Showing posts with label Blog Walking. Show all posts
Showing posts with label Blog Walking. Show all posts

Saturday, July 09, 2011

Jumpa Pu3zdini di Greenwood

Bismillah,

Selain dari jumpa Ayu semasa saya pergi KL aritu, saya juga jumpa dengan Pu3zdini juga. Di kedai makan yang sama dengan saya jumpa Ayu itu, saya jumpa Pu3zdini pulak. Tapi sebelah malam. Masa tu saya memang pergi ke Greenwood untuk ziarah 'ibu' saya yang mana saya setempat kerja dengan dia semasa di Gombak dulu.

Bila ke Greenwood, saya singgah ke kedai makan Mak Ngah sebab kat situlah saya boleh perabis bihun tomyam sampai habis tanpa berasap telinga hidung semua. Tomyam dia masam tapi idaklah pedas, sesuaile dengan saya yang takleh nak perabis masakan pedas walaupun saya suka. Jadi, malam tu saya order 2 bungkus dan sementara tunggu kami hanya minum Milo Ais dua.

Mcm Ayu juga, jumpa Ibu Dini ni macam dah kenal lama. Macik Dini ni plak, asal nk tangkap gambo dia buat peace! Bagus! Senang nak tangkap gambar. Bukan macam Arwa yang tak cukup sporting tanak tangkap gambar plak malam tu.



Oh ye... Ibu Dini ni ada buat bisnes sikit. Dia jual cheese tart 1 box @ 30/rm20 exclude postage. Sesiapa yang berminat utk buat as hantaran, souvenir or makan2 bleh laa pm dia di fesbuk dia atau di blog dia ni. TQ 

Semoga ukhuwwah berkekalan hendaknya :))

 

Friday, July 01, 2011

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Bismillah,
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.

Umi's Cup Cake ajak saya masuk ini :



Dengan harapan blog yang masuk akan dapat menambah 100 follower... saya dah 8 tahun blogging dan saya mengumpul follower tanpa suruh sapa2 follow... kali ini saya saja nak try pulak

Kalau nak join klik banner dehs! Terhad pada 200 blogger!

Monday, January 18, 2010

E-Magazine Percuma Untuk Anda

Bismillah,

Wah2 bukan main laju lagi ye...teruja dengan perkataan percuma di tajuk saya. Tapi ini bukan melawak2 duhai rakan2 daku. Sebelum tu saya nak tanya, kalian dah tepekkah badge di bawah di blog kalian??

Photobucket

Belum kah? Kalau belum kenapakah? Sebabnya begini, kita bukan aje patut letakkan badge itu di sana untuk mudah akses ke sana dari blog kesayangan masing2 tetapi...kita patut bantunya menambah keahlian dan pengunjung.

help me to grow

Tahukah kalian, kenapa kita perlu bantu 1superkids menjadi satu tempat kita berkumpul? Ini adalah kerana secara hakikatnya, 1superkids akan membantu kita menjadikan anak2 kita SUPERKIDS sebenar. Jadi, rasanya 1Superkids yang membantu kita bukan (hanya jika kita membacanya)??

Di bawah ini adalah senarai nama kolumnis di 1Superkids :


Kecuali yang diwarnakan merah itu, semuanya ada umphhh belaka bukan?? Tengok kepada topik yang mereka bawa itu, bukan sikit2 perkaralah yang boleh kita dapati dari 1Superkids ini. Tidak cukup dengan itu, anda boleh pula menyumbang artikel di sana. Jangan ingat anda tidak dapat manfaat dengan menumbang artikel okeh...selain pahala yang tidak ternilai dalam berkongsi ilmu, faedah2 lain boleh anda dapati di link ini.

So, tunggu apa lagi beb. Sign Up di sini dan sama2 kita berkongsi kebaikannya. Ehh...saya janji E-Magazine percuma ya?? Okeh..sekarang anda boleh dapatkannya di sini!!!

Friday, January 15, 2010

I Am A Malaysian CD Mom!!!

Bismillah,

Saya mendapat satu email dari Farhana.

Warmest Greetings !

Hi, I'm Farhana from Cloth Diaper Malaysia. I have added you on the Malaysian CD Moms list here:

http://clothdiapermalaysia.com/malaysian-cd-moms/ :)

...simply because you are passionate and blog about CLOTH DIAPERS. Cloth Diaper Malaysia is a Malaysian based Cloth Diapers site, and one of the things we have is a listing of Malaysian cloth diaper mums (apart from other cool info about CDs), and you're one of them :)

Wow!! Sangatlah excitednya bila melihat nama blog kecintaan saya ini telah tersenarai di sana. Setakat ini telah ada 31 link tersenarai di sana. Sekarang saya boleh letakkan button 'We Love Cloth Diapers' di sidebar saya!! Jumpa di sana ya!!






Sunday, December 20, 2009

Kakyong Telah Kembali Bersiaran


Bismillah,

Saya sangat terkejut semalam bila mendapat komen dari kakyong pada salah satu entry saya. Ia menandakan dia telah kembali bersiaran dan persoalannya sekarang adalah dari laptop manakah dia bersiaran? (kakyong..sila baca entry ini sebagai pihak ketiga..huhu) Setelah bertanya tadi, kakyong bgtau saya dia telah repair lappynya tapi kos membaiki adalah lebih kurang RM 900++.

Untuk pengetahuan kakyong, saya telah berkomplot dengan blogger2 lain dan terhasillah cerita2 di dalam entry di bawah (sila baca ikut turutan) :
Kakyong,
Kami lakukan ini dengan niat hendak membantu meringankan beban yang kakyong (sahabat kesayangan kami) tanggung. Sekarang, saya akan pindahkan apa saja yang mereka berikan kepada saya dengan kadar segera. Kami berharap kakyong dapat terima ini sebagai tanda kasih kami pada kakyong. Ada yang memberi sumbangan, ramai lagi yang memberi doa.

Sahabat2 yang terlibat,
Saya akui saya lewat dalam mengatur hal ini. Mungkin jika saya tidak diasak telefon rosak (untuk menghubungi tuan laptop) dan kereta rosak (untuk sampai ke rumah kakyong) mungkin hal ini dapat saya aturkan dengan kadar segera. Saya juga difahamkan tuan laptop dilanda kesibukan sehingga dia tidak dapat menghubungi saya juga. Tapi jangan bimbang, duit masih ada di dalam akaun saya.

Saya berkira2 mahu menyampaikan sendiri laptop ke tangan kakyong sendiri lalu saya beri lebih ruang kepada tuan laptop sementara kereta saya juga dapat dibaiki. Tapi perancangan ALLAH nyata lebih sempurna dari perancangan saya. Saya memohon berjuta kemaafan atas kedhaifan saya dalam melaksanakan projek ini. Tapi jika kalian masih lagi rasa saya melakukan kesilapan, saya pohon ampunkanlah.

Langkah seterusnya :
  • Setelah kakyong baca semua ini, saya minta kakyong tinggalkan mesej dalam kotak komen ini.
  • Saya akan emailkan semua email dari penyumbang dan email maybank2u yang saya terima.
  • Saya akan emailkan semua no yang menghantar mesej ke telefon saya
  • Duit akan segera saya pindahkan kepada kakyong bagi menggantikan duit yang kakyong gunakan untuk membaiki lappy nya
Kakyong, setelah menerima sumbangan dari penyumbang pertama, saya menangis. Apa perasaan kakyong agaknya ya?? Maafkan saya sebab buat semua ni tanpa pengetahuan kakyong sedangkan saya ada mesej kakyong masa spek kakyong patah tu...

Friday, December 18, 2009

Perkhabaran Laptop Kakyong


Bismillah,

Duhai kawan2 yang berkenaan :) Saya menerima banyak soalan dari kawan2 yang rindukan k.Yong. Saya minta maaf dalam minggu lepas saya tidak dapat nak jawab sbb malu nak tunjuk belang yang saya ini menantu yang kuat blogging. Jadi saya rasa ini perlu dijawab dengan membuat satu entry.

Laptop itu sedang dalam urusan penghantaran. Saya sendiri tidak dapat menghubungi Lyna sbb telefon rosak. Kalau setakat kena block, saya masih ada no prepaid untuk bersoal jawab. Malah enpon suami saya juga kena block..hihi...jgn risau, kami masih cukup makan dan ini sekadar memberi keutamaan kepada hal2 yang penting.

Atas sebab itulah saya tidak dapat menghubungi dan dihubungi. Tapi jika anda masih ingin bersembang dengan saya tentang hal ini, boleh contact di no 057164966 atau YM : sitisifir10. Cuma bila guna no itu, akan selalu ada background sound kanak2 ini...hihihi...kalau enpon boleh lari ke dapur kalau nak dengar suara lebih jelas.

Kenapa saya tidak dapat buat mini gathering?
Jika ada yang nak arrange, bgtau saya. Saya sendiri tidak sempat hendak mengaturkannya dan saya rasa mungkin akan jadi terlalu lewat jika saya yang aturkan sebab yang penting sekarang adalah kita dapat serahkan lappy itu kepada kakyong secepat mungkin. Tambahan pula kereta kami rosak dan saya rasa sukar hendak bergerak luar dari P.Buntar. Nak suruh kakyong ke sini adalah tidak gamak, tempohari dia datang rumah saya dengan meminjam kereta orang lain.

Bila sahaja kakyong boleh mula bersiaran akan saya beritahu dengan kadar segera. Saya juga harap hal ini dapat diselesaikan sesegera mungkin.

Tuesday, December 15, 2009

Terima Kunjungan K.Nieza Mom's Choice




Bismillah,

Mom's Choice Community Forum

Ye...K.Nieza teringat kat saya semasa lalu di depan kedai saya dan dia singgah. Kebetulan saya ada di bawah dan saya tengok mukanya, saya teringat cikgu BM saya di Taayah dulu. Sebenarnya saya eksaited sbb dia singgah dan kebetulan kawan saya Mima ada bersama dengan seorang customer. Tapipun tidak lama dia singgah...cuma cukup untuk saya kenal wajah manisnya yang sll saya tengok di FB dia.

K.Nieza adalah seorang kaunselor laktasi. Maka dengan itu, kepada orang di zon Perak, kita ada kaunselor berdekatan kita. K.Nieza beroperasi dari Taiping. Sila addkan link blog Mom'sChoice.com ini dan anda akan segera mendapatkan update tentang poduk dan informasi laktasi. Forum Mom'sChoice.com juga membolehkan kita berbincang sesama sendiri berkenaan dengan penyusuan susu ibu.

Saya sebenarnya terkilan aritu tak join contest Penyusuan Susu Ibu k.Nieza, mintak2 lepas ni k.Nieza buat lagi...hehehe... Seblom balik, k.Nieza ada pesan, "Kali ni biar breastfeed eksklusif ya?!" Insya ALLAH saya mahu pergi sehingga 2 tahun kali ini. Doakan yeee.... bagi yang mencari2 produk laktasi sila jengah http://www.momschoice.com.my/.

*Datang lagi ye K.Nieza, mintak2 masa k.Nieza datang nnt saya tidak pakai baju dari zaman matrik macam yang saya pakai tadi...huhuhu...segannye!!!

Monday, December 07, 2009

I Am One Of The 9 MBP Contributors



Bismillah,

To be honest, when I wake up in the morning I feel like I have to send an email to Ros MBP and tell her that I am not good enough to be a contibutor to MBP. Did I try to surender before losing it? Actually I am not good enough to write in English. Even in Malay, I don't have the enough power rangers to attract others. In other words, I am still a small name in blogging. Huhu...

But when I opened my email just now, I received this email from Ros :



Hi UmmiKhayra, Christine, UstazCahaya, sitisifir10, alohamolly, catlina, syigim, Lyna, i_sofia
You have been selected as an MBP Contributor. Congrats and welcome aboard!
Your member's status has been upgraded from Subscriber to Contributor which means you can start contributing your articles already.

Can U guess how I feel...it is really a feeling like 'aku nak pengsan dan-dan tu jugak!' because of the 'sitisifir10' name among other convincing name. N now, am I really qualified to put this badge on my sidebar??



*Ros, I will take this as a challenge and if I'm not qualified as U hope, U can kick me out...huhu

Wednesday, November 25, 2009

Projek 'Care For Kakyong' Telah Berjaya!!!



Bismillah,

Dengan izin ALLAH dan berkat kerjasama rakan2 blogger, maka dengan ini saya mengumumkan nilai RM 1100 yang kita kumpulkan telah dipenuhi pada malam ini. Lihat detel di bawah sebelum saya mengulas lanjut :

Berikut adalah fakta nombor berkaitan Project Mega Blogger ini :

Tarikh Bermula : 18 November 2009
Jumlah Sumbangan Cadangan : RM 10 seorang
Sasaran Kutipan Total : RM 1100
Jumlah Terkumpul : RM 1170
Jumlah Penderma : 38 orang
Tarikh Akhir Sumbangan : Sehingga kutipan mencukupi

Hari Pertama
Jumlah Kutipan : RM 250
Jumlah Penderma : 10 orang

Hari Kedua
Jumlah Kutipan : RM 460
Jumlah Penderma : 8 orang

Hari Ketiga
Jumlah Kutipan : RM 175
Jumlah Penderma : 8 orang

Hari Keempat
Jumlah Kutipan : RM 15
Jumlah Penderma : 1 orang

Hari Kelima
Jumlah Kutipan : RM 220
Jumlah Penderma : 7 orang

Hari Keenam
Jumlah Kutipan : RM 50
Jumlah Penderma : 3 orang

Fakta Menarik
Penderma RM 250 : 1 orang
Penderma RM 100 : 4 orang
Penderma RM 50 : 2 orang
Penderma RM 30 : 3 orang
Penderma RM 20 : 6 orang
Penderma RM 15 : 1 orang
Penderma RM 10 : 19 orang
Penderma RM 5 : 1 orang


*Dua orang penderma RM 30 menggunakan akaun Bank Islam saya dan saya belum masukkan ke dalam Maybank lagi. Insya ALLAH akan pindahkan secepat mungkin...

Jelas di sini, kita tidak memerlukan jangka masa yang lama. Saya sangka mungkin kita mengambil masa 3 minggu untuk mendapat jumlah sasaran. Tetapi alhamdulillah, doa kita didengari ALLAH.

Juga saya turut rasa kagum dengan jumlah2 yang tinggi yang didermakan oleh seseorang individu. Betapa ALLAH telah menaburkan dalam hati2 kita ini ukhuwwah yang mantap sehingga tidak terasa rugi untuk menolong.

Saya pasti kakyong akan mengalir airmata mendapatkan ini. Buat masa ini, baik saya mahupun Miela, kami tidak membuka mulut tentang hal ini kepada kakyong. Harapan saya, tidak ada blogger lain lagi yang akan pecahkan rahsia ini.

Status sekarang, komputer idaman kita itu sedang diperkemaskinikan dan akan di servis dahulu oleh tuan punya. Juga saya sedang memikirkan kaedah terbaik untuk menyampaikan lappy itu. Adakah blogger2 di kawasan sekitar Ipoh ini ingin sama2 berada dalam suasana penyerahan komputer? Jika ya...sila komen dalam kotak komen di bawah ya.. Jika ramai yang mahu turut serta, saya akan cuba uruskan masa penyerahan dengan lebih kemas.

Oh ya, baki sasaran yang dah terlebih itu, tapi semua orang setuju untuk berikan saja kepada kakyong. Anda yang mana telah membuat entry kempen diharap dapat delete dari blog anda, ataupun gantikan sahaja isikandungannya dengan entry saya ini.

Saya doakan semoga ALLAH menggantikan yang lebih baik buat diri anda tidak kira sama ada anda menyumbang, atau anda menyebarkan kempen, atau sekadar berdoa untuk projek ini. Semua itu, tidak kita ketahui nilainya di sisi ALLAH.

Akhir kata, saya mewakili kakyong ingin mengucapkan terima kasih di atas jasa baik kalian. TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA...dan saya juga tumpang ukhuwwah kalian dengan kakyong :)

Sila Cadangkan Tarikh Penyerahan Lappy Utk Kakyong


Bismillah,

Hoho...sepatutnya ini saya tulis semalam. Tapi semalam, tahap mengantuk saya adalah 10.5 skala Richter. Seluruh vision saya bergegar2 sehingga saya tidak dapat fokus dengan baik monitor saya ini. Mengandung 29 minggu sekarang menyebabkan saya perlu lebih masa untuk menggentel pusat diri saya dan baby saya. Saya rasa jika mahu dikira, sejam paling kurang 5 kali saya ke toilet.

Jikapun saya tidak ke toilet dalam masa sejam, itu hanyalah ketika saya tidur dengan lena. Malah sekarang jika saya dalam keadaan lena, saya susah terjaga kecuali jika saya benar2 mahu ke tandas. Jadinya, jika saya tidak mahu kerap berulang ke tandas, saya perlu tidurlah kan? Hihihi... sekarang ini saya tidak bermimpi kawan2. Kerana saya tidur dalam erti kata sebenar.

Tadi pagi pula, 2-3 orang customer datang membuat cermin mata. Saya rasa, mereka yang di Parit Buntar adalah sangat bergantung dengan duit gaji kerana baru hari ini pelanggan saya menunjukkan muka. Malah ada yang lebih memeranjatkan sepasang suami isteri berbangsa Cina juga tersesat masuk ke dalam kedai kami.

Alhamdulillah, rasa legalah sikit hari ini. Manakan tidak kawan2, dari 3 hb Nov lagi, saya tertangguh2 untuk membuat pembayaran hutang, bil segala tetapi harapnya keadaan ini beransur pulihlah. Tadi tu kiranya saya sampai tak sempat masak awal. Udahnya kami ank beranak makan tghari pukul 4 petang. Siap convert Fahrenheit to Celcius di link ini lagi gara2 ikut resepi tapi oven saya ada darjah Celcius aje.

Hihihi...adalah boleh jika anda mahu kata saya maknenek kuat berleter. tajuk bukan main alih2 cerita hal saya plak. He he.. Actually tadi saya mesej kakyong dan bgtau ada sekumpulan blogger akan datang ke rumahnya dan minta dia letakkan tarikh. Dia eksaited tapi takut2 juga. Saya kata lagi, mungkin kita akan buat pot luck style.

Jadi sekarang saya perlukan cadangan tarikh. Buat masa ini lappy itu adalah rahsia cuma yang kakyong tahu, kita akan berkumpul di rumahnya itu sahaja. Jadi anda ada cadangan tarikh tak? Kalau tanya saya, saya mahu cadangkan Ahad minggu lepas raya iaitu 13 Disember. Saya tidak dapat pergi pada 12hb kerana sahabat2 UKM saya akan berkumpul di rumah saya hari itu.

Atau jika kalian berminat dengan tarikh 12hb, sila teruskan perancangan. Saya hanya akan melihat update kalian melalui blog sahaja dan itu memadai kerana yang penting adalah kakyong mendapat laptop itu dan dapat meneruskan mencari rezeki.

Okeh saya juga nak quote sikit dari blog Miela adik ipar kakyong :

Daku tak sangka projek ini berjaya dalam tempoh yang amat singkat. Ternyata Kak Yong amat dirindui oleh semua. Secara peribadinya Kak Yong sememangnya seorang kakak yang amat prihatin dan penyayang. Dulu masa dia kerja Akauntan dan bergaji besar, dialah tulang belakang keluarga. Dialah yang menyara adik2 yang kecil dari segi pembelajaran dan segalanya. Maklumkah kami nie bukan dari golongan yang ada..ada.. makbonda memang selesa lah masa nie.. kami ni baru nak hidup..so cik abgku pun x mampu lakukan seperti yang kak yong lakukan. ... tak pernah berkira wang ringgit atau keringat... malah sekarang pun kami pasti berkumpul ramai-ramai adik beradik dirumahnya berbanding rumah makbonda...maklumlah rumah makbonda tu sebelum nie kecik je..baru setahunlah cikabgku n adik beradik besarkan dapur klu tidak x celus kata orang perak.. Adik2 cik abgku dari Naila ke Ainun merasalah mengikut Kak Yong berjalan merata Malaysia.. asal cuti je diangkutnya adik2 melancung..cuti--cuti.. malaysia.. kesian Fikri, Anis dan Aliya kurang merasa tu semua sekarang... kak yong suka berusaha untuk mendapatkan sesuatu dan tidak suka bergantung kepada orang lain.. daku pernah suggest dgn dia suh keje kat Kilang Cik Abgku waktu tu ada kekosongan Akauntan dengan gaji lebih kurang RM3800 keatas.. namun kerana anakanda tercinta, beliau menolak. Lebih senang dengan Freelance Account je... dan disebabkan itulah Laptop amat penting dalam hidupnya. Moga dengan Laptop baru sumbangan rakan2 blogger ni dapat merubah dan menceriakan hidupnya.. Pastinya beliau akan terharu dan tak kan lupakan budi baik anda semua. Dan penjelajahan beliau pasti berlipat kali ganda.
Semoga ALLAH melipatgandakan ganjaran dan melimpahkan rezeki kepada kalian semua. Saya juga tidak sangka begini sekali ukhuwwah yang terjalin tanpa pernah bertentang mata....

*oh ya, kakyong ada juga cadang kot2 kita nak berkelah ke Ulu Chepor...amacam??

Am I Eligible To Become A Contributor to MBP?

Bismillah,

I'm quite certain that many of us knew about this new MBP's project. MBP is searching for 10 guest bloggers that will be known as MBP Contributors. This is what I quote from MBP :


If you think you have a bit passion in writing and would love to share your experience in blogging/working at home/make money blogging with other mommies, we invite you to become MBP Contributors.

It is an appreciation if we can write in MBP. Well, it is not about the reward points but it is another step that I grab in blogging. Plus, we have to write in English. I am a moderate in writing in Malay but I still wan to try my best in this program. So, how about U? Don't U want this Badge in your blog?

mbp_contributor

I think this is the best step for MBP in enliven the writing style plus we can get acquainted with others. We can share what is good and what is not in blogging. Blogging is actually a good step to earn more money. Moreover, if U are a working at home mom or are deciding to be one, U have to have your own models and here, we can get more testimonial from blogging mother.

So, will you join me? Just follow the direction in this link and we will undergo an online interview before Ros select the 10 MBP contributors. But remember, if U have been chosen, U have to do your best or Ros will kick U out!!! :P


*mm..korang faham ke apa kawe tulis??hahahaha....boleh muntah darah kalau kawe jadi penulis MBP...

Tuesday, November 24, 2009

Project Mega Blogger : Care For Kakyong (Launched)


Bismillah,

Ye..saya tau para blogger tak ada kelab berdaftar. Tiba2 ada keluar projek mega. Ntah AGM mana yang luluskan mende ni ek...huhu...

PENGENALAN
Kakyong72
  • adalah seorang blogger yang mana link ke blognya adalah : http://kakyong72.blogspot.com/
  • ibu kepada 3 orang anak dan menetap di Ipoh
  • bekerja sebagai akauntan sambilan (akauntan kah yang buatkan akaun orang itu??) dan ini adalah cara kakyong mencari rezeki.
  • menjalankan bisnes online dengan mengeringkan ikan hasil tangkapan Encik Suaminya lalu menjualnya. Sila rujuk : Kakyong Shoppe
  • Pada pandangan mata saya, dia mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Dia tidak bermewah-mewah sehingga baju raya anak2nya baru2 ini pun tidak dibeli. Namun alhamdulillah, ada yang perihatin dengan keadaan Kakyong.
  • Sebagai blogger dia juga sangat caring dengan orang lain. Saya pasti ramai yang kenal dia kan???? Rujuk saja senarai KIV Homework (TAG) dari kawan2 di blognya.
Kepada sesiapa yang belum maklum, laptop kakyong telah rosak dan untuk memperbaikinya adalah mustahil. Yang terbaik bagi kakyong adalah membeli satu yang baru. Tahukah kalian, apakah kesannya kepada kakyong?
  • kakyong tidak dapat membuat kerja part time (membuat akaun) tanpa laptop
  • jual beli ikan masinnya berkemungkinan terbantut
  • kakyong tidak muncul dengan entry terbaru (ini mungkin sekadar hobi tetapi interaksi sesama blogger sebenarnya boleh memungkinkan kakyong lebih mudah mendapat pelanggan
Jadi apa yang kita boleh buat untuk membantu kakyong??
  • Saya rasa paling cutelah, kita kumpulkan bajet untuk beli satu komputer dengan min spec. Sekadar dapat kakyong menjalankan semula kegiatan mencukupkan (bukan menambahkan) kewangan kakyong sekeluarga. Orang yang boleh belikan komputer itu, nanti kita bincangkan siapa. Jika tak ada orang, insya ALLAH saya boleh carikan. Sekali lagi mekanisme pengumpulan dana ni juga perlu dibincangkan.
Berikut adalah fakta nombor berkaitan Project Mega Blogger ini :

Tarikh Bermula : 18 November 2009
Jumlah Sumbangan Cadangan : RM 10 seorang
Sasaran Kutipan Total : RM 1100
Jumlah Terkumpul : RM 1170
Baki Sasaran : RM -70
Jumlah Penderma : 37 orang
Tarikh Akhir Sumbangan : Sehingga kutipan mencukupi

Hari Pertama
Jumlah Kutipan : RM 250
Jumlah Penderma : 10 orang

Hari Kedua
Jumlah Kutipan : RM 460
Jumlah Penderma : 8 orang

Hari Ketiga
Jumlah Kutipan : RM 175
Jumlah Penderma : 8 orang

Hari Keempat
Jumlah Kutipan : RM 15
Jumlah Penderma : 1 orang

Hari Kelima
Jumlah Kutipan : RM 190
Jumlah Penderma : 7 orang

Hari Keenam
Jumlah Kutipan : RM 50
Jumlah Penderma : 3 orang

Fakta Menarik
Penderma RM 250 : 1 orang
Penderma RM 100 : 4 orang
Penderma RM 50 : 2 orang
Penderma RM 30 : 3 orang
Penderma RM 20 : 6 orang
Penderma RM 15 : 1 orang
Penderma RM 10 : 18 orang
Penderma RM 5 : 1 orang

Sumbangan boleh dibuat melalui bank dengan mengikut aturan berikut:
  1. Masukkan sumbangan anda ke akaun Maybank (No akaun: 113042046831) atas nama Norhafizah Binti Madzlan.
  2. SMSkan jumlah sumbangan & tarikh dalam tempoh 2 hari setelah sumbangan dibuat kepada sitisifir di 0199515058. Jika boleh, sertakan nama penyumbang untuk urusan rekod. Emailkan kepada sitisifir10@yahoo.com jika anda berurusan secara online.
  3. Urusan rekod boleh dilihat di entry ini. Setiap urusan bank in akan di update dengan kadar segera insya ALLAH.
Sasaran :
  • Followers kakyong (270 orang ..huhu kalau ini aje darab 10 dah RM2700) - ini saya dah terjah yang mana yang boleh dikesan
  • Mereka yang ada dalam Kakyong's Bloggerlist
  • Mereka yang peduli
Cadangan kepada sasaran :
  • Saya akan mesej seorang2 untuk beritahu hal ini.
  • Sila letakkan kempen yang sama di blog masing2.
  • Sila kerap berkunjung ke blog saya bagi mengetahui status penjumlahan kewangan. Kita nak kumpul seadanya sahaja bukan nak sara hidup dia...huhuhu....Bila sasaran dah cukup, kita akan hentikan segera projek ini.
Faedah :
  • Jika anda ikhlas, adalah tu nilainya di sisi ALLAH insya ALLAH
  • Silaturrahim sesama kita diharapnya semakin erat
  • Ada cadangan ke atau kot2 ada sponsor baucer ke?? :P
Jika boleh TOLONG RAHSIAKAN dulu dari kakyong. Tapi saya dah cakap sikit2 pada adik ipar kakyong (Miela Ikan Pekasam).

Penutup
Semoga dengan sedikit sumbangan dari pelbagai pihak, dapatlah kita membantu kakyong.

Rindu kakyong!!!

Senarai mereka yang peduli :
  1. Ummu Mishkah - penyumbang & entry kempen sticky mode
  2. Ida Rahayu - penyumbang & entry kempen sticky mode
  3. Isma - penyumbang
  4. Atty - penyumbang & entry kempen sticky mode
  5. Ibu Najiyya - entry kempen
  6. Yatiey Chomeyl - entry kempen
  7. Atiqah - entry kempen sticky mode
  8. Zh-Ena - entry kempen
  9. MamaSyaza - entry kempen
  10. Niza - entry kempen
  11. Nadnye - penyumbang & entry kempen sticky mode
  12. Cybermummy
  13. DJ Epoi - penyumbang & entry kempen
  14. Sasha - entry kempen
  15. kinakoyu - entry kempen
  16. lily Mama Zara - entry kempen sticky mode
  17. Adrinis - entry kempen
  18. denaihati - entry kempen
  19. Miela - entry kempen
  20. LOL-pearls - penyumbang & entry kempen
  21. Momma Mia - entry kempen sticky mode
  22. Asha - penyumbang & banner
  23. Mama Payish - penyumbang & entry kempen
  24. Qay - entry kempen
  25. Ainul Ummu Abdullah - penyumbang & entry kempen sticky mode
  26. MummyIsma - entry kempen sticky mode
  27. Umi Luqman Hakim - entry kempen
  28. Tina - entry kempen sticky mode
  29. AshAnas - entry kempen sticky mode
  30. Syahadah - peyumbang
Kepada mereka yang dah buat sticky mode di blog masing-masing, sila maklumkan juga kepada saya. Saya akan letakkan link anda di dalam ini. Ini penting supaya saya dapat memaklumkan anda kembali seusai jumlah yang kita nak kutip telah mencukupi.

*akaun yang digunakan itu adalah akaun yang tidak aktif, maksud saya, saya tidak gunakannya untuk tujuan peribadi lagi kerana kebanyakan urusan saya adalah melalui akaun Bank Islam.
*RM 1100 adalah jumlah terbaru yang perlu dikumpul memandangkan kita telah mendapat satu laptop Dell berharga RM 1100 (sebelum nego) yang masih ada warranty sehingga bulan 4 tahun depan. Juga dia ada gold support, so that kalau nak servis kalu dia buat FOC. Tuannya beli dalam 2 tahun lepas dengan harga RM 6000 dan ia adalah full spec. Saya nak sangat mention nama dia tapi dia kata tak payah...sabo je la... Tapi percayalah kawan2 yang baik hati, korang semua pasti (insya ALLAH) kenal dia. Jarang blogger yang tak linkkan blog memasing ke blog budak cantik ni. :P (kepada orang itu...akak tatau aa sampai bila bole simpan rahsia mu)

DENGAN INI, PROJEK INI DIMULAKAN SEKARANG.....!!!