Tuesday, February 14, 2012

Menyembunyikan Kegembiraan Bukan Tidak Mahu Berkongsi

Bismillah,

Pernah tak situasi ini terjadi kepada kalian?

Korang dapat durian runtuh. Korang rasa seronok lalu korang pun update Facebook. "Alhamdulillah........ Syukur kepada Ilahi atas rezeki yang diberi", atau "Wah, teloq itik kami hari ni 185 bijik! Alhamdulillah!!". Tiba2, keesokan harinya keadaan sebaliknya berlaku. Tiba2 tiada jualan dicatatkan. Hujan pula turun lebat selebat2nya sehingga itik tidak bertelur. 

Saya doa semoga kalian tidak ditimpa kejadian seperti di atas. Tapi saya mahu juga bercerita sedikit tentang kejadian seperti di atas. Ia benar-benar berlaku sehingga saya telah terfikir satu dari hikmahnya, iaitu ada baiknya sembunyikan sahaja kegembiraan itu kerana tidak semua kegembiraan turut membuatkan orang lain gembira bersama kita dan barangkali timbul pula dengki di hati mereka, nauzubillah.

Saya pernah beberapa kali terlalu teruja dengan sale di kedai. Pernah juga sangat gembira dengan hasil kebun ternakan yang banyak. Saya selalu mahu kongsikannya di Facebook. Konon2 tiada niat nak menunjuk2 tetapi sekadar nak bgtau yang kita gembira.Kadang2 tu pula bila ada yang telefon atau tegur dan bertanya, saya pun jawab jujur tentang rezeki itu. Tidak lama selepas itu, keadaan sebaliknya berlaku.

Jadi dari situ, saya membuat kesimpulan sendiri bahawa tidak semua rezeki yang didapati itu boleh diberitahu. Bila orang tanya, "Macam mana sale?" saya jawab mudah, "Alhamdulillah, adelah dari tak ada..". Bila ada yang bertanya "Berapa telur arini?" pun jawab "Bolehlah..". Kecuali pada keluarga yang terdekat sangat barulah diceritakan.

Begitulah teguran ALLAH. ALLAH tidak mahu hambaNya menunjuk-nunjuk. Juga tidak mahu menimbulkan dengki pada orang lain. Ini antara natijah yang saya dapat hasil dari diuji beberapa ketika sebelum ini. Ternyata, selepas itu, kasih sayang ALLAH sangatlah luas. Ia tidak datang dalam bentuk yang kita jangka.

Semoga ALLAH pelihara hati2 kita ini dari sifat2 mazmumah yang tercela. Amin.....



PTSB1107 Sebarkan Cinta-Mu (Novel)
Fatimah Syarha

RM31.00  

12 comments:

  1. insyaAllah... ^_^ tak smua bnda perlu dikongsi kepada umum.... ^_^

    ReplyDelete
  2. jarang2 dah kongis benda dgn umum.
    sakit ke suke ker
    diam2 saje
    dah nak sembuh
    bru citer

    ReplyDelete
  3. tapi kalau perkahwinan sunat dihebahkan :) wallahualam :)

    ReplyDelete
  4. erm peringatan utnuk diri yatie jugak ni. thanks kak pija berkongsi pengalaman :)

    ReplyDelete
  5. setuju dengan pija.. risau org yg membaca atau mendengar mengatakan kita riak apatah lagi boleh menimbulkan iri hati n degki nauzubillah.... eden pun selalu mendiamkan setiap perkara sedih mahupun gembira.. (time gembira takut ada yg iri hati.. time sedih takut bertambah sedih sbb mungkin juga ada yg bersorak riang) wallahualam.. only my 20cents giteww

    ReplyDelete
  6. ermmm. sesuatu yg patut difikirkan. Mmg biasanya Knur pun tak de niat nak menunujuk2 tapi mungkin kdg2 ada terselit perasaan tu secara takk sengaja.

    ReplyDelete
  7. Setuju dgn entry ni... kdg2 kegembiraan kita scara tidak sedar blh melukakan hati pihak lain... sebaik2nya klu rs nk tulis jugak utk catatan/kenangan peribadi...baik privatekan blog... tp sy pun tak terlepas dr menceritakan kegembiraan dlm blog...trutama ttg anak... harap2 xdelah yg berkecil hati... wallahualam...

    ReplyDelete
  8. yer betul.. kakyong pun kdg2 riso juga jika terlebih meng'hebah'..
    walhal kita x selalu rasa gembira dgn lebih rezeki yg Allah beri...

    tp masa kita berada dlm status 'kurang gembira @ mungkin sebab kehidupan pun sedikit perit'.. memang kdg2 'terasa' juga di hati.. bila org dok bercerita hal2 yg kita tak mampu nak miliki.. cthnya beli brg kemas bling2.. beli gadget yg rege ribu2.. tiap2 bulan dok cerita pasal beli baju/tudung bagai.. huhhhuu..

    ReplyDelete
  9. setuju dgn pendapat pija..kdg2 kita takde niat, tp bila kita share berita gembira mesti akan ada puji2an yg kdg2 tak byk sikit pun akan timbul riak..baik diam2 jer kan...saya kdg2 sbb xcited sngt share la jugak cuma lebih berhati2..harapnya takde yg terasa ati/ tak happy..huhu

    ReplyDelete
  10. dlm salah satu kelas dgn datuk dr fatma az zahra dia ada cerita pasal ni, kalau x slh namanya hasad mata (sy x berapa ingt term yg betul sbb dh lama) dan dia ada ajar ayat yg elok di baca utk elakkan benda2 macam ni. dia kata org melayu kebanyakkannya x percaya tp org arab mmg percaya perkara mcm ni.

    ReplyDelete
  11. Betullah pija...thanks for sharing. sometime kita tak sedar mula-mula nak berkongsi tapi mungkin timbulkan riak. Kena fikir dulu perlu tak kita nak tulis itu or ini. then bila baca balik apa yg kita tulis yang ngarut2 tu macam poyo jer...hehe

    ReplyDelete
  12. TERIMA KASIH KERANA MENGINGATKAN...
    KADANG2 KITA TAK SEDAR KEGEMBIRAAN KITA AKAN MEMBUTAKAN ORANG LAIN DENGKI KAN...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!