Friday, November 20, 2009

Ciri-ciri ibubapa homeschool


Bismillah,

Berikut adalah beberapa spesifikasi ibubapa yang boleh melakukan HS. Jangan bimbang jika anda tiada spesifikasi ini kerana perkara di bawah adalah perkara yang boleh diasah.

  • Sepakat – kesepakatan adalah perkara yang mandatory dalam menjayakan HS. Tanpa kesepakatan, hal ini tidak akan terjadi. Cubalah untuk bersuara kepada pasangan supaya nanti jika anda ingin melakukannya, anda tidak akan terbeban keseorangan.
  • Berdisiplin – jika anda kurang berdisiplin, bagaimana mahu melatih anak yang berdisiplin juga? Kaedah paling mudah untuk menjadi seorang yang berdisiplin adalah membuat jadual dan sentiasa cuba memenuhinya.
  • Berilmu – tanpa ilmu, apa pula yang anda boleh ajarkan kepada anak anda itu?
  • Tegas – tegas adalah satu sifat yang jauh bezanya dengan pemarah, pemarah boleh membuat anak sedih tetapi tegas selalu akan membuat anak faham. Jika anda mahu menegaskan sesuatu, biarlah beralasan kerana tanpa alasan, anak susah untuk faham.
  • Rajin – anda perlu rajin untuk mencari maklumat, anda perlu rajin untuk membuat kerja rumah, anda juga perlu rajin untuk melayani kerenah anak-anak.
  • Penyabar – melakukan HS ini menuntut kesabaran yang tinggi. Tanpa kesabaran, kerja ini mungkin sekali tertangguh di tengah jalan, atau mungkin belum sampai di tengah sahaja sudah tertangguh.
  • Kreatif – satu kaedah mudah untuk menjadi kreatif adalah berbincang dengan pasangan apa yang anda boleh buat untuk meningkatkan ilmu kepada anak-anak. Ini adalah kerana dengan berbincang, idea-idea bernas boleh dijumpai.
  • Mengamalkan natural parenting – bermula dari menyusukan anak, memakaikan mereka dengan kain lampin, menjaga sendiri anak-anak tanpa bantuan maid akan meningkatkan lagi hubungan dalaman anda dan anak-anak. Walaupun anda bekerja, jangan sekali-kali korbankan masa anak-anak dengan anda demi kerja anda. Cuba luangkan lebih masa bersama mereka.
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!