Thursday, November 12, 2009

Who homeschools?


Bismillah,

Setiap keluarga boleh melakukan HS. Tidak kira sama ada si suami bekerja seorang manakala si isteri adalah surirumah, atau mungkin kedua-dua suami isteri bekerja, anda masih boleh melakukan HS. Cuma jika anda berdua mempunyai pekerjaan, pastilah anda perlu menyusun jadual kehidupan anda dengan lebih baik supaya HS tidak menjadi beban pula kepada anda sekeluarga.

Walaupun anda merasakan anda bukan dari golongan high level education, anda masih punya ruang untuk sama-sama memahami apa yang anak anda belajar. Barulah selayaknya anak anda akan berasa bangga mempunyai ibubapa seperti anda. Jangan bimbang tentang diri anda boleh atau tidak untuk melakukannya kerana rasa ragu-ragu itu hanya akan membinasakan kehidupan anda sahaja.

Jangan toleh ke arah lain lagi, pandanglah mata anak anda dan mulalah untuk mengenalkan dunia kepada mereka. Hanya dengan cara ini sahaja, dunia tidak akan dengan mudah menipu mereka.

*Hallamak...macam ayat dalam buku la pulak. Sebenarnya nk buat e-book semua yang berkaitan dengan HS ni. Tapi biarlah, lebih baik saya kongsikannya secara percuma....atau nanti bila dah banyak artikel berkaitan, saya akan skrapkan semuanya dalam satu buku.


Uwaiys n Arwa playing under the display table while umi entertained the customer

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!