Tuesday, November 24, 2009

Project Mega Blogger : Care For Kakyong (Launched)


Bismillah,

Ye..saya tau para blogger tak ada kelab berdaftar. Tiba2 ada keluar projek mega. Ntah AGM mana yang luluskan mende ni ek...huhu...

PENGENALAN
Kakyong72
  • adalah seorang blogger yang mana link ke blognya adalah : http://kakyong72.blogspot.com/
  • ibu kepada 3 orang anak dan menetap di Ipoh
  • bekerja sebagai akauntan sambilan (akauntan kah yang buatkan akaun orang itu??) dan ini adalah cara kakyong mencari rezeki.
  • menjalankan bisnes online dengan mengeringkan ikan hasil tangkapan Encik Suaminya lalu menjualnya. Sila rujuk : Kakyong Shoppe
  • Pada pandangan mata saya, dia mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Dia tidak bermewah-mewah sehingga baju raya anak2nya baru2 ini pun tidak dibeli. Namun alhamdulillah, ada yang perihatin dengan keadaan Kakyong.
  • Sebagai blogger dia juga sangat caring dengan orang lain. Saya pasti ramai yang kenal dia kan???? Rujuk saja senarai KIV Homework (TAG) dari kawan2 di blognya.
Kepada sesiapa yang belum maklum, laptop kakyong telah rosak dan untuk memperbaikinya adalah mustahil. Yang terbaik bagi kakyong adalah membeli satu yang baru. Tahukah kalian, apakah kesannya kepada kakyong?
  • kakyong tidak dapat membuat kerja part time (membuat akaun) tanpa laptop
  • jual beli ikan masinnya berkemungkinan terbantut
  • kakyong tidak muncul dengan entry terbaru (ini mungkin sekadar hobi tetapi interaksi sesama blogger sebenarnya boleh memungkinkan kakyong lebih mudah mendapat pelanggan
Jadi apa yang kita boleh buat untuk membantu kakyong??
  • Saya rasa paling cutelah, kita kumpulkan bajet untuk beli satu komputer dengan min spec. Sekadar dapat kakyong menjalankan semula kegiatan mencukupkan (bukan menambahkan) kewangan kakyong sekeluarga. Orang yang boleh belikan komputer itu, nanti kita bincangkan siapa. Jika tak ada orang, insya ALLAH saya boleh carikan. Sekali lagi mekanisme pengumpulan dana ni juga perlu dibincangkan.
Berikut adalah fakta nombor berkaitan Project Mega Blogger ini :

Tarikh Bermula : 18 November 2009
Jumlah Sumbangan Cadangan : RM 10 seorang
Sasaran Kutipan Total : RM 1100
Jumlah Terkumpul : RM 1170
Baki Sasaran : RM -70
Jumlah Penderma : 37 orang
Tarikh Akhir Sumbangan : Sehingga kutipan mencukupi

Hari Pertama
Jumlah Kutipan : RM 250
Jumlah Penderma : 10 orang

Hari Kedua
Jumlah Kutipan : RM 460
Jumlah Penderma : 8 orang

Hari Ketiga
Jumlah Kutipan : RM 175
Jumlah Penderma : 8 orang

Hari Keempat
Jumlah Kutipan : RM 15
Jumlah Penderma : 1 orang

Hari Kelima
Jumlah Kutipan : RM 190
Jumlah Penderma : 7 orang

Hari Keenam
Jumlah Kutipan : RM 50
Jumlah Penderma : 3 orang

Fakta Menarik
Penderma RM 250 : 1 orang
Penderma RM 100 : 4 orang
Penderma RM 50 : 2 orang
Penderma RM 30 : 3 orang
Penderma RM 20 : 6 orang
Penderma RM 15 : 1 orang
Penderma RM 10 : 18 orang
Penderma RM 5 : 1 orang

Sumbangan boleh dibuat melalui bank dengan mengikut aturan berikut:
  1. Masukkan sumbangan anda ke akaun Maybank (No akaun: 113042046831) atas nama Norhafizah Binti Madzlan.
  2. SMSkan jumlah sumbangan & tarikh dalam tempoh 2 hari setelah sumbangan dibuat kepada sitisifir di 0199515058. Jika boleh, sertakan nama penyumbang untuk urusan rekod. Emailkan kepada sitisifir10@yahoo.com jika anda berurusan secara online.
  3. Urusan rekod boleh dilihat di entry ini. Setiap urusan bank in akan di update dengan kadar segera insya ALLAH.
Sasaran :
  • Followers kakyong (270 orang ..huhu kalau ini aje darab 10 dah RM2700) - ini saya dah terjah yang mana yang boleh dikesan
  • Mereka yang ada dalam Kakyong's Bloggerlist
  • Mereka yang peduli
Cadangan kepada sasaran :
  • Saya akan mesej seorang2 untuk beritahu hal ini.
  • Sila letakkan kempen yang sama di blog masing2.
  • Sila kerap berkunjung ke blog saya bagi mengetahui status penjumlahan kewangan. Kita nak kumpul seadanya sahaja bukan nak sara hidup dia...huhuhu....Bila sasaran dah cukup, kita akan hentikan segera projek ini.
Faedah :
  • Jika anda ikhlas, adalah tu nilainya di sisi ALLAH insya ALLAH
  • Silaturrahim sesama kita diharapnya semakin erat
  • Ada cadangan ke atau kot2 ada sponsor baucer ke?? :P
Jika boleh TOLONG RAHSIAKAN dulu dari kakyong. Tapi saya dah cakap sikit2 pada adik ipar kakyong (Miela Ikan Pekasam).

Penutup
Semoga dengan sedikit sumbangan dari pelbagai pihak, dapatlah kita membantu kakyong.

Rindu kakyong!!!

Senarai mereka yang peduli :
  1. Ummu Mishkah - penyumbang & entry kempen sticky mode
  2. Ida Rahayu - penyumbang & entry kempen sticky mode
  3. Isma - penyumbang
  4. Atty - penyumbang & entry kempen sticky mode
  5. Ibu Najiyya - entry kempen
  6. Yatiey Chomeyl - entry kempen
  7. Atiqah - entry kempen sticky mode
  8. Zh-Ena - entry kempen
  9. MamaSyaza - entry kempen
  10. Niza - entry kempen
  11. Nadnye - penyumbang & entry kempen sticky mode
  12. Cybermummy
  13. DJ Epoi - penyumbang & entry kempen
  14. Sasha - entry kempen
  15. kinakoyu - entry kempen
  16. lily Mama Zara - entry kempen sticky mode
  17. Adrinis - entry kempen
  18. denaihati - entry kempen
  19. Miela - entry kempen
  20. LOL-pearls - penyumbang & entry kempen
  21. Momma Mia - entry kempen sticky mode
  22. Asha - penyumbang & banner
  23. Mama Payish - penyumbang & entry kempen
  24. Qay - entry kempen
  25. Ainul Ummu Abdullah - penyumbang & entry kempen sticky mode
  26. MummyIsma - entry kempen sticky mode
  27. Umi Luqman Hakim - entry kempen
  28. Tina - entry kempen sticky mode
  29. AshAnas - entry kempen sticky mode
  30. Syahadah - peyumbang
Kepada mereka yang dah buat sticky mode di blog masing-masing, sila maklumkan juga kepada saya. Saya akan letakkan link anda di dalam ini. Ini penting supaya saya dapat memaklumkan anda kembali seusai jumlah yang kita nak kutip telah mencukupi.

*akaun yang digunakan itu adalah akaun yang tidak aktif, maksud saya, saya tidak gunakannya untuk tujuan peribadi lagi kerana kebanyakan urusan saya adalah melalui akaun Bank Islam.
*RM 1100 adalah jumlah terbaru yang perlu dikumpul memandangkan kita telah mendapat satu laptop Dell berharga RM 1100 (sebelum nego) yang masih ada warranty sehingga bulan 4 tahun depan. Juga dia ada gold support, so that kalau nak servis kalu dia buat FOC. Tuannya beli dalam 2 tahun lepas dengan harga RM 6000 dan ia adalah full spec. Saya nak sangat mention nama dia tapi dia kata tak payah...sabo je la... Tapi percayalah kawan2 yang baik hati, korang semua pasti (insya ALLAH) kenal dia. Jarang blogger yang tak linkkan blog memasing ke blog budak cantik ni. :P (kepada orang itu...akak tatau aa sampai bila bole simpan rahsia mu)

DENGAN INI, PROJEK INI DIMULAKAN SEKARANG.....!!!
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!