Tuesday, February 03, 2009

Melayu di Kedai Cina & Cina di Kedai Melayu


Bismillah,

Saya sebenarnya mengalami penurunan mood untuk menulis atas alasan standard 'bz body' ahaks... Mungkin hidup saya yang boleh dikatakan 'flat' - yang bermaksud tidak bermasalah dan tidak pula terlampau gumbira maka rasanya tidak ada yang ingin saya tulis. Memang terkadang selepas saja satu2 peristiwa berlaku, terus dalam kepala saya terlintas satu tajuk untuk saya tulis tapi 'alasan standard' saya tadi terus membatasi :).

Alkisah hari ini seelok sahaja saya buka kedai (yang dah nampak mcm nurseri sebab Arwa dgn Asmaa' sentiasa berada dengan saya), selonggok cermin mata menanti untuk di edging (dipotong mengikut bentuk frame). Selepas satu frame saya potong, tiba2 3-4 keluarga masuk hampir serentak.

Seusai kami selesai semua yang ada tu, tiba2 dua orang Cina masuk. Dia bagitau dia nak cek mata dan macam biasa rutin kami ambil kuasa mata dia dari autoref. Yang ni biasa orang kata cek mata dengan komputer. Sebenarnya ketepatan cek mata dengan komputer ni hanya sekitar 60-80% sahaja. Tapi sebab minda kita nidok rasa komputer ni canggih compare to manusia, maka kita menganggap komputer ni canggih la kunun kan. Walhal yang reka komputer tu pun orang lah jugak.

Selepas tu, staff2 saya pun pas customer ni pada saya untuk cek mata secara manual. Tiba2 dua orang Cina ini telefon antara satu sama lain. Seorang dalam bilik cek mata, seorang lagi di luar bilik cek mata. Saya dah mula agak yang diorang ni wrong number..ahaks. Dia rupanya berhajat untuk masuk ke kedai cermin mata milik bangsa mereka selang dua pintu dari kedai saya.

Selepas naluri saya berkata begitu, saya pun terfikir ada baiknya saya let go je customer ni tambahan pula dia pun dah terbuka mulut bgtau saya, "Saya mau cek saja dulu aaa..lain kali saya mai datang buat." Saya balas balik yang saya tak kisah sebab kami pun tak pernah cas apa2 untuk pemeriksaan manual compare to kedai2 lain di Parit Buntar ni.

Setelah berkali2 suami dia kot telefon dia kat dalam bilik, dia pun tanya, "Ini kedai Melayu ka?" Saya pun terus jawab. "A'ah..memang dari tadi I rasa U dah salah masuk. Kedai yang U nak masuk tu buka dalam pukul 11 pagi. Lepas dari raya Cina haritu ini hari first diorang buka sebab tu kot diorang lambat sikit."

Then saya tambah, "Kalau U nak beli kat situ I tak kisahlah. Mesti U tak selesa I cek mata kan?" Dia pun kata, "Aiiyya..sori aa saya sudah salah masuk (mata dia power -10.00 dengan astig dalam -3.00). Sekarang saya sudah malu nak keluar". Saya kata takdehal dan dia pun saya biarkan keluar.

Ini adalah kali kedua terjadi bila Cina wrong number masuk kedai kami. Pertama kali berlaku dah lama jugak. Masa tu saya pun takde dan staff saya yang jaga. Ada sekeluarga yang naik van ke apa turun beramai2 dari van terus masuk ke dalam kedai. Bila masuk dalam kedai (kesemua mereka) barulah mereka perasan muka Melayu kami, terus je keluar dan naik van diorang terus. Ahaks...Ini kalau mereka masuk kedai kita lah kan.

Bukan saya tak pernah ada customer Cina. Ada seorang dua lah jugak. Dan saya juga ada pelanggan tetap contact lens Cina yang baik juga dengan kami sampai bawak mak dia dan kengkawan dia untuk cuba contact lens. Tapi kesimpulan yang saya boleh buat tentang mereka:
- Harga nak minimum. Memang bila Cina datang masuk kedai kami, tak pernah tak sembelih harga. Sampai saya rasa serabut pulak nak menawar2. Sudahla selalunya saya memang bagi harga yang murah, dia sembelih pulak lagi.
- Servis nak cepat. Walaupun terkocoh kacah dengan customer lain, dia nak suruh kita buat yang dia punyalah dulu macam dia bayar mahal sangat masa beli tu.
- Minta barang free mcm lens spraylah, kain lah, bekas extra lah. He he...

OK, skang saya nak cerita pengalaman saya masuk usya (apakah aku salah mengeja?) kedai orang. Seelok2 saya masuk satu kedai spek ni sekadar untuk menjenguk produk apa dia ada dan harga2 mereka, saya dihujani dengan mcm2 soalan. Sehingga akhirnya, kalaulah saya tak ada kedai spek sendiri memang boleh kata saya akan buatlah spek kat diorang.

Bila saya buat perbandingan harga dengan customer2 saya pulak, saya perati jenis cermin (terutamanya multifokal - cermin jauh dengan dekat) yang mereka gunakan sedia ada, harga yang mereka bayar itu bukanlah dikategorikan sebagai murah. Bukan pula nak membandingkan tetapi kalau jenis cermin yang sama dan bezanya satu ada antisilau (multicoated) dan satu lagi uncoat harganya pasti jauh berbesa.

Saya boleh tawarkan cermin yang ada antisilau dengan harga yang sama yang mereka beli tanpa ada antisilau. Tapi itu mungkin harga 2-3 tahun lalu lah. Tapi harga lens tidak turun dan kalau naik pun tak banyak. Kebanyakan customer kami juga tidak didedahkan cermin yang mereka ambil ada antisilau ataupun tidak. Apatah pula jenama cermin yang mereka ambil juga mereka tak tahu.

Ada juga customer yang tidak selesa pakai tapi bila diadukan pada tuan kedai terdahulu, sama ada mereka enggan menggantikannya ataupun customer terpaksa bayar pula untuk membeli jenis cermin yang lain. Sebagai contohnya, customer tak selesa menggunakan multifokal (jauh dekat), kemudian berhajat nak buat spek untuk penglihatan dekat sahaja. Jika ingin menukar cermin seperti ini, mereka akan di cas dengan harga cermin baru.

Berbeza pulak yang datang ke kedai orang Islam, mungkin kerana percaya bahawa kita telah mengambil duit orang, maka kita bertanggungjawab atas keselesaan mereka. Biasanya saya akan menggantikan cermin mereka dengan percuma. Sehingga mereka selesa memakainya. Saya paling gembira bila bertembung dengan customer saya yang memakai bingkai yang dibeli dari kami.

Ada customer saya kata, dia rela beli kat orang Islam lagi. Sebab walaupun mahal, tapi orang Islam bayar zakat. Saya akui saya agak terkilan jika terpandang orang Melayu ada dalam kedai orang Cina tapi saya juga percaya itu bukan rezeki saya. Alhamdulillah, semakin hari semakin baik sambutan yang penduduk sini berikan kepada kami.

Kepada sahabat2 yang mengikuti suka duka kehidupan saya akhir2 ini, dari kisah saya berhutang hinggalah suami saya terpaksa mencari rezeki di rumah ibunya. Sekarang ingin saya khabarkan, kehidupan saya sudah kembali selesa. Meskipun hutang2 itu masih bertepek, tapi alhamdulillah ntah dari mana kekuatan itu datang dan perasaan serabut itu kian pergi.

Saya sudah mengatur sebaik2nya jadual membayar hutang2 saya dan yang paling menggembirakan saya suami dan anak2 teruna saya akan kembali menceriakan kehidupan saya. Kami akan kembali makan bersama2 dan saya berazam sekali lagi untuk cuba masak sendiri untuk keluarga saya.

Saya bukan dalam level senang tapi sekarang saya tenang. Ketenangan ni adalah yang paling susah untuk saya dapati. Tapi berkat doa kalian, berkat kasih sayang suami & anak2, keluarga saya & keluarga suami saya..kehidupan saya semakin mudah. Terasa bebasnya bila ikatan2 hutang yang mengelilingi saya tempohari sudah semakin longgar.

OK lah. Mungkin ada yang kata saya kerek kan tapi cubalah fahami perasaan saya selepas anda meletakkan diri anda di tempat saya. Saya tetap percaya pada rezeki yang ALLAH tetapkan untuk kami. Semoga anak2 saya membesar dalam kecukupan sehingga tidak sampai terpaksa kami meminta dari yang lain melainkan ALLAH...doakanlah.
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!