Monday, November 30, 2009

Bukit Panchor


Bismillah,

Gambar2 ini sudah lama. Sengaja saya uploadkannya semula. Sebelum ini ntah kenapa takde mood nak letak gambar ini. Mungkin sebab frust dengan takat airnya yang tidak sampai ke lutut...huhuhu... Tapi setelah kufikir2 balik, yang tak seronok itu cuma saya dan hubby. Anak2 kami macam biasa buat tabiat nak berumahtangga di sungai pandaemoticon.




Lihat sahaja muka gembira Uwaiys ini. Walaupun dia memakai kasut pink kakaknya tapi apa dia heran?? Yang penting, boleh mandi selain dari mandi kat umah dan kene leter popet2 dengan umi yang menjerit2 suruh keluar bilik air!!!pandaemoticon



Tengoklah betapa ceteknya air, Usamah duduk pun tak tenggelam penuh lagi kaki dia...tapi budak2 ni gembira macam mandi kat lagoon aja.





Kadang2 umi rasa anak dara umi yang sulung ini sangat comel. Yang bawah sekali itu, adalah CD2 yang nak dipakaikan kepada Uwaiys dan Arwa lepas mandi. Tapi skang Uwaiys dah free...hihi



Arwa time ni kecik sangat lagi. Sorilah Arwa umi tak ingat nak lap hingus dulu sebelum amik gambo. Dia pun asyik mandi atas riba umi aje.

So, mana umi dengan abah diorang??

Okeh ini adelah umi yang senget dan belakang itu adelah abah yang sedang mengawal lalu lintas...ahahaha... :P

Tak lama kami di sini..adelah dalam sejam tak sampai rasanya. Sekadar nak bagi anak2 main2 loncat2 dan ingat bahawa kami adalah orang yang suka bawa mereka ke tempat yang tiada bayaran untuk enjoy....hihihihi.....Makanan? Ada tau bawak bekal tapi makan dalam kete aje...

*love nature n save money. Gunakan CD!!!! :P
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!