Sunday, November 29, 2009

Tindakan Awal Kurangkan Risiko Pesakit Tua


Bismillah,

Ehehe..sekali tengok macam nak buat iklan ubat ye tak?? qooemoticonBukan2..saya sedang mahu mempromosi gaya hidup sihat. Kenapa kita kena buat tindakan awal bagi mengurangkan risiko pesakit tua?? Sebabnya begini... Cuba kita bayangkan seorang tua, yang tiba2 sakit dan kesakitan itu tidak dijangka2.

Tambahan pula, dalam perancangan si anak, tak ada pula satu dari list perancangannya itu menyebut 'Jaga mak abah yang sakit'...ha ha..tak baek tau!!! Sebenarnya baru aje lagi, saya terfikirkan ini. Lebih kurang seminggu dua yang lepas. Ketika merenung2 impian suami saya yang mahu tinggal di Pantai Timur. Owh, saya tidak kisahkan itu...saya cuma risaukan mak dengan abah saya saja.

Saya melihat kepada tok saya di kampung. Mujurlah juga ada opah baru yang mahu berkahwin dengan dia aritu. Astaghfirullah...ape punya ayat da...tapi memang betul pun begini. Saya terbayang jika tiada opah tu, maka sapelah yang nak jaga tok dengan mata yang tidak nampak tu??

Saya lihat sendiri opah yang sakit tulang2 sendi tu panjat tangga bawa sedulang makanan dan acu tangan tok kepada lauk di dalam talam itu. Opah juga cerita satu2 apa yang cicit2 atok buat masa dia tengah makan. Tak cukup dengan tu, cerita yang tengah main di TV juga dia cerita dekat tok. Hhuhuhu..sungguh besar jasa opah...qooemoticon

Lalu, saya terlalu bimbangkan mak dengan abah saya. Eh..mereka OK. Malah alhamdulillah dalam umur itu mereka sihat. Oklah..abah saya adalah darah tinggi dan saya yakin ianya under control. Mak? Mmm...saya perati ramai adik beradiknya yang sakit sakit sendi tapi maklah yang paling kurang kesan sakit itu. Mereka pada mata saya masih sihat alhamdulillah....

Saya kini sudah mula berdikari sendiri. Jika sebelum ini mak saya banyak membantu saya menjaga anak2. Eh..sedang saya menaip inipun anak2 berada di rumahnya. Sekejap lagi mungkin saya akan bawa mereka pulang. Itu bukan apa...sekadar memberi terapi kepada seorang opah tentang cucunya dan cucu2 kepada opahnya.

Ya..kami dah mula jarang berkunjung ke sana, kerana saya akui saya adalah orang yang mungkin bersikap lepas tangan jika berada lebih lama di rumah mak. Suami saya selalu tegur saya tentang hal ini. Satu dugaan bila berada di rumah mak adalah mengantuk dan TV :P Maklumlah rumah kami tak ada Astro..huhuhu...Ops...ni apahal dari cerita kesihatan kepada sesi luahan perasaang ni??

Penyakit-penyakit pada lanjut usia
Selalu yang datang ke kedai spek, saya akan tanya soalan rutin antaranya, "Macik pacik ada sakit apa2?" Dan jawapan yang mendapat graf tertinggi adalah sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Selain dari itu, adalah biasa jika saya dan staff2 memimpin pergi makcik2 yang tua ini kerana sakit urat atau sendi yang mereka deritai.

Itu yang selalu berkunjung di kedai kami. Selebihnya :
  • infeksi paru2
  • tumor
  • rheumatik (ini sakit urat lah kan??)
  • pereputan tulang
  • cirit birit
  • gangguan saluran hempedu
  • kurang darah
Gejala dan tanda penyakit
Kadang2 kita tidak sedar ini semua berlaku. Malah kejadian ini selalu berlaku kepada orang lelaki...manakan tidak, mereka kan ala2 control the macho. Mereka sudah rasa di dalam diri mereka bahawa ada sesuatu yang tidak enak tetapi tetap tidak juga pergi ke klinik untuk pemeriksaan. Sedar2, mereka tidak boleh bangun dan terpaksa di usung ke hospital dan setelah diperiksa, mulalah isteri dan anak2 buat drama menangis tak tentu punca. Jadi cuba perhatikan antara tanda2 awal ini :

  • halusinasi - mereka mula rasa ada yang berbisik2 kepada mereka. Malah kadangkala mereka kata ada bayang2 di depan mereka. Huhu..ini mungkin sahaja akibat dari sesuatu yang berlaku di dalam mata sehingga wujudnya perkara itu.
  • perubahan perilaku - dari banyak cakap kepada diam contohnya. Jangan anggap ini perkara biasa. Hihi...buat masa ini abah saya masih kuat bergurau. Malah dia suka buat kami marah2..tapi marah kami pun sekejap aje, karang2 kami ketawa bila ulang balik apa dia buat...huhu...
  • pola tidur yang berubah - dari tidur malam kepada tidur siang
  • jatuh - kadang2 kita ingat tergelincir tapi sebenarnya ada sesuatu yang lain yang menjadi punca...mungkin dia pening atau matanya gelap tiba2??
  • buang air yang tidak terkawal - tanda ini bukan sengaja dibuat2...ia memang ada penyakit yang menyebabkan keadaan ini OK...contohnya saraf tulang belakang yang lumpuh...
  • Tak mampu bergerak - asyik terbaring sahaja.
Tindakan awal
  • Jangan biar mereka keluar rumah seorang diri
  • Sentiasa berwaspada
  • Pakaikan diapers - tapi ingat anda perlu menyucikannya setiap kali mereka mahu solat. Solat itu masih wajib melainkan mereka dah benar2 nyanyuk
  • Jika mereka lumpuh dan tidak mampu bergerak lagi - alih2kan mereka sekerap mungkin supaya mereka tidak terus2an lenguh. Jangan lupa untuk mengurut2 mereka
Mak saya kata, jaga orang tua perlu kesabaran yang tinggi dan saya percaya dengan kata2nya. Silap2 dari hendak membuat pahala, kita akan lebih banyak membuat dosa dengan mengeluh2 sahaja. Saya berharap, semoga saya dan ahli keluarga saya akan ada semangat dan keikhlasan ini dalam menjaga ahli keluarga yang mungkin akan diuji dengan kesakitan.

*Sesungguhnya sebenarnya yang diuji itu tidak hanya yang sakit tetapi yang menjaganya juga.


2 comments:

  1. We stumbled over here from a different web page and thought I might check things out.
    Bahaya Serangan Jantung Too often, healing opportunities are lost because we’re stuck with old misconceptions about what visits are all about, and you’ll find that people will have all sorts of reasons for stopping by to see you when you’re ill. They may come out of love, concern, a desire
    to be helpful, guilt, a sense of obligation, and many other motives. In our estimation, the bottom line is always your healing,
    C’est trop moche ? we i me andriana

    ReplyDelete
  2. We stumbled over here from a different web page and thought I might check things out.
    http://obatkankerpayudaraherbal.com/eye-care-softgel-green-world-yang-resmi/ Too often, healing opportunities are lost because we’re stuck with old misconceptions about what visits are all about, and you’ll find that people will have all sorts of reasons for stopping by to see you when you’re ill. They may come out of love, concern, a desire
    to be helpful, guilt, a sense of obligation, and many other motives. In our estimation, the bottom line is always your healing,
    C’est trop moche ? we i me andriana

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!