yang anda marahi. Sekalipun tidak sama, jangan sekali-kali anda membela anak di hadapan suami anda. Hal ini akan menyebabkan anak anda bingung. Sekiranya didapati suami melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, tunggulah pada masa lain untuk berbincang dengannya.

Jangan biar anak rasa terbela ketika membuat kesalahan. Sekiranya anda mengikuti asas ini, maka anda akan mendapati anak tidak akan melawan dan patuh. Saat itu, barulah kita boleh memujuk anak semula dan jelaskan bahawa perkara yang dilakukannya tadi adalah tidak boleh.

Sekiranya boleh, jangan sampai kedua-duanya suka berleter atau kedua-duanya suka marah-marah. Pernah terlihat keluarga yang ayahnya kurang memarahi anak tetapi sekiranya ayah itu meninggikan suara sedikit, anak akan terus ketakutan? Adakalanya juga dengan hanya menyebut nama penuh anak akan menyebabkan anak-anak cukup faham bahawa anda betul-betul sedang marahkan mereka. Justeru, paling penting adalah dengan menyemai rasa hormat anak kepada kita sebagai ibu bapa.

Menerapkan disiplin

Jika diperhatikan, banyak bahagian dalam buku ini adalah secara berjadual. Mengapa teknik ini digunakan? Teknik ini telah banyak menunjukkan testimonial yang sangat berjaya, iaitu di akhirnya, perkara yang terjadual menjadi kebiasaan dalam kehidupan. Bukankah ini lebih baik daripada hidup tidak berdisiplin?

Anda perlu bersikap tegas terhadap anak-anak anda tetapi janganlah sehingga tiada lemah lembut langsung. Mereka ibarat tanah. Sekiranya tanah itu kasar, siramkanlah dahulu air untuk melembutkannya sedikit sebelum dicangkul. Sejak kecil lagi mereka perlu diberikan pengenalan atas perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh mereka.

Hindari memukul anak sekiranya sedang marah

Ketika anda terasa sangat marah, cubalah kawal diri daripada memukul anak. Hal ini akan menyebabkan pukulan anda terlalu kuat dan hal ini akan membekaskan sesuatu dalam jiwa mereka. Kudrat semasa sedang marah sangat kuat dan akan menyebabkan anda akan terasa berkuasa memukul anak anda.

Kadangkala kita mempunyai masalah lain tetapi pada masa yang sama, anak kita melakukan perkara yang tidak kita sukai. Justeru, kemarahan kita tertumpah kepada si anak. Cubalah bertenang dan tarik nafas perlahan. Fikirkan semula adakah berbaloi sekiranya anda memukul anak yang melakukan kesalahan ketika anda sedang marah?

Ugutan dan herdikan

Sekadar mengugut tidak mendidik anak kerana selalunya kita tidak akan melakukan perkara yang kita ugutkan itu. Anak-anak akan menjadi lali kerana ibu bapa hanya tahu mengugut. Kemungkinan anak menjadi kurang rasa hormat kepada kita akibat daripada perbuatan tersebut.

Herdikan juga menimbulkan kesan yang tidak baik. Kebanyakan masa kita mengherdik, kita akan menggunakan ayat yang tidak sepatutnya. Kata-kata kita ialah doa. Bayangkan kita tega untuk mendoakan yang buruk-buruk kepada anak-anak kita dan kemudian memarahinya lagi.

Bayangkan kita menggunakan kata seperti, "Budak bangang!!" Sanggupkah kita mendoakan anak dengan perkataan kesat seperti ini? Sekalipun kesabaran kita memang benar-benar sedang diuji, mengapa tidak kita memilih untuk menggunakan cara yang berhikmah berbanding dengan kaedah seperti ini yang jelas tidak pernah ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w?

Kaedah Rasulullah s.a.w dan sahabat mendidik anak

Bak kata pepatah English, 'Spare the rod, spoil the child'. Menunjukkan tidak lengkap rumah itu tanpa ada rotan di dalamnya. Mari kita perhatikan daripada aspek pendidikan Rasulullah s.a.w terhadap anak-anak kecil.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka tempat tidur."

(Riwayat Al-Hakim dan Abu Daud)

Berdasarkan daripada hadis ini, maka kita sepatutnya membiasakan anak-anak dengan amal ibadat wajib sedari kecil lagi. Hal ini adalah wajar bagi menanamkan rasa cinta akan Allah, mensyukuri nikmat-Nya, menyucikan jiwa anak, kesihatan fizikal dan akhlak, iaitu perbuatan dan perkataannya.

Saidina Ali juga berpesan supaya kita mendidik anak mengikut tahap kecerdikannya. Pesannya:

Pada tujuh tahun yang pertama, bermain dengan anak kamu, didik anak kamu pada tujuh tahun berikutnya serta berkawan dengannya pada tujuh tahun selepas itu.

Hal ini bermakna kita hendaklah bermesra, bermain dan bergurau dengan anak yang berusia di bawah tujuh tahun. Selepas usianya tujuh tahun, kita wajar mendidik dan mendisiplinkan mereka serta diajarkan cara beribadah secara betul. Ketika ini juga hendaklah diajarkan menghormati hak orang lain dan menunaikan suruhan orang yang lebih tua.

Selepas usianya 14 tahun, kita perlu menjadi kawan mereka supaya mereka dapat merujuk masalah dan mengadu kepada kita jika berhadapan dengan masalah. Kebiasaannya pada usia ini, mereka akan mencari kawan lain sekiranya kita tidak menjadi kawan kepada mereka. Sekali mereka mencari kawan di luar, agak susah untuk kita menasihati mereka.

Dalam hadis di atas juga ada menyatakan bahawa jika keadaan memerlukan, kita dibenarkan merotan anak selepas dia berumur 10 tahun. Jadi, setiap kali terlintas untuk merotan, niatkanlah aku tidak akan merotan anak ini sehingga umurnya 10 tahun kerana mengikut perkara yang Rasulullah s.a.w katakan. Maka besarlah pahala kerana perlakuan ini.

Pakar psikologi menyatakan bahawa anak yang berumur 10 tahun ke atas sudah boleh memahami kesan hukuman yang dikenakan dan sebab perbuatan itu tidak dibenarkan. Hal ini bermakna jika kita memukul anak yang lebih kecil dari usia itu adalah hampir tiada gunanya atau akan mendatangkan kesan yang lebih buruk pula. Bukankah itu akan merugikan?

Semasa merotan, beritahu dahulu kesalahan yang telah dilakukan sehingga dia dihukum. Seeloknya, jangan merotan anak di hadapan orang lain. Hal ini akan menyebabkan anak berasa kecewa dan rendah diri. Sebelum merotan juga, pastikan anda pernah memberikan amaran awal bahawa sekiranya sesuatu yang anda suruh tidak dilakukan, kesannya dia akan dirotan.

Anda juga diingatkan agar jangan merotan untuk menyakiti tetapi merotan dengan tujuan memberikan pengajaran. Kawasan yang dirotan juga perlu dijaga dan jangan sewenangnya merotan anak di bahagian muka. Rotanlah di bahagian punggung kerana di situ tidaklah menyakitkan. Satu hayunan sahaja memadai untuk tujuan mendidik.

Walau bagaimanapun, jadikanlah merotan sebagai jalan terakhir. Hai ini kerana kebanyakan sunnah Rasulullah s.a.w adalah untuk mendidik anak-anak dengan kasih sayang bukan dengan pukulan. Cubalah menjadi waras sekalipun kita dalam keadaan marah yang amat sangat. Sekiranya kita telah memberikan pendidikan yang sewajarnya, pastinya rotan tidak diperlukan lagi.

Artikel di atas dipetik daripada Bab 5: Suri Rumah Si Ibu dalam buku Manual Kerja Super Isteri. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my.

Wednesday, March 11, 2009

Taska Vs Maid??


Bismillah,

Saya terjumpa soklan ni di http://littlekittle.com/forum/malaysia-homeschool-unite-kopitiam/486-taska-vs-maid.html#post2975 dan saya mau abadikan juga jawapan saya di bawah sana... Walau apapun, rasanya lebih sedap lagi jaga sendiri..Ya ka???

Salam, saya orang baru kat sini. entah kenapa baru terjumpa forum ni.

saya rasa saya ada masalah yang saya susah rasanya nak solve. saya bekerja 8-5 govt. ada baby girl sorang. umur 2 tahun 3 bulan.

jan 2009, saya hantar dia taska. puas saya buat research taska dekat area rumah saya selayang, dan tanya kawan2 tentang taska yang mereka hantar anak, ini lah taska yang terbaik. maka saya pilih taska yang dekat dengan office saya. taska ada permata certified.

sebelum ini, mak saya jaga baby, tapi start tahun 2009, mak nak banyak pergi kelas mengaji, belajar arab etc etc, so, tak dapat nak menjaga cucunya. rumah mak saya ada maid indon. tapi saya tak suka sangat dengan senario, baby lagi rapat dengan maid dari mama nya sendiri. then, baby saya sangat takut dengan orang lain. so, sebab tu saya hantar dia taska. sebab takde orang dah nak jaga disamping nak bagi dia sosialize sikit.

tapi, baru-baru ni, lepas lebih kurang 2 bulan anak saya dok taska, dia admitted. 4 hari dok hospital, sebab infection kuman kat tonsil. doctor kata sebab berjangkit dengan budak lain. tapi sekarang dah baik.
????: Malaysia Homeschool Unite http://littlekittle.com/forum/malaysia-homeschool-unite-kopitiam/486-taska-vs-maid.html#post2963

masalahnya sekarang:

1. patut saya hantar dia taska balik, lepas tu ashik tak sihat je?
2. atau maid mak saya yang jaga akhirnya dia lagi rapat dengan maid?
3. sampai bila nak anak saya dok dengan mak saya? sekarang masa mak saya lebihkan beribadah, bukannya jaga cucu.
4. macamana kalau saya ada anak 2 -3 lagi nanti.
5. nak berhenti kerja? income hubby tak cukup rasanya. duit kereta je dah 1/3 gaji.

ish, pening tol...

harap mama - mama yang berpengalaman kat sini boleh la bagi pendapat.
orang lain pun ada anak jugak, ramai lagi, tapi tak la pening cam saya ni. hish...


Di sini jawapan den...

Izinkan saya mulakan nafas baru saya dalam little kittle dengan jawapan kepada soklan2 berikut..Moga ALLAH mudahkan semua

1. patut saya hantar dia taska balik, lepas tu ashik tak sihat je?
Jika nak consider pasal kesihatan anakanda, makanya elok diletakkan di umah tapi kan sampai bila agaknya anakanda kita akan bergaul dengan kengkawan nan ramai di taska? Di sebabkan perkara ni ada pro & kontra nya makanya kene buat satu garisan tengah atas satu kertas dan tulis apa kebaikan & keburukannya anta taska. Bagi setiap keburukan itu, cuba pulak tulis sama ada ada atau tidak jalan penyelesaiannya. Jika tiada maka keburukan akan kekal keburukan tetapi jika ada maka keburukan itu boleh di positifkan.
????: Malaysia Homeschool Unite http://littlekittle.com/forum/malaysia-homeschool-unite-kopitiam/486-taska-vs-maid.html#post2975

Pasal asyik tak sihat tu, doktor anakanda2 beta nasihatkan kasik minum Scott Emulsion utk naikkan tahap imunisasi anak & kalau anak minum susu formula (susu ibu always the first choice noooo....) gunalah susu yang ada immunofortis (tolong carik sendrik keh keh..kang kata iklan barang lak kan).

2. atau maid mak saya yang jaga akhirnya dia lagi rapat dengan maid?
Mungkin ini lebih baik utk kesihatan anak tapi kannn kalau ini decision nya, maka kene buat satu kertas kerja untuk tackle anak supaya lebih rapat dengan kita dari dengan maid tu...Chaiyyok!!!


3. sampai bila nak anak saya dok dengan mak saya? sekarang masa mak saya lebihkan beribadah, bukannya jaga cucu.
Biarkan bonda mu dengan ibadahnya. Saat usia emas begini memang itulah sahaja cara utk mencapai ketenangan. Tetapi jika bonda mu itu mahu terus bermain dengan cucunya kenapa tidak kita biarkan sahaja. Semua benda dalam dunia perlukan keseimbangan. Dia perlukan masa utk beribadah namunnya dia juga pasti mahu bermain dengan cucu darah dagingnya. Kalau asyik main dengan cucu plak, mesti la nanti dia bohsan kann...


4. macamana kalau saya ada anak 2 -3 lagi nanti.
He he...jangan risau, ALLAH hanya beri satu ujian pada tahap kemampuan kita. Jika ada anak nanti, kompem ALLAH akan lorongkan juga cara untuk membesarkan mereka termasuklah rezeki buat mereka.

5. nak berhenti kerja? income hubby tak cukup rasanya. duit kereta je dah 1/3 gaji.
Soklan ni kene anda suami isteri kaji semula. Kalau saya, saya suka tulis atas kertas & kalau ada masalah akan saya fikirkan sekali jalan keluarnya.

Adakah ini membantu???

Tuesday, March 10, 2009

Mom Of The Year??


Bismillah,

Alkisah, ini adalah award dari kakyong72 dan saya telah tersipu2 membacanya...manakan tidak, selesai aje cerita Jacky Chan (ntah betul ntah tidak ejaannya) saya telah melakukan rutin biasa saya iaitu mengerah anak2 tido. Sambil tu bancuh susu bergelen-gelen (huhu...tak dayo nak tandem nurse diorang ni 4 orang sekali)

Mungkin kesipu-sipuan saye kurang kalau tadi saya membacakan buku cerita utk sesi story bedtime atau at least mendendangkan selawat kepada mereka sehingga ke empat-empat mereka terlena. Nah, kalau ini yang saya lakukan makanya saya rasa tidaklah kekok jika saya mendapat award ini. Huhu... Anyway K.Yong, thanx even saya tidak merasakan saya layak untuk award ini.

....The rules are:
1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!


Yakdish...susah nih nak jawab soklan ni. Yang jadi susah sebab dia minta 'one thing' tapi kadang2 ada satu masa I feel awful all the time!!! Let me tell the truth, ada satu kekesalan yang timbul dalam kehidupan saya yang sehingga hari ini saya masih teringat keadaan itu.

Ia adalah semasa pada satu ketika Asmaa' masih kecil dan Usamah masih di dalam kandungan. Asmaa' adalah seorang baby yang comel tapi sangat kuat menangis. Ntah hantu apa yang merasuk saya pada satu hari, saya telah mencengkam bahu Asmaa' yang tak sampai setahun pun masa tu & menjerit2 suruh dia diam.

Sepatutnya di masa tu saya meningkatkan sedikit kesabaran saya dan sepatutnya saya memahami kenapa Asmaa' menangis dan bukan meminta dia memahami saya yang rimas dengar dia menangis. Sungguh mata Asmaa' sehingga ke hari ini memberitahu saya yang dia tak pernah mahu membuat saya marah.

Dalam proses dia sedang membesar dan sekarang punya 3 orang adik pastilah dia juga melalui satu rasa dipinggirkan. Namun begitu, saya tidak pernah kesal dengan kelahiran adik2 Asmaa' dan excitednya saya mempunyai anak2 seperti mereka akan saya huraikan dalam soklan kedua nanti :)

2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.


Ha..kalau soklan ni banyak pun boleh nak jawab but I'll try hard to sum up all my exciting being a mother into 7 things...

1. Satu yang paling best di pagi hari adalah selepas memandikan diorang. Ntah nape saya rasa part yang paling comel adalah bila anak2 saya akan angkat sebelah kaki untuk saya basuh then kaki yang basuh tu dia pijak keluar dari bilik air dan satu lagi dia hulur dari belakang untuk saya basuh kaki yang seterusnya sebelum diorang lari ke tempat nak pakai baju sambil membasahkan lantai umah den...huhu...

2. Part yang paling best bila umi dgn abah bergurau secara ganas dan anak2 menangis2 nak leraikan kitorang sedangkan kitorang bukan bergaduh pun tapi saja bergurau ganas. Most of the time abah akan buat muka kronik sampai anak2 igt umi belasah abah diorang. Time anak2 selamatkan umi pulak adalah time abah ngurut umi (Tuhan je la yang tahu betapa sakitnya abah urut tapi ni jela ubat mujarab sakit urat umi) dimana diorang ingat abah sedang dera umi. Abah ni kira selamatlah tak yah urut umi lama2 kan....

3. Anak2 kami paling suka story telling. Kadang2 kami tak baca ikut skrip buku pun (yang selalu tak ikut skrip is abah sbb abah ada byk idea nak kelentong the kids). Kadang2 sampai menangis2 suruh bacakan buku. Yang best Arwa yang paling kecik pun pandai berhimpun sama.

4. Time memasak, anak2 akan tanya, "Bau apa cedap ni umi?" (especially Usamah) walaupun umi masak lauk paling bodoh yang penah ada di P.Buntar nih..huhu... Time nak menjamu pun punyalah horror maklumla nak kene suap 4 orang tapi they prefer to eat sendiri sampai umi kene paksa abah mop lantai tiap ari.

5. Time nak tido, every child akan choose either umi atau abah untuk buat bantal dakap n thats mean dua anak peluk satu parent. Dan ini juga membawa maksud kami tidur berselerak tarak hanya kerana mahu menemani mereka tidur. Takpolah, janji semua tidur lena.

6. Time kat playground tak kira la kat nearest taman (selalu kami punya port is dekat Ampang Jajar) atau kat pantai atau kat tempat kuda2 abah. Suka tengok anak2 play around dengan bebas sebab rumah kami tak ada halaman so kene la cari tempat yang macam ni untuk bagi diorang 'play on the ground'.

7. Last but not least, maybe masa naik keta balik kampung. Kami akan bertolak jam 2-3 pagi sbb time tu diorang lena dan abah akan susun anak2 dia dalam kete dan selalunya sedari bertolak sampailah tiba ke kampung diorang akan lena dalam perjalanan. Best tengok diorang tido dalam kete macam selamba je seolah2 tido kat umah jugak..

3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.


Wah, nak tag orang semula is the hardest thing nak kene buat. OK lah, let me make this simple, I'll give this award to this 5 Mom Of The Year but its up to them to answer all the Q or not...I'll understand if they are bz then just put the award dalam blog korang bulesss???? pss...kepada member2 ku yang tak ku beri award ini, dun worry, korang still mom of the year utk family korang..kalau tak puas ati jugak meh la bg nama nanti aku kasik...ha ha...

1. Mummy Sara & Syasya @ Sarakids http://www.sarakids.com/blog/
2. Mama Adam & Daania http://farafahmiadamdaania.blogspot.com/
3. Ummu Umar http://ummiumar-zahazhari.blogspot.com/
4. Mama Mencah & Adik Mencah to be..he he http://addictedtoaisyah.blogspot.com/
5. Ummu Muhib & Mujib http://nuryanie.blogspot.com/

Sunday, March 08, 2009

Personaliti Ibu Bapa yang Cemerlang


Bismillah,
Dah lama merapu meraban, harapnya kali ni punya posting ada jugakla ilmu munasabah yang boleh digunapakai oleh yang membaca. Jangan runsing, saya tak kecik ati jugak andai tak ada yang membaca. Sekadar nak berkongsi2 apa yang saya baca, mungkin juga bukan ilham saya, tetapi sekadar memanjangkan apa penulis asal buat kan... :)





  • Mempunyai matlamat yang jelas


  • Tegas


  • Berakhlak mulia


  • Mengambil berat terhadap keluarga


  • Komitmen yang tinggi


Sebagai mak ayah, kita mestilah mempunyai matlamat hidup berkeluarga yang jelas. Saya cuba bagi contoh ye..tapi contoh ini adalah contoh yang masih mempunyai banyak cabangan lagi. Jadi kepada sesiapa yang suukkaa sesuatu yang lebih spesifik, tolonglah fikir sendiri sebab saya malas berfikir...he he he


Contoh matlamat hidup berkeluarga :



  • Mahu keluarga yang hidup dalam bi'ah agama (yang spesifiknya mungkin mahu semua ahli keluarga tidak meninggalkan solat, menutup aurat dll)

  • Mahu semua anak2 berjaya dalam hidup (perinciannya mungkin along jadi doktor mata, angah jadi doktor telinga, ucu jadi doktor hidung)

Kenapa matlamat ini penting? Ia adalah untuk menjamin sebuah keluarga menjadi sebuah keluarga. Ha ha..berbelit2 tak ayat? Kalau tak ada matlamat, ada kemungkinan mak yang beranakkan anak tadi hanya melahirkan anak yang sia2, atau yang tidak menghormati ibu bapa, disebabkan hidup mereka yang tidak dicorakkan. Ini adalah kerana tanpa memikirkan matlamat, kita mungkin tidak akan nampak jalan untuk meneruskan kehidupan.


Seterusnya apabila berkata tentang tegas, maka sewajarnya ibu bapa itu bersikap tegas dengan anak2 nya. Tapi tolong ingat bahawa tegas itu tidak semestinya garang. Bila kita melarang anak kita bawa balik kawan berlainan jantina kecuali dengan izin (ni contohnya mereka nak mengadakan gathering di rumah kita) maka larangan itu berkuatkuasa setiap masa. Jadi bila kita punya pendirian tidak berubah2, maka anak2 akan lebih menghormati dan memahami kehendak kita.


Sebagai mak ayah juga, kita kena la berakhlak mulia. Memanglah terkadang, dengan perangai senget kita, kita masih mendapat anak soleh dan solehah. Macam umi, ada la ari2 yang tiba2 terasa nak dengar radio. Tapi acu nk bukak je radio, ade je yang sound tak baik umi. Umi pun tersipu2 malu dan tutup radio tu semula sambil buat2 radio ni terpasang sendiri dan bukan umi yang pasang . Tapi selalunya, kuih kan mengikut acuannya??


Ibu bapa juga perlu mengambil berat hal anak. Cuba mula dengan soalan yang ringkas sahaja, "Kakak belajar apa hari ni?", "Cikgu jamu apa kat sekolah tadi?". Dari satu soalan, anak berkemungkinan meng 'elaborate' kan pengalaman seharian mereka. Satu kebaikannya adalah apa yang dibuat anak ada dalam pengetahuan anda, keduanya dia tahu anda boleh dijadikan teman bercerita, ketiganya mereka akan terus menyayangi anda.

Keluarga adalah komitmen, bukan hobi. Kenapa saya sesuka hati berkata begitu? Sbb hobi akan dilakukan bila2 masa yang kita rasa lapang sedangkan perkara2 dalam keluarga adalah mandatori dan patut didahulukan. Jadi ibubapa perlukan komitmen yang tinggi untuk menjadikan semua anak2 mereka sebagai orang yang disenangi masyarakat dan juga untuk hari tua ibubapa itu sendiri.


Apa yang saya rapikkan ini hanyalah sedikit, sebenarnya ada banyak lagi. Nota yang banyak itu akan saya bincangkan dalam tajuk ini juga dalam volum II. Aselehe, ngengada pulak ek. OK lah gud luck to all. Doakan saya jugak eks...

The Butterfly N The Flower

Once there was a man who asked ALLAH for

a flower...


...and a butterfly


But instead ALLAH gave him a cactus....


....and a caterpillar.


The man was sad, he didn’t understand why his request was mistaken.

Then he thought:
Oh well, Allah has too many people to care for...

And decided not to question.

After some time, the man went to check up on his request that he had left forgotten.

To his surprise, from the thorny & ugly cactus a beautiful flower had grown.


And the unsightly carterpillar had been transformed into the most beautiful butterfly.


ALLAH always does things right!

His way is ALWAYS the best way,
even if to us it seems all wrong.

If you asked ALLAH for one thing & received another, TRUST.

You can be sure that He will always give you what you need at the appropriate time.

What you want...

....is not always what you need!

ALLAH never fails to grant our petitions, so keep on going for Him without doubting or murmuring.

Today’s THORN...

Is tomorrow’s FLOWER!

ALLAH GIVES THE VERY BEST TO THOSE WHO LEAVE THE CHOICES UP TO HIM!

- cuma kita saja sering salah anggap & buruk sangka dengan pemberianNya. Moga kita jauh dari kufur dengan nikmat yang diberikan...

-> credit utk pengirim asal presentasi ini :) sori saya tak dapat catch up dia punya email

Let Us Homeschool Our Child


Bismillah,
He he..ntah apa pulak hangin yang menyerang sitisifir kali ni. Agaknya sbb dah kembung telan angin sampai kene masuk air kat wad few days before kot yang jadi mcm ni. Tapi bukan satu usaha yang sia2 lah kalau apa yang kami cuba usahakan ni menjadi. HOMESCHOOL - satu method baru utk bergumbira bersama anak2 sehingga mereka menjadi orang yang sentiasa belajar walaupun di rumah.

B4 that, special thanx to Mr Abah yang telah mengendong umi (sebbaik umi kurus kering) turun tangga bila aritu terkena serangan gastrik. Nak kata tak makan, saya makan je, agaknya teringat kat Battutta aje kot. Battutta pun dah takde dan tinggal kenangan dgn dia je bila tgk tanah tempat dia diletakkan.

Kembali pada cerita homeschool, sape yang pernah dengar dan pernah buat, bolehla bg tunjuk ajar pada mereka yang nak mula macam saya ni. Apa yang saya tahu, saya mula tertarik dengan kaedah homeschool ni apabila saya berkunjung ke laman web http://littlekittle.com/forum/. Utk pengetahuan mereka akan buat satu kursus untuk homeschool ni di SARA KIDS (http://sarakids.com) dan butiran lanjut boleh didapati dari http://littlekittle.com/blog/2009/03/05/homeschool-chatter-moment/.

Banyak ni nak cerita pasal homeschool tapi saya juga dalam level searching n studying. Saya juga ingin kongsi laman2 web yang saya kira menarik untuk dijadikan rujukan.

1. http://www.homeschoolmath.net/
2. http://whyhomeschool.blogspot.com/
3. http://www.letshomeschool.com/
4. http://homeschooling.gomilpitas.com/
5. http://homeschooling.about.com/
6. http://www.homeschool.com/new/
7. http://www.home-school.com/

Ini bukan cerita nak buat duit tapi ni adalah satu cerita untuk membesarkan anak dan menyingkirkan rasa baran atau bengang dengan anak2. Sebenarnya saya berani kata mak ayah yang tak nak bela anak2 sendiri dengan baik adalah mak ayah yang ketinggalan zaman. Sebabnya sekarang parents dah mencari macam2 kaedah terbaik untuk membesarkan anak2 sedangkan ada yang masih mencampak anak tepi jalan sehingga dipatuk oleh burung gagak yang ramai. Memang syaitan betul orang yang buat mcm tu. (Berita kosmo beberapa hari yang lalu)

Utk sesiapa yang berminat dengan kaedah homeschool tapi malas nak simpan alamat web di atas, bolehlah cuba2 jenguk dalam blog saya dan saya akan link kan blog saya ke laman2 web di atas. Tapi ini utk parents yang berminat dengan homeschool sahaja ya...!!!

Thursday, March 05, 2009

Battutta Telah Pergi


Bismillah,
Sayu rasa arini. Manakan tidak, jam 5 am tadi, suami saya telah hantar mesej utk memberitahu saya kuda kesayangan kami telah mati. Saat saya menaip coretan ini, airmata saya turut berlinangan. Saya mahu melepaskan kesedihan saya di sini, kerana selepas ni saya tak mahu terus2 teringat bagaimana saya sudah mula menyayangi binatang ini.

Mertua saya kata, kuda ni manja dengan tuannya. Sehari dua sebelum Battutta pergi, apa saja yang diarahkan suami saya, dia akan buat. Dia berlari dalam satu bulatan bersama suami saya. Saya dapat rasa betapa dalam juga kasih suami saya pada kudanya. Tapi kasih ini tak buat saya berasa cemburu malah saya rasa terhibur dengan akrabnya ikatan dua makhluk ini.

Semalam, Battutta terketar2 dan buih2 keluar dari mulutnya. Sungguh berita ini telah buat saya cukup sedih kerana saya kesiankan Battutta. Ntah apa yang dia silap makan atau ntah ular mana yang mematuk kami tak pasti. Yang nyatanya, sekarang Battutta betul2 telah meninggalkan kami.

Terima kasih buat En Zul dari Pejabat Haiwan Parit Buntar yang sudi juga merawat Battutta walaupun saya rasa kedudukan kuda kami bukan dalam kawasan sempadannya. Mmm...mungkin sekarang Battutta sedang dialihkan untuk dimasukkan ke dalam satu lubang besar di mana dia akan terus bersemadi.

Kuda ini adalah dari baka yang baik yang mana sebelum kami membelinya, tuannya sendiri tidak pernah menyentuhnya kerana dibiar liar. Selepas hampir setahun membelanya di Kelantan, sebulan lalu kami membuat keputusan untuk mengalihkan mereka ke Parit Buntar.

Perjalanan tidaklah sukar kerana setiap road block yang kami lalui tiada halangan. Malah JPV (Jabatan Penguatkuasaan Veterinar) yang menahan kami pun melepaskan kami setelah mendapati kuda tidak memerlukan permit untuk di bawa ke sana sini. Owh ya, pastikan float yang dibuat mempunyai ciri2 keselamatan yang diperlukan.

Battutta telah lebih tinggi dari ibunya sendiri dan mungkin akan setinggi atau lebih tinggi dari ayahnya yang bernama Castello (Kelantan). Ntahlah, serasa nak padam gambar Battutta dari telefon saya. Tapi sangat terasa sayangnya, biarlah nanti sesekali buat ubat rindu anak2 saya.

Pagi tadi kami maklumkan Asmaa' Usamah tentang kematian Battutta. Usamah tanya "Abah tak bagi makan ke?" Asmaa' lak tanya saya kenapa Battutta mati dan bila saya bagitau dia termakan racun dia pun tanya, "Kenapa abah bagi dia makan racun?" Aduhai anak, Battutta itu ibaratnya kekasih hati abah, manakan abah tergamak untuk meracuninya.

Kini tinggallah 'Mek Na' & 'Simah' kuda putih abah. Tapi ia tetap tak sama dengan Battutta yang abah belek saban waktu. Duhai hati, hentikanlah kesedihan ini... Adalah tu hikmahnya yang telah ALLAH tetapkan. Terimalah hakikat bahawa tiap yang bernyawa akan kembali jua akhirnya.

Buat suamiku, bukan abang seorang yang bersedih. Saya turut merasakannya...

Monday, March 02, 2009

Zalim!!!



This picture will tell everything :(

Sunday, March 01, 2009

Bulan Menjelma



Ada satu wajah yang terlekat di jiwa sanubari rakyat Perak, yang mana satukah dia??

Bismillah,

Dengan tersiarnya emel ini di inbox korang dan di blog saya, maka terpampanglah sejelasnya bulan mengambang di dahiku. Tetapi saya tidak mahu lari dari rasa ingin menyebar luaskan beberapa gambar yang saya kira menyentuh hati. Adakah pemilik wajah ini benar2 telah berlaku khianat kepada orang yang terasa dikhianati atau adakah sebenarnya dia sendiri yang telah dikhianati.





Gambar di atas telah diambil dari blog http://idhamlim.blogspot.com/

Di hari Pak Lah merasmikan apebenda ntah projek di Bagan Serai, (rasanya hari tu Najib lak sibuk umumkan kerajaan baru negeri Perak), nTV7 telah mengusung kamera ke depan kedai kami. Kata wartawan tu, dia dah pegi bus stand tapi semua orang yang nampak lari berterabur macam nampak hantu (kata wartawan tu lah kan).

Wartawan ni mintak kami jawab soalan, mana kah yang lagi penting, politik Perak atau ekonomi Malaysia?? Saya telah memberikan jawapan politik comes first sbb kalau tak pemimpin takkan dapat fokus tentang kemeruduman ekonomi sekarang ni. Ntah tersiar ntahkan tidak apa yang saya cakap tu.

Mmm...kerana tempias tsunami politik di Perak ini sedikit sebanyak terkena kepada saya maka saya mendoakan yang baik2 kepada mereka yang mahu memperbaiki keadaan.

Owh Penin dan Pusin !!!