Showing posts with label TAG. Show all posts
Showing posts with label TAG. Show all posts

Tuesday, November 17, 2009

Daku Dipaksa Menjawab TAG!!

Bismillah,

Macik Ayu, memang selalu mcm ni...asal dia YM aje, ade je assignment dia bagi kat saya. Kalau dia tanya soklan, saya kene jawab mcm karangan. Bukan itu saja, kadang2 dialog kami orang tak gamak nak baca. Ayat sentap ada, ayat leleh ada...ayat bisu tapi berbunyi pun hade...Tapi kami tetap cool...ngeh he he...ye ke Ayu??

Homework yang dia bagi ni formatnya ada 3 soklan :

a. write five (5) interesting facts about the person who gaves you this award.
b. jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies...
c. pick your ten (10) more deserving recipients and the describe them

Soklan a.
  • Ayu adalah budak yang best untuk dibawak berborak. Walaupun menggunakan ayat2 sentap tak hengat, bukanlah bermakna jiwanya kebal.
  • Sedang mengandung dan menggunakan sepenuhnya keistimewaan orang2 mengandung di rumah. Tapi Ayu rajen tau.
  • Mana tak rajen...masak sampai terbakar dapur!!
  • Penuh dengan kejutan. Kejutan paling manis dia pernah buat adalah pemberian totebag kepada saya. Kejutan lain? Semua ala2 kejutan elektrik.
  • Seorang mak yang berinisiatif dalam hal ekonomoney...sedang memulakan langkah utk CD. So, kalau Ayu yang 'ala2 begini' (ape ek ayat yg seswai??) pun nak guna, apatah lagi mak2 yang lebih ayu dari Ayu??
Soklan b.


  • Saya suka mengumpul setem sejak kecil. Ada sapa nak beli??

  • Saya telah mempunyai 4 orang anak dan bercita2 utk meramaikan lagi. Sapa mau join??

  • Saya mempunyai kedai cermin mata sendiri dan sangat enjoy dengan perkhidmatan saya. Sapa yang rabun??

  • Saya dikatakan seiras dengan suami saya. Suami saya pula dikatakan seiras dengan Ahmadinejad. Adakah saya juga seiras dengan Ahmadinejad?

  • Anak2 saya nama mereka dimulakan dengan huruf 'alif hamzah'. Asmaa', usamah, uwaiys dan arwa. Ada sapa ada cadangan utk next baby?

  • Saya suka berleter secara online. Ini adalah posting saya yang ke 295. Owh, sungguh kuat saya berleter!!

  • Saya suka chatting dengan kaum ibu. Sambil chatting, kami bergossip tentang anak2 kami.

  • Saya suka hidup bersosial, tetapi suami saya macam tak berapa nak minat. So, saya kene balancekan ini.

  • Saya seorang yang banyak mulut dengan orang perempuan. Tapi jangan bagi orang laki, saya akan jadi kaki gaduh dengan mereka.

  • Bila saya ada masalah, saya akan menulis. Kadang2 saya hantar, kadang2 saya simpan. Saya tidak suka simpan masalah dalam kepala, jadi saya selalu tidur dan lupakan masalah itu. Tapi jika ada masalah dengan suami saya, saya akan berterus terang sahaja dengannya. Masalah tidak akan selamanya menjadi masalah jika kita tahu cara hendak menyalurkannya keluar. Maafkanlah supaya kita akan dimaafkan kelak.

  • Soklan c.
    Hah yang ni haku lemah!!!! Tapi teringin jugak nak tau apa pandangan beberapa blogger yang rajin memberi komen kepada saya. Okeh, list di bawah ni adalah mereka yang telah melekat di hatiku :) Mmm...kalau tak sudi jawab, takpelah..tapi kalau jawab tolong bgtau eks...nk gi baca komen korang tentang saya.
    Mmm...ni kang ade yg kecik ati...saya masih terlintas beberapa nama mcm Ros Little Mama, Yatieychomeyl, Izan...it just that, saya terasa nak bg pada senarai nama yang di atas...Kalau rasa nak kecik ati, korang buat ah jugak :P

    Friday, August 14, 2009

    Tag Dari Surie


    Namaku:
    Norhafizah Binti Madzlan (Kang ni ada lah yang tanya siti mai mana?? He he...)

    Nama Panggilanku:
    Pija - panggilan ni 1st best fren masa sekolah rendah yang memandai panggil dan sbb teringat kat dia masa masuk sekolah menengah, so saya suruh orang panggil dengan nama tu...

    Fizah - yang ni paling standard sekali

    Tarikh Lahirku :
    6 April 1980 - tua dah...

    Tempat Lahirku :
    Hospital Sg Petani, Kedah

    Statusku :
    Married woman - mom of four kids (five in progress)

    Hobiku :
    Blogging
    Kira hutangduit
    GetahBuku skrap

    Makanan Kegemaranku :
    Alamak..takde yang spesifik aaa..semua hantam

    Minuman Kegemaranku :
    Pun semua hantam

    Cita-Citaku :
    Adei....tak reti nak jawab secara skema aa pulak..
    Kira nak jadi mak yang baik, isteri yang baik, anak yang baik...pendek kata yang baik2 belaka...

    Pengalaman Burukku :
    Hadeih...yang ni kene tanya orang terdekat saya...saya malas nak ingat dah.. tapi satu yang boleh saya cerita adalah masa saya dan suami eksiden teruk di Rantau Panjang dulu...horror gila

    Pengalaman Manisku :
    Time kawen, time beranak...mengalahkan time grad ni perasaannya

    Perkara Yang Disukaiku :
    Pendek kata benda yang menyenangkan hati aaa

    Perkara Yang Tak Disukaiku :
    Pendek kata juga benda yang menyusahkan hati..

    Adakah Anda Berpuas Hati Dengan Apa Yang Anda Ada? :
    Sangat...sangat...Alhamdulillah

    Harapanku :
    Semoga saya tidak menjadi orang lain kerana saya suka menjadi diri saya...


    *tambahan - I am a simple person, ada benda suka, ada yang tidak, pernah jatuh dan pernah juga rasa naik...

    Hihi...ini adalah tag dari Surie... Terasa macam buat biodata dalam buku otograf masa sekolah rendah plak..hihi... Thanks Surie atas persahabatan yang baru terjalin ni...

    OK skang saya nak pas tag ni kepada sapa ek? Saya nak pilih 5 followers terbaru boleh?

    Tuesday, July 14, 2009

    What I Do For A Living

    Bismillah,

    Tengoklah MommyLyna, dia memang cari nahas dengan saya bila dia hantar tag ini. Ntah apa khabar nasi himpit yang sedang saya rebus di atas rumah, disebabkan terbaca kerja yang dia bagi, saya tinggal dapur saya kerja sendiri. Hopefully bergedil saya pun dah siap dapur saya goreng bila saya naik atas nanti...ngeee

    Actually saya boleh mengelat tapi saya rasa saya masih orang yang dimaksudkan. Saya adalah sitisifir10 dan siti sifir boleh jadi ada beribu-riban di Malaysia je la kot. Sbb saya adalah seorang sahaja sitisifir yang selalu mintak tisu dalam blog dia, maka saya amiklah tanggungjawab ni dengan penuh saksama. Tiap kali saya amik tag org, saya teringat saya belum amik tag dari ummihanie lagi...hihi...

    WHAT I DO FOR A LIVING

    I am an optometrist. Apa yang paling saya suka sekali adalah saya tak pernah interview utk dapat kerja ni. Alhamdulillah, peluang kerja tu selalu ada tapi tatau la skang kan.




    I'm dealing with EYE


    and also their MONEY :D because I have my own optical shop


    When my customer walk in, I will bring them to my refraction room and ask them to read this

    If they have problem I put this trial lens

    Into this trial frame

    Almost of the time, if they have refractive error and money they will buy a pair of this...

    Selepas dapat duit diorang, saya akan naik atas rumah dan tgk TV atau masak, atau berleter atau bersilat dan lain-lain. Senang bekerja sendiri, jika saya rasa mahu turun dan blogging, saya akan turun atau tidak staff saya akan panggil dan beritahu, "K.Pija, ada customer" barulah saya turun.
    Jika ada tempahan, saya akan potong spek yang senang2 dan selebihnya saya pas pada suami ku. Staff saya juga sudah mula edging frame sendiri. Tahniah dan terima kasih untuk Cik Timah. Selain dari cek mata di kedai, hampir setiap Jumaat kami akan buat visit ke sekolah2 atau pejabat kerajaan untuk pemeriksaan mata percuma dan sambutannya setiap kali juga adalah amat menggalakkan.
    Saya boleh bawa anak saya ke dalam kedai dan mereka bebas bermain di sini. Memang kadang2 ada customer yang tak selesa tetapi saya tak peduli semua tu. Peratusan orang begini tidak ramai. Saya sayang kerjaya saya sekarang yang mana saya boleh bebas menentukan apa yang saya nak buat dengan yang saya tanak buat.
    Memang masih ada kongkongan sbb saya guna sistem francais tapi setakat ini masih terkawal lagi keadaannya. Mmm....dah panjang pulak...tag ini mau pas pada sapakah ye??
    To MommyLyna, tenkiu la bg idea utk daku arini...eh apsal ada bau hangit ni ataukah nasi impitku dah rentung????

    Wednesday, July 08, 2009

    2009 Cute's Blogger Award

    Bismillah,

    Saya tak ada kerjakah ini hari sehingga boleh layan tag? Hihi..mana boleh tak layan weih, ini adalah tag dari kakyong yang baik budi. Apatah pula tag kakyong yang berbaur sukiduki itu...huk huk...udahlah kakyong, walaupun dukalara tu sentiasa berpaut di dalm diri kita sebagai isteri tapi jeling2lah pada janji ALLAH andai kita menjadi isteri yang taat. Chewah..ni kang, En Nejad saya gelak guling2 sebab saya sejak akhir2 ini pun sudah pandai buat aksi power rangers dengan dia...hik hik...
    1. Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.


    2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda. ~ award ini dapat dari kakyong72 yang punya 3 orang anak. Sapa perlukan orang utk buatkan akaun elok bebeno la ek utk contact kakyong72. Tapi tunggu seminggu dua lagi sbb saya berhajat nak booking dia dulu....ngee

    3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya(anda di-tag)
    • Saya suka mengumpul setem sejak kecil. Ada sapa nak beli??
    • Saya telah mempunyai 4 orang anak dan bercita2 utk meramaikan lagi. Sapa mau join??

    • Saya mempunyai kedai cermin mata sendiri dan sangat enjoy dengan perkhidmatan saya. Sapa yang rabun??

    • Saya dikatakan seiras dengan suami saya. Suami saya pula dikatakan seiras dengan Ahmadinejad. Adakah saya juga seiras dengan Ahmadinejad?

    • Anak2 saya nama mereka dimulakan dengan huruf 'alif hamzah'. Asmaa', usamah, uwaiys dan arwa. Ada sapa ada cadangan utk next baby?

    • Saya suka berleter secara online. Ini adalah posting saya yang ke 295. Owh, sungguh kuat saya berleter!!

    • Saya suka chatting dengan kaum ibu. Sambil chatting, kami bergossip tentang anak2 kami.

    • Saya suka hidup bersosial, tetapi suami saya macam tak berapa nak minat. So, saya kene balancekan ini.

    • Saya seorang yang banyak mulut dengan orang perempuan. Tapi jangan bagi orang laki, saya akan jadi kaki gaduh dengan mereka.

    • Bila saya ada masalah, saya akan menulis. Kadang2 saya hantar, kadang2 saya simpan. Saya tidak suka simpan masalah dalam kepala, jadi saya selalu tidur dan lupakan masalah itu. Tapi jika ada masalah dengan suami saya, saya akan berterus terang sahaja dengannya. Masalah tidak akan selamanya menjadi masalah jika kita tahu cara hendak menyalurkannya keluar. Maafkanlah supaya kita akan dimaafkan kelak.
    Hokeh, disebabkan saya berkesumpatan (saje salah eja), saya amik tepek juga award2 di bawah ini yang kakyong tujukan kepada kawan2nya. Hihi....happy blogging!!!




    Sunday, June 07, 2009

    Tag : My Baby Dari Kakyong

    Bismillah,

    Setelah mabuk melayan contest, saya cuba mampatkan lagi minda saya dengan menjawab tag dari kakyong. Tapi soklan very the simple cuma part yang mencabarnya adalah untuk mem'pas'kan tag ini kepada mangsa seterusnya. Disebabkan saya mencari mangsa, adakah saya ini pemangsa? Kuhik..kuhik...pastilah kakyong menjadi mangsa paling lunyai dalam mendapat tag dari teman blogger yang lain. Bukankah begitu??


    Tanpa melengahkan masa, layan ini tag okeih :


    1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?

    2 anak dara dan 2 anak teruna. So, jumlahnya empat. Pandaikah umi bajet? Oh tidak...kami pakai kekdah belasah aje.... :P


    2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?

    Tidak merancang masa. Bila-bila pun insya ALLAH boleh. Kalau orang tanya adakah umi merancang, jawapan umi sentiasa begini, "Umi merancang untuk mendapat anak yang ramai". Oww...tapi jangan tanya begini, "Tak letih kah?". Ini adalah soklan yang susah nak tipu bila jawab. Sebab letih itu ada sokmo. Cuma letih ini insya ALLAH mendatangkan hasil yang lumayan di dunia dan akhirat harapnya. Sbb kadang tu kalau jawab letih macam tak suka anak aje...bukan begitu, ia meletihkan tapi ada sesuatu yang best dalam keletihan itu.


    3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?

    Halamak...macam susah je soklan ini.


    • Asmaa' - maksudnya nama (yang baik). Sempena nama Asma' Abu Bakar wanita yang digelar Dzatun Nithaqain (kerana dia mengambil tali pinggangnya, lalu memotongnya menjadi dua. Kemudian, yang satu dia gunakan untuk sufrah (bungkus makanan untuk bekal) Rasulullah SAW, dan yang lain sebagai pembungkus qirbahnya pada waktu malam, ketika Rasulullah SAW dan Abu Bakar Ash- Shiddiq keluar menuju gua.)

    • Usamah - maksudnya berani (yakah?). Sempena nama cucu angkat Nabi SAW Usamah B Zaid, seorang panglima perang pada usianya 17 tahun

    • Uwaiys - seorang ahli sufi yang rapat dengan baginda Rasulullah SAW walau tidak pernah berjumpa dengan Baginda.

    • Arwa - yang memberi minum, dinisbahkan sebagai pemurah. Nama seorang daripada ibu saudara Nabi SAW antara yang pertama memeluk agama Islam.

    Klik nama diorang untuk tahu lebih lanjut.


    3. Siapakah yang memberikan nama anak anda?

    Abah diorang, saya akan mengatakan setuju atau tidak.


    4. Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?

    Kami mahu nama anak kami dimulai dengan alif hamzah, bermaksud boleh jadi mula dengan huruf U, huruf I atau huruf A. Nama Asmaa' diambil sebab tokku pernah kata kalau dia ada anak lagi, dia nak letak nama Asma', nama Usamah sebab Osama Laden yang glamer, nama Uwaiys, sama-sama pilih dan nama Arwa sebab cari nama dalam buku senarai perawi hadis dan sahabat sahabiah. Sebolehnya kami mahu nama anak kami adalah dari tokoh zaman Rasulullah.


    5. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?

    Ow..tunggu di hari ke 7 kelahirannya baru kita bagi nama ek.


    6. Berapa perancangan anak yang anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy?

    Seramai yang boleh dilahirkan.


    7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?

    Adei...

    Asmaa' & Usamah ~11 bulan

    Usamah & Uwaiys ~ setahun 8 bulan

    Uwaiys & Arwa ~ setahun 2 bulan

    Ngeri kah?


    8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy?nyatakan sebabnyer

    Uuu....tak kisah...sebabnya, memang tak kisah


    9. Kakyong- soklan no 9 lesapkah?


    10. Ape ciri2 persamaan anda & anak Anda?

    ~suka menjerit (kwang kwang)

    ~selalu minta perhatian (mcm umi masa kecil)

    ~Asmaa' & umi malas makan

    ~Usamah, Arwa & abah tak boleh tak makan


    11. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.


    Wakaka...ada puas hati kah jika beranak ramai? Sangat memuaskan hati... :P

    Saturday, May 30, 2009

    Friendship Tag Dari Kakyong


    Bismillah,
    Syarat2 nya :
    Tepeklah hadiah ni kat blog korang tanda daku amat menghargai kewujudan korang semua.Pastu stori mori la ckit pasal kawan yang paling baik/kawan yang paling korang sayang/kawan yang boleh simpan rahsia diri kita

    Seblum saya dihujani tag atau award mcm kakyong, baiklah saya jawab siap2 tambahan pulak I'm in the frenship's mood skang neh. OK, sbnrnya agak serba salah juga nak jawab tag ni. Nanti ada pulak yang salah faham. Saya ada sangat ramai kawan baik dan semua2 nya adalah kawan yang paling baik pulak tu. So, saya akan jawab tag ni tapi saya takkan sebut nama dia boleh.

    Nama sahabat baik pertama AAAA,
    Dia adalah sahabat paling baik masa saya sekolah rendah. Yang saya ingat sampai sekarang, semasa darjah 4, kerana dia mahukan saya turut memakai tudung, dia pun bgtau saya. "Mak kami tak bagi kami kawan dengan orang yang tak pakai tudung!" Uwahhh...saya sungguh resah gelisah kerana dengan sahabat saya nilah saya ke hulu, ke hilir. Dan akhirnya, saya pakai tudung jugak. Setiap kali waktu rehat pula dia suruh saya simpan duit belanja saya dan makan bekal yang mak dia bagi setiap hari. Masa tu kami sama2 budak2 dan semua pengalaman kami adalah sangat kebudak2an. Namun saya rasa sangat kehilangan apabila saya masuk sekolah asrama selepas tu. Tapi skang, dia dah jadi kawan saya shopping. Kalau dia rasa nak gi beli sayur2 ke hape dia akan tepon saya suruh saya tunggu depan kedai, tapi dia kata tak enjoy shopping dgn saya sbb nnt takut kedai tepon saya suruh balik kot2 ada org cek mata. Tapi setakat ni, kluar shopping dgn dia takde pulak customer datang.

    Nama sahabat baik kedua saya adalah AAS,
    Kami sekelas semasa ting 1,3,4,5 sbb masa kitorunk ting 2 dia terduduk dalam kelas pandai dan saya saje2 duk dkt kelas bawah (bawah tak semestinya tak pandai hokkay). F1 bilik dia atas, bilik saya bawah dan seterusnya bilik kami sebelah menyebelah. F1 berlalu mcm biasa tapi dalam kelas kami duduk sebelah menyebelah. Dia layan je kalau saya nak ilangkan ngantuk dengan bubuh gam kat tapak tangan masa cikgu ngajar, tunggu sampai kering n then tanggalkan (this is the reason why kami berdua terpisah masa F2). Saya betul2 lost masa F1. Merasa ketinggalan dan rasa jeles dengan geng baru dia, saya pun struggle sampai dapat naik kelas the next year tuh. Klimaks saya di sekolah itu, adalah semasa kami di Tingkatan 3R dan kami gelar kelas kami Remaja Riang Ria...geng2 kami (tolong angkat tangan please kalau ada yang baca) Tipah, Yanie, Wan Dayah, Hajar Boolat, Aida Leen, Safiyyah, erkk....apsal tiba2 lost nama diorang neh? Tapi hanya kamilah yang tahu betapa ganasnya kehidupan kami ketika itu. Dan lagu tema tahun 1995 itu adalah 'Bernafas Dalam Lumpur'. Naik F4, saya dan sahabat saya masih sekelas dan masih duduk sebelah menyebelah. So macam2 lah yang kami share sampailah ke tahap kisah adik2 angkat kami yang adakalanya meretakbelahkan hubungan persahabatan kami seketika. Masa ni saya sesat dapat no1 dalam kelas dan sahabat saya ni tiba2 ada konflik dan buat2 suka merendah diri sedangkan dia tak sedar yang saya jadi begitu hanyalah kerana sesat, bukan sebab saya pandai. Masa F5, kami sampai plan nak pilih U sama2 utk choice nnt tapi tu lah, ALLAH lebih tahu segalanya. Juga masa F5, saya selalu dikejutkan oleh seswatu yang saya tak pasti apa tapi saya takleh tido balik kalau tak solat atau ngaji dulu. Disebabkan ada banyak kes marabahaya tahun tu, saya ajak sahabat saya ni teman saya tido dan dia akan temankan saya ke toilet. Kami bergilir2 malam ni aku tido sana, malam esok hang tido sini. Habis belajar, kami berutus surat dan bertukar cerita tentang jejaka idaman pulak (uh tak kosa). Mmm...surat tu masih ada lagi saya simpan dan saya sangat utk buang. So, surat tu dah berusia hampir 12 tahun semenjak ia ditulis. Best kawan dengan dia, kadang2 dia bagitau dia jeles tgk orang kawan dengan saya padahal dia tatau saya juga jeles tgk dia kawan dgn org lain. AAS, ingatkah lagi saat2 kita dulu...kiki

    Kendian, sahabat saya seblom saya kawin adalah 'qittun',
    Dia adalah sahabat saya yang paling macho. Walaupun dia macho, dia masih lagi ada sifat keperempuanan (jiwang) dan kejiwangan dia hanya akan terserlah pada saat2 tidak terduga. Saya takleh cerita banyak pasal dia sbb nnt dia akan sekeh saya sbb dia nak datang umah saya next week. Tapi yang saya nak bgtau, antara kami dahulu
    • poketmu, poketku jua
    • bau kentutmu, aku tak kisah
    • apa yang ngkau makan, aku akan makan sama
    • apa yang ngkau baca, aku kena baca sama
    • kalau aku ikut ngkau pegi meeting, ngkau kena meeting tapi aku boleh tido
    • kalau ngkau nak merempit, aku kena ikut sama. Atau ngkau suka aku yang jadi tukang rempit. Kami akan merempit sama2 melainkan bila dia nak merempit sensorang ke UPM atau Genting :D
    • dia risau saya kawin dulu sbb dia takde kawan nak gaduh, ade ke??
    Ada seorang lagi kawan baik saya dan singkatan namanya ISI..
    Kadang2 saya tak perasankan dia dan saya rasa bersalah sekali. Dari mula kenal dia, sampai sekarang dia tak pernah putus hubungan dengan saya. Dia selalu ada disaat saya memerlukan, tak kiralah dari segi nasihat, material atau apa sahaja. Saat saya sedang menulis ini, dia tak ada di Malaysia. Masih terngiang2 bunyi doanya di malam hari semasa saya masih lena. Masih ternampak dimata saya air matanya yang mengalir setiap kali selepas solatnya. Masih terasa kenyangnya bila dulu kami berkongsi satu bekas nasi yang layaknya seorang makan sahaja. Boleh dikatakan, setiap minggu sehingga kini dia akan menelefon saya dan bertanya khabar saya. Maka wajiblah saya akui, bahawa ISI juga sangat istimewa buat saya.

    OK, kat bawah ni, saya nak sebut nama kawan2 lain yang juga sangat baik dengan saya.
    • Normah - geng sekolah rendah juga. Sangat caring ini boodak dan juga sangat humble. Semoga mudah bersalin nanti so that lepas ni hang boleh beranak raaaamai lagi.
    • Halilah - seperti yang saya cerita dalam award yang saya terima itu, Halilah juga adalah antara orang yang berperanan besar dalam mencorak imej saya ini ari...
    • Darina - teman semeja saya semasa di Matrikulasi. Seorang yang pada mata saya sangat cantek. Ntah apa kabar mu di sana eek?
    • Azniza - seorang yang sahabat yang bila saya buntu, saya akan call dia dan saya hanya perlu diam kemudian dia akan terus luangkan masa tika tu juga untuk berjumpa saya. Skang dia dah menjadi penasihat kesihatan saya dan anak2 secara tak rasmi.
    • Safia - si ontek yang sama2 kami tempuh suka duka esp selepas kami habis belajar tikamana dia telah menghadapi satu cubaan marabahaya dalam hidupnya. Moga hepi kini macik...
    • Zila, Timah, Miah, Awin - jangan tatau saya ada 4 adik angkat masa sekolah menengah dulu. Kalau korunk baca please contact me back sbb K.Pija/K.Long dah hilang enpon korunk masa enpon tu org curik. Zila, besday hang sama dengan hari pembukaan kedai K.Long.
    • Oyin - junior saya di UKM yang paling rapat dengan saya.
    • Farah Farhan, K.Aisyah Ismail Ikram - turut memberi makna dalam kehidupan saya. Junior dan senior yang membuatkan saya rasa sayang kepada RKBB.
    • K.Raihan Juri, K.Anja (cikin), kakyong, sauberlina - teman setia YM saya. Saya rasa banyak juga bincang masalah hidup dengan diorang akhir2 ini
    BUT THE BEST OF ALL- MY HUSBAND!! Bermula dari kami bernikah, dialah teman paling baik saya. Teman jatuh dan bangun saya. Teman nangis dan tawa saya. Mmm....thanx ebribodi.

    Tuesday, March 10, 2009

    Mom Of The Year??


    Bismillah,

    Alkisah, ini adalah award dari kakyong72 dan saya telah tersipu2 membacanya...manakan tidak, selesai aje cerita Jacky Chan (ntah betul ntah tidak ejaannya) saya telah melakukan rutin biasa saya iaitu mengerah anak2 tido. Sambil tu bancuh susu bergelen-gelen (huhu...tak dayo nak tandem nurse diorang ni 4 orang sekali)

    Mungkin kesipu-sipuan saye kurang kalau tadi saya membacakan buku cerita utk sesi story bedtime atau at least mendendangkan selawat kepada mereka sehingga ke empat-empat mereka terlena. Nah, kalau ini yang saya lakukan makanya saya rasa tidaklah kekok jika saya mendapat award ini. Huhu... Anyway K.Yong, thanx even saya tidak merasakan saya layak untuk award ini.

    ....The rules are:
    1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!


    Yakdish...susah nih nak jawab soklan ni. Yang jadi susah sebab dia minta 'one thing' tapi kadang2 ada satu masa I feel awful all the time!!! Let me tell the truth, ada satu kekesalan yang timbul dalam kehidupan saya yang sehingga hari ini saya masih teringat keadaan itu.

    Ia adalah semasa pada satu ketika Asmaa' masih kecil dan Usamah masih di dalam kandungan. Asmaa' adalah seorang baby yang comel tapi sangat kuat menangis. Ntah hantu apa yang merasuk saya pada satu hari, saya telah mencengkam bahu Asmaa' yang tak sampai setahun pun masa tu & menjerit2 suruh dia diam.

    Sepatutnya di masa tu saya meningkatkan sedikit kesabaran saya dan sepatutnya saya memahami kenapa Asmaa' menangis dan bukan meminta dia memahami saya yang rimas dengar dia menangis. Sungguh mata Asmaa' sehingga ke hari ini memberitahu saya yang dia tak pernah mahu membuat saya marah.

    Dalam proses dia sedang membesar dan sekarang punya 3 orang adik pastilah dia juga melalui satu rasa dipinggirkan. Namun begitu, saya tidak pernah kesal dengan kelahiran adik2 Asmaa' dan excitednya saya mempunyai anak2 seperti mereka akan saya huraikan dalam soklan kedua nanti :)

    2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.


    Ha..kalau soklan ni banyak pun boleh nak jawab but I'll try hard to sum up all my exciting being a mother into 7 things...

    1. Satu yang paling best di pagi hari adalah selepas memandikan diorang. Ntah nape saya rasa part yang paling comel adalah bila anak2 saya akan angkat sebelah kaki untuk saya basuh then kaki yang basuh tu dia pijak keluar dari bilik air dan satu lagi dia hulur dari belakang untuk saya basuh kaki yang seterusnya sebelum diorang lari ke tempat nak pakai baju sambil membasahkan lantai umah den...huhu...

    2. Part yang paling best bila umi dgn abah bergurau secara ganas dan anak2 menangis2 nak leraikan kitorang sedangkan kitorang bukan bergaduh pun tapi saja bergurau ganas. Most of the time abah akan buat muka kronik sampai anak2 igt umi belasah abah diorang. Time anak2 selamatkan umi pulak adalah time abah ngurut umi (Tuhan je la yang tahu betapa sakitnya abah urut tapi ni jela ubat mujarab sakit urat umi) dimana diorang ingat abah sedang dera umi. Abah ni kira selamatlah tak yah urut umi lama2 kan....

    3. Anak2 kami paling suka story telling. Kadang2 kami tak baca ikut skrip buku pun (yang selalu tak ikut skrip is abah sbb abah ada byk idea nak kelentong the kids). Kadang2 sampai menangis2 suruh bacakan buku. Yang best Arwa yang paling kecik pun pandai berhimpun sama.

    4. Time memasak, anak2 akan tanya, "Bau apa cedap ni umi?" (especially Usamah) walaupun umi masak lauk paling bodoh yang penah ada di P.Buntar nih..huhu... Time nak menjamu pun punyalah horror maklumla nak kene suap 4 orang tapi they prefer to eat sendiri sampai umi kene paksa abah mop lantai tiap ari.

    5. Time nak tido, every child akan choose either umi atau abah untuk buat bantal dakap n thats mean dua anak peluk satu parent. Dan ini juga membawa maksud kami tidur berselerak tarak hanya kerana mahu menemani mereka tidur. Takpolah, janji semua tidur lena.

    6. Time kat playground tak kira la kat nearest taman (selalu kami punya port is dekat Ampang Jajar) atau kat pantai atau kat tempat kuda2 abah. Suka tengok anak2 play around dengan bebas sebab rumah kami tak ada halaman so kene la cari tempat yang macam ni untuk bagi diorang 'play on the ground'.

    7. Last but not least, maybe masa naik keta balik kampung. Kami akan bertolak jam 2-3 pagi sbb time tu diorang lena dan abah akan susun anak2 dia dalam kete dan selalunya sedari bertolak sampailah tiba ke kampung diorang akan lena dalam perjalanan. Best tengok diorang tido dalam kete macam selamba je seolah2 tido kat umah jugak..

    3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.


    Wah, nak tag orang semula is the hardest thing nak kene buat. OK lah, let me make this simple, I'll give this award to this 5 Mom Of The Year but its up to them to answer all the Q or not...I'll understand if they are bz then just put the award dalam blog korang bulesss???? pss...kepada member2 ku yang tak ku beri award ini, dun worry, korang still mom of the year utk family korang..kalau tak puas ati jugak meh la bg nama nanti aku kasik...ha ha...

    1. Mummy Sara & Syasya @ Sarakids http://www.sarakids.com/blog/
    2. Mama Adam & Daania http://farafahmiadamdaania.blogspot.com/
    3. Ummu Umar http://ummiumar-zahazhari.blogspot.com/
    4. Mama Mencah & Adik Mencah to be..he he http://addictedtoaisyah.blogspot.com/
    5. Ummu Muhib & Mujib http://nuryanie.blogspot.com/

    Saturday, October 04, 2008

    TAG by Mama mencah


    Hadoih la...Udah la soklan2 nya superb.. Tapi ha, sori aa Mamamencah disebabkan den diserabutkan oleh orang yang menyerabutkan, maka terpaksa lah hutang den ni dibayar agak lewat..Tapi takpe kan, sebab utang ni takde interest, besides kalau saya tak bayar pun musti Mamamencah tak amik port sangat kan he he...better late then never. Tapi k.an apsal ada soklan tambahan ni hadoih......

    1. PIJA aka CT SIFIR - Soklan tambahan untuk anda :
    Do you mine, sharing your man with other woman? Hahahaha...jawab...jgn tak jawab.

    HADOIHH...MCM MANA NI NAK JAWAB SOKLAN NI....Kalau ditanya saya memang rasa tak nak lah. Normal kan jawapan ni? Ini adalah kerana saya tidak pasti sama ada saya akan lebih baik atau bagaimana selepas berkongsi. Dibimbangi saya boleh dengan mudah bertukar menjadi Hulk Hogan atau sekurang2nya mcm Shrek lapar ha ha... Saya sentiasa mengandaikan keadaan ini tidak akan berlaku jadi soklan ni susah untuk saya bagi jawapan. Setakat membayangkan sahaja sudah terasa bisa sakitnya.

    Dan berikut ini adalah soalan-soalan lazim...sila copy & paste di blog anda.

    First Name: NORHAFIZAH
    Nickname: kebanyakan orang panggil PIJA, ada yang tiba2 panggil SITI...he he
    Birthday: APRIL 6, 1980
    Birthplace: SG PETANI, KEDAH
    Time of Birth: UU..MALEH NK BUKAK SURAT BERANAK NYE...
    Zodiac Sign: ARIES (KALO TAK SALAH)


    –This or That–

    Flower or Chocolate: FLOWER kot sbb coklat ni kalau beli untuk diri sendiri tak kekok tapi kalau FLOWER utk diri sendiri adalah satu keadaan yang mengesiankan...

    Pepsi or Coke: UUU...AIR SARSI JE TAKPE TAK

    Pop or Rock: HAIIYAH....APE NI SOKLAN SUSAH...MANA SAYA TAU POP TU MCM MANA...ROCK MEMANG LAH TAK MINAT...

    Relationship or One Night Stand: Mustilah RELATIONSHIP..tapi special RELATIONSHIP hanyalah dengan kekanda IBNUSOLEH saya je lah...Kebanyakan masa saya suka persahabatan yang berpanjangan...

    School or Work: WORK.. - maleh nak amik peksa..he he...kerja ni at least tak yah kerap baca buku nak peksa...

    Love or Money: HADOIH....yang ni nak dua2 la...nak suruh pilih salah satu kalu, bagi soklan mcm ni, SUAMI ka DUIT? Yang ni dengan sukacita nya kan ku pilih SUAMI ku lebih jaaaaaaaaaaaaaaauuuuuuuuuuuuhhhhhhhhh dari duit...

    Movies or Music: Kalu saya suka tgk TV drama ke Filem ke dari dengar radio tu maknanya MOVIES kan?

    Country or City: COUNTRY - berjangkit dengan minat suami

    Sunny days or Rainy days: RAINY - tak minat berpeluh2 he he

    Friends or Family: Yang ni juga mau kedua nya cumanya kalau nak diberi pilihan sorry fren, i will choose my family first.

    -Have you ever-

    Smoked: NEVER EVEN ONCE

    Broke someone’s heart: ADA tapi rasanya bersyukurlah dengan kejadian tu

    Had your heart broken: Ni nak cakap dari sisi pakwe makwe ek? Tak de lah agaknya...

    Wish you were a prince/princess: NEVER!! (sama macam k.An he he...saya rela jadi budak kampung)

    Liked someone who was taken: Mmm....tak perasan le pulak ada ke tak ek kejadian ni berlaku...

    Shaved your head: NEVER

    Been in love: YUP.....but after married

    Used chopsticks: NEVER

    Sang in the mirror to yourself: NEVER! den pakai tudung pun tak tengok cermin ni kan pulok nk nyanyi...kalau gosok gigi depan cermin ade la kot...wakakaka....


    -Favorites-

    Candy: No specific one, coz tak suka sgt (copy k.An)

    Song: Currently..Asyik dengar lagu AYAT-AYAT CINTA tapi tak hafal pun

    Scent: Yg ni sori den buta tuli betul....

    Musical Instrument: Takde aaa...

    Movie: Ntah......macam tak kisah je....cuma kalau tengok Jackie Chan tu boleh la lebam orang yang duduk sebelah.

    Actor/Actress: saya bukan peminat kepada mana2 pelakon atau penyanyi

    Junk food: dah lama bangat tinggal...

    Animal: KUDA n KOI..huiiyoh kande ku lah ni ngaja..

    Ever cried over someone: Sure la weyy....

    Is there anything you wish you could change about yourself: I wish I could be like a 'perasuk'.. bukan nak merasuk orang tak tentu pasal, tapi nak rasuk suruh orang dengar cakap kita.. Tak leh ka??

    Do you think you’re attractive: Mmm...Kang jawab ye kang dah masuk kompeni of the perasan pulak ye. Senang kata kawe ni bukan susah sangat utk didekati...

    You had to choose a fairytale as your life what would you choose: SHREK fairytale ka?

    You play any sports: YUPP... Bersilat dgn anakanda2 ku yg berempat...


    List (8) random facts about yourself and tag (some) people :

    1) Redah jer...(dah nak sama ni dengan k.AN)

    2) Suka merapu dengan menulis (blog ini adalah buktinya)

    3) Saya tak penah rasa orang ikhlas ketika memuji, so carilah org lain utk dipuji

    4) Bawak keta, sure ngantuk! (sama gak ni dengan k.AN..tu pasai suami saya rela tido tepi jalan dari mintak saya bawakkan kete)

    5) Nak suruh saya mengalah tu buleh aa tapi jgn marah time korang dikalahkan nnt ek..

    6) Minat berniaga dari makan gaji (my dear hubby punya rasukan lah ni)

    7) Saya tak pandai masak. Tapi saya suka kumpul resepi...buat pe ek resepi tu?

    8) Minat dok dalam kete dari dok dalam umah esp time tghari..sbb malas nak panas2..keadaan ini hya terjadi di hari cuti...

    Nk tag sape ye pulak ek...