Tuesday, February 17, 2009

Lawak Suami Nak Kawin Lagik


Di kala zohor ketika menyelak2 email yang dah berlumut dalam inbox, terjumpalah daku pada lawak ganas ni...he he..so kengkawan...tumpang lalu...

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je,kan ?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi.

ambik ko

Saturday, February 14, 2009

Teknik Bertengkar Secara Positif



Artikel berikut diambil dari email Anak Ummi yang mana ia adalah petikan dari buku saya terdahulu. Bertengkar memang satu hal yang negatif tetapi untuk mencapai kesepakatan adakalanya pertengkaran akan menjadi jalan penyatunya. Saya tersedak juga membaca tajuk yang saya letakkan ini tetapi begitulah seadanya.

Mmm..kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ini sila kunjungi www.perintis.com.my . Boleh juga melalui saya tetapi sekarang saya lebih fokus kepada urusan di kedai sehinggakan saya jarang membuka email seperti dahulu. Layannnn...

Teknik Bertengkar Secara Positif
Posted by: "studioperintis@perintis.com.my" studioperintis@perintis.com.my studioperintis1
Thu Feb 12, 2009 9:02 am (PST)
Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."
(Riwayat Anas Bin Malik)

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan 'orang yang beralah akan menang besar kemudiannya? '

Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee 'Sedang lidah lagi tergigit'. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata 'ok' kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.

Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."

(Riwayat Ibnu Mas'ud RA)

Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.

Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.

Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.

Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap - Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan - Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya - Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan - Anda dibesarkan dalam keluarga 'begini', isteri anda dibesarkan dalam keluarga 'begitu'. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah - Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara - Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja - Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan 'sayang' atau 'manja' tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah 'aku' dan 'kau'.

8. Elakkan terlalu emosional - Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik - Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur - Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri - Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak - Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar - Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party - Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah - Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai - Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan - Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan - Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my.

Thursday, February 12, 2009

Berpuasa Untuk Berhenti Merokok





Artikel asal diambil dari tajuk : Kebaikan Berpuasa Dalam Menahan Ketagihan Merokok dan Kesannya Kepada Kesihatan Oleh Prof. Madya Mohd. Isa Abdul Majid, Pusat Racun Negara, USM


Bukan sahaja untuk berhenti merokok, puasa adalah satu bentuk terapi semulajadi untuk mengatasi kebanyakan permasalahan kesihatan.

Merokok ni kalau ikut bahasa kasar dia adalah proses memasukkan bahan beracun dengan cara hisapan ke dalam tubuh. Kalau ini dinamakan ayat skema maka cuba pulak untuk fahami yang ini, bila ngko hisap rokok maka ngko akan sedut 3,800 racun ke dalam tubuh ngko.

Lepas tu kesian la kat badan ngkorang yang merokok ni bila tubuh terpaksa bekerja untuk mengeluarkan racun yang korang masukkan dengan mudah ke dalam badan tadi melalui proses perkumuhan, pernafasan, najis, perpeluhan (oww..padanlah saya tak tahan bau seseorang yang sedang merokok).

Dah tu cuba bayangkan berapa batang korang hisap rokok sehari dan berapa kali pulak korang masuk toilet untuk u'uk kan racun2 nih tadi? Adakah jumlahnya balance? kalau ini berterusan setiap hari maka jumlah racun yang korang sedut pastilah akan lebih dari jumlah racun yang berjaya dikeluarkan dari tubuh. Makanya terkumpullah racun dalam badan korang.

Wokeyh, itu baru bab merokok. Belum masuk cerita udara tercemar, makan makanan rapu, minum air dalam tin kotak semua tu. Ini akan mengakibatkan beribu2 lagi bahan toksik menumpang dalam tubuh kita dengan jayanya. Maka dengan itulah PM Md Isa ni kata puasa tu baik untuk elakkan ketagihan merokok. Sbb ia mengurangkan pelbagai kemasukan racun sama ada dari merokok atau dari pemakanan kita yang tidak sihat.

Selain dari memenuhi tanggungjawab agama, badan juga akan mula melakukan proses pembersihan racun yang terkumpul dalam badan. Juga dari sudut pandangan lain, kita tak belanjakan wang kepada Yahudi. Kita juga akan lebih berjimat. Wah...banyak kelebihan tau tinggalkan rokok ni, ye tak?

Yang sayangnya cuba bayangkan jika satu individu Muslim yang merokok. Sedangkan andalah yang akan membela agama tapi telah dilemahkan oleh jarum yang tidak kelihatan seperti ini. Saya sayangkan anda sebagai seorang Islam yang berpotensi, kenapa tidak anda menyayangi diri anda...?

Monday, February 09, 2009

Alahan Mengandung-Cara Mengatasi


Bismillah,

Beberapa minggu lepas, saya buat2 terkejut bilamana beberapa teman rapat saya dikhabarkan mengandung. Saya berdoa semoga mereka menerima kurniaan dari ALLAH itu dengan hati yang redha. Kerana anak itulah yang akan mendoakan kita bila nafas kita tiada lagi nantinya.

Alhamdulillah, selama mengandung 4 orang anak sebelum ini, saya tidak mengalami alahan yang tidak2. Sekiranya ada pun, ia masih dalam kemampuan saya untuk mengatasinya. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak memikirkan rasa loya dan masa yang paling kerap saya muntah adalah ketika menggosok gigi.

Sbbnya time gosok gigi tu bila kita tengok cermin, nampak buih2 kita berus gigi tu saya akan rasa anak tekak saya mcm dijolok2 dan uwek2 pun akan berlaku. Jadi saya cuba untuk mengelakkan tenok cermin masa gosok gigi. Walaubagaimanapun, kepala ni mcm sedang mengulangtayang buih tu sampai saya rasa nak muntah.

Masalah ni bukan terjadi time mengandung aje. Pertama kali saya muntah tengok orang berus gigi adalah masa sekolah rendah yang klinik gigi gomen datang bawak berus gigi sorang satu dan bawak model gigi yang besar untuk tunjuk cara gosok gigi kat sekolah. Situ lah pertama kali saya geli tengok kawan2 saya laki perempuan, Melayu, India & Cina gosok gigi kat tepi kantin sekolah...Uwekkk!!!

Saya juga loya kalau terlalu kenyang. Owh, mungkin ini menjadi satu sebab kenapa berat badan saya tidak naik2. Saya berselera nak makan especially bihun tomyam kat gerai Pak Ngah di Greenwood tp sllnya tak sampai tahap kenyang gaban. Uuu..mengarut aje saya ek?

Ok ni nk kongsi sesuatu...yang mana emai asal saya dapati adalah dari Dr Rita Aisyah..(to Dr Rita, rasanya kita saling mengenali..mungkin Dr tak igt saye, tp saya ingat Dr... :) atau Dr musti igt Ida Sofina kan?) Saya sedang memanjangkan ilmu nih...

Kata Dr Rita, alahan mengandung ni adelah disebabkan peningkatan hormon HCG dlm tubuh wanita mengandung. Ia menandakan anak kita sihat dalam kandungan tp maknye lah yg terpaksa menanggung perasaan tidak enak itu..huhu..Saye rasa mcm pernah baca di mana2 yg antara punca kita alami alahan teruk adelah sbb perut kosong.

Jadi cara yang paling mudah untuk elakkan perut kosong adalah dengan mengisi supaya ia tak kosong lah kan? Jadi bak kata Dr Rita, biskut2 yang berkhasiat tu boleh lah kunyah2 tanak kasi perut terlampau kosong. Jadi sebelum tiba masa untuk makan makanan berat tu, bolehlah jamah sikit2 biskut. Then bangun pagi tu pun kalau takde sarapan lagi, cicah la sikit biskut dengan Vico ke (Milo sila boikot ye..), Radix ke..

Ataupun cara lain adalah dengan makan halia. Kalau saya suka hiris halia dalam air teh. Takpun boleh dibuat sup dan lain2. Korang kan kreatif bab masak memasak ni kan? He he..Tapi selepas saya jumpa dengan Habbatus Sauda, saya dah jarang makan teh halia lagi apatah pula bagi saya habbatus sauda lebih sedap dimakan. Habbatus sauda ni pun boleh mengurangkan hangin dalam badan.

Kata Dr Rita lagi ada kajian yang mengatakan satu lg cara utk mengatasi alahan ni adalah dengan mengubah surrounding sebagai contoh balik kampung ke, pergi bercuti ke...Cara lain adalah elakkan apa-apa sahaja makanan yang boleh menyebabkan muntah, dan eksperimen makanan-makanan baru yang berkhasiat dan tidak menyebabkan muntah.

Pastikan perut tidak kosong, bangun pagi sebelum bangun dari katil, makan biskut dahulu dan minum air (tapi saya tak lalu nak makan kalau tak gosok gigi dulu). Makan dalam amaun sedikit ttp kerap adalah lebih baik, berbanding makan dalam jumlah yang besar.

Lastly byk kan berdoa agar ditabahkan hati menghadapi ujian. Setiap wanita yang hamil dari benih suaminya, dan dia redha dengan kehamilan itu dikurniakan Allah pahala seperti sentiasa dalam keadaan solat dan puasa. Insya Allah.. Semoga anak2 yang kita lahirkan akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh solehah kelak.

Kawan2 ku yang mengkandung..ku doakan anda2 semua. Moga ALLAH mudahkan apa saja yang korang hadapi.

Iklan :


DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
~Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
~menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
~menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
~kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik

MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.



Jus Delima organik Al-Rumman diperbuat daripada perahan delima organik yang terpilih dan bukan daripada pati seperti kebanyakkan produk lain yang terdapat dipasaran. Jus ini juga bebas daripada bahan pengawet, bahan tambahan, tambahan gula, penambahan air, tanpa pewarna, tanpa perisa dan tanpa penstabil. Pengguna hanya perlu mengikut sukatan yang disyorkan untuk melihat keberkesanannya. Harga yang
 ditawarkan oleh produk kami ternyata berbaloi jika dibandingkan dengan khasiat yang anda akan perolehi dari amalan meminum jus delima Al-Rumman.

FAQ :

Bagaimana cara penghasilan jus ini?
- Buah delima di basuh dan dikeringkan
- dimasukkan ke dalam satu bekas yang besar
- dilakukan mampatan sehingga keluar jus daripadanya
- melalui satu kali proses tapisan sahaja (menjawab kenapa ia sedikit berkeladak)
- perahan terus dimasukkan ke dalam botol
- jus dididihkan sehingga suhu 90 darjah celcius dan terus ditutup dengan penutup keselamatan
- dibiarkan selama 7 hari bagi memastikan penutup keselamatan tidak berada dalam keadaan timbul (selepas dibuka, penutup keselamatan ini akan timbul)

Kenapa jus ini tidak pahit berbanding dengan buah delima yang dikisar bersama kulit sangat pahit?
Pada kulit delima terdapat getah yang menyebabkan pahit. Sekiranya kita kisar kulitnya maka rasa pahit akan terhasil. Berbanding dengan kaedah mampatan, ia tidak akan menyebabkan banyak getah ini termasuk dalam jus. Walaubagaimanapun rasa kelat tidak dapat dielakkan sepenuhnya.

Kenapa perlu disejukkan selepas dibuka?
Jus inibukan dari pati, ia tidak mengandungi bahan tambahan, tiada pengawet, tiada penambahan air, tiada pewarna, perisa dan penstabil. Oleh itu ia akan berbuih sekiranya terdedah sama seperti jus buah lainnya

Adakah bahaya jika minum jus yang telah masam?
Tidak. Setakat ini, tiada yang melaporkan mereka berasa tidak selesa walaupun meminum jus yang telah masam. Walaubagaimanapun, rasanya adalah tidak menepati selera pastinya

Kenapa jus ini cair?
Cuba kita bandingkan perahan jus oren dari buah sebenar dengan kordial, ternyata jus oren biasa tidak sepekat kordial. Begitulah juga dengan jus delima.

Kenapa tidak dicampur dengan herba atau buahan lain?
Ini bagi menjamin mutu delima itu. Nabi kita juga tidak mencampurkan pelbagai jenis makanan sekali makan.

Harganya
utk 314 ML = RM 55 (SM)/ RM62 (SS)
utk 1 LITER = RM 140 (SM)/ RM160(SS)





Untuk keterangan lanjut sila klik link ini :
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.247354378718405.56594.136886449765199&type=1 

Untuk membeli boleh PM :
FB : https://www.facebook.com/sitisifir10
Page : https://www.facebook.com/SaleatSitisifir
Tel/Whatsapp : 0199515058
Email : sitisifir10@yahoo.com

Tuesday, February 03, 2009

Melayu di Kedai Cina & Cina di Kedai Melayu


Bismillah,

Saya sebenarnya mengalami penurunan mood untuk menulis atas alasan standard 'bz body' ahaks... Mungkin hidup saya yang boleh dikatakan 'flat' - yang bermaksud tidak bermasalah dan tidak pula terlampau gumbira maka rasanya tidak ada yang ingin saya tulis. Memang terkadang selepas saja satu2 peristiwa berlaku, terus dalam kepala saya terlintas satu tajuk untuk saya tulis tapi 'alasan standard' saya tadi terus membatasi :).

Alkisah hari ini seelok sahaja saya buka kedai (yang dah nampak mcm nurseri sebab Arwa dgn Asmaa' sentiasa berada dengan saya), selonggok cermin mata menanti untuk di edging (dipotong mengikut bentuk frame). Selepas satu frame saya potong, tiba2 3-4 keluarga masuk hampir serentak.

Seusai kami selesai semua yang ada tu, tiba2 dua orang Cina masuk. Dia bagitau dia nak cek mata dan macam biasa rutin kami ambil kuasa mata dia dari autoref. Yang ni biasa orang kata cek mata dengan komputer. Sebenarnya ketepatan cek mata dengan komputer ni hanya sekitar 60-80% sahaja. Tapi sebab minda kita nidok rasa komputer ni canggih compare to manusia, maka kita menganggap komputer ni canggih la kunun kan. Walhal yang reka komputer tu pun orang lah jugak.

Selepas tu, staff2 saya pun pas customer ni pada saya untuk cek mata secara manual. Tiba2 dua orang Cina ini telefon antara satu sama lain. Seorang dalam bilik cek mata, seorang lagi di luar bilik cek mata. Saya dah mula agak yang diorang ni wrong number..ahaks. Dia rupanya berhajat untuk masuk ke kedai cermin mata milik bangsa mereka selang dua pintu dari kedai saya.

Selepas naluri saya berkata begitu, saya pun terfikir ada baiknya saya let go je customer ni tambahan pula dia pun dah terbuka mulut bgtau saya, "Saya mau cek saja dulu aaa..lain kali saya mai datang buat." Saya balas balik yang saya tak kisah sebab kami pun tak pernah cas apa2 untuk pemeriksaan manual compare to kedai2 lain di Parit Buntar ni.

Setelah berkali2 suami dia kot telefon dia kat dalam bilik, dia pun tanya, "Ini kedai Melayu ka?" Saya pun terus jawab. "A'ah..memang dari tadi I rasa U dah salah masuk. Kedai yang U nak masuk tu buka dalam pukul 11 pagi. Lepas dari raya Cina haritu ini hari first diorang buka sebab tu kot diorang lambat sikit."

Then saya tambah, "Kalau U nak beli kat situ I tak kisahlah. Mesti U tak selesa I cek mata kan?" Dia pun kata, "Aiiyya..sori aa saya sudah salah masuk (mata dia power -10.00 dengan astig dalam -3.00). Sekarang saya sudah malu nak keluar". Saya kata takdehal dan dia pun saya biarkan keluar.

Ini adalah kali kedua terjadi bila Cina wrong number masuk kedai kami. Pertama kali berlaku dah lama jugak. Masa tu saya pun takde dan staff saya yang jaga. Ada sekeluarga yang naik van ke apa turun beramai2 dari van terus masuk ke dalam kedai. Bila masuk dalam kedai (kesemua mereka) barulah mereka perasan muka Melayu kami, terus je keluar dan naik van diorang terus. Ahaks...Ini kalau mereka masuk kedai kita lah kan.

Bukan saya tak pernah ada customer Cina. Ada seorang dua lah jugak. Dan saya juga ada pelanggan tetap contact lens Cina yang baik juga dengan kami sampai bawak mak dia dan kengkawan dia untuk cuba contact lens. Tapi kesimpulan yang saya boleh buat tentang mereka:
- Harga nak minimum. Memang bila Cina datang masuk kedai kami, tak pernah tak sembelih harga. Sampai saya rasa serabut pulak nak menawar2. Sudahla selalunya saya memang bagi harga yang murah, dia sembelih pulak lagi.
- Servis nak cepat. Walaupun terkocoh kacah dengan customer lain, dia nak suruh kita buat yang dia punyalah dulu macam dia bayar mahal sangat masa beli tu.
- Minta barang free mcm lens spraylah, kain lah, bekas extra lah. He he...

OK, skang saya nak cerita pengalaman saya masuk usya (apakah aku salah mengeja?) kedai orang. Seelok2 saya masuk satu kedai spek ni sekadar untuk menjenguk produk apa dia ada dan harga2 mereka, saya dihujani dengan mcm2 soalan. Sehingga akhirnya, kalaulah saya tak ada kedai spek sendiri memang boleh kata saya akan buatlah spek kat diorang.

Bila saya buat perbandingan harga dengan customer2 saya pulak, saya perati jenis cermin (terutamanya multifokal - cermin jauh dengan dekat) yang mereka gunakan sedia ada, harga yang mereka bayar itu bukanlah dikategorikan sebagai murah. Bukan pula nak membandingkan tetapi kalau jenis cermin yang sama dan bezanya satu ada antisilau (multicoated) dan satu lagi uncoat harganya pasti jauh berbesa.

Saya boleh tawarkan cermin yang ada antisilau dengan harga yang sama yang mereka beli tanpa ada antisilau. Tapi itu mungkin harga 2-3 tahun lalu lah. Tapi harga lens tidak turun dan kalau naik pun tak banyak. Kebanyakan customer kami juga tidak didedahkan cermin yang mereka ambil ada antisilau ataupun tidak. Apatah pula jenama cermin yang mereka ambil juga mereka tak tahu.

Ada juga customer yang tidak selesa pakai tapi bila diadukan pada tuan kedai terdahulu, sama ada mereka enggan menggantikannya ataupun customer terpaksa bayar pula untuk membeli jenis cermin yang lain. Sebagai contohnya, customer tak selesa menggunakan multifokal (jauh dekat), kemudian berhajat nak buat spek untuk penglihatan dekat sahaja. Jika ingin menukar cermin seperti ini, mereka akan di cas dengan harga cermin baru.

Berbeza pulak yang datang ke kedai orang Islam, mungkin kerana percaya bahawa kita telah mengambil duit orang, maka kita bertanggungjawab atas keselesaan mereka. Biasanya saya akan menggantikan cermin mereka dengan percuma. Sehingga mereka selesa memakainya. Saya paling gembira bila bertembung dengan customer saya yang memakai bingkai yang dibeli dari kami.

Ada customer saya kata, dia rela beli kat orang Islam lagi. Sebab walaupun mahal, tapi orang Islam bayar zakat. Saya akui saya agak terkilan jika terpandang orang Melayu ada dalam kedai orang Cina tapi saya juga percaya itu bukan rezeki saya. Alhamdulillah, semakin hari semakin baik sambutan yang penduduk sini berikan kepada kami.

Kepada sahabat2 yang mengikuti suka duka kehidupan saya akhir2 ini, dari kisah saya berhutang hinggalah suami saya terpaksa mencari rezeki di rumah ibunya. Sekarang ingin saya khabarkan, kehidupan saya sudah kembali selesa. Meskipun hutang2 itu masih bertepek, tapi alhamdulillah ntah dari mana kekuatan itu datang dan perasaan serabut itu kian pergi.

Saya sudah mengatur sebaik2nya jadual membayar hutang2 saya dan yang paling menggembirakan saya suami dan anak2 teruna saya akan kembali menceriakan kehidupan saya. Kami akan kembali makan bersama2 dan saya berazam sekali lagi untuk cuba masak sendiri untuk keluarga saya.

Saya bukan dalam level senang tapi sekarang saya tenang. Ketenangan ni adalah yang paling susah untuk saya dapati. Tapi berkat doa kalian, berkat kasih sayang suami & anak2, keluarga saya & keluarga suami saya..kehidupan saya semakin mudah. Terasa bebasnya bila ikatan2 hutang yang mengelilingi saya tempohari sudah semakin longgar.

OK lah. Mungkin ada yang kata saya kerek kan tapi cubalah fahami perasaan saya selepas anda meletakkan diri anda di tempat saya. Saya tetap percaya pada rezeki yang ALLAH tetapkan untuk kami. Semoga anak2 saya membesar dalam kecukupan sehingga tidak sampai terpaksa kami meminta dari yang lain melainkan ALLAH...doakanlah.