Friday, February 10, 2012

Keibubapaan Tanpa Hukuman dan Ganjaran

Bismillah,

Saya mula menyemak semula email saya yang dah mencecah belasan ribu. Itu baru dalam Yahoo, belum lagi Gmail. Kalau bagi cikgu Matematik kira mau jumlahnya bila dibundarkan ke rumah puluh ribu yang terdekat adalah 30,000. Sayang nak delete tau kenapa? Sebab saya rasa semuanya berisi. A'ah mmg sangat banyak trash dalamnya dan ada spam juga tapi saya akan slow-slow buka dan tengok yang mana berguna dan yang mana tidak.

OK! Tajuk di atas. Sekarang masanya saya mesti muhasabah diri semula. Beberapa minggu lalu saya mungkin ada masalah dan masalah itu membuatkan saya letih untuk marah-marah. Tapi marah-marah saya bukan hilang sepenuhnya pun, ia mungkin berkurang sebanyak 1 dari 5 bahagian marah yang mana satu bahagian mungkin mewakili angka 4 atau 5. Err..ni nk cakap pasal parentingkah atau matematik?

Berbalik kepada saya letih untuk marah. Maka terfikirlah saya adakah ALLAH memberi saya ujian ini untuk mengurangkan kemarahan saya kepada anak-anak? Barangkali itu menjadi salah satu sebab kenapa saya diberi ujian. ALLAH menjadikan saya dapat melihat, apabila saya berusaha keras untuk mengurangkan marah, simpati anak-anak kepada saya menjadi lebih tinggi dan mereka menjadi disiplin dengan sendirinya.

Cuba tengok video ni (if it is still available) :



Kalau kat Malaysia ni payahlah sikit kot nak jumpa cerita-cerita atau dokumentari yang macam ni. Yang ada banyak tunjuk aktiviti remaja, cari artis mi segera, fesyen, hiburan dan lain-lain tapi bila saya korek Youtube tentang parenting, masya ALLAH banyaknya ilmu yang sebenarnya berasal dari akhlak Nabi tapi kita kata teori tu semua dari orang kafir.

Oh..sebenarnya tidak susah mana nak disiplinkan anak-anak. Tidak perlu hukuman dan tidak perlu rasa bersalah pula kerana tidak memberi ganjaran. Kita akan menjadi susah untuk tahu cara bercakap dengan betul jika kita tak tengok contoh. Oleh itu, cubalah untuk buka Youtube dan carilah di sana sini cara macam mana seorang ibubapa patut bercakap dengan anaknya.

Jangan salah faham pulak ye. Youtube orang Malaysia pun ada banyak juga macam yang korang boleh tengok ada pada Farah Sarakids, Watie GBOB dll. Kena rajin cari dan tengok. Selepas banyak kita tengok contoh-contoh mereka ni kita akan rasa, "Lah... senang je rupanya!". Memang! Sebenarnya sangat senang berbaik-baik dengan anak.

Jika kalian mahu tips lebih bagaimana nak bercakap dengan anak-anak, boleh dapatkannya di link ini. Tapi bagi saya ia subjektif. Belum tentu kita dapat apply semua tips itu kerana apa yang lebih kita perlukan adalah common sense sahaja. Tapi sementara common sense tu nak sampai, kadang-kadang tu memang sempat meleleh air otak (bak kata Qay) jugaklah. Semoga setiap dari kita dikurniakan kesabaran dalam mendidik generasi soleh solehah kelak.




TBBK1211 Marah Tapi sayang
Hilmi Isa

RM20.00  



MRBK1005 Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik
Razali Saaran

RM19.90  


PTSB1055 Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam
Mazidah Muhammad

RM15.00  


PTSB1097 Mendidik Anak Lelaki
Adnan Hasan Salleh

RM30.00  


PTSB1017 - Mendidik Anak Perempuan
Abdul Mun'im Ibrahim

RM18.50  



TBBK1011 - Menangani Anak Bermasalah
Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

RM19.90  

TBBK1030 - Anakku Hebat Anakku Soleh (Kulit Keras)
Haji Zahazan Mohamed

RM39.90  

TBBK1043 - Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif
Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

RM19.90  

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!